Wednesday, August 3, 2011

Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator


Pertanyaan yang diajukan

ozie: Ade kemuskilan skit bro, radiator tsumbat nih.over tempacure.camner nk tau tsumbat.errr ! tgk air tak jalan pun. enjin idup tapi folw air dlm radiator tak gerak pun.camner nak servis ni nk kna buat flushing radiator tau tukar baru ?

Jawapan kami..
Thanks bertanya ozie ye..agak sukar nak jawab sebab tak mahir dalam bab-bab kerosakan ni.. cuma saya dapat bagi pandangan macam kat bawah ni..

Radiator adalah system terpenting kerana tanpanya enjin boleh terbakar atau overhead, fungsinya adalah menyejukan didalam system enjin, supaya tidak terlalu panas, Ada banyak punca yang menyebabkan suhu tempacure kenderaan korang naik (Overheat) punca- punca dia adalah air kurang, kipas tidak berfungsi dengan baik, radiator sumbat air tidak dapat berjalan dengan sempurna, thermostat jem air tidak dapat berjalan, penutup radiator atau cap sudah rosak, Ini mungkin adalah sebab-sebab tempacure kenderaan naik, untuk pengesahan lebih lanjut sila hantar kenderaan korang ke bengkel radiator yang berdekatan

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip Macam mana nak periksa Kerosakan Radiator
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator Korang mengalami kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidakdapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ade problem kot.

3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan korang untuk pemeriksaan lanjut.
4.
Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat tersebut, macam mana kita nak tahu? korang boleh pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat kenderaan korang jem.

5. Penutup radiator atau cap, jika penutup radiator sudah rosak korang boleh cek, korang cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, korang tekan pedal minyak, jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut kemungkinan penutup atau cap radiator korang rosak, cuba tukar penutup tersebut, harga anggaran dalam RM10 hingga RM20 tengok jenis dan kualiti cap tersebut, jika air tetap keluar, munkin radiator anda sumbat, hantarlah kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan.

6.Cuba korang check water pump...cara dia masa start pagi-pagi tu bukak cap radiator tu...klu memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar .. makna nye ada kemungkinan water pump rosak...


_______________________________
Pemeriksaan Dengan Radiator Pressure Tester gauge
Kalau ada alat "Radiator Pressure Tester gauge" lagi senang boleh check keadaan radiator korang sama ada mengalami kebocoran atau tidak.. So senang lah nak kesan dan mencari punca masalah tersebut.. mungkin juga terjadi kebocoran sangat halus pada radiator yg tidak mudah terlihat secara kasat mata.

Pemeriksaan kebocoran cooling system yang tak nampak melalui mata kasar perlu di buat pressure test menggunakan pressure test gauge.first... kena masukkan coolant bewarna bila tambah air. Lepas itu periksa kat mana kesan kebocoran sekeliling radiator dan spare tank.
(Ini boleh dilakukan dengan bantuan woksyop yang ada alat ini)..
_______________________________
Sila Servis Radiator Korang
Apa-pun sebagai langkah yang lebih terjamin hantar kereta korang ke makanik bengkel yang menyediakan perkhidmatan Servis welding dan cuci Radiator ni..Selalunya makanik akan cek, water pum, host paip, dan top tank, jika tiada kebocoran disitu dan tidak dapat mengesan, makanik akan buka radiator tersebut untuk test dengan menggunakan tekanan angin dan di masukan kedalam air untuk mengesan kebocoran, disitu makanik akan melihat ada kebocoran atau tidak pada radiator tersebut, jika ada kebocoran, makanik akan welding ditempat yang bocor.


Kalau kat bengkel Servis welding dan cuci Radiator ni.. mekanik tersebut akan menanggalkan part dan bahagian radiator, satu persatu dia cabut sampai terbarai dia tanggalkan dengan mencairkan penyambung patri timah pada radiator tersebut..

