Sunday, April 18, 2010

Motosikal Super sport, Superbike, Hyper sport & Sport touring

Superbike impian ku...
Aku terpanggil membuat entry selepas melihat hasil lukisan dari nukilan si Comel http://anuar-comel.blogspot.com/ni... eeemmm cam ne nak study cam ni dok gila bayang motor besar.... tapi aku tertarik pada klasfikasi cc yang dia catatkan pada paper dia tu.... memang gila motor bersisi besor selera dia pun besor 1000cc tu... mak uiiihh kalau eden lah woiii gadai tanah 4 ekar pun tak lepas tu nak bayar motor tu...

Ape pun minat aku pun tetap sama ingin memiliki sekurang-kurang satu motor kategori superbike.. So aku dah klasfikasikan antara impian aku... meh tengok ape motor yang aku senaraikan...
Kategori 250cc dan kebawah...
motosikal peringkat entry level...Umumnya di bawah 250 cc serta berkuasa rendah sekadar mencukupi sebagai pengangkutan untuk pergi bekerja...berkuasa rendah boleh dianggap sebagai baby superbike..dan ada juga yang menganggapnya bukan superbike pun..bergantung kepada penerimaan masing-masing...bermula daripada Kapasiti 250 c.c hingga ke bawah tidak memerlukan LESEN KELAS B FULL Memadai sahaja Lesen B2 sebagai asas keperluan motorsikal

Motosikal sport
Lazimnya mempunyai saiz enjin antara 250cc . Boleh didapati juga dalam enjin 2 lejang ataupun 4 lejang, tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.walaupun masih baby jangan sekali-kali menafikan keupayaannya yang mungkin membuatkan anda boleh kena sawan melihat kelajuannya...

Kategori 500cc dan ke atas sikit ...
Umumnya di bawah 500 cc / 650 cc untuk digunakan sebagai motosikal bekerja, tetapi dengan lebih keluaran kuasa supaya dapat digunakan untuk berseronok pada hujung minggu.motosikal dalam kelas ini adalah lebih "power" dengan ledakan kuasa yang cukup mengancam..kuasanya adalah di antara 100hp-120hp mengikut pengeluar masing-masing (sama dengan kereta 1500cc)...Ade yang menganggap motosikal dengan kapasiti 500cc dan ke atas sahaja yang layak dikelaskan sebagai superbike...korang tengok aje la kan perkataan "super" itu sendiri dah menerangkan betapa berkuasanya jentera itu betul tak. Boleh guna untuk bersantai di hujung minggu termasuklah nak test power..

SUPER SPORT...
Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sangat diberi tumpuan terhadap prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 500 cc hingga 800 cc serta dengan berat dalam lingkungan 170 kg - 204 kg, menghasilkan kuasa kuda sekitar 100 hp (75 kW).
Kategori antara 1000cc ...
biasanya motosikal dalam kelas ini mempunyai kuasa di antara 170hp - 180hp mengikut teknologi pengeluaran masing-masing. Kelajuan yang mampu dicapai oleh superbike dalam kelas ini boleh mencapai maksimum speed lebih kurang 300km/j... tak boleh bayangkan kelajuan ini sebab tak pernah lagi cuba untuk bawa selaju itu..sebenarnya tak berani beb sayang nyawa..superbike dalam kelas ini biasanya digunakan untuk bersantai ataupun berlumba sahaja... Dengan kemajuan teknologi sekarang berat motosikal ini telah berjaya dikurangkan sehingga berada dalam lingkungan 180kg sahaja membuatkannya semakin mudah dikendalikan disamping bentuk yang lebih erodinamik yang boleh membelah angin dengan lebih efektif.

Superbike...
Motosikal superbike adalah motosikal sport bersasaran besar antara 800 cc - 1100 cc. Prestasinya adalah sama seperti motosikal super sport tetapi dengan enjin yang lebih besar dan mampu menghasilkan lebih kurang 170 bhp (127 kW). . Kategori lebih dari 1000cc..

Mana-mana superbike yang berkapasiti melebihi 1000cc dikelaskan sebagai "Hyper Sport"...yang mana kuasanya memang sukar dibayangkan..contohnya Suzuki Hayabusa 1300cc yang dikatakan mempunyai kuasa 197hp dan boleh mencapai kelajuan maksimum lebih kurang 322km/j...perghhhh sama laju dengan "Bullet Train" tu.. kira setakat ini Suzuki Hayabusa 1300cc adalah terlaju antara superbike yang ade...

