Monday, July 5, 2010

Begkel cat kereta- Maaf kerana lambat Sebab Hujan..

Pertanyaan Saudara Guest (Shoutbox)
Guest SALAM. 2010-07-05 5:52 AM
Guest komen & pertanyaan terhadap servis fire starting...
Guest kecewa pun ad....
Guest aku ada anta kete untuk cat kat kedai ni...tapi sume indah khabar dari rupe...
Guest dah bertolak ansur jadi macam ni lak...
Guest xkan nak gunakan pihak berkuasa...
Guest au boleh xpayah..tapi kalau mendesak...minta maaf r awal2...sesame melayu pun ad ke cam ni?...
Guest teramat kecewa...
Guest tq..
Guest xpe bagi tempoh hari ni...cos dia janji ari ni...
Guest tapi kalau kesabaran ni hilang....entahlah....
Guest mai satu 2010-07-05 8:44 AM
Jawapan Dari Kami
Terima kasih atas teguran anda.. Terlebih dahulu kami mohon kemaafan atas kelewatan mahupun kesilapan yang ade terhadap ape yang berlaku.. Alhamdulillah sepertimana yang kami janjikan kereta anda telah disiapkan dan anda terima mengikut tempoh tersebut.. Ape pun kami sudah jelaskan pada anda keadaaan tidak mengizinkan kami untuk siapkan segera kereta anda kerana faktor hujan. Kami tak dapat cat kereta anda sebab pada waktu masa dan ketika itu hujan. Bukan kereta kamu sorang aje kesemua kereta yang lain terbengkalai gak, tak leh elak pun ni masalah cuaca sekarang tak menentu.. Sekejap cerah, sekejap mendung, sekejap hujan
Terima kasih kepada owner kerana mendapatkan perkhidmatan kat bengkel kami dan harap maaf pada kelewatan satu hari aje tu... Ok harap perkara ni tak payahlah diperbesarkan lagi ye..
Kenapa Hujan Tak Boleh Spray Cat..
Kalau Hujan cuaca kurang baik mendung, ade angin ribut sikit kami tak dapat lah cat kereta.. ini termasuklah kerja kerja menyimen, undercoats dan kerja-kerja topcoats terpaksa berhenti seketika.. kerana kerja-kerja tersebut perlu cuaca panas untuk biarkan proses cat, undercoat,topcoat dan menyimen di jemur kat tempat panas supaya benar-benar kering.. kalau tak kering betul-betul nanti pasti ade masalah berulang akan berlaku.. kena buat balik semula..
Macam mana nak buat kerja kalau hujan. tak boleh jemur kereta kat luar panas.. kalau cuaca sejuk cam ni payah simen nak kering dengan cepat.. kalau kerja-kerja cat, undercoat dan topcoat pun sama tak boleh suhu sejuk dan berangin.. camner nak cat kalau tak kering-kering atau nak sembur cat kalau angin ribut kat luar menggangu kelancaran spray ni.. Korang kenalah faham sikit ye..
Sebab-sebab utama kenapa tak boleh cat masa waktu sejuk terutama waktu hujan.. bila spray cat kat kereta mesti tak jadi.. banyak problem pastu kena buat balik ... siapa nak buat balik, kena repair semula.. dahlah rugi cat, rugi tenaga dan buang masa aje.. seeloknya kenalah bersabar lepas cuaca kembali Ok, kami sambunglah balik semula kerja kereta kamu tu.. Walau pun kalau nak kira ianya akan melewatkan kereta anda.. Tapi kami ada buat pertimbangan kalau kami teruskan cat kereta anda.. Apa yang akan jadi dengan kereta anda.. mungkin banyak problem yang akan kami tanggung..

