Friday, April 27, 2012

Diy Service Blower Aircond Kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Dino said bawa kete myvi aku on aircond full pun masih tak sejuk angin slow pd hal baru jer tambah gas kedai kate gas byk lg, paip x bocor pn. aircond kdang2 ade bau busok tak tau mn dtg
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada dino...  Sebenarnya saya kurang arif dalam hal ini ... tak dapat nak agak apa kerosakkannya... kalau dah tambah gas aircond angin keluar slow dan dah di pastikan tak ada kebocoran pipe... Rasanya ada kemungkinan masalah blower agaknyer... sedikit secara ringkas mungkin berguna untuk kamu...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Service Blower Aircond Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kadang-kadang kalau angin aircond slow berkemungkinan blower aircond dah kotor atau terdapat banyak debu-debu habuk yang melekat pada bilah-bilah kipas blower berkenaan... Jika angin aircond berbau busuk, Ada kemungkinan aircond anda telah terlalu lama  tidak di service (dah bertahun-tahun) hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk...

Jadi apa salahnya sekali sekala buka blower aircond untuk dicuci, di tukar filter dan dibersihkan fan (kipas) blower.... mudah-mudahan  bila on switch angin blower yang keluar pun jadi kuat sikit.. Sebabnye kita boleh buat sendiri.. senang ajerr kalau nak buat lahhh...
Cara Tukar Filter Blower Aircond
1).Tanggalkan skrew pengikat  dan cabut keluar laci simpanan barang pada dashboard kereta..  Setelah dikeluarkan laci .. cuba lihat kat bahagian dalam (bawah dasboard belakang laci simpanan barang) cari kat mana kedudukan blower aircond kereta tersebut..
2)Kemudian cari kat mana kedudukan filter blower aircornd… Pastu buka klip pada cover filter … tarik keluar filter blower aircornd…
3)Kalau filter blower aircornd tu dah berhabuk teruk sangat… kena tukar dengan yang baru…. Kemudian pasang balik di tempat asal…
4)Ada sesetengah filter blower aircornd kena keluarkan dari celah tepi blower ajer..Macam kereta Hyundai Getz  ni agak senang sikit nak buat..
  
5)Ada sesetengah kereta yang mempunyai filter simple ajer bentuk dia… Contohnya macam kereta Myvi sekeping kertas ajerr bentuk dia …

6)Senang ajer filter blower aircornd tu kalau kotor sangat kena lah tukar baru… Just hanya letak ajer kat dalam blower aircond tersebut…
7)Sesetengah kereta tak nampak kat mana kedudukan blower aircond disebabkan terlindung dibelakang frame console.. Maka kena jugak tanggalkan skrew pengikat  pada frame console..  Baru dapat cari kedudukan blower aircond  kereta tersebut…
8)Bila dah jumpa blower aircond  kereta tersebut cabut keluar… ganti baru.. Cuba tengok kat dalam kotak filter tersebut kadang kala ada sampah berupa daun-daun kering yang masuk kedalam.. Itu yang membuatkan aircond tersumbat dan menyimpan bau busuk dan hapak ( dalam keadaan lembab)… Bersihkan dan buang daun-daun tersebut... 
 Macam mana boleh ada daun dalam blower aircond???
Bila parking bawah pokok daun-daun landing jatuh dan terselit celah- celah lubang blower … bila aircond dihidupkan maka daun daun kering tersebut akan disedut masuk kedalam kotak blower…
****Di nasihatkan nampak daun atas bonet kereta....Rajinkan tangan  buang daun yang jatuh dan terselit kat celah bonet..
9)Dalam atau bersebelahan dengan blower aircond  kereta ada kotak fan blower aircond ( kipas blower)..  Cuba buka cover fan blower.. Dan cabut keluar fan blower aircond tersebut..
10)Kalau fan blower aircond ( kipas blower) tu penuh habuk.. Cuba bersihkan kerana kalau habuk tebal sangat pon angin kipas tak boleh keluar kuat nanti.. Dah siap bersihkan pasang balik di tempat asalnya…
Cara  bersihkan fan blower aircond
11)Cara nak bersihkan fan blower aircond ni sama ada guna cotton buds untuk bersihkan habuh pada celah-celah kipas.. Atau kalau dah teruk sangat habuk berselaput kena gak cuci dengan berus lukisan yang di basahkan dengan air sabun..
Cara bersihkan saluran hose dan lubang aircond 
12)Cara nak bersihkan saluran hose dan lubang aircond … dapatkan Car Air Conditioner Cleaner siap dengan hose panjang masuk kan hose ke dalam lubang keluar aircond… Pastu spraykan…  yang ni contoh gunakan Toyota punya Air Conditioner Cleaner  boleh cari ada jual.. Bagus spray ni….
13)Sekarang ni ada macam-macam jenama Car Air Conditioner Cleaner...Bukan takat membersihkan ajer malah menyah bau busuk dan hapak, mewangikan dan  menyegarkan bila aircond kereta  terpasang..
Aircond sistem ni semua kena servis..
14)Lagi bagus kalau keseluruhan sistem termasuk piping, condensor dan cooling di servis semula supaya ianya dapat berfungsi dalam keadaan baik… Benda ni semua kena servis kat bengkel yang boleh buat servis aircond
_______________________________
Aneh Tapi Benar ?  
Pernah terjadi jugak entah macam mana tikus dan anak burung boleh termasuk dalam blower.. Itu yang hairan sangat....akibatnya haiwan tersebut mati kat dalam blower aircond.. heran-heran...
 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

