Sunday, August 23, 2009

Honda convert part Honda...

Kami dah dapatkan part honda tersebut...
Dah lama kami tak up date cerita tentang bengkel.. maklumlah kali ini tak sempat nak pose gambar lah.. kami agak sibuk sangat.. maklumlah bulan puasa kami cuba kurang kapasiti takut tak terbuat.. kali ini kami dapat projek agak lain sikit.. kami dapat projek dari seorang pemilik kereta honda convert.. jadi kami dah cuba dapatkan barang-barang nya berupa sebuah bumper depan dan belakang, bonet depan dan belakang, fender kiri kanan.. lama gak nak kumpul barang ni.. sebabnya nak cari yang betul- betul baik tiada kemek atau damage susah sekarang ni.. oh ye kami cuba dapatkan lampu hadapan dan belakang tu yang paling susah nak dapat.. Gambar asal kerata honda tu ... tuan punya kereta tu sebenarnya baru je hantar kereta kat bengkel kami beberapa minggu yang lepas.. Tapi kali ni datang lagi nak tukar set pulak.. kami ikutkan je kehendak dia...Part yang kami bukak sebab nak pasang baru...
Kerja-kerja pemasangan bumper dilakukan... pasang sekali ngan lampu tu.. nak adjust betul-betul rapat payahlah
Pemasangan bahagian fender tepi kiri kanan... berpeluh nak pasang beb
Ape macam mengancam tak... ni belum cat lagi tau...
Set hadapan yang kami baru pasang... set penuh siap lampu baru
Sayangnya kat side skerting tu je kami belum dapat nak tukarkan belum ade stock lah...
Dari tepi sisi.. nampak set baru yang terpasang...Bahagian belakang pun kami tukar gak satu set...


Hah kami tukarkan stering kereta tu sekali.. coz ade duit lebih sikit, dapat kurang dari bajet.. kami tukar ye bosss...baru lah nampak gempak sikit...
Selepas ni baru kami cadang nak cat pulak... kami sedang berbincang dengan tuan punya kereta sama ade nak layang balik atau nak tukar colour.... dapat jugak duit tambah masuk... kira dalam kepala ni untung aje.. kah...kah...kah..tak adelah..... kami bukan along .....kami cuma nak tolong ... thanks for owner kerana lebih kurang kat kami jadi kami berusaha untuk kepuasan anda.. ape macam bosss bila nak tukar cat ni...

Thursday, August 13, 2009

Jamming Vol. 2



Jamming Vol. 2
Kamu sukakan muzik? Jika ya! Apa kata kita hujung minggu ini ekspresikan minatmu itu dengan jamming time....

Starting... bawak lagu slow aje... Lagu ni kami tujukan Khas buat peminat blog kami semua..

2nd baru nak panas badan.. sesi warming up.... tapi tak sampai plak.... sorry ye... klu awek korang merajuk.. meh kita nyanyi lagu ni sesama untuk memujuk awek lu ...

Bolehlah.... sekadar lepas gian nak main jamming.... lagu ni untuk lepaskan tension.. berkisarkan hidup kami... eeehhh otak kusut...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Airbrush Gen-2 By Merah Graphic Design

