Friday, October 29, 2010

DIY Spray Coverset Motosikal

Sorry agak lama tak berblogging...Pada Episod yang lepas-lepas kami ade terang sedikit sebanyak tentang basic spray cat motosikal sendiri.. Jadi kali ini sekali lagi kami cuba kupas tip-tip spray coverset lebih kreative lagi..
Spray Motosikal Guna Cat tin..
Kalau nak cat motor pakai spray cat aeresol yang biasa-biasa, pakai autocolor pun cantik dah. senang dapat. TOA susah nak carik kat sesetengah tempat.. Kalau Pakai brand DPI, anchor atau Brand samurai pun Ok gak ...
Cara2 spray secara ringkas..
Belajar camne nak Spray Simple Stripe Design Coverset
1.First gosok sampai cat clear asal tu jadi kasar halus...Gosok part dengan air sabun pakai kertas pasir gred halus, pakai sand paper grade 1000@800.. kena pastikan sand paper & bahagian coverset basah dengan air.. pakai kertas pasir yg waterproof...slalu aku pakai yg belakang kertas pasir tu color kelabu...gosok ape2 pun pakai air...kalo tak kertas pasir cepat haus...
2.Lepas aje undercoat pakai primer putty grey, undercoat - 1 layer / 2 layer.
3. tape kan tempat yang tertentu dengan masking tape rapi-rapi
4.then layer plak ngn merah after merah, Spray warna merah pada bahagian bawah, Kekalkan bahagian atas warna putih
5. tape kat tempat yang Tak nak kne spray (Bahagian merah) seterus nya Pastu spray plak warna biru lepas tu
layer plak ngan kaler biru mettalic ..
Pastikan masking tape tu tak boleh biarkan lame sangat lekat kat body.. Cat akan terikut terkopek masa nak tanggalkan masking tape tu.. tambah kerja plak jadi die nanti..
6.Tunggu dalam 5 minit bukak kesemua masking tape.
7.Last sembur clear ..2 atau 3 layer ... Jemur biar bebenar kering..Better than masa jemur kena tengok cuaca Sebab sekarang neh tak konsisten sekejap hujan, berangin, mendung.. kang tk pasal-pasal ade dedaun kering atau serangga melekat kat cat yang tak kering tu..

Sembur primer coat @ putty, pastu sembur undercode. lepas tu spray putih plak.. masking tape buat jalur line halus. Pastu spray warna merah plak. Tunggu kering..Spray sikit kat bahagian bawah tu warna hitam plak.. bukak kesemua masking tape. Last sembur clear

Macam biasa first sembur primer coat @ putty, pastu sembur undercode.. Spray warna putih. Masking tape line . Pastu spray warna merah plak Pastu tunggu kering,bukak kesemua masking tape. Last sembur clear. Dah siap pasang lah kat motor
Hah begilah rupanya kalau dah siap tu..... Kalau korang lagi kreatif mungkin hasilnya lagi lah gempak...
Satu Lagi cara belajar Simple Stripe Design Coverset Motosikal
1. bersihkan permukaan Part sampai bersih..
2. gunakan kertas pasir halus seperti 1000 @ 800 (yg korang rs halus) untuk digosok kat objek
3. gosok objek dengan kertas tersebut sampai permukaan objek jd sedikit kasar supaya cat melekat dengan kuat. lepas digosok, bersihkan permukaan objek daripada habuk..
4. spray primer coat @ putty
5. semburkan cat under coat
6. undercoat bergantung pada kaler apa yang ko nak spray. biasanya kaler putih la. plain @ flat white.
spray warna kuning kemudian biar kering bebetul.

