Thursday, May 24, 2012

Diy Repair Doortrim kereta

Pertanyaan yang diajukan..
opitproyoung said salam bro, boleh ajarkan macam mana buat door trim sb door trim pintu saya dh expired.al maklumlah kereta old skool.just yang simple2 jew...thanks atas segala info and tunjuk ajar ku sifu 
Jawapan Kami..
Thanks bertanya pada opitproyong... dan maaf agak lambat balas jawapannya... Sebenarnya agak susah nak buat entry ni dan nak terangkan.. tapi sedikit info yang saya dapat berikan mudahan berguna pada korang semua...
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Repair Doortrim kereta
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Memang sering kali kita dengar kereta-kereta lama keadaan door trim dah reput kembang mungkin menggunakan soft material seperti cardbord bila mana terkena air hujan ajer dah tak boleh guna dahh...
Kebanyakan kereta lama bertaraf oldschool seperti Proton saga, iswara, wira pon ada, datsun, nissan sunny atau apa jua lah kereta lama yang guna doortrim bukan jenis cover plastik macam kereta zaman sekarang..
So nak cari spypart kat kedai halfcut mmg dah pupus yang nak cari elok tu nasib lahh kalau ada... Nak tak nak kalau nak jimat tukar baru dengan cara buat semula doortrim yang reput tu pada papan yang baru... Ok kat bawah ni mungkin cara Diy yang boleh korang buat... .
Benda paling penting perlu ada cardboard senang dan mudah sikit untuk kerja-kerja nak potong buat bentuk.... Ni boleh cari kat kedai hardware pun ada jual… kalau tak ada boleh cari papan plywood nipis jer pon boleh guna tapi agak payah nak potong buat bentuk..Kalau plywood kena potong guna gergaji besi kalau cardboard boleh guna pisau ajerr...
Cabut Door trim casing kemudian buat lakaran bentuk  diatas permukaan cardboard.. (di tindih diatas cardboard baru buat lakaran)
Dengan menggunakan pisau (Retractable Knife) potong  cardboard mengikut bentuk lakaran tersebut..
Sesetengah kereta lama (kereta oldschool punya) mempunya besi lapik yang bercantum sebelah dalam pada permukaan door trim jadi  ianya perlu di cantum pada cardboard tersebut… Buat ukuran untuk cantuman tersebut…
Ukur dan tandakan lubang  besi lapik yang bercantum pada permukaan dalam door trim pada cardboard tersebut… kemudian tebuk lubang dengan menggunakan drill gun
Kemudian pasang blind rivet untuk mencantumkan  besi lapik dengan permukaan dalam door trim pada cardboard tersebut… rivet pada lubang yang kita ukur dan tebuk tadi..
Seterusnya dapatkan laminated Sponge ( span nipis ) dan meterial kain pembalut door trim sama ada dari jenis fabric, PVC atau leather.. Terpulang pada citarasa korang semua…
Buat lakaran bentuk cardboard diatas kain pembalut door trim ..  Agak agak setengah inci lebih besar dari cardboard yang dipotong tadi.. Kemudian gunting ikut bentuk ukuran tersebut…
Ni contoh macam mana nak buat pada hujung bucu door trim.. Kena gunakan pisau potong beberapa garis-garis kecil macam kat gambar tu…
Seterusnya dapatkan pelekat sama ada nak gunakan 3M Adhesive atau gum dunlop
Spray atau sapukan gam pelekat 3M Adhesive atau gam dunlop.. Kemudian laminated Sponge potong ikut bentuk cardboard doortrim tersebut.. Pastu tampal pada cardboard doortrim yang di sapukan gam pelekat tadi..
Spray atau sapukan gam pelekat 3M Adhesive atau gam dunlop di atas laminated Sponge pula.. Kemudian kain pembalut door trim potong ikut bentuk cardboard doortrim tersebut.. Pastu tampal di atas laminated Sponge yang di sapukan gam pelekat tadi..
Kemudian sapukan gam pelekat 3M Adhesive atau gam dunlop pada sekeliling cardboard doortrim tersebut…
Lipatkan dan gamkan kain pembalut door trim ke sebelah dalam macam kat dalam gambar tersebut… biarkan gum kering sebentar…
Pusingkan belah depan cardboard doortrim tersebut.. Kalau nak lebih cantik lagi boleh buat 2 layer dengan 2 warna berbeza kain pembalut door trim (putih & biru).. Kalau nak buat kain pembalut door trim putih di tampal dengan gam pelekat tindih atas kain pembalut  warna biru..
Potong dan tampal 2nd layer (kain pembalut door trim putih) tindih atas first layer warna biru sebagai mana contoh kat gambar tersebut.. Ok dah siap lahhh door trim tersebut  yang simple ajer bentuknyerr..
Kerja seterusnya adalah buat lubang dan pasang clamp doortrim tersebut ..
Juga buat lubang pembuka handle grip pulak macam kat gambar tu.. Tebuk pakai pisau jerr…
 Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

21 comments:

Akmalhazwan said...

thanks bro. memang sy mencari2 cara nak diy doortrim ni. tapi kan bro, satu cadangan, lagi cantik kalau bro boleh suggest mane nak dapat kan bahan2 diy ni semua. contoh macam span lembut tu.

Unknown said...

Pehh...kalau dpt buat DIY mcm ni mmg best gak bro...tp equip kena complete gak la nampaknya....klau x kedai je jawabnya...hehehe

Unknown said...

info menarik...tapi kalo nak buat sendiri tak la kot...hehe

tehr said...

sebelah pintu van aku dah bertahun tak ada benda ni
nak ke kedai tidak, nak buat sendiri pun tidak juga menjadi
hehe

nampaknya lepas ni kena usahakan juga ni

Fakhruddin said...

wah,,menarik ni..boleh tukar!
sebab ada kreta abah saya dah buruk..

Unknown said...

hebat betullah..mcm2 bro leh buat

Abu Bagi said...

komplikated gak kerja dia kan.. hanya orng2 yang hebat je yg mampu.. kalau aku mahunya nak lekat hahaha

logorithm said...

Info berguna untuk kereta lama. Teringat pulak kereta retro dalam drama Indira Joned kat TV3 tadi. Door trim dia hitam + oren. Cantik! :-D


Terbaru dari Logokoko:

[U] Rasa macam kucing

[U] Kantoi skodeng tengah bogel!

[U] Bercuti di Damai Laut

Anonymous said...

memang jimat kos bila buat sendiri ni. tapi tak pernah buat pun

Woofer Storm said...

agak rumit nak buat tu bro..pengsan 22 hari jawapny,,hehee

Alan said...

perghh lecehnya

Unknown said...

dengan adanya DIY, semuanya nmpk senang :D

Unknown said...

http://adf.ly/7iTb3

dhiera zainudin said...

la...pki mcm kayu rupe ye~

Fakhruddin said...

menarik...boleh berjimat skit kalau pasang sndir..
tapi susah lah..

Unknown said...

menarik
tp kat mana nk crik span lembut 2?
kalau cardboard 2 kat hardware memg ada
lg satu bese cover tuk door trim 2 bpe semeter?

KODOK.782 said...

Hi, I have already thought about this project for my father's toyota corona rt100 1976, but i don't know what is the name of that board used in doortrim. Now i know its cardboard, but until now i never see it in hardware store, even like ace hardware. Using thin plywood(?) is last option to me. Nice article by the way...

Niksen H
Bandung, Jawa Barat, Indonesia

Unknown said...

Door trim saga lmst boleh msuk kat saga lame tak,mnta pencerahan

Admin said...

Boleh

Sound Deadening Store said...

Nice article buddy...
van conversion range

The Dark Attitude said...

Thanks for the article, its really very useful.
overbust corset