Hyper sport...
Motosikal hyper sport adalah motosikal sport bersesaran sangat besar dengan tumpuan utama terhadap kelajuan maksimum dan pecutan. Ia digerakkan oleh enjin bersesaran antara 1100 cc hingga 1400 cc. Motosikal hyper sport adalah lebih besar serta lebih berat daripada superbike dengan berat basah menghampiri 227 kg. Pertambahan berat ini berkompromi dengan keupayaan di atas litar lumba untuk memberi tumpuan terhadap kestabilan pada kelajuan sangat tinggi sehingga melebihi 290 km/j..
Kategori Sport touring...
Motosikal sport touring direka untuk perjalanan jarak jauh. Ia menampilkan lebih banyak ciri-ciri keselesaan daripada kebanyakan motosikal sport. Motosikal sport touring selalunya lebih berat, kurang berkuasa serta kurang tertumpu ke arah prestasi daripada motosikal super sport, tetapi mampu menyimpan banyak barangan, mempunyai ergonomik penunggang lebih selesa serta lebih praktikal. Bergantung kepada jumlah tumpuan yang diberikan terhadap ciri-ciri kembara, saiz enjin motosikal sport touring melingkungi saiz enjin super sport sehinggalah ke hyper sport, tetapi ditala lebih rendah bagi keselesaa perjalanan jarak jauh.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Friday, April 9, 2010

Jamming Vol. 7


Jamming Vol. 7
Zaman rock kapak adalah zaman aku membesar, kira zaman peralihan antara era muzik sekarang dan era rock dulu-dulu. So, banyaklah kenangan termasuklah lagu ni .Bagi yang pernah melaluinya pasti merindui zaman tersebut. Tak kisah lah Rock cintan ke Hard rock ke kira aku layan aje...



Jamming Senior Rock Osama Band.... Dah Tak ade ape nak buat cuti hujung minggu...Datang lepak kat Osama Studio.. Joint band Senior-senior kat sana.. Tapi layan lagu zaman-zaman rock dulu-dulu... biasalah dia orang otai-otai mana nak layan lagu zaman sekarang.... Tak kisah lah janji dapat main jamming sama-sama....


Perrghhh lagu ni... Memang best...


Membuat come back nostalgia lama tu... Hebat..

Sayang sekali zaman rock ni telah berlalu.... aku sangat teruja dengan semangat rock otai-otai masih sentiasa segar.....


Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Wednesday, April 7, 2010

Bengkel cat kereta - Bingkisan dari kami dikala malam...