60 comments:

logorithm said...

Oooo... daun kering boleh masuk dalam blower ye? I kekadang terpaksa parking bawah pokok. Memang banyak daun kering yang landing atas kereta. Tapi so far tak der lah masalah air-cond slow dan berbau...


Terbaru dari Logokoko:

[18SX] Tips membesarkan anu...

[U] Tandas terbuka

[U] Parking lama sangat

tehr said...

Kalau dah ada bangkai tikus
Memang busuk tu
Nak tak nak, memang kena bersihkan

ayie said...

patut la air-cond bebau

dhiera zainudin said...

nice tips.. memang boleh buat sendiri ni~

Unknown said...

Kalau ada masa mmg aku buat juga mende2 nih...tp selalunya aku hantar kedai jerr...hehehe

Mermaid Ungu said...

wei betol2..kawan aku punye kereta ade tikos besar giler tersangkut kat bwh tu..then mati..besar giler kot!!!

Fakhruddin said...

tq for the tutorial..
boleh try check ni..
aircond myvi aku pun busuk tahap longkang dah ni...

aShaBuLz said...

er...soalan. kdg2 berapa lama masa yang diambil oleh geng otomobil untuk siapkan satu2 post? sbb tgk penjelasan dengan penceritaan yg korang ceritakan sgt terperinci. huhu..salute2~

Abu Bagi said...

kalau dah rasa lain lain tu mg nak kena service la kan...

Alan said...

aku baru tukau coil aircond..muak dah repair aircond ni..menghabiskan duit je

Woofer Storm said...

aircond sy dah tak sejuk,sy kena servis lepas ni^^

Unknown said...

kereta den aircond pun dah tak sejuk sgt...pasni kene service la kot...

Anonymous said...

entri ni si alan kena baca neh. :D

Unknown said...

x pernah buat bro

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

kereta picanto saya pun aircondnya pun tak sejuk sangat

aziekz said...

saya pun pnah alami//
mm,,g kdai dia tnjuk cara bersihkan penapis tu..free je,.mmg penuh habuk,,,patutlah buka aircond kuat tak sjuk..:)

Ace Positive said...

tahniah dan teruskan usaha dalam berkongsi ilmu ni..semoga diberkati Allah.

blog yang sgt2 berguna..congratz

Real Sham said...

Bro..kalo kita nak tukar sensor aircon secara DIY..ada cara tak?..kereta proton persona

@ku said...