Tak Mahu Tanggung Risiko
Ok kita tengok ape jadi bila cat waktu hujan ( cat ade problem bila suhu sejuk)
Inilah punca utamanya masalahnya . kalau kita berdegil dan memaksa diri teruskan mengecat.. Cat akan jadi seperti dibawah ni..
1) Cat jadi timbul bubble seakan jerawat . Bila Suhu sejuk cat akan nampak seakan melepuh..
2) Cat akan timbul warna putih..berbalam-balam. bila Suhu sejuk cat tak dapat cepat kering
3) Cat akan mengerutu macam tak lekat.Bila Suhu tak stabil sejuk sekejap aje cat jadi kerepot cam ni
4) Ni masalah Kulit limau permukaan jadi mengerutu gak macam kulit limau Sunkist. Bila Suhu sejuk cat pun payah nak kering
5) Cat lambat kering dan meleleh . Suhu sejuk ni lagi lah cat akan meleleh terutama cat pada bahagian part plastik
6) Cat ade bintil-bintil halus berlubang. tak cukup kering gak
7) Cat Bertompok-tompok kelihatan selerak dan merebak banyak tempat. Tak cukup kering macam kawah bulan.. Ini jugak disebabkan simen tak cukup kering..
8) Selalu terjadi cat kecut, menggerutu berkedut-kedut dan herot berot. Ni lah problem terbesar masa spray cat masa cuaca sejuk.. Nak repair balik teramat payah lepas tu..
9) Pada Musim hujan selalunya ada serangga beterbangan mencari cahaya lampu.. Pastu jatuh plak kat permukaan cat yang belum kering.. Aduhh ni pun teruk nak direpair balik.. Buang Masa, Buang Modal, Buang Tenaga Kena Repair Balik
Sapalah yang nak buat kerja dua kali.. kena repair balik semula.. kena gosok balik dan adakalanya kena simen balik semula... Bila dah buat balik semula lagi susah.. Lambat nak siap.. baik-baik jadi terus berulang kali tak jadi hasilnya..
1) Ni gosoklah balik bahagian yang tak jadi tu semula pakai kertas pasir..
2) Bancuh cat atau beli baru sebab nak gantikan cat yang rosak tu balik semula ..
3) Spray semula bahagian yang telah di gosok kertas pasir tu.. Itu pun kalau jadi OK.. Kalau Tak OK balik semulalah gosok sampai jadi..
Kenapa Tak Spray Cat dalam Oven (body work spray booth )
Banyak lah cantik... Tempat oven tu tak ade kat bengkel kami ni.. kalau boleh memang kami nak pakai oven ni.. tapi tak mampu plak nak menyediakan tempat oven ni.. Pastu kalau pakai Oven kami mintaklah upah mahal sikit... Ade berani ke ?... Spray Side skerting sahaja mencecah RM 700.00 lebih.. Kalau Oven ni tak ade hal waktu hujan pun boleh spray... tak kesah pun kami boleh bedal cat kereta tu..
Ada Masalah Tentang Cat Kereta Anda?
Lepas cat kereta, Mesti ada sedikit masalah yang kita tak nampak.. Dah dua tiga hari baru nampak hasilnya sama ada Cat itu jadi kusam, tak berkilat, timbul masalah seperti diatas tu.. Dua tiga hari kita pun tak perasan cat tu ada problem dan dua tiga hari tu lah boleh kita lihat simen retak, dan perkara-perkara yang tak memuaskan hati.. Oleh itu datang segera untuk kami perbaiki kesilapan tersebut... kami repair balik lah...Tapi masalah itu biarlah munasabah.. Kita sebagai manusia memang tak sempurna pun...
Ape pun Sebagai tukang cat berikan kami ruang masa yang sesuai dan bukan mendesak untuk kami tenang buat kerja.. Kami juga manusia tak lepas dari kesilapan...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Friday, July 2, 2010