Silalah berkunjung kat Merah Artwork ..Pakar dalam pembuataan airbrush..Hasil kerjanya sering mendapat tempat bagi peminat Graphic Airbrush. Kepakarannya terserlah .. Ia bukan kerja mudah mencurah idea dan karya seni yang memerlukan tangan-tangan seni penuh berbakat..Bukan mudah juga untuk memberikan sesuatu kelainan dan memenuhi kehendak pelanggan..Yang nyata karyanya sering kali mencuri perhatian orang ramai yang memandang..
GeN-Two Biru Hantu Hijau
Kali ini kami paparkan dua buah Gen-2 yang telah di make up air brush pada keseluruhan body kereta tersebut.
Bahagian hadapan air brush tersebut.. Nampak ganaz je hantu tu
Bahagian dalaman pun telah di beri sentuhan air brush berlatar biru
Cantikkan bila tengok bahagian dalamannya..
Hampir penuh keseluruhan di beri sentuhan tangan-tangan seni
Agak mengerunkan dengan gigi yang menyeringai.. nasib baik hantu tu dah dirantai
Bahagian tepi pun ade hantu sedang bergayut di bakar api-api biru
Sentuhan Merah Artwork mmg berseni.. Hantu hijau tu tetap tersenyum
Tolong...Tolong..Lepaskan aku.... teriak hantu tu kat belakang..
Gen Two Hijau Hantu Pun Hijau
Sebuah lagi Gen-2 yang telah di hasilkan.. Inspirasi hantu masih digunakan.. bagi imej air brush lebih menonjol warna putih digunakan sebagai latar belakang..
Ni lapisan pertama lakaran awal yang di buat..Simple je..Cam ni pun dah cantik
Sedikit demi sedikit toch up dengan memberi effect yang lebih jelas.. Imej diperkemaskan lagi..
Hantu jugak rupanya...Hantu colour hijau.. Dok terpampang jelas kat bonet depan tu
Pandangan yang lebih jelas dari hadapan
Memang agak padat air brush yang dihasilkan
Bahagian berlakang masih di kekalkan muka sebenar hantu hijau tu..
Ahhhh Monster...
Ape pun bila dah siap bolehlah masuk pertandingan Autoshow ..
Kalau masuk bertanding boleh memberikan saingan yang sengit. Sedia mencabar kereta lain-lain yang turut serta...Tak gentar mesti dapat tempat punya.. Pasti ade yang tergamam memandang tanpa berkelip-kelip mata.. Terpegun dengan asyik..
Thanks... Salam takzim dari blog ini.. Khusus pada para peminat Kereta autoshow ...Semoga paparan memberi sedikit sebanyak informasi pada mereka..Tujuan kami bukan sekadar dapat berkongsi minat tetapi dengan ade entry ini kita diharapkan dapatlah kita bertukar-tukar pandangan, berbincang mengenai gambaran proses air brush dilakukan .Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Wira-wira Merah Hijau..

kami keliru yang mana satu ye..
Dah lama kami tak buat entry baru.. Sejak -sejak ni banyak sangat kereta yang datang masuk kat bengkel kami. Mungkin dah nak raya kut.. Ape pun kami tak leh nak ambil semua. Takut kesuntukan masa..Tak siap kami kena serang susah nanti.. Kali ini projek kami ialah dua buah wira sekali masuk dan nak keluar serentak plak.. Adus beratnyaa kerja cam ni.. Kami selalu terkeliru antara kedua-dua wira ni..Kedua-dua buah kereta ni seakan-akan sama sebab colour asalnya sama-sama hitam tapi nanti kalu dah dicat sebuah warna Merah Ferrari Spacial effect dan sebuah lagi warna Hijau spacial effect.. kami perasan gak dah banyak pelanggan bengkel yang kami buat kebanyakan dari mereka tetap akan pilih colour merah dan hijau.Musim colour cam tu kut tahun ni.. ok ikuti perkembangan kereta ni ye..

Pemilik kereta Wira JFH 4613..
Buat masa ni kami dah siap simen gosok dan mati colour dulu.. Simen kasar dulu body kereta tu banyak yang berlubang, karat, dan lekok dalam..
Bonet depan berlubang karat..
Bahagian tepi pun sama kiri kanan.. Bahagian bumbung ni kami tampal fiber coz bocor karat..
Side skerting yang kami pasang dan sambung terus tutup ngan simen
Spoiler belakang dah siap pasang


Pemilik kereta Wira WDK 3023..
Kami dah tanya pada owner nak tukar baru tak bonet depan tu tapi dia tak mau..Tengok bonet depan teruk.. kalu cam tu simen je.. habis kami simen penuh..nak buat cam ner..
Bumbung pun sama bocor berlubang..