Bagus.. bagus.. bagus ini info..
Myvi aku da tahap bau bangkai..
Ari tu nampak cicak beso gile tak sempat nak tangkap..
Da mati dlm blower agaknya cicak tuh...

Anonymous said...

Blower kereta Gen2 saya pun sudah tidak kuat. Terima kasih tips ini. Selalu cuci filter tapi kali ini masih tidak kuat angin. Nanti cuba buka blower bawa dashboard dan cuci.

Unknown said...

berapa harganya air cleaner spray

Unknown said...

hari ni hntar servis aircond. Katanya 4 jam leh siap. sebab nk buka dashboad avanza.
kos 300. harap2 tak de mslh lain. risau sebab takut ada bocor pipe, injap tsumbat ke...huh..kalu tidak naik lagi lah kos

Unknown said...

proton waja camne nk bukak blower die?

Indahperabot said...

Aircond saya sebelah penumpang angin sejuk sebelah pemandu angin panas. Kenapa ye?. Minta bantuan.

rahman blogspot said...

Proton iswara kat mana filter dia

Unknown said...

Terbaikkkk bro...tq untuk info yg berguna

Unknown said...

Ada cara nk buka blower kancil lampu bulat x?

Unknown said...

Assalamualaikum bro..
tumpang tnye..sy pkai myvi thun 2007..
skung ny nk cuci blower ..tp..ad ecu ke ap tab wana hitam petak tu..soalan sy..law cabut ecu tu..nty psng blik nk kne stting blik ke mcm mne? sblum cbut ecu nk kne cabut batery dlu kn??

Unknown said...

Assalamualaikum encik. Saya pun sama gak. Myvi 2007... Betulke x da aircond filter? Camna nak servis blower aircond myvi 2007? Minta tolong sesangat. Aircond sejuk tapi x angin keluar ciput. Siang hari panas gilak. Kesian anak berpeluh2 di belakang. Saya ada tanya pomen, dia kata cuci belah dal

Unknown said...

Mohon bantuan..
sa ada 2 masalah a.cond ni..
Kereta kancil je..
Baru2 ni sa repair a.cond 1set smua skli ganti...
1)Wayer supply karen untuk compreser x hidup,bila cek wayer suppy dekat atas botol2 tu ada juga karen...Pomen tu cakap,box hitam yg dekat bawa d.board tu rosak..Bila da ganti pn still sama juga,lepas tu pomen tu bagi direct wayer dri atas botol tu terus ke compreser...
Xda apa masalah kh bagi direct mcm tu? dan
D mna sebenarnya masalah karen xda tu?
2)Bila enjin parking On aircon,enjin pndai mati..Bila kereta bejalan Ok juga x mati,cuma ada terasa mcm sangkut2 masa begerak tu..
D mna masalahnya tu?
Belting ari tu pkai saiz 2280 masa pasang ketat,2,3 da longar belting tu..
mohon sangat2 bantuan yg berpengalaman..tq..

Unknown said...

Nk cabut laci simpanan kt dashboard tu pun x lepas..adooii
#mr.puppet#

pablo said...

Bro, grand livina punya blower menyorok kat mana? Dah try bukak cabin air filter, tapi nak cari kotak blower pulak tak kenal. Aircond kadang2 keluar bunyi je kuat, angin tah kemana. Pastu condensed water mmg banyak sampai menitik ke kaki. Mohon tunjuk ajarku sifu.

Unknown said...

thanx info..xpenah tau pun

Unknown said...

Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place.. ac services

Unknown said...

Dekat bawah mana.. kereta aku mcm ad bau bangkai la

tsp aircool & Maintanance said...

bos ni aku nak tanyalakan aircond van aku ni x sejuk bile aku on pada swicthnya ada compressornya jalan tapi swicthnya ada mcm main2 la (agak2 berapa kos utk swith tu ) dan bile aku nak check meter utk topup gas aku tengok pada kompressor van terdapat dua lubang mana satu lubang untuk aku masukkan gas ???

tsp aircool & Maintanance said...

van aku tahun 1994 gas yang aku ada la ni R134a so kalau aku masukkan gas 134 ni ada masalah tak utk compressor nanti ??bole tunjuk ajak tak wahai sifu yg baik hati:)

David Roy said...