DIY Polish, Wax, Rubbing Compound Dan Car Wash Syampoo


Soalan dari Mr.X
sejak2 menjak nih kan kucing sya pandai udah naik keta . bila jak dia naik tu mesti ada calar-balar kat bonet lah kat bumbung keta lah . so ada kah petua utk menghilangkan calar2 tu. apakah kegunaan sebenar polish dan wax ?? adakah dia sebagai bahan penghakis atau pun dia hanya sekadar kasi hilang kesan2 kotoran yg kita tak nampak ??camner nak basuh dan cara basuh kereta denga betul coz makin basuh makin kusam??camner nak hilangkan scrach mark kat kereta ni?? Please
Jawapan dari kami..
Fuhhhh payah nak jawab ni panjang sangat soalan nya macam macam plak tu... Thanks ye bertanya dan kami cuba jawab seringkas yang boleh..
Ini teori aku, tak taulah teori yang aku guna nih salah atau betol. Kalau salah tolong betolkan.First, bila basuh kereta, ada yang guna car wash shampoo, ada yang guna wash and wax. Biasanya wash ni hanya untuk basuh sahaja dan wash and wax untuk dikilatkan selepas dibasuh. Jadi wash and wax boleh kilat kan kereta, tetapi kilatnya tak seberapa sangat, macam biasajer. Untuk aktiviti rutin setiap minggu membasuh kereta hanya gunakan wash and wax. Lain kali cuci cepat kalau kena minyak,tahi burung,getah pokok,tar jalan cepat-cepat...kain asing-asing ye.. ! Sabun kalau boleh pakai lah car wash syampoo.. jangan basuh kereta pakai sabun basuh baju.. bilas bersih bersih jangan tinggalkan kesan sabun tertinggal..cuci dari atas bumbung bawak ke bawah.. , dan kain yg cuci atas dan bawah tu.. kalau boleh lain-lain.. dan bila dan cuci kat tepi dan bawah (side), jangan sekali-kali di bawa keatas kain tu.. ! di tepi dan bawah tu laa segala pasir lekat! kalau di lap balik ke atas.. memang macam gosok kertas pasir kat kereta kau ler. ! jangan dicuci di bawah matahari terik sebab kesan sabun akan cepat kering dan meninggalkan kesan kat cat kereta tu dan ko akan nampak bercapok-capok bekas sabun tak hilang.
Sekali sekala bolehlah gunakan shine polish untuk kilatkan kereta.Untuk jangkawaktu 3 hingga 4 bulan, apabila cat kereta ada kotoran yang degil untuk tangal ataupun ada banyak calar yang halus, perlulah di polish. Polish pada masa ini kena guna 2 jenis, Pertama jenis yang kasar untuk menanggalkan kotoran degil, cat mati serta menanggalkan calar-calar yang halus. Selepas tu boleh apply polish untuk shine punya. Polish ni halus, hanya untuk mengilatkan kereta sahaja. sebenarnya jangka waktu wax dan polish ni bergangtung kepada keadaan kereta dan juga kerajinan pemiliknya. Kalau pemilik kereta tu jenis yang tak kisah, tak pernah pon dia polish dan wax kereta nya. Polish & wax aku akan siapkan dalam 3 helai kain gitu ler. satu untuk apply polish, satu untuk lap, satu lagi untuk 2nd round punya lap.scratch mark tu, trick dia masa ko nak bersihkan polish atau wax ko tu...ko jangan tekan sangat kain tu, ko lap selembut yang boleh. sampai la siap semua, letih memang letih....tapi hati puas!!Satu lagi petua yang aku guna, apabila polish kereta, jangan biarkan polish tu terlalu lama pada permukaan cat, sebab bila lama ia akan kering dan terlalau keras sehingga apabila kita wax, masih terdapat polish mark pada permukaan cat. Kalau kereta tu color hitam, memang nampak
Sila Bezakan Antara Clay, Polish, Wax dan Paint cleaner..
Polish untuk membuang cat yang telah 'mati' dan calar calar halus..clay digunakan untuk mengangkat atau membersihkan kotoran diatas permukaan cat ,Paint cleaner menghilangkan kotoran yang ada dibawah permukaan cat.. wax, ada 2 jenis, syntetic polymer atau carnauba wax, bezanya syntetic polymer lebih kilat, tapi tidak sekilat carnauba wax,kalau carnauba wax sebaliknya,ada juga produk yang gabung dua bahan tersebut,wax macam silicon plak untuk menjaga permukaan cat daripada calar calar halus... hujan dan embun.. nampak beza kalau kereta yang selalu di wax dengan yang tak di wax langsung.. kotoran macam lumpur.. tar..senang nak ilang sebab dia melekat pada permukaan yang licin.. kalau time hujan pun.. nampak beza.. kalau yang diwax tu.. kita nampak air hujan tu berbintik bintik kat body... yang tak waktu.. air macam merebak. untuk kereta kereta baru atau kereta baru dicat semula.. selalunya orang wax jer.. sebab kereta tu memang dah kilat.. kalau cat dah mati.. nak ilangkan calar.. baru guna polish.. wax ni senang sket kerja dia banding ngan polish.. polish ni nak nampak kesan dia.. memang kena kerja keras.. nak senang guna mesin aaa... tak penat sangat lagipun sapuan dia rata.. wax ni.. guna tangan ngan kain pun ok dah..