Proses mencuci tiub saluran air dalam tangki. Rod besi nipis digunakan untuk menjolok keluar karat dan kotoran mendapan dalam tiub setelah bertahun tahun penggunaan. Cucian kesan cat dan kotoran menggunakan chemical untuk menanggalkan keladak degil yang melekat dan tersumbat tu.. Nampak lah keladak yang menyumbat tu keluar semua...
Kemudian mana mana tempat yang bocor pada radiator tu makanik tu tampal balik tempat bocor tu dengan welding ditempat yang bocor.. Pastu bila dah siap, cantumkan balik dengan menyambungkan patri timah pada radiator tersebut.. Anggaran harga servis radiator ni antara RM 70 hingga RM 150 kot , ikut kerosakan yang dialami..
_______________________________
Jenis-jenis Radiator Kereta
Apa pun kena tengok jugak Korang punya kereta menggunakan Radiator jenis apa..Radiator jenis cooper ,Kalau radiator jenis core cooper dan tank atas dan bawah juga cooper, lebih senang dibaiki jika mengalami kebocoran disemua sudut dan boleh welding dengan menggunakan timah khas untuk menampal kebocoran tersebut.

Tapi ia berlainan dengan radiator proton wira ,wira origanal core cooper tapi tank atas dan tank bawah adalah plastik, jika berlaku kebocoran pada tank atas atau bawah terpaksa di tukar 1 set tank tersebut sebab plastik mana lah boleh di baiki.. mungkin harga anggaran didalam RM140++, Tetapi kalau guna radiator aluminium, jika core dan tank yang bocor boleh di baiki tetapi jika plat yang bocor, ia tidak boleh di baiki lagi, jadi ia kene diganti dengan yang baru..


Flusing dalam enjin
Ada sesetengah bengkel yang siap cuci cooling sistem korang dalam enjin dengan menggunakan flusing air tekanan tinggi .. First makanik tu buka hose pipe radiator atas bawah kemudian sambung pada mesin flusing tu cuci dalam enjin sistem kereta korang..Tekanan air Rolling masuk dan keluar.. So mesin flusing ni cuci dalam enjin melalui kesemua saluran hose pipe, liang block , water pump dan thermostat..jadi keluarlah keladak yang menyumbat cooling sistem dalam enjin korang.. Anggaran kos Flusing enjin ni mungkin dalam lingkungan RM 70 kot..
_______________________________
PERINGATAN PENTING
****Adalah di syorkan Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water.

Jadi sebagai langkah awal...Periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau kalau boleh kerap kali . Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang ..Sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal... KALAU berlaku tanda-tanda kerosakan atau kebocoran cepat-cepatlah cari mekanik yang boleh baiki kerosakan tersebut... Sebelum Kereta korang jadi

Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

41 comments:

Prince Halilintar said...

radiator mmg penting..ade pe2 hal hantat servis kedai je..klu bikin sendiri lagi teruk rasenya..haha

Lya Colours said...

sama macam prince di atas. apa2 hantar kedai. sendiri x reti bikin. setakat nak cek air dgn minyak hitam tau la,hahhahaa

nas said...

salam
alamak.. radiator
metang ape nih
hehhehehe... xtahu la sbb xpenah ade kereta
hehhee

http://nash121.blogspot.com/2011/08/iklan-ramadhan-8tv-dan-terbaru-tv9-pula.html

Yastro said...

Pada aku takt nak servis sendiri tak de halnya...biasa jek tu...tp klau dh tersumbat mmg kene bg kat pakar laa..

Nizam Ijam said...

jawapan yang baik...

encikReza said...

kalau laaaa
benda ni jadik kat aku..
mampos!

kena roger ko la bro~

logorithm said...

Kalau kita gi servis kereta secara regular di Proton Service, diorang tak advise ker sama ada radiator kita perlu diservis ke tidak?

