Thursday, May 24, 2012

Diy Repair Doortrim kereta

Pertanyaan yang diajukan..
opitproyoung said salam bro, boleh ajarkan macam mana buat door trim sb door trim pintu saya dh expired.al maklumlah kereta old skool.just yang simple2 jew...thanks atas segala info and tunjuk ajar ku sifu 
Jawapan Kami..
Thanks bertanya pada opitproyong... dan maaf agak lambat balas jawapannya... Sebenarnya agak susah nak buat entry ni dan nak terangkan.. tapi sedikit info yang saya dapat berikan mudahan berguna pada korang semua...
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Repair Doortrim kereta
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Memang sering kali kita dengar kereta-kereta lama keadaan door trim dah reput kembang mungkin menggunakan soft material seperti cardbord bila mana terkena air hujan ajer dah tak boleh guna dahh...
Kebanyakan kereta lama bertaraf oldschool seperti Proton saga, iswara, wira pon ada, datsun, nissan sunny atau apa jua lah kereta lama yang guna doortrim bukan jenis cover plastik macam kereta zaman sekarang..
So nak cari spypart kat kedai halfcut mmg dah pupus yang nak cari elok tu nasib lahh kalau ada... Nak tak nak kalau nak jimat tukar baru dengan cara buat semula doortrim yang reput tu pada papan yang baru... Ok kat bawah ni mungkin cara Diy yang boleh korang buat... .
Benda paling penting perlu ada cardboard senang dan mudah sikit untuk kerja-kerja nak potong buat bentuk.... Ni boleh cari kat kedai hardware pun ada jual… kalau tak ada boleh cari papan plywood nipis jer pon boleh guna tapi agak payah nak potong buat bentuk..Kalau plywood kena potong guna gergaji besi kalau cardboard boleh guna pisau ajerr...
Cabut Door trim casing kemudian buat lakaran bentuk  diatas permukaan cardboard.. (di tindih diatas cardboard baru buat lakaran)
Dengan menggunakan pisau (Retractable Knife) potong  cardboard mengikut bentuk lakaran tersebut..
Sesetengah kereta lama (kereta oldschool punya) mempunya besi lapik yang bercantum sebelah dalam pada permukaan door trim jadi  ianya perlu di cantum pada cardboard tersebut… Buat ukuran untuk cantuman tersebut…
Ukur dan tandakan lubang  besi lapik yang bercantum pada permukaan dalam door trim pada cardboard tersebut… kemudian tebuk lubang dengan menggunakan drill gun
Kemudian pasang blind rivet untuk mencantumkan  besi lapik dengan permukaan dalam door trim pada cardboard tersebut… rivet pada lubang yang kita ukur dan tebuk tadi..
Seterusnya dapatkan laminated Sponge ( span nipis ) dan meterial kain pembalut door trim sama ada dari jenis fabric, PVC atau leather.. Terpulang pada citarasa korang semua…
Buat lakaran bentuk cardboard diatas kain pembalut door trim ..  Agak agak setengah inci lebih besar dari cardboard yang dipotong tadi.. Kemudian gunting ikut bentuk ukuran tersebut…
Ni contoh macam mana nak buat pada hujung bucu door trim.. Kena gunakan pisau potong beberapa garis-garis kecil macam kat gambar tu…
Seterusnya dapatkan pelekat sama ada nak gunakan 3M Adhesive atau gum dunlop
Spray atau sapukan gam pelekat 3M Adhesive atau gam dunlop.. Kemudian laminated Sponge potong ikut bentuk cardboard doortrim tersebut.. Pastu tampal pada cardboard doortrim yang di sapukan gam pelekat tadi..
Spray atau sapukan gam pelekat 3M Adhesive atau gam dunlop di atas laminated Sponge pula.. Kemudian kain pembalut door trim potong ikut bentuk cardboard doortrim tersebut.. Pastu tampal di atas laminated Sponge yang di sapukan gam pelekat tadi..
Kemudian sapukan gam pelekat 3M Adhesive atau gam dunlop pada sekeliling cardboard doortrim tersebut…
Lipatkan dan gamkan kain pembalut door trim ke sebelah dalam macam kat dalam gambar tersebut… biarkan gum kering sebentar…
Pusingkan belah depan cardboard doortrim tersebut.. Kalau nak lebih cantik lagi boleh buat 2 layer dengan 2 warna berbeza kain pembalut door trim (putih & biru).. Kalau nak buat kain pembalut door trim putih di tampal dengan gam pelekat tindih atas kain pembalut  warna biru..
Potong dan tampal 2nd layer (kain pembalut door trim putih) tindih atas first layer warna biru sebagai mana contoh kat gambar tersebut.. Ok dah siap lahhh door trim tersebut  yang simple ajer bentuknyerr..
Kerja seterusnya adalah buat lubang dan pasang clamp doortrim tersebut ..
Juga buat lubang pembuka handle grip pulak macam kat gambar tu.. Tebuk pakai pisau jerr…
 Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Monday, May 21, 2012

