Sunday, August 7, 2011

Tip Servis & Pilih Tayar kereta


Pertanyaan yang diajukan
Guest salam bro
Guest ade tip nak wat servis & penjagaan taya kete X?
Guest boleh tau caner nk tukar taya kete 2 biji botak bleh ker X?
Jawapan kami
Thanks pada Guest ( tah tak tau nama pun) sebab bertanya.. Berkenaan tayar tu saya cuba kongsi sedikit pandangan seperti di bawah..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip-tip Servis & Pilih Tayar Kereta

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Faktor pemilihan tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..
Tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..

Faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan


1) Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

2) Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.

3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

_______________________________


1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh.
Semak catatan tarikh tayar dikilangkan.Sebelum membeli tayar di kedai tayar seharusnya anda membelek tayar yang nak di beli itu..Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sbb getah dah keras..
_______________________________


2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.
Tayar toreh dibuat secara haram dan tidak mengikut sebarang piawaian. Ia dikenali sebagai ‘industri belakang rumah’. Tanpa pengawasan dan pemeriksaan terhadap keselamatan dan kualitinya,
Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar. kerajaan telah memutuskan untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan tayar toreh.
_______________________________


3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
Bila kita campur jadi rojak tayar tersebut nanti tak boleh rasa kesan tayar sebenar bila memandu..Setiap model tayar berlainan fungsinya, termasuklah kesan tahap cengkaman pada jalan raya.. Jadi kurang sesuailah jika kita mengunakan model tayar berlainan jenis pada setiap sisi kereta..Ramai org suka tukar tayar 2 biji (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..
_______________________________


4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.Penggunaan rim yang terlalu besar dan berat sebenarnya tidak sesuai untuk kenderaan. Mereka hanya dibenarkan menukar kepada satu saiz lebih besar, misalnya daripada saiz 13 inci kepada 14 inci. Ini kerana, walaupun nampak menarik, ia memberi kesan kepada putaran roda luaran menyebabkan pergerakan tayar kenderaan dan pick-up jadi perlahan manakala tekanan lonjakan juga terjejas.
_______________________________


5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar kereta anda
Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
_______________________________


6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah botak/ haus.
Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
_______________________________


7) Jangan guna tayar benjol / bengkak
Tayar benjol / bengkak mengalami kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang..
_______________________________

Tekanan Angin Tayar
Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan.

**** Mengikut tekanan angin yang dicadangkan tayar hadapan 210 dan belakang 190 kPa.
So tengok meter dekat pum angin tu. Tekan butang "+" atau "-" .
Butang yang hujung sekali belah kanan hanya untuk tayar kempis sahaja.Sentiasa pastikan angin tayar betul.Lepas dah set just cucuk je tayar tu. Senang je. Tunggu sampai bunyi beep2 (selalunya akan ada bunyi kalau tekanan angin dah cukup seperti yang dah di set) " kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi..


Tekanan angin di dalam tayar juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua bahagian sebelah luar.

Sekiranya haus di bahagian luar sahaja tayar tu terlalu mencapah dan jika haus di bahagian dalam tayar mencapah keluar.. Ini perlu buat alligment tayar balik..Tetapi jika tayar bunganya haus tak sekata ( turun naik) Berkemungkinan absober dah rosak..
_______________________________


Buat alignment Tayar
Teknik dimana dua tayar di depan diselaraskan utk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dgn tayar depan supaya serentak semasa on the road.
Ada dua jenis iatu
castor dan camber
1) castor yg pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepastu dia adjust nut utk bagi selaras balik.

2) camber pulak pula adalah teknik tambah screw di absorber utk bagi pemberat kpd tayar
kalau tgk tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu.
Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. haa tu kena buat alignment la tu(tapi tanya mekanik la dulu maybe ada sbb lain) kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-tayar botak tak sekata
-jalan kena selalu pegang steering
-memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
**** Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________


Buat balancing tayar
bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing sbb tayar kita berpusing tak seragam. means tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
**** Adalah disarankan setiap enam bulan.
_______________________________


Buat Rotation Tayar
Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap 5000km..
Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Thursday, August 4, 2011

Diy Buat Servis Kereta


Pertanyaan yang diajukan
Guest: Singgah sahur. nk tanye ak nk tukar minyak itam kete, penapis kaburetor dgn plug skali. bleh tunjuk ajar nak buat rasa nk buat sendri sbb nk balik raya jauh trima kaceh
Jawapan Kami...
Thanks pada
Guest ( tah tak tau sapa nama dia) kerana bertanya.. saya cuba lah jawab benda ni Seberapa ringkasnya dan harap dapat manfaat darinya nanti..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Diy Buat Servis Kereta Sendiri

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Senggaraan yang paling mudah dibuat dan paling kerap dilakukan ke atas kereta ialah penukaran minyak enjin, Oil filter, Air filter dan Spark Plug.. Ini perkara yang basic kita perlu tahu kalau nak buat nya sendiri.Yang penting kos servis sendiri jimat hampir 20%. ..

Penukaran minyak enjin dan Oil filter

Penukaran minyak hitam” dan sekaligus “oil filter” (penapis minyak). Berdasarkan berapa jauh kilometer anda berjalan, puratanya minyak hitam / pelincir dicadangkan ditukar 5000 km sekali. Ada sesetengah orang tukar barangan ini mengikut jangkamasa waktu. Untuk kereta baru atau “second hand” anda, yang paling senang, pilihlah minyak pelincir jenis “Multigrade” (10W – 50W).

Minyak hitam yg bukan sintetik tu, setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik, mungkin 7,500km atau 10,000km.
Minyak hitam mineral untuk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik untuk 15-20,000km/ 1 tahun.

Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc tapi dalam mungkin minyak murah made in china. Dalam satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

Peralatan/tools yg diperlukan:

  1. Spanar- untuk buka skru tangki bawah minyak hitam.
  2. universal filter wrench- kasi longgar/ketat filter.
  3. super car jack- barang wajib utk kenderaan
  4. sediakan bekas utk minyak hitam yg telah digunakan
PROSEDUR/ LANGKAH/ TEKNIK
1. Tarik hand-brake dan masukkan gear satu.
2. Gune car jack untuk naikkan kenderaan bahagian hadapan. Berapa tinggi? ikut saiz badan asalkan korang boleh buat kerja dgn selesa


JACK - Pastikan kita jack pada bahagian "tetulang" dan STAND - letakkan jack ini pada bahagian tetulang utk keselamatan diri supaya tak kena hempap kereta

Sepasang GLOVE - sebagai pelindung kepada tangan/jari.. Sediakan peralatan seperti Spanar, pembuka oil filter wrench dan satu bekas takungan minyak hitam


Mula-mula longgarkan nut screw untuk motor oil pan dahulu dan Gunakan pembuka khas ( oil filter wrench ) Untuk longgarkan oil filter sahaja terlebih dahulu..


Sediakan saiz bekas yang sesuai utk menampung minyak hitam yg telah digunakan. Letakkan dibahagian bawah skru penutup tangki minyak hitam.
Seterusnya hanya pusingkan skru penutup oil pan dengan tangan aje. Berhati-hati, minyak akan mencurah keluar melalui lubang penutup, angkat bekas rapat ke lubang! Pastu kena tunggu lah pulak minyak hitam tu habis keluar Masa untuk berehat seketika. Kalau di bengkel, cume 5 atau 10 minit aje. comfirm baki minyak hitam masih ade lagi! Bergantung kepada anda berapa lama nak tunggu.

Buka pula oil filter yang kita longgarkan tadi… hanya pusing dengan tangan.. kalau nak buka arah counterclockwise. . Pastikan ada bekas berada di bawah utk menampung miyak hitam! Tunggu lagi sampai minyak habis keluar.. naik & turunkan car jack supaya baki minyak habis menitik.

Oil filter - sama seperti minyak enjin 5000km untuk minyak mineral biasa dan 7500km - 10000 km untuk minyak synthetic. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

Gantikan filter/penapis yg baru. Sila baca arahan tertera pada kotak@filter. Pusing dan ketatkan dengan tangan sahaje!.. Sebelum tukar oil filter sapukan sedikit minyak pada oli filter seal .. Pastu Pasang balik oil fiter baru ketempatnya.. Kalau nak Ketatkan balik arah Clockwise

Setelah anda berpuashati, Ketatkan semula skru penutup tangki bawah minyak hitam dengan spanar! Tapi jangan kuat-kuat sangat..

Setelah dipastikan oil filter dan oil pan nut diketatkan barulah Tuang minyak enjin.
berapa banyak nak isi? isikan 1/2 atau 2/3 dahulu. Biarkan masa dlm 15minit untuk minyak turun, nanti boleh check kemudian..

Pastikan ianya tidak terlebih paras maksimum dan tidak terkurang paras minimum. Seelok-elok paras ialah 3/4 bar min - max. Kira ok lah tu…Pastikan aras minyak tidak sampai tanda MAX(maximum). Juge jangan terlalu kurang MIN(minimum). Pilih tanda aras yg di tengah!
_______________________________
Penukaran Air filter

Komponen “air filter” (penapis udara kereta) menapis udara yang memasuki karburetor. Udara hari ini memang kotor. Kalau dah agak rasa kotor memang patut wajib kena tukar...

Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.


Buka penutup penapis udara (keluarkan penapis sekiranya kotor) bersihkan bahagian dalam cover air filter dari kekotoran & habuk... Senang boleh guna WD-40 spray ajer ..


Sekiranya kotor penapis udara Tukarlah penapis baru…. Pastu kalau dah siap pasang balik penutup cover tersebut seperti sediakala..
_______________________________
Penukaran Spark Plug

Ada beberapa bahagian atau komponen kereta yang harus diperkenalkan kepada anda. Yang pertama “plugs”. Kebanyakan kereta mempunyai 4 biji, kecuali Kancil 3 biji saja. Biasanya tidak banyak masalah berhubungan komponen ini. Jangka hayat palam pencucuh (spark plug) tukar setiap 30,000km atau setahun sekali..

Ada yang kata spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book! Tapi korang boleh pakai sampai 30,000-40,000 takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40,000 tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji..Atau selagi plastik kat tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus. minyak hitam terbakar... ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak.


Kena ada Spark Plug Spanner socket kalau nak buka pasang nanti


Cabut kesemua hujung spark plug cable tu.. Tapi sebelum tu perlu mengingati turutan spark plug cable yang mana wire no1,no 3,no 4 dan no2 .. Supaya tak salah pasang cable tu pada plug yang mana satu..


Perlu ambil serius hal ini… Periksa hujung dan bahagian dalam spark plug cable tu kalau dah rosak ke, pecah ke atau dah reput ke ..


Kalau dah rosak Kena ganti baru cable wire tu…


Buka kesemua Spark Plug dengan Spanner socket.. Cabut keluarkan kesemua plug yang lama tersebut..


Asingkan Spark Plug yang lama tersebut ketepi .. Dan ganti spark plug yang baru…


Dah siap ganti plug tu.. Pasang balik cable plug tu ikut turutan tadi.. Jangan salah pasang kedudukan cable tu pulak yerrr…. Try start kereta hidup tak..
_______________________________

Tak perlu di tanya kenapa ? ....Kalau nak senang hantar ajer gi servis kat tetapi perlu saya ingatkan anda sebagai “pemandu” atau “pemilik” tidaklah boleh menyerah sebulat-bulat tanggungjawab kepada mekanik untuk menyelesaikan semua masalah anda.

** Amaran: sekiranya anda tidak berkeyakinan, jangan lakukan!! Serahkan kepada pakar bengkel kenderaan dan bayar aje. Apa pun saya tak bertanggung jawab sekiranya berlaku perkara2 tak diingini!!
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Wednesday, August 3, 2011

Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator


Pertanyaan yang diajukan

ozie: Ade kemuskilan skit bro, radiator tsumbat nih.over tempacure.camner nk tau tsumbat.errr ! tgk air tak jalan pun. enjin idup tapi folw air dlm radiator tak gerak pun.camner nak servis ni nk kna buat flushing radiator tau tukar baru ?

Jawapan kami..
Thanks bertanya ozie ye..agak sukar nak jawab sebab tak mahir dalam bab-bab kerosakan ni.. cuma saya dapat bagi pandangan macam kat bawah ni..

Radiator adalah system terpenting kerana tanpanya enjin boleh terbakar atau overhead, fungsinya adalah menyejukan didalam system enjin, supaya tidak terlalu panas, Ada banyak punca yang menyebabkan suhu tempacure kenderaan korang naik (Overheat) punca- punca dia adalah air kurang, kipas tidak berfungsi dengan baik, radiator sumbat air tidak dapat berjalan dengan sempurna, thermostat jem air tidak dapat berjalan, penutup radiator atau cap sudah rosak, Ini mungkin adalah sebab-sebab tempacure kenderaan naik, untuk pengesahan lebih lanjut sila hantar kenderaan korang ke bengkel radiator yang berdekatan

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip Macam mana nak periksa Kerosakan Radiator
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator Korang mengalami kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidakdapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ade problem kot.

3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan korang untuk pemeriksaan lanjut.
4.
Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat tersebut, macam mana kita nak tahu? korang boleh pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat kenderaan korang jem.

5. Penutup radiator atau cap, jika penutup radiator sudah rosak korang boleh cek, korang cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, korang tekan pedal minyak, jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut kemungkinan penutup atau cap radiator korang rosak, cuba tukar penutup tersebut, harga anggaran dalam RM10 hingga RM20 tengok jenis dan kualiti cap tersebut, jika air tetap keluar, munkin radiator anda sumbat, hantarlah kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan.

6.Cuba korang check water pump...cara dia masa start pagi-pagi tu bukak cap radiator tu...klu memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar .. makna nye ada kemungkinan water pump rosak...


_______________________________
Pemeriksaan Dengan Radiator Pressure Tester gauge
Kalau ada alat "Radiator Pressure Tester gauge" lagi senang boleh check keadaan radiator korang sama ada mengalami kebocoran atau tidak.. So senang lah nak kesan dan mencari punca masalah tersebut.. mungkin juga terjadi kebocoran sangat halus pada radiator yg tidak mudah terlihat secara kasat mata.

Pemeriksaan kebocoran cooling system yang tak nampak melalui mata kasar perlu di buat pressure test menggunakan pressure test gauge.first... kena masukkan coolant bewarna bila tambah air. Lepas itu periksa kat mana kesan kebocoran sekeliling radiator dan spare tank.
(Ini boleh dilakukan dengan bantuan woksyop yang ada alat ini)..
_______________________________
Sila Servis Radiator Korang
Apa-pun sebagai langkah yang lebih terjamin hantar kereta korang ke makanik bengkel yang menyediakan perkhidmatan Servis welding dan cuci Radiator ni..Selalunya makanik akan cek, water pum, host paip, dan top tank, jika tiada kebocoran disitu dan tidak dapat mengesan, makanik akan buka radiator tersebut untuk test dengan menggunakan tekanan angin dan di masukan kedalam air untuk mengesan kebocoran, disitu makanik akan melihat ada kebocoran atau tidak pada radiator tersebut, jika ada kebocoran, makanik akan welding ditempat yang bocor.


Kalau kat bengkel Servis welding dan cuci Radiator ni.. mekanik tersebut akan menanggalkan part dan bahagian radiator, satu persatu dia cabut sampai terbarai dia tanggalkan dengan mencairkan penyambung patri timah pada radiator tersebut..

Proses mencuci tiub saluran air dalam tangki. Rod besi nipis digunakan untuk menjolok keluar karat dan kotoran mendapan dalam tiub setelah bertahun tahun penggunaan. Cucian kesan cat dan kotoran menggunakan chemical untuk menanggalkan keladak degil yang melekat dan tersumbat tu.. Nampak lah keladak yang menyumbat tu keluar semua...
Kemudian mana mana tempat yang bocor pada radiator tu makanik tu tampal balik tempat bocor tu dengan welding ditempat yang bocor.. Pastu bila dah siap, cantumkan balik dengan menyambungkan patri timah pada radiator tersebut.. Anggaran harga servis radiator ni antara RM 70 hingga RM 150 kot , ikut kerosakan yang dialami..
_______________________________
Jenis-jenis Radiator Kereta
Apa pun kena tengok jugak Korang punya kereta menggunakan Radiator jenis apa..Radiator jenis cooper ,Kalau radiator jenis core cooper dan tank atas dan bawah juga cooper, lebih senang dibaiki jika mengalami kebocoran disemua sudut dan boleh welding dengan menggunakan timah khas untuk menampal kebocoran tersebut.

Tapi ia berlainan dengan radiator proton wira ,wira origanal core cooper tapi tank atas dan tank bawah adalah plastik, jika berlaku kebocoran pada tank atas atau bawah terpaksa di tukar 1 set tank tersebut sebab plastik mana lah boleh di baiki.. mungkin harga anggaran didalam RM140++, Tetapi kalau guna radiator aluminium, jika core dan tank yang bocor boleh di baiki tetapi jika plat yang bocor, ia tidak boleh di baiki lagi, jadi ia kene diganti dengan yang baru..


Flusing dalam enjin
Ada sesetengah bengkel yang siap cuci cooling sistem korang dalam enjin dengan menggunakan flusing air tekanan tinggi .. First makanik tu buka hose pipe radiator atas bawah kemudian sambung pada mesin flusing tu cuci dalam enjin sistem kereta korang..Tekanan air Rolling masuk dan keluar.. So mesin flusing ni cuci dalam enjin melalui kesemua saluran hose pipe, liang block , water pump dan thermostat..jadi keluarlah keladak yang menyumbat cooling sistem dalam enjin korang.. Anggaran kos Flusing enjin ni mungkin dalam lingkungan RM 70 kot..
_______________________________
PERINGATAN PENTING
****Adalah di syorkan Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water.

Jadi sebagai langkah awal...Periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau kalau boleh kerap kali . Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang ..Sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal... KALAU berlaku tanda-tanda kerosakan atau kebocoran cepat-cepatlah cari mekanik yang boleh baiki kerosakan tersebut... Sebelum Kereta korang jadi

Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...