I tahu guna kereta jer, tapi tak reti nak tengok-tengokkan enjinnya...

ayie said...

oo camtu fungsi radiator.. parah la klu xth pape..huhu

SAIAZUAN said...

wow pakar repair2 ni ek :)

zulkbo said...

salam..
info berguna untuk semua pemandu nih..he he..bab water pam tu selalu kena lah kereta lama saya.

Ajeyy Rawk said...

wahhh .. !!
bro pakar bab2 kereta rupanya .. huhu :)

Ibnushukran said...

nice info.. kene taw bnde ni, nnti jadi kt kita,mula la.. haha

kayrul-shah said...

air radiator wajib periksa seminggu sekali..kalu tak abis la..air kering pun tak perasan..hehhehe

Siti Arfah said...

Nice sharing. :). Terima kasih utk prkongsian ni,Amat berguna entri ni bla sy ada kereta nnt.^^

Ct Arina said...

pe bende radiator ni?

ayisy said...

Aku takder kereta. Tapi ada motor kecik guna radiator. Dulu ada masalah dgn TPS, asik menyala jek lampu radiator. Mula2 ngatkan radiator kong. Rupanya fius TPS tu jek yg problem. Selamat...

LiFe KaMi said...

setakat ni kereta kami radiator tak buat hal lg..
mungkin kereta jenama jepun kot, lebih tahan lasak..:)

nabilah_2908 said...

errr...sy tk pernh ambil tau pasal ni... :(

cikguden said...

kena rajin cek air nie...

NICK IRFAN said...

mcm2 ada eh! kalau nak pasang radio kat kereta mcm mana ko thu x? sbb ayah aku dia beli radio baru dia ingatkan senang psng rupanya susah? hehe saja tnya ko..

alif haris said...

hehe salu sy cek air radiator tu :)

btw thanks infonye ^^

Ayie said...

awas.. jangan bukak cap radiator time engine tengah panas melainkan anda sudah bersedia untuk bergelar ''pirate of karibean''..

Alan said...

pernah bocor sekali..pergi hantar welding je

ParkAir said...

Aku biasa check air time nk balik kg je, kalu tak memang jarang la bukak bonet kete.

Miss Tira said...

Kalau tempeture enjin tu dah naik tu berwaspadalah sebelum kereta berasap macam dalam gambar tu.. Hehehe :)

P/s: Maaf lama tak menyinggah sini. Tira sibuk baru-baru ni :)

pawaka19 said...

selamat hari raya tuan rumah..terima kasih beri tip2 kenderaan..insyallah kalo ada masalah leh rujuk blog ni

hilbert said...

Salam Aidil Fitri bro,

kerosakan pada kereta saya berpunca daripada masalah pada radiator tu..

awal bulan Julai saya telah hantar kereta untuk servis sebab dah melebihi 20,000km..yang masalahnya sekarang belum sampai dua bulan sekali lagi kereta saya kena masuk bengkel milik pengedar iaitu Proton Edar cawangan Miri.

Sebabnya penutup radiator hilang selepas service dilakukan. Kesilapan saya ialah terlalu yakin dengan pekerja dibengkel berkenaan kerana sering menganggap mereka sebagai pekerja yang profesional dan terlatih. Oleh itu saya sendiri tidak akan lagi membuat pemeriksaan semula pada setiap tempat tertentu dibahagian injin kereta.

Menurut pihak dibengkel Proton Edar, injin kereta saya terpaksa kena ganti dengan yang baru, harga sekitar RM3000 lebih termasuk minyak serta gasket. Bulan Julai baru servis kena bayar RM579.00...saya rasa seperti betul2 tertipu.

Patutlah ramai kawan2 nasihatkan saya, kalau dah habis tempoh 3 kali buat servis percuma kat bengkel Proton Edar, jadi untuk kali yang seterusnya tak usah lagi sebab selain harga mahal, mutu perkhidamatan di bengkel Proton Edar memang remeh kerana mereka semua makan gaji bulan bukan seperti dibengkel biasa tepi jalan yang tidak mahu buat kerja "cincai-cincai"...