DIY Repair PVC / Leather Seat kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Syed said salam bro tertarik pd citer repair sarung seat kete yang bro citer.sarung kerusi kete perdana saya kulit tp nie dh barai sangat..koyak sana sini...sampai span pun dah terkeluar ... dah mula nak mereput especially kat seat driver... tang lain molek lagi pasal takde orang naik/duduk.  Nk tuko baru tak de budjet… ade tip tak bro? TQ
Jawapan Kami..
Terima kasih bertanya pada Syed  .. Sorry yerr saya tak ada experienced buat repair dan baik pulih sarung seat kereta ..Nak jawab soalan ni agak rumit nak terangkan lahh... Walau pun tak berapa jelas barai koyak tu camner keadaannya.. Tapi saya cuba berikan pandangan sikit..macam kat bawah ni.. mungkin agak membantu korang yerr..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY baik pulih PVC / Leather Seat kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Masalah Sarung Seat PVC atau Leather terkoyak  atau berlubang sebegini mungkin disebab
overheat kepanasan sepertimana yang saya cakapkan macam kat atas tu.. Sarung seat sebegini senang koyak, terkopek berlubang...  Tapi ada cara nak repairnya kalau nak jimatkan kos lahhh... sementara nak tukar baru boleh guna cara ni...
Sarung Seat PVC atau Leather koyak, terkopek berlubang macam ni kalau di biarkan akan jadi lebih melarat lagi kalau tak di ambil perhatian
Cuba guna “Permatex Leather Repair Kit” kat dalam tu disertakankan sekali mixing bottle, Adhesive filler , Colour mix dan juga super glue.. Benda ni semua ada jual jugak kat kedai hardware atau kedai buat sarung seat kereta..kat laman web ebay pun ada jual...
Boleh dapatkan sekeping PVC atau Leather ( cari yang matching sama colour dengan seat asal) macam kat gambar tu.. Kepingan PVC atau Leather tu ada jual kat kedai hardware atau kedai buat sarung seat kereta.. Pastu gunting  agak-agak besar lubang seat tersebut…
Atau cara agak mudah ambil sehelai kertas tekap atas lubang tu ambil contoh ukuran bentuk lubang tu.. Pastu gunting kepingan PVC tersebut ikut ukuran yang diambil pada kertas tadi…
Pastu tampal kepingan PVC atau Leather tadi dengan Super glue, pada atas permukaan tempat yang berlubang tu
Ambil pula colour mix yang agak agak sama warna seat tu.. Sapukan kat atas permukaan tampalan seat yang berlubang tadi
Biar kan seketika untuk keringkannya.. Dah siap pon.. Cuma masih lagi tak nampak perfect ler .. Kira ok lahh kan dari berlubang sebelumnya kan…
Ok cara ni boleh kita gunakan juga kalau permukaan PVC atau Leather pada seat kereta terkelupas atau terguris sikit ajer senang ajer boleh di tutup bekas pada seat… Boleh lah sapukan ajer sedikit Adhesive filler.. Dan Sapu sikit colour mix selepas tu pulak
Kadang kala secara tak sengaja bila kita letak barang atas seat seperti Kotak kayu, Tool box, gunting, kunci atau apa-apa ajer barang bucu hujung tu boleh mengoyakkan permukaan sarung Seat PVC atau Leather.. ni berlaku secara tak sengaja...
Kalau sarung Seat PVC atau Leather koyak macam kat gambar tu.. Sama jugak caranya gunting kepingan PVC atau Leather agak agak besar kawasan koyak tersebut..
Pastu kepingan PVC atau Leather tersebut di sumbat sebelah lapisan dalam.. Selit jer masuk celah-celah tempat koyak kemudian ratakan
Pastu kawasan koyak tersebut tampal guna gam super glue, biar kan kering seketika..
Kemudian ambil Adhesive filler sapu pula kat atas bekas koyak pada seat tersebut..
Ambil sehelai kain, pastu tekap- tekap pada bahagian atas supaya tak comot.. Kemudian biarkan Adhesive filler benar-benar kering dulu..
Kemudian ambil pula colour mix yang agak agak sama warna seat tu.. Sapukan kat atas permukaan seat yang koyak tadi
Ni rupanya seat setelah bahagian koyak tersebut tampal rapat semula .. Kira ok lahh kan dari nampak sangat koyak sebelumnya kan…
Menjadi satu masalah bila mana sarung seat kereta dari PVC atau kulit ( leather ) yang berjemur kat panas matahari selalunya lama kelamaan akan merekah ( semacam tinggalkan kesan retak-retak pada PVC atau Leather tersebut)
Dapatkan kertas pasir paling halus sekali.. Pastu gosok kat permukaan sarung seat tersebut untuk membuang keruping-keruping rekahan dan meratakan & melicinkan permukaan bekas rekahan pada sarung seat..
Pastu dapatkan Vinyl repair Compound dan sapukan di atas rekahan tersebut.. Biarkan seketika…  gosok sekali lagi dengan kertas pasir.. Sikit ajer gosok sekadar membuang lebihan Vinyl repair Compound  tu ajerr..
Dapatkan Dynamix Colour Leather & repair products, cari lah warna yang sama dengan warna seat.. Pastu sapu ajer pada permukaan rekahan tadi.. Biarkan sampai benar-benar kering…  selesailah masalah rekahan tersebut
Sesetengah seat kereta yang dah terlalu lama benang jahitan dia tu dah reput dan mudah tetas...habis nampak span dalam seat tu... kalau biar lama-lama akan bertambah parah dan merebak koyak...
Kalau jahitan pada seat benang dah tetas.. Buka dan buang dulu benang jahitan lama tu..