Beza Polish, Rubbing Compound dan Wax
Polish nak bagi hilang scratches tumpulkan calar kecil sebelum dilapisi dengan wax.Kira wax ni untuk bagi cat tu kalis air. tengok plak jenama polish dia tu ada memacam jenis.....Tapi sekarang diorang dah satukan polish dan wax..so takde la banyak kerja nak jaga kereta. Untuk bertahan lama selama 6 bulan atau setahun memang kena buat polish lepas tu wax ..wax pulak macam nak bagi protection cat keta. calar-calar tu kalau sampai ke metal memang takleh hilang... polish and wax sebenarnya takleh nak menghilangkan calar.. kalau yang hilang tu calar kat surface yg paling atas cat, sebab bila kita polish kita akan menghakis sedikit permukaan cat lama kereta..itu yang calar boleh hilang..then kita wax untuk tambah balik coating tu... tu sebab kereta baru tak payah pakai rubbing/polishing compound, hanya wax sudah cukup..Kalau baru di cat usahakan pakai wax soft (biasanya cair), jangan terlalu sering menggunakan wax (max 1 bln sekali) karena sifat wax mengikis lapisan anti gores (acrylic) , kalau terlalu sering dan lapisan antigoresnya terkikis maka yg didapat bukan mengilap malah menanggalkan lapisan cat tersebut..ada pakai tangan dan ada yang pakai mesin. buatlah mana yang korang mampu ye....
Cara Step By Step Nak Kilatkan Kereta
Nak kilat kan kereta ni, ada banyak step. kena tgk keadaan cat kereta tu.., elok lagi ke atau dah teruk sangat . kalau yg dah lama tak polish dan wax tu, mmg mula2 kena pakai rubbing compound ler.., utk tanggalkan kesan2 tar, serangga, taik burung dan sebagainya. Batu pun kadang ada lekat. dah clear rubbing compound, baru pakai polish.. satu lapis lagi. yg ni utk hilangkan kesan2 cat teroksida tu. (yg kaler dah naik berkapur tu..). selesai polish, last skali baru laa kita wax kan. Wax yg biasa aku pakai, Turtle Wax, Johnson Kit dan yg paling aku suka - Soft99 serta Meguiar's. Ada yang guna featherlite .Takyah tekan kuat kuat, sekali letak je mesin polish terus hilang tar-tar tu. featherlite ni bukan jenis kasar.Macam soft99 tu yg tu makan cat cuma sesekali pakai boleh lah.
Mungkin kalau ada bajet lepas ni, nak try Meguiar's NXT tech. Yg ni product baru dari Meguiar's yg based on polymer. yg best, bila kena hujan ke, ada tompok-tompok aje, siram air jer dah bersih balik, takyah lap.. still nampak berkilat-kilat..

satu pakej wash and polish. Dulu mahal, hampir RM 100. Tapi sekarang dah murah. RM 40 - RM 80. Depend pada tempat. Tapi sekarang aku dah buat sendirik. Aku beli polisher machine, ada berbagai-bagai jenis polisher machine kat kedai, ada yang harga RM 50.RM 70,RM 80.. Yang paling reliable jenama black & deker, Harga dia RM 350. Aku beli yang nih. Memang puas hati guna dia. Jenis polish yang aku guna Soft 99. Matelic. harga dia RM 20 lebih kurang. Ini yang kasar punya untuk first. Second guna Adlec, harga dia dalam RM 40. Yang nih yang halus punya bleh cari kat kedai yang jual cat kereta tapi susah jugak nak dapat. Kekerapan aku polish keter ialah 3 bulan hingga 4 bulan sekali. Lepas jer kereta tu dipolish rasanya sayang nak buat jalan. sebab terlalu berkilat, macam baru buat keluar dari kedai. Boleh buat cermin. That all apa yang aku buat kereta aku.
kalau kucing tu kuku tumpul insyaallah kita boleh hilangkan pakai rubbing compound, pastu kita topup balik lapisan yang hilang dengan wax untuk protection dan finishing..hu..hu ..kucing dahmacam wolverine la.. hehehe..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Thursday, July 1, 2010

