Superbike impian ku... Aku terpanggil membuat entry selepas melihat hasil lukisan dari nukilan si Comel
http://anuar-comel.blogspot.com/ni... eeemmm cam ne nak study cam ni dok gila bayang motor besar.... tapi aku tertarik pada klasfikasi cc yang dia catatkan pada paper dia tu.... memang gila motor bersisi besor selera dia pun besor 1000cc tu... mak uiiihh kalau eden lah woiii gadai tanah 4 ekar pun tak lepas tu nak bayar motor tu...

Ape pun minat aku pun tetap sama ingin memiliki sekurang-kurang satu motor kategori superbike.. So aku dah klasfikasikan antara impian aku... meh tengok ape motor yang aku senaraikan...
Kategori 250cc dan kebawah...
motosikal peringkat entry level...Umumnya di bawah 250 cc serta berkuasa rendah sekadar mencukupi sebagai pengangkutan untuk pergi bekerja...berkuasa rendah boleh dianggap sebagai baby superbike..dan ada juga yang menganggapnya bukan superbike pun..bergantung kepada penerimaan masing-masing...bermula daripada Kapasiti 250 c.c hingga ke bawah tidak memerlukan LESEN KELAS B FULL Memadai sahaja Lesen B2 sebagai asas keperluan motorsikal
Lazimnya mempunyai saiz enjin antara 250cc . Boleh didapati juga dalam enjin 2 lejang ataupun 4 lejang, tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.walaupun masih baby jangan sekali-kali menafikan keupayaannya yang mungkin membuatkan anda boleh kena sawan melihat kelajuannya...

Kategori 500cc dan ke atas sikit ...Umumnya di bawah 500 cc / 650 cc untuk digunakan sebagai motosikal bekerja, tetapi dengan lebih keluaran kuasa supaya dapat digunakan untuk berseronok pada hujung minggu.motosikal dalam kelas ini adalah lebih "power" dengan ledakan kuasa yang cukup mengancam..kuasanya adalah di antara 100hp-120hp mengikut pengeluar masing-masing (sama dengan kereta 1500cc)...Ade yang menganggap motosikal dengan kapasiti 500cc dan ke atas sahaja yang layak dikelaskan sebagai superbike...korang tengok aje la kan perkataan "super" itu sendiri dah menerangkan betapa berkuasanya jentera itu betul tak. Boleh guna untuk bersantai di hujung minggu termasuklah nak test power..
SUPER SPORT...
Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sangat diberi tumpuan terhadap prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 500 cc hingga 800 cc serta dengan berat dalam lingkungan 170 kg - 204 kg, menghasilkan kuasa kuda sekitar 100 hp (75 kW).
biasanya motosikal dalam kelas ini mempunyai kuasa di antara 170hp - 180hp mengikut teknologi pengeluaran masing-masing. Kelajuan yang mampu dicapai oleh superbike dalam kelas ini boleh mencapai maksimum speed lebih kurang 300km/j... tak boleh bayangkan kelajuan ini sebab tak pernah lagi cuba untuk bawa selaju itu..sebenarnya tak berani beb sayang nyawa..superbike dalam kelas ini biasanya digunakan untuk bersantai ataupun berlumba sahaja... Dengan kemajuan teknologi sekarang berat motosikal ini telah berjaya dikurangkan sehingga berada dalam lingkungan 180kg sahaja membuatkannya semakin mudah dikendalikan disamping bentuk yang lebih erodinamik yang boleh membelah angin dengan lebih efektif.
Mana-mana superbike yang berkapasiti melebihi 1000cc dikelaskan sebagai "Hyper Sport"...yang mana kuasanya memang sukar dibayangkan..contohnya Suzuki Hayabusa 1300cc yang dikatakan mempunyai kuasa 197hp dan boleh mencapai kelajuan maksimum lebih kurang 322km/j...perghhhh sama laju dengan "Bullet Train" tu.. kira setakat ini Suzuki Hayabusa 1300cc adalah terlaju antara superbike yang ade...
Motosikal hyper sport adalah motosikal sport bersesaran sangat besar dengan tumpuan utama terhadap kelajuan maksimum dan pecutan. Ia digerakkan oleh enjin bersesaran antara 1100 cc hingga 1400 cc. Motosikal hyper sport adalah lebih besar serta lebih berat daripada superbike dengan berat basah menghampiri 227 kg. Pertambahan berat ini berkompromi dengan keupayaan di atas litar lumba untuk memberi tumpuan terhadap kestabilan pada kelajuan sangat tinggi sehingga melebihi 290 km/j..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..