7. bila dah kering, sembur cat yg dikehandaki.. kerja2 spray ni memerlukan kesabaran yg tinggi.. buat beberapa lapisan cat yg nipis-nipis seperti yang tercatat kat tin spray.. kalau terlalu tebal, lambat kering dan akan jd craking dalam jangka masa panjang nanti..Sekarang yang ade ni coverset tu
8. Sementara tu.. Lukis Design guna kertas dan potong ikut bentuk tersebut. masking tape permukaan, tekap gambar design pastu potong pakai pisau Ikut bentuk 9. lepas tu, semburkan lapisan cat clear bagi melindungi cat tadi dan akan menyerlahkan lagi warna cat.. clear - 2/3 layer
biasanya untuk hasil yg perfect, clear ni bagus diguna menggunakan spray gun sebab ia memberi hasil yg licin dan berkilat.. nak guna tin pun bleh tp kene pandai.. spray dekat skit kat objek dengan pantas bagi mengelakkan cat meleleh.. biarkan cat kering sepanuhnya, kalo tak puas hati, sembur lagi satu layer..

Hah Ni lah rupanya bila Coverset tepi tu dah siap... Tinggal pasang aje kat motosikal nanti...
Memang mula-mula nak belajar spray sendiri gune cat tin ni nak kene pandai control sembur dari jarak-jarak yang sepatutnyer. dekat sangat cat meleleh, jauh sangat wat membazir je. Satu lagi...cat tak leh leka...ko termenung jer jap, confirm meleleh. dah meleleh tu yang susah nak wat tuh. kene tunggu 100% kering dulu baru gosok balik. gosok kene gosok satu part, tak leh gosok kat tempat meleleh jer, nanti nampak sopak. cat sebaiknyer wat kat tempat terlindung dari matahari, wat tempat tertutup lah senang citer.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Wednesday, October 20, 2010

Tinted Cermin Kereta.

Soalan dari Guest (Shoutbox)
Guest: harga tinted cermin kete bpe ekk?
Jawapan kami:
Minta maaf pada Saudara Guest kami bukanya buat tinted kereta ... Tapi kami dah pergi tinjau banyak kedai tinted kereta sekitar Johor Bahru kebanyakkannya menawarkan harganya dalam lingkungan
untuk kereta sedan standard - RM 490( 4 cermin pintu Super tint + cermin belakang dan depan biasa )untuk kereta MPV atau super saloon - RM590( 6 cermin pintu & sisi + cermin belakang & depan biasa )
tapi ada gak yang menawarkan harga RM40 - RM150 pun ade tapi tinted cap ayam lahhh...

Tinted Cermin Kereta Kita...
Hari ini, begitu banyak jenama filem tinted yg bagus dan berkualiti, tidak kurang sekadar imitation.
kalau ikut fungsi utama tinted ialah untuk keselesaan melambatkan kemasukan cahaya panas keselamatan dan keselamatan- cermin tidak pecah berderai ketika kemalangan dan menyukarkan pencuri untuk memecah masuk...Sekarang banyak kedai tinted menawarkan harga sangat menarik dan berbeza2 antara setiap jenama.saya tidak boleh cadangkan apa2 jenama, terpulang pada poket anda dan pilihan peribadi.
Yang pastinya tinted cermin tu ada ciri-ciri macam kat bawah ni.Tapi biler memasang tinted glass pastikan
1) ianya tidak terlalu gelap atau terlalu kilat hingga tidak nampak penumpang di dalam.
2) ianya mempunyai waranti utk elakkan jadi menggelembung atau bubbling-bubbling
Tips paling utama utk menguji filem tinted - pasangkan spot light dan rasakan serta merta samada ianya panas atau suam2.... kalau leh rasa panas, cuba produk lain

Tinted cermin anti pecah - cegah perompak & Pencuri?
Adakah tinted kereta anda mempunyai ciri keselamatan di atas, ketuk banyak kali tapi cermin tak mudah pecah, atau tinted kereta anda hanya mempunyai ciri sejuk sahaja?

Sekarang ni banyak kes ,Penjenayah dengan mudah pecahkan tingkap kereta anda. Boleh mengakibatkan masalah rompakan, kecurian dan cederakan orang. memecahkan cermin kereta utuk mengambil barang-barang aksesori berharga dalam kereta. Untuk mengatasi masalah cermin kereta di pecahkan.. banyaklah kedai aksesori memperkenalkan tinted cermin khas berfungsi anti pecah..bukan tak pecah sukar dipecahkan..
Video ni....Cermin anti Pecah..


