Friday, June 29, 2012

Diy Pemasangan Lampu LED DayLight Kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Luqman ( SMS H/P) said Salam saya sering blog en tentg info2 kereta.. jd sy nk tanya bleh x en terangkang tentang jenis2 lampu daylight mcm lmpu kete audi tu ... LED yang warna putih tu... dan juga cara pemasangan di blog en... tq
Jawapan kami...
Thanks bertanya pada En. Luqman... siap sms kat phone saya.... Sorry agak lambat balas jawapannya... Sebenarnya agak susah nak jawab soalan ni... apa pon saya cuba berikan sedikit info seperti dibawah ni
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Pemasangan Lampu LED DayLight  Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
LED Daylight  atau ada yang panggil LED Daytime Running Light  ini adalah acsesori replacement bagi lampu kecik ( lampu hujan/maghrib)..Sekarang semua pengeluar kereta berlumba-lumba nak pasang LED Daylight macam Audi, BMW, Merc. dan termasuklah Proton Preve memang siap terpasang LED Daylight supaya nampak lebih trendy, elegant dan bergaya mewah...  Lampu tu on bile start enjin walaupun siang hari pon menyala...

Pada pandangan saya pemasangan LED Daylight pada kereta ada bagusnya.. Daylight ni bila kita tengok cahayanya tak silau tapi terang..sebab orang atau pemandu lain akan lebih alert kehadiran kenderaan kita dari arah depan atau belakang atau semasa hendak memotong kenderaan..

Pelbagai Contoh / Jenis LED DayLight  kereta
Ok bagi kereta standart kita yang tak ada DayLaight ni .. Sebenarnya kita boleh menambah  secara custom LED Daylight ni... Ada macam-macam jenis LED Daylight di jual kat kedai aksesori kereta antaranya macam kat bawah ni..
Diagram Wiring pemasangan LED Day Light 
Sebenarnya saya ada pergi ke beberapa kedai aksesori kereta dan bertanya pandangan mekanik tersebut  mengatakan kalau nak senang pasang sama ada : 
1) buat suis berasingan atau
2) pasang relay...
Jadi secara teorinya pandangan yang diambil dari kedai aksesori tersebut  mengikut apa yang dikatakan saya dapat bayangkan cara pemasangannya macam kat bawah ni....

1) Diagram Pertama pemasangan LED Day Light dengan suis on/.off...
Ada orang bagi tau saya kalau nak senang buat wiring cara manual mengunakan suis On/ Off... ( Buat suis berasingan yang diletak kat dashbord kereta) Kalau nak nyalakan LED DayLight boleh tekan on... Kalau tak nak guna, boleh lah Off kan jer suis tu..
Ada pendapat lain pula kata dari Relay no 86 boleh disambung pada Oem Low Beam Switch kemudian terus ke Headlamp.. Jadi bila pasang lampu Malap secara automatik LED DayLight turut menyala..
2)Diagram Kedua Pemasangan LED Day Light sambungan pada headlamp ..
Sesetengah pendapat orang kena mengunakan 2 relay yang satu di sambungan pada LED Day Light dan satu relay lagi terus ke Headlamp  .. Jadi On je lampu kecik....  LED DayLight pon akan turut menyala... Satu relay digunakan  untuk mengaktif sambung/putuskan sambungkan bahagian lain litar  dan Satu relay lagi adalah untuk mengawal dan mengekalkan  laluan arus secukupnya.. kebiasaannya LED Day Light di pasang bersama dengan  Fog Light..
 LED Day Light wire
Masa kat kedai aksesori kereta sempat saya membelek-belek beberapa jenis LED DayLight ni...Sebenarnya LED Day Light ni ada beberapa jenis... Cuba pusing dan perhatikan wayar di bahagian belakang casing lampu tersebut... Ada yang kat belakang Lampu LED DayLight tu 2 wayer ajer, ada gak yang tiga wayer dan ada yang jenis 4 wayer .. Rupanya wayer-wayer tersebut perlu disambung pada bahagian tertentu sepertimana di bawah ni...
1) LED Day Light mempunyai 2 wayar Merah  / Hitam
2) LED Day Light mempunyai 3 wayar Merah, Hitam dan Kuning
3) LED Day Light mempunyai 4 wayar Merah, Hitam, kuning & Putih