Kala Malam Bulan Mengambang story...
Al Kisahnya.....Dah Malam ni...Sorry banyak-banyak sejak dua tiga hari ni tak jengah langsung entry blog ni....Ni pun ade masa terluang sikit kami rasa buat sikit entry lah untuk tatapan sikit... kami masih amat sibuk ngan kerja-kerja yang tak ade kesudahan ..... bilalah nak habis.... Alhamdulillah rezeki adalah sikit.... kena usaha siapkan segera... sebabnya dah sesak teruk dalam bengkel.... tak leh keluar tak leh masuk .... Kerja pun terpaksa sambung sampai malam.... Terpaksalah beb.... Orang lain malam duduk rumah kami masih ade sikit perkara perlu di selesaikan sikit malam-malam cam ni....
Maaf gambar pun dah macam hitam putih kelabu asap..
Dah malam gelap lah.. Meh terjah kami....
Kesesakkan bengkel teramat sangat.... Pening Wooooohhhh... Serabut Tak terurus nampaknya... bila nak nak siap belum tau lagi....
Bila Tauke turun padang buat kerja
Taukey Azli sedang Welding body kereta
Woooo Dah macam main bunga api masa raya
Yang Sorang ni dok repair tukar drive shaft .... esok pagi owner dah nak pakai...
Korang tengok kereta dah bersilang sana sini.....
Rasanya bila nak selesai lah dah larut malam ni.... Tak pedulilah orang snap gambar dia...
Taukey pun tak tinggal dengan cat keretanya
Korang tengok sampai dok bertenggek mencangkong lah nak repair kete ni...
Ape pun tanpa jemu terus mengadap dan mengharap agar dapat segera selesai kerja...
Rezeki Allah yang bagi yang paling penting usaha dan syukur atas kurniaannya... Alhamdulillah syukur nikmat tuhan...
~~~Yang Paling Tak Bestnya~~~
Cehh Yang paling tak senonoh nya ade pulak yang sesaja mulut tak insurans dok gatal-gatal cerita -cerita kisah seram sambil buat kerja....Weeehh malaun betul lah bebudak ni.....
Ape pun Kami mohon Maaf andainya kami lama tak ziarah blog kalian rakan alam maya.... Kami masih tetap bersamamu... Sorry berbanyak-banyak ye....
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Wednesday, March 31, 2010

Bengkel cat kereta - Keluar Masuk Kereta.... Kami usahakan aje...

Salam Dari kami ....Rasanya dah lama kami tak cerita pasal bengkel kami.... bukannya ape dalam bulan ni aje kami agak kesibukan teramat ... Nak siapkan tempahan orang... nanti kalau lambat siap tertunda plak... Tak sedapkan orang pun nak pakai kereta... Tu yang nak tak nak terpaksalah sedaya upaya kami kerah keringat peluh sikit...Ade kereta keluar dan ade kereta masuk silih berganti...... Ade beberapa projek yang kami nak paparkan secara ringkas aje... Meh lihat ape yang kami nak siapkan projek tu segera ...
Projek Cat Coverset Motosikal TZM....
Yang ni rasanya dalam hujung minggu ni siaplah.... dah 80 % hampir di siapkan..... Kepada owner Insya Allah kami call kalau dah siap nanti....


Projek Cat Produa Kenari.
Mari lihat dalam bilik cat pertama.. Projek Kenari ni Taukey Azli yang buat... kenari ni sekarang dalam proses cat under code... Emmmm kalau tengok Taukey pun terpaksa buat kerja keras sekarang ni.... Ni pun dalam 70 % dah nak siap...

Projek Kancil Gold colour
Ni kat Bilik cat sebelah yang lagi satu (bilik cat kedua)... Tukang cat sorang ni tengah siapkan kancil ni dah naik colour dah .... Sebuk gak dia ni ... Dah naik colour dah senag sikit lah kerja lepas ni.... Dah siap dalam 90 % hampir siap...

Projek Ketuk dan welding kereta.....
Yang ni kereta kancil jugak nak repair body sikit dan lantai dia.... Ni tak tau lah bila nak siap... Rasanya lepas ni kena stopkan ambil kereta yang kena repair ketuk body.... nak siapkan kereta kancil ni dulu.... Eeeeemmmm leceh sikit banyak lagi kerja nak buat ni.... Dalam lingkungan 20 % kerja welding disiapkan....

Projek Kancil Colour Kuning....
Kereta kancil ni dah siap cat dah.....Bawa keluar...Biarkan cat dia kering dulu... dan lepas ni baru nak pasang balik part -part yang dibuka tu..... Dalam lingkungan 90 % siap lepas ni dah tak banyak lagi pasang part lepas tu polish plak....
Projek Kancil Overhoul enjin....
Kali ni kami ambik projek turun enjin kancil plak..... Baru aje lepas buka part nak overhoul.... Ni kami baru nak mencuba-cuba try buat enjin plak..... kira servis lepas ni kami buatlah.... bertambahlah perkhidmatan yang kami sediakan kat bengkel ni..... tapi rasanya tak buat secara serius.... kalau nak buat semua kerja tak terbuatlah ...... kami pun bukannya pandai sangat pun..... sekadar tolong kawan aje....

Begini lah sehari-hari duduk mengadap bengkel kami..... banyak kerja yang perlu kami siapkan demi kepuasan pelanggan... harap pelanggan dan juga anda sebagai pengunjung blog kami memahami situasi kesibukan kerja dibengkel kami membataskan banyak hal ..... Insya Allah kami cuba berusaha sedaya upaya....

Kami cari makan dengan cara ni..... Nak buat camne...... Rezeki Allah yang bagi.... Tapi kita kena usaha keras gak kan.... Alhamdulilllah syukur kami atas nikmat yang diberikan....

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..