Boleh cari jarum bengkok ( Curved Needle) cam kat gambar tu.. Dan dapatkan benang sama warna dengan warna benang seat tersebut..
Pastu jahit leh kat bahagian tempat tetas tadi.. Kalau guna jarum bengkok (Curved Needle) ni agak
senang lah sikit kerja menjahit seat dilakukan..
Ni rupanya seat setelah bahagian tetas tersebut dijahit semula .. Kira ok lah asal bercantum semula walaupun nampak tak berapa kemas…  
 Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Wednesday, May 16, 2012

Kembara Mahkota Johor 2012

"DAULAT TUANKU"
Menjunjung Kasih & Sembah Takzim
Seluruh Rakyat Negeri Johor Atas Keberangkatan

DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR,
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM
Dan  Ahli Rombongannya Sempena
"KEMBARA MAHKOTA JOHOR" 

PENGEMBARAAN... MENJELAJAH DI SETIAP PELUSUK BANDAR DAN KAMPUNG KE SELURUH NEGERI JOHOR. MENGHARUNGI CUACA YANG TIDAK MENENTU, HUJAN & PANAS... (klik Video kat bawah ni)

 
Misi yang diketuai DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bukan sahaja untuk mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, beramah mesra dengan rakyat di beberapa lokasi persinggahan.. Malah Kembara Mahkota Johor ini boleh dianggap sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik, termasuk ibu tunggal, keluarga miskin dan nelayan
Program ini juga dapat mempromosikan lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat Negeri Johor. Selain memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang bangsa di Negeri Johor
DYMM Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar akan menunggang motosikal berkuasa tinggi motosikal Harley Davidson Street Glide dengan diiringi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar dan putera ketiga baginda, Tunku Abdul Jalil beserta juga konvoi 30 buah motosikal lain yang mengikuti Kembara Mahkota selama 4 hari meliputi jarak 1,012 kilometer diseluruh Johor pada tahun 2012 ni.
 
Harley-Davidson FLHX Street Glide
Saya sebenarnya amat tertarik dengan Motorsikal yang digunakan oleh Baginda Sultan Johor ni... Kalau tak silaplah kiranya motosikal Harley Davidson Street Glide yang digunakan dalam Kembara Mahkota Johor ini dikatakan kategori motosikal keenam paling mahal boleh didapati di dunia.  kat bawah ni contoh bentuk motorsikal tersebut..
 

Spesifikasi Harley-Davidson Street Glide FLHX 2011
Enjin: Motosikal ini mempunyai sesondol berkembar (eagle v-twin) enjin 1690 cc . Sejukan udara Twin Cam 103,  sistem suntikan bahanapi
Kuasa maksimum: -
Tork maksimum: 126Nm @ 3,500rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Brek: Brembo 4-piston depan/belakang
Ciri khas: Sistem kawalan cruise ( System with hands-free) , sistem ABS Brembo® 4-piston front and rear caliper,Tayar Dunlop selebar 180mm, penghidup tanpa kunci, dilengkapi radio satelit dan juga Audio System  Harman/Kardon  CD/MP3 player
Harga: RM170,000 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
***Kalau  motorsikal yang digunakan oleh Baginda Sultan Johor ni lagi mahal rasanya lah sebabnya siap dengan warna cat air brush gambar harimau dan mungkin ada ciri tambahan lain ..

AYUH... Berikan sokongan ANDA.. Semoga perpaduan rakyat Johor bertambah erat dengan adanya aktiviti yang murni ini,
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment