Friday, June 29, 2012

Diy Pemasangan Lampu LED DayLight Kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Luqman ( SMS H/P) said Salam saya sering blog en tentg info2 kereta.. jd sy nk tanya bleh x en terangkang tentang jenis2 lampu daylight mcm lmpu kete audi tu ... LED yang warna putih tu... dan juga cara pemasangan di blog en... tq
Jawapan kami...
Thanks bertanya pada En. Luqman... siap sms kat phone saya.... Sorry agak lambat balas jawapannya... Sebenarnya agak susah nak jawab soalan ni... apa pon saya cuba berikan sedikit info seperti dibawah ni
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Pemasangan Lampu LED DayLight  Kereta
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
LED Daylight  atau ada yang panggil LED Daytime Running Light  ini adalah acsesori replacement bagi lampu kecik ( lampu hujan/maghrib)..Sekarang semua pengeluar kereta berlumba-lumba nak pasang LED Daylight macam Audi, BMW, Merc. dan termasuklah Proton Preve memang siap terpasang LED Daylight supaya nampak lebih trendy, elegant dan bergaya mewah...  Lampu tu on bile start enjin walaupun siang hari pon menyala...

Pada pandangan saya pemasangan LED Daylight pada kereta ada bagusnya.. Daylight ni bila kita tengok cahayanya tak silau tapi terang..sebab orang atau pemandu lain akan lebih alert kehadiran kenderaan kita dari arah depan atau belakang atau semasa hendak memotong kenderaan..

Pelbagai Contoh / Jenis LED DayLight  kereta
Ok bagi kereta standart kita yang tak ada DayLaight ni .. Sebenarnya kita boleh menambah  secara custom LED Daylight ni... Ada macam-macam jenis LED Daylight di jual kat kedai aksesori kereta antaranya macam kat bawah ni..
Diagram Wiring pemasangan LED Day Light 
Sebenarnya saya ada pergi ke beberapa kedai aksesori kereta dan bertanya pandangan mekanik tersebut  mengatakan kalau nak senang pasang sama ada : 
1) buat suis berasingan atau
2) pasang relay...
Jadi secara teorinya pandangan yang diambil dari kedai aksesori tersebut  mengikut apa yang dikatakan saya dapat bayangkan cara pemasangannya macam kat bawah ni....

1) Diagram Pertama pemasangan LED Day Light dengan suis on/.off...
Ada orang bagi tau saya kalau nak senang buat wiring cara manual mengunakan suis On/ Off... ( Buat suis berasingan yang diletak kat dashbord kereta) Kalau nak nyalakan LED DayLight boleh tekan on... Kalau tak nak guna, boleh lah Off kan jer suis tu..
Ada pendapat lain pula kata dari Relay no 86 boleh disambung pada Oem Low Beam Switch kemudian terus ke Headlamp.. Jadi bila pasang lampu Malap secara automatik LED DayLight turut menyala..
2)Diagram Kedua Pemasangan LED Day Light sambungan pada headlamp ..
Sesetengah pendapat orang kena mengunakan 2 relay yang satu di sambungan pada LED Day Light dan satu relay lagi terus ke Headlamp  .. Jadi On je lampu kecik....  LED DayLight pon akan turut menyala... Satu relay digunakan  untuk mengaktif sambung/putuskan sambungkan bahagian lain litar  dan Satu relay lagi adalah untuk mengawal dan mengekalkan  laluan arus secukupnya.. kebiasaannya LED Day Light di pasang bersama dengan  Fog Light..
 LED Day Light wire
Masa kat kedai aksesori kereta sempat saya membelek-belek beberapa jenis LED DayLight ni...Sebenarnya LED Day Light ni ada beberapa jenis... Cuba pusing dan perhatikan wayar di bahagian belakang casing lampu tersebut... Ada yang kat belakang Lampu LED DayLight tu 2 wayer ajer, ada gak yang tiga wayer dan ada yang jenis 4 wayer .. Rupanya wayer-wayer tersebut perlu disambung pada bahagian tertentu sepertimana di bawah ni...
1) LED Day Light mempunyai 2 wayar Merah  / Hitam
2) LED Day Light mempunyai 3 wayar Merah, Hitam dan Kuning
3) LED Day Light mempunyai 4 wayar Merah, Hitam, kuning & Putih

DRL Controller
Ada juga beberapa jenis LED DayLight ni...Sesetengah nya  disertakan dengan DRL Controller... Yang ni kena ikut diagram wiring mengikut curcuit dalam kertas manual yang diberikan oleh brand pengeluar.. Sebabnya lain jenama lain pulak wiring pemasangannya... Contohnya macam gambar kat bawah ni ada 2 bentuk DRL Controller yang berbeza..Dari jenis Brand lain-lain (jenama pengeluar berbeza).....Jadi sambungan wiring curcuit pun ada  berbeza...
Contoh 1
Contoh 2
*** Jika ada penyambungan wiring diatas ada yang tidak betul ... Tolong lah bagi tau saya... sebabnya saya pon tak berapa mahir bab-bab wiring curcuit ni... Perlu di ingatkan pada korang semua… penyambungan yang salah sama ada pada relay atau peralatan yang hendak ditambah relay mestilah betul kerana silap wiring boleh menyebabkan relay yang rosak atau pun peralatan tambahan tidak berfungsi dengan betul. SEBARANG RISIKO MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI

Rasanya setakat ini yang dapat saya kongsi buat setakat ini nanti kalau ada maklumat lain saya akan cuba ceritakannya dalam bahagian lain berkenaan pemasangan Daylight nanti.. 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

53 comments:

Woofer Storm said...

teringin gak nak psang sndri,tapi sy tak reti..jadi tggu bajet cukup je la,baru pasang kat kedai je bro.heheee

Abu Bagi said...

nak pasang jugk la.. lawak dowh..

Anonymous said...

resepek.serba boleh afzainizam ni.

Unknown said...

budak2 autoshow cukup suka nih

tehr said...

sambung wayar kereta ni aku susah sikit nak faham sebab controler dia banyak sangat

Woofer Storm said...

slmt mlm bro..

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

kena pasang kat kedai juga namapak nyer...

Unknown said...

Kalau susah nak pasang sendiri, baik hanto kedai jerr...hehehe

Unknown said...

hmm...tu lah kalo nak buat esok2 htr kedai jer...hehe

tapi bagus entry bro nih...details sungguh..

Fakhruddin said...

perghh...cun gila lampu ni..sesuai lah untuk time2 maghrib..

tapi susah la nak pasang..hanto kedai jelah..

Alan said...

hantar kedai je senang hehehe

logorithm said...

Memang bagus kalau ada LED daylight nih. Tapi kalau nak memasang sendiri memang tak reti lah... hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[13PG] Biskut raya kurang manis

[U] KFC ciplak tak boleh makan

[13PG] Warning!  Kaki seksi!

Unknown said...

Assalam..Nak tanyala...saya dh pasang led daylight yg sekali dgn signal....3wire(hitam..merah..kuning)..masalahnya sekarang klu saya tekan signal..ia akan berkelip laju..x mcm biasa...perlahan2...jd mcm mana saya nk buat dia berkelip perlahan2..mcm biasa yea...

Roda, Aku dan 79 said...

Plz add and join my site :Sila layari www.roda79.blogspot.com
terima kasih ye..!!! - saya org baru ... hehe mohon maaf jika mengganggu anda

Unknown said...

Assalamualaikum

saya ada 1 soalan.

saya ada satria yang sudah convert ke satria gti. soalan saya apa cara terbaik nk tukar gearbox dari manual ke auto

sekian terima kasih

izzat adib said...

ni bajet agk2 brpe?

Hrixhisham said...

Philips drl tu sambung direct batery,,, mcm mana ia tahu engine dihidupkan atau tidak sbb tidak ada wayar sambung pada ignition switch,,, boleh terangkan sape tahu

Momon @ Rajip said...

bro..
nak tnya, kalau nak tukar kereta proton saga flx dari front wheel drive ke back wheel drive boleh ke? kira2 kosnya berapa? thnx..

Unknown said...

How much lmpu led atas ni tuk camry

Luiey said...

Bang, ada chart utk motosikal tak? Konon2 kita ni nak tukar dari bulb filamen kaki T10 ke LED..tgk utk kereta je..hehee

Unknown said...

bang kt van venette ade relay??......

Unknown said...

Saya pasang led depan dan kat nombor plate.apabila saya dh off lampu kecil led tu still menyala...saya on engine je terus menyala..is this good or bad?

ProInformer said...

Abg saya nk tny, sy ad pasang led daylight kt viva sy.. tauke tu psg skli ngn lampu kecik sy.. soalan sy, klu sy on je lampu kecik ngn led daylight tu mase sdg driving dr siang smp ke ptg, agak2 bateri kereta kuat makan tak??? Terima kasih

ProInformer said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam bos...macamane ye nak bg lampu led jd terang..sy buat sambung direct dgn wire asal kpd lampu..adekah nak bg terang kene buat wiring+relay+fius+suis yg lain...harap bos dpt membantu dan dapat membalas mesej sy ni...terima kasih


#majulasukanuntuknegara

mat naim said...

Utk pengguna scooter elegan 200. Sekiranya scooter anda terhingguk atau mcm tersedak2 masa permulaan perjalan dlm kelajuan kurang dari 20km/jam ini menunjukkan roller dlm pully depan tidak bergerak lancar sbb debu roller haus. Buka pully dpn bersihkn debu/habuk n lumurkn grease thn panas. Ibi pengalaman saya sejak 10 thun saya guna scooter. Skrg saya tiada masalah lh dgn prjlanan trsengguk2 ini.

M2D Admin said...

xde reply pun semua komen...

Admin said...

Posting last admin pon 2012 bro..haha

Unknown said...

saya nak tanya tuan,kalau nak tukar horn kereta,jenis horn siput,kena pakai relay kah?saya ada pasang kt innova,tapi pomen tak pasang relay,terus sambung kat horn lama,minta pendapat tuan

ROSLE DESA said...

Moto bpak saya.servis sebulan sekali,dia punya cub,plug,tapi tinggal 2 hari je dh x boleh start..kenapa yer??minta pandangan bro..

Anonymous said...

Great information love to get more tips about blogging and also I would like to draw your attention to my website
Car Removal Brisbane Northside
Unwanted Car Removal Brisbane
Old Car Removal Brisbane
Scrap Car Removal Brisbane
Free Car Removal Brisbane
Cash For Scrap Cars Brisbane
Cash For Cars Brisbane South
Car Body Removal Brisbane
Cash For Cars Brisbane Northside
Cash For Cars Brisbane Mansfield Qld
Cash For Cars North Brisbane
Cash For Scrap Cars Brisbane
Sell My Car For Cash Brisbane
Cash For Cars Logan
Car Removal Brisbane
Car Removals Brisb

Live pro said...
This comment has been removed by the author.
Live pro said...

Inspired with the update shared concerning on Car. However, in between the life, you might stuck with the concern on Car Removal process. Got any idea, how the process will be. Scrap Cars Brisbane made it easier and you can enjoy the Free Car Collection Brisbane and earn top dollar cash easily.

Unknown said...

Mentol signal Lena pasang jgk...baru normal




adzaly said...

Terima kasih tuan atas pengkongsian ilmu.. saye memang tengah mencari care nak buat ni.. terima kasih lagi tuan!

KODO KODOK said...

slot online
Judi Online Uang Asli
judi poker uang asli
judi deposit uang asli
win18bola
win18bola

zulkurnain Hasni said...

drl saya ada 2 wayar hitam dan hitam putih. hitam putih tu nak sambung ke mana?

Unknown said...

Boss klu guna fius tab masuk wayar positif kat situ n wayar hitam trus buat bumi boleh x suis on off buat baru...

Unknown said...

Boss klu guna fius tab masuk wayar positif kat situ n wayar hitam trus buat bumi boleh x suis on off buat baru...

Unknown said...

Boss klu guna fius tab masuk wayar positif kat situ n wayar hitam trus buat bumi boleh x suis on off buat baru...

Anonymous said...

I will recommend anyone looking for Business loan to mr benjamin who helped me with Four Million USD loan to startup my  business and it's was fast When obtaining a loan from them it was surprising at how easy they were to work with.The process was fast and secure. It was definitely a positive experience.Avoid scammers on here and contact mr benjamin On.  247officedept@gmail.com  . WhatsApp...+ 19893943740. if you looking for business loan.

Anonymous said...

Activate Roku streaming stick & Roku TV @ www.roku.com/link official page. Contact for roku.com/link create account, Roku setup & troubleshoot.

mrfezz84 said...

Admin tido brbuih mulut

Cash For Unwanted cars said...

Thanks for sharing your knowledge. I’m sure it will help me for cash for cash for cars Bisbane service. Your blog is very great and helpful for unwanted car services.
cash for cars brisbane

Unknown said...

belajar dari lukisan mmg agak sukar pastikan warna positif n negatif lain.. bab horn tu yg asal mmg dah ada relay jd dia kira baik la tu tak caj awk relay baru.

Unknown said...

saya boleh wayaring rumah tp bila sampai kat kenderaanya wayaring dah tebarai. sbb negatifnya pada body tak salah kalau direct terus kat kepala negatif batry, tp utk jimat wayar baik tab je kat body bhagian besi. relay tupun kalau tak salah utk mengawal arus elektrik dri terus mengalir ke beban.. betul la kot.. kan kan

Unknown said...

hitam tu negetif atau body.. warna putih tu positif atau power suply

Unknown said...

Hello boss klu pasang ni x void ka warranty

Sound Deadening Store said...

Buy Our soundproof mat to Reduce noise transmission between walls. We have Vast Range of Soundproof Floor Mats Visit us Now.

izzi said...

Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
fire system installation malaysia
fire safety training malaysia

Sound Deadening Store said...

Nice sir...
Thermo Acoustic Liners

Sound Deadening Store said...

Good article...
acoustic foam

Jacob Conner said...

I'm impressed by your writing style. The article flowed smoothly and kept me engaged throughout. Great job Your article is a valuable resource for anyone interested in this topic. I appreciate the effort you put into gathering and presenting the information. Thermal Acoustic Liner