Video ni.. Senangnye Pencuri Pecah cermin kereta


Video ni.. Pencuri Pastu curi barang dalam kereta..




Tinted Kereta Perangkap Diri Semasa Kemalangan? Fikir-fikirkan ye!!
Namun , sedarkah kita Tinted cermin yg ditampal dgn penapis haba khas boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang lain.. bayangkan kalo kereta tercampak dlm sungai.. dan kita x boleh nak pecahkan tingkap pesal bertinted... masalah jugak kan... atau berlaku sebarang kemalangan yg tak terduga, kebakaran, adekah kita mampu menyelamatkan diri..dalam suasana cemas fikiran panic tak mampu berfikir dengan betul.. cara terbaik selamatkan diri dengan cara pecahkan cermin untuk keluar..Bayangkan lah jika kita sendiri pun tak mampu pecahkan cermin bagaimana pula dengan bomba dan pertahanan awam pasti mengambil masa untuk membuka pintu tersebut mengeluarkan mangsa..

Beza Tinted Cermin Lamined dan Tempered
Lazimnya jenis lamined selalunya dipasang pada bahagian cermin hadapan, jenis tempered pada bahagian belakang dan sisi kenderaan.. pada bahagian hadapan lamined dipasang terdiri daripada dua lapisan yang dapat melindungi pemandu terkena serpihan kaca jika cermin itu pecah terkena batu semasa memandu.. lamined sukar dipecahkan, hanya retak kecil atau pecah berbentuk satu jalur garisan retak.. berbaza pula jenis tempered pula akan pecah berderai keseluruhannya.. perkara ini perlu dipastikan agar mesti ade tinted tempered di pasang pada bahagian sisi dan belakang bertujuan memudahkan untuk di pecahkan semasa kecemasan atas sebab-sebab keselamatan (Bomba)

Nyawa anda adalah sangat penting diselamatkan jika kemalangan berlaku berbanding jika pencuri memecah cermin anda mengambil aksesori dalam kenderaan .. aksesori dalam kenderaan anda masih boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut pada bila-bila masa...Fikir dulu ... anda mampu mengubahnya..anda mampu selamatkan nyawa terus melayang..

Peraturan JPJ Berkenaan Cermin Kereta...
Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini, di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kadar ketelusan cahaya menerusi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah sekurang-kurangnya 70% diukur dengan menggunakan suatu pengukur yang ditetapkan. Manakala kadar ketelusan cahaya menerusi cermin di lain-lain bahagian kenderaan hendaklah sekurang-kurangnya 50%. korang kena hantar Puspakom Check ketelusan cahaya cermin tu...
Jika langgar Peraturan JPJ...

Bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut:
1. JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.
2. Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.
3. Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.
4. Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.

Yang Tak mau dilihat bila Tinted kena cabut tu...
Cermin gelap Kereta..
Persoalannya adakah berkenderaan dengan cermin gelap ini satu keperluan atau untuk bergaya semata-mata?
Macam-macam pendapat orang lahh... Tapi itu juga kemungkinan yang berlaku..larangan memakai Cermin gelap ni dapat membendung potensi kegiatan jenayah (bimbang jika kenderaan bercermin gelap digunakan penjenayah)..dan Membendung potensi maksiat dalam kereta... segelintir orang buat projek dalam kereta agaknye..Bagi saya jangan ada pengecualian jika penguatkuasaan ke atas cermin gelap ditetapkan. Maksud saya semua daripada kita, Walaupun golongan VIP sekalipun harus tertakluk kepada undang-undang.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Sunday, October 17, 2010

Coverset Yamaha LC & Nouvo..