DRL Controller
Ada juga beberapa jenis LED DayLight ni...Sesetengah nya  disertakan dengan DRL Controller... Yang ni kena ikut diagram wiring mengikut curcuit dalam kertas manual yang diberikan oleh brand pengeluar.. Sebabnya lain jenama lain pulak wiring pemasangannya... Contohnya macam gambar kat bawah ni ada 2 bentuk DRL Controller yang berbeza..Dari jenis Brand lain-lain (jenama pengeluar berbeza).....Jadi sambungan wiring curcuit pun ada  berbeza...
Contoh 1
Contoh 2
*** Jika ada penyambungan wiring diatas ada yang tidak betul ... Tolong lah bagi tau saya... sebabnya saya pon tak berapa mahir bab-bab wiring curcuit ni... Perlu di ingatkan pada korang semua… penyambungan yang salah sama ada pada relay atau peralatan yang hendak ditambah relay mestilah betul kerana silap wiring boleh menyebabkan relay yang rosak atau pun peralatan tambahan tidak berfungsi dengan betul. SEBARANG RISIKO MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI

Rasanya setakat ini yang dapat saya kongsi buat setakat ini nanti kalau ada maklumat lain saya akan cuba ceritakannya dalam bahagian lain berkenaan pemasangan Daylight nanti.. 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

18 comments:

Woofer Storm said...

teringin gak nak psang sndri,tapi sy tak reti..jadi tggu bajet cukup je la,baru pasang kat kedai je bro.heheee

ABU said...

nak pasang jugk la.. lawak dowh..

asrul rae said...

resepek.serba boleh afzainizam ni.

khairul said...

budak2 autoshow cukup suka nih

tehr said...

sambung wayar kereta ni aku susah sikit nak faham sebab controler dia banyak sangat

Woofer Storm said...

slmt mlm bro..

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

kena pasang kat kedai juga namapak nyer...

Yas y said...

Kalau susah nak pasang sendiri, baik hanto kedai jerr...hehehe

Papa Mifz said...

hmm...tu lah kalo nak buat esok2 htr kedai jer...hehe

tapi bagus entry bro nih...details sungguh..

Fakhruddin said...

perghh...cun gila lampu ni..sesuai lah untuk time2 maghrib..

tapi susah la nak pasang..hanto kedai jelah..

Alan said...

hantar kedai je senang hehehe

logorithm said...

Memang bagus kalau ada LED daylight nih. Tapi kalau nak memasang sendiri memang tak reti lah... hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[13PG] Biskut raya kurang manis

[U] KFC ciplak tak boleh makan

[13PG] Warning!  Kaki seksi!

Tajul Fikri Salleh Masri said...

Assalam..Nak tanyala...saya dh pasang led daylight yg sekali dgn signal....3wire(hitam..merah..kuning)..masalahnya sekarang klu saya tekan signal..ia akan berkelip laju..x mcm biasa...perlahan2...jd mcm mana saya nk buat dia berkelip perlahan2..mcm biasa yea...

luahanblogku said...

Plz add and join my site :Sila layari www.roda79.blogspot.com
terima kasih ye..!!! - saya org baru ... hehe mohon maaf jika mengganggu anda

abdullah alhakiem zainuddin said...

Assalamualaikum

saya ada 1 soalan.

saya ada satria yang sudah convert ke satria gti. soalan saya apa cara terbaik nk tukar gearbox dari manual ke auto

sekian terima kasih

izzat adib said...

ni bajet agk2 brpe?

Hrixhisham said...

Philips drl tu sambung direct batery,,, mcm mana ia tahu engine dihidupkan atau tidak sbb tidak ada wayar sambung pada ignition switch,,, boleh terangkan sape tahu

Momon @ Rajip said...

bro..
nak tnya, kalau nak tukar kereta proton saga flx dari front wheel drive ke back wheel drive boleh ke? kira2 kosnya berapa? thnx..