Vertical Door... Lambo Door.. Scissors Door

Soalan dari Guest (Shoutmix box):
i nak tanya kalau i pasang scissor door, JPJ boleh kacau x??
Jawapan dari kami :
Nasib lah JPJ kalau tengok kereta buat modifikasi pemasangan Scissors door ni pastinya akan menjadi tumpuan pihak JPJ kalau ade roadblock... pasalnya ni dah dikira Modifikasi Xtream ni... memang lah JPJ tu akan Sakit mata bila modifikasi Scissors Door ni... Sebaikknya sebelum melakukan modifikasi ubah suai harap dapatlah rujuk pada JPJ terlebih dahulu... kerana ade pemasangan Scissors door ni dikuatiri modifikasi tersebut potong tiang tengah tu?Atau potong frame rangka pintu kereta tu supaya pintu dengan frame ngam-ngam terkatup rapat bila tutup pintu ... ni dah dikira cuit chassis kompom fail funtion... Selalunya Kereta Pasang Door Scissor ni untuk buat Autoshow aje.. tu lain ceriterlahkan... mungkin boleh slow talk kat JPJ Pasal kereta buat autoshow dan tak buat kereta untuk kegunaan hariankan..

Vertical Door... Lambo Door.. Scissors Door...
Ni sudah kira di katakan Xtream modified... Sememangnya menjadi impian bagi hampir semua kaki kereta,makeup lawa-lawa pasang pintu Scissors.. buka pintu kereta menaikkan pintu Scissors Door ketika hendak masuk dan keluar kereta... Canggih nampaknya... Tapi harga boleh tahan ade orang yang kata kalau nak pasang aje jejak RM 5000 dan ada gak yang pasang sampai berbelas ribu lebih gak. Susah nak dapat, nak pasang pun agak payah kalau bukan mekanik yang profesional.. Cuba korang bayangkan kalau benda tu murah dan senang dapat bro, memang ramai yg dah pasang kit vertical door kat kereta mereka, tak kira kereta apapun.. fuhh.. giler..
kalau dua pintu smart sebab pintu panjang sket kan.. macam satria ni memang nampak canggihkan.. Dan gambar kat bawah ni keempat-empat pintu pakai pintu Scissors Door ni...gilerr lah..
Cuma rasanya tak sesuai buat pada kete harian...sebab tak tahan lasak kalau buat autoshow bolehlahkan..mungkin sebabnya kete kita bukan nyer sesuai sgt pakai scissor door tuh....lagi pun kete harian kita leh dikatakan hari-hari kita buka tutup pintu.....arm scissor dia tak tahan....lain la kete tuh memang dah datang scissor door asal....cam kereta Ferarri dan Lambogini kat bawah ni.
Beberapa model terbaru Lamborghini mempunyai "scissor door" yang boleh dibuka secara kedepan dan keatas
Pelbagai jenis pintu kereta telah diperkenalkan sejak ia tercipta lebih seabad lalu, dengan rekabentuk berbeza-beza seperti 'gullwing','scissor','suicide' dan 'butterfly'..Part yang perlu kita dapatkan macam kat bawah ni menggantikan engsel pintu kereta sedia ada tu.. membolehkan pintu untuk ayunan hingga 90 darjah
Walau ape pun style memang style....Cuma masalahnya pintu ni tak leh lah buka tutup macam kereta biasa selalu... pastu kekadang bracket jd loose..arm scissor dia tak tahan.....nak tutup pintu kemas-kemas pun susah...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..