LC' Y' Transformers.. Masuk Majalah Kapcai
Salam buat korang ... Dengan kesempatan yang ada ini kami cuba nak bawak korang tinjau seorang kawan pengunjung blog kami http://budakkampung39.blogspot.com/ (klik aje).. Walau pun tak kenalnya cuma kenal melalui blog dan face book aje.. mari lihat motor LC dia ... bukan ape aku terkagum lah pasal aku bukan berminat pada kelajuan tapi pada modifikasi motor bro ni.... itu yang terpanggil nak buat entry pasal LC ni.... Bro budakkampung sorry harap diberi keizinan aku menatap wajah motor ko ni.... Bukan bertujuan ape cuma aku nak kongsi pandangan antara kita didunia blog... bukan pada kelajuan tapi minat mendalam aku berkenaan modifikasi luaran sahaja....

Bukannya apa.. Aku ada beli Majalah KAPCAI Bil:98 September 2010.. Ada artikel Motorsikal dia ni kat muka surat 38 &39.. Lagi lah aku tumpang berbangga.. kira gempak jugak motor budak ni....

Ucapan Tahniah.... Tahniah...
Meh kita Tinjau gambar motorsikal dia plak... bertemakan Transformers dari sentuhan Ajax Multidesign.. bukannya apa aku selalu nampak motosikal ni kat Autoshow sekitar Johor.. dan terbaru Alhamdulilllah LC TRANSFORMER dpt tempat pertame autoshow melaka maju 2010,Tahniah...Tahniah... Eeeemmm Dah banyak kali menang dahhh autoshow... Gempak siut... Tabik lahh kat ko ni....
Yang buat aku tertarik adalah modifide motosikal ni.. coverset airbrush .... kalau masuk autoshow pun boleh jadi tumpuan mata memandang lah.... oh ye... aku tertarik pada bahagian roda depan dan belakang..Double disk brack tu... siap caliper ..Demper... absober front fork..Yoshimura Ekzos dan yang KOSO digital Meter Rx2

Soalan Dari Facebook..
Ade Banyak soalan yang diajukan pada kami melalui face book dan email.. tapi kami mohon maaf ade yang kami lambat balas.. kerana kami agak sibuk sejak kebelakangan ni... Insya Allah kami akan cuba jawab satu persatu nanti... Insya Allah..

Ni soalan dari En.ZulLC:
En.ZulLC : Salam Bro Sy ada tengok blog bro banyak info pasal moto. Bro , Sy ada sebuah LC dan sebuah Nouvo standart je. Tapi nak modi sikit boleh tak bro bagi cadangan supaya sy dapat solek moto tu jadi cantik sikit. Apa step by step yang perlu d tukar masuk kat moto tu terutama motosikal LC sy tu.klu boleh boleh tak tunjukkan saya cover body part LC d. Nouvo.Terima kasih.

Kami Jawab:
Thanks bertanya.. kami jawab dalam bentuk entry secara ringkas...Ok lah cukup tu... Kepada kaki motor kalau korang teringin nak modifide motor LC atau Motorsikal Nouvo korang tu.. Lihat kat bawah ni
Secara basicnya kalau nak modifide LC atau Yamaha Nouvo ni banyak gak belanjanya.... Jadi Startlah dengan kemampuan yang ade.. ikutlah keperluan jangan kehendak menguasai fikiran... Step by step lelama complite lah keseluruhan Modifide motosikal korang ye..

kat sini kami ade berikan sedikit maklumat mungkin berguna pada semua orang dan silalah tinjau-tinjaunya ye..
Coverset Motosikal Yamaha LC & Nouvo..
Ni alamat yang boleh korang contactnya ye... untuk cari coverset tu..

Secara basicnya kalau motorsikal LC ni korang bolehlah try cari part-part tersebut macam kat bawah ni.... Harap kalau nak tukar sesuatu barang seperti yang kami nasihatkan janganlah ikutkan hati.. kerana modifide motosikal LC memerlukan modal dan wang yang banyak untuk dibelanjakan... fikir dulu ye...

Yang ni beberapa Part Yamaha LC135..
Yang ni beberapa part Yamaha Nouvo..
Mudah -mudahan kita dapat berkongsi minat dan bertukar-tukar pandangan... Itu sahaja niat kami ... Bukan tujuan mengalakkan tapi ianya sebagai hobi dan minat...
Percayakah Anda Transformers ni Real Wujud ?...

Thanks pada semua..Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.