Great website! I discovered it while surfing around on Yahoo News. Do you have any proposals on the most proficient method to get recorded in Yahoo News? I've been striving for some time yet I never appear to arrive! Welcome it. heating and air conditioning service

arif mustafa said...

Untuk yang mencari aircond clearner tu. Saya ada jual. Aircond coil treatment. Tujuan dia untuk cuci habuk2 dalam blower dan saluran2 sistem aircond. 20 minit je dah selesai cuci. Xpayah pi hantar kat kedai untuk cuci. Jimat ratus2 ringgit duit korang. Berminat boleh terus whatsapp saya ke 0133555507 (arif)

arif mustafa said...

Fungsi aircond coil treatment yg saya jual :
1. Membersihkan saluran aircond
2. Menyahkan kotoran & karat yg berada di cooling coil
3. Bertindak sebagai "anti bakteria"
4. Menghilangkan karat pada saluran aircond
5. Aircond kereta bertambah sejuk
6. Udara dalam kereta bertambah wangi & segar
7. Menjimatkan kos rm400 - rm800 servis dI kedai
8. Menjimatkan masa! 20 minit jer dah selesai.
.
Berminat whatsalp ke 0133555507

Unknown said...

Aslkm bro...saya dari sabah nak tumpang tanya dmax saya suis blower 123 tak brfungsi tapi 4 ok je..apa masalahnya tq.

Unknown said...

skrg sume gas r134a.. xde mslah..

Unknown said...

kne check suis tu.. kne g kdai yg mahir..

Unknown said...

tersumbat tu.. cube cuci dlu bhgian filter die .

Krie said...

Berapakah kos untuk cuci sistem aircond wira tanpa ditukar. Sekiranya tiada kebocoran.

Krie said...

Sistem dalaman aircond kotor berwarna hitam, boleh tak dicuci.

Unknown said...

Api ke blower mcm kurang stabil blower sekejap pusong sekejap tk..resisten dah tukar..blower dah tukar..panel digital dah tuka..apa masalah ek..

Unknown said...

Kereta saya buka air cond bau mcm kencing tikus ke bangkai ntah..knap ea..sbb seminggu tak guna..then sekali nak guna gitu pulak

Unknown said...

Kereta saya buka air cond bau mcm kencing tikus ke bangkai ntah..knap ea..sbb seminggu tak guna..then sekali nak guna gitu pulak

Unknown said...

Ssh nk crik tutorial utk kereta iswara.. Lokasi penapis aircond ssh btl nk jmpa.. Sspe blh tlg??

Unknown said...

Tlg sspe bg tnjuk lokasi penapis aircond utk iswara.. Tq

Unknown said...

Nak tanya,bila on air cornd je ada bunyi mcm dtg dari blower motor je.pastu bila berhenti kat trafik ligh pandai kejap sejuk,jejap panas

En Khairul said...
This comment has been removed by the author.
En Khairul said...
This comment has been removed by the author.
En Khairul said...
This comment has been removed by the author.
En Khairul said...

Saya ada menyediakan khidmat
Membersihkan blower kenderaan
Servis terus ke rumah
(Kawasan Kemaman / Dungun /Kuantan)

Boleh call/wassap ->> 01156344700

Like n follow page kami

https://www.facebook.com/mrkaiaircond

SEO said...

cari aircond service crew untuk aircond service di kl dan selangor yang berkualiti.

UDGAMA ENTERPRISE said...

Untuk kereta kancil macam mana ye? Kereta kancil takde cabin filter kan?

Unknown said...

Kalau minyak grease lithium masuk dalam blower air cond apa masalah akan jadi tlg saya

Sound Deadening Store said...

soundproofing barrier mat