Bahagian tepi pintu calar panjang..
Nak gosok plak lepas ni.. Baru siap sebelah je sebelah lagi ..
Nanti lepas rehat nanti sambung balik

Ape ape pun nanti kami akan berikan perkembangan terbaru kereta ni ye.. Next entry.. tunggu ye.. Untuk bulan posa ni bengkel kami dah penuh dengan tempahan.. harap memahami situasi dan keadaan tersebut.. harap maaf..

Aikka Colour Mixing Specialist- Multi Colour Effect

Aikka Colour Effect
Mari mari pilih colour .. boleh lah tengok... Aikka kluar colour baru kami dapatkan katalog colour tersebut..Multi Silver Effect colour, Brilliant illusion Effect colour, Solid Effect colour, Super Star Effect Colour










Tuesday, August 4, 2009

Jamming Vol. 1



First Jamming
Baru belajar berjinak-jinak ngan jamming ni (instru mental)

Membuat onar di bilik Jamming ..Boleh start
Tah ape-ape punya lagu..

Monday, August 3, 2009

Tukar enjin ikut peraturan...



Kenal Pasti Identity Kenderaan
(Nombor enjin & Nombor Casis)
Identiti sesebuah kenderaan boleh dikenalpasti melalui nombor casis ( nombor badan kenderaan) dan nombor enjin yang telah diperuntukkan pada setiap kenderaan yang dikeluarkan oleh pengilang kenderaan.
Kedua-dua nombor ini adalah penting kerana hanya kenderaan yang mempunyai nombor casis dan nombor enjin yang terang, boleh dibaca dan tidak terusik sahaja boleh didaftarkan pihak Jabataan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Manakala untuk kenderaan yang telah berdaftar pula, sekiranya didapati kedua-dua nombor ini telah diganggu atau diusik, pihak JPJ mempunyai kuasa yang sah disisi undang-undang untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Nombor casis dan nombor enjin terdiri dari angka, huruf atau kombinasi kedua-duanya yang dicop mengikut ukuran dan bentuk yang ditentukan di lokasi tertentu pada kenderaan. Kebiasaannya untuk kenderaan seperti kereta, lokasi untuk nombor casis dicop pada bahagian atas panel yang terletak di bawah bonet.Manakala lokasi untuk nombor enjin pula dicop pada blok silinder enjin
Nombor enjin dan nombor casis sesebuah kenderaan dianggap telah diganggu atau terusik apabila ianya

-Diguris
-Dikikis
-Diketuk semula
-Diketuk bertindih
-Diperbaiki akibat karat/ reput tanpa kebenaran
-Diperbaiki akibat kerosakan atau kemalangan tanpa kebenaran.
-Dikimpal / disambung
-Pudar tidak jelas

Bagaimana boleh mengelak kenderaan kita daripada dibatalkan pendaftarannya oleh JPJ?

Apabila anda membeli kenderaan terpakai, pastikan nombor casis dan nombor enjin yang terdapat pada kenderaan adalah serupa atau sama seperti yang tercatat pada kad pendaftaran dan kedua-dua nombor tersebut tidak terusik

Jika anda tidak pasti mengenai nombortersebut, sila rujuk kenderaan tersebut kepada pihak berkuasa.Pastikan nombor casis dan nombor enjin tidak diusik apabila anda membaikpulih kenderaan

Pastikan anda mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa sebelum mumbuat sebarang pindaan / pembaikan keatas nombor casis dan nombor enjin tersebut ibarat kad pengenalan yang mengesahkan identity seseorang

Sekiranya anda merancang untuk membeli kenderaan terpakai, gunalah hak anda sebagai pembeli dengan memeriksa kedua-dua nombor casis dan enjin bagi memastikan ia tidak diganggu dan diusik atau tidak mempunyai sebarang kesan keraguan

Jika anda masih ragu-ragu, bawa kenderaan tersebut ke mana-mana cawangan PUSPAKOM bagi memastikan identity kenderaan tersebut adalah sama seperti terteraa didalam kad pendaftaran kenderaan. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM adalah diiktiraf oleh pihak berkuasa dan dijalankan mengikut undang-undang dan Akta Pengangkutan Jalan 1987
Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.
1-Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
2-Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan. Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan.
3-Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.