Apa yang patut saya lakukan seterusnya bro...? adakah wajar saya buat aduan kat Tribunal Tuntutan Pengguna sebab saya sebagai pengguna rasa sudah terpedaya oleh pembekal?

hilbert said...

Injin kereta saya sudah tidak dapat dihidupkan lagi...menurut pihak bengkel, masalah kerana head telah bengkok.. apalah,,,

wanbu said...

bro nie aq nak tanya sikit pasal air coolant nie.. minta pandangan betul ker tak..

ada kwn cakap kalau radiator kita dah karat baik jangan pakai coolant psl coolant + karat akan rosakkan radiator.. kekalkan aje tak pakai coolant sampai radiator tue di servis atau tuko baru

sebelum aku letak coolant radiator kereta aku tak pakai pun... nak lagi baik dia pesan gunakan air RO atau air mineral... air paip yang menyebabkan dalam radiator mudah karat...

minta pandangan bro?

encik Cool said...

stkt radiator kurang air tu blhlah toup-up2..
kalau bocor mau bocro kepala nk pq..lagi2 tgh mlm!!

sparrow_hornet@yahoo.com said...

kereta sy alami masalah air kurang pada radiator, bila tambah air, tangki simpanan sy menjadi penuh tahap max smpi ke penutup. air di radiator kurang balik. namun suhu tempacure tidak naik.apekah masalah sebenar kereta saya.

fikrinordin said...

klau nak topup kena isi kt tangki atau kena buka penutup radiator tu?

Shafiq Mujahid said...

wah.. bagus sekali entrynya ^^

Faizal Avro-Avava said...

salam, radiator gua baru servis sbb bocor then dh jmpe yg bocor tu, casing plastik bawah yg bocor, dh tukar...tp air msh kurang jugak..pening derr....ade idea takkkk?

scootster said...

Mineral water dan RO water tak boleh digunakan utk radiator. Mineral water mengandungi garam galian semula jadi yg menyebabkan karat. RO (reverse osmosis) water pula adalah dari jenis 'soft water' atau 'air lembut'. Sifat soft water ini ialah menghakis (bukan menghakis mcm asid). Bahan logam akan terlarut sikit demi sedikit.

Air yg paling sesuai ialah 'distilled water' yg dijual dlm botol bertudung putih. Air ini kandungan mineralnya ialah 0% dan tiada klorin (penyebab karat).

Saladin said...

Klu guna air bukit, mcm air lata..?

burn said...

Bro..ajar cara bukak radiator pulak...dari a sampai z

burn said...

Bro..ajar cara bukak radiator pulak...dari a sampai z

:-) said...

salam, sy pernah tgk rancang omputih kat tv, radiator kereta mereka bocor ketika di kawasan pendalaman... antara ikhtiar terakhir ialah mereka masukkan sebiji telur ayam mentah ke dalam radiator ... kulit telur dibuang n jgn pulak masukkan kulit telur..... telor ayam itu mengeras n dapat tutup kebocoran sementara mereka dpt meneruskan perjalanan ke bengkel untuk dibaiki....kisah benar

mohd hafiz said...

Assalamualaikum bang..temprature kereta saya saga flx menunjukan 2 bar walaupun dah 2 jam kereta berhenti.adakah itu narmal atau sebaliknya?? terima kasih.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Salam bro..masalah kereta avanza 1.3 saya ni..temperature tak naik,mmg cantik jer temperature nyer.. enjin pun jalan cantik...cuma air kat tangki simpanan kena selalu top up..2-3 hari sekali...nak kata cap radiator rosak.. temperature ok,nak kata water pump temperature pun cantik tak kan ada masalah water pump...?masalah saya hanya resovoir (tangki simpanan selalu nak kena tgk tambah air) kenapa yer?