Pertanyaan yang diajukan
Guest:
Singgah sahur. nk tanye ak nk tukar minyak itam kete, penapis kaburetor dgn plug skali. bleh tunjuk ajar nak buat rasa nk buat sendri sbb nk balik raya jauh trima kaceh
Jawapan Kami...
Thanks pada Guest ( tah tak tau sapa nama dia) kerana bertanya.. saya cuba lah jawab benda ni Seberapa ringkasnya dan harap dapat manfaat darinya nanti..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Buat Servis Kereta Sendiri
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penukaran minyak enjin dan Oil filter
Penukaran minyak hitam” dan sekaligus “oil filter” (penapis minyak). Berdasarkan berapa jauh kilometer anda berjalan, puratanya minyak hitam / pelincir dicadangkan ditukar 5000 km sekali. Ada sesetengah orang tukar barangan ini mengikut jangkamasa waktu. Untuk kereta baru atau “second hand” anda, yang paling senang, pilihlah minyak pelincir jenis “Multigrade” (10W – 50W).
Minyak hitam yg bukan sintetik tu, setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik, mungkin 7,500km atau 10,000km.Minyak hitam mineral untuk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik untuk 15-20,000km/ 1 tahun.
Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc tapi dalam mungkin minyak murah made in china. Dalam satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.
Peralatan/tools yg diperlukan:
- Spanar- untuk buka skru tangki bawah minyak hitam.
- universal filter wrench- kasi longgar/ketat filter.
- super car jack- barang wajib utk kenderaan
- sediakan bekas utk minyak hitam yg telah digunakan
1. Tarik hand-brake dan masukkan gear satu.
2. Gune car jack untuk naikkan kenderaan bahagian hadapan. Berapa tinggi? ikut saiz badan asalkan korang boleh buat kerja dgn selesa
Sediakan saiz bekas yang sesuai utk menampung minyak hitam yg telah digunakan. Letakkan dibahagian bawah skru penutup tangki minyak hitam. Seterusnya hanya pusingkan skru penutup oil pan dengan tangan aje. Berhati-hati, minyak akan mencurah keluar melalui lubang penutup, angkat bekas rapat ke lubang! Pastu kena tunggu lah pulak minyak hitam tu habis keluar Masa untuk berehat seketika. Kalau di bengkel, cume 5 atau 10 minit aje. comfirm baki minyak hitam masih ade lagi! Bergantung kepada anda berapa lama nak tunggu.
Oil filter - sama seperti minyak enjin 5000km untuk minyak mineral biasa dan 7500km - 10000 km untuk minyak synthetic. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
Setelah anda berpuashati, Ketatkan semula skru penutup tangki bawah minyak hitam dengan spanar! Tapi jangan kuat-kuat sangat..
Penukaran Air filter
Komponen “air filter” (penapis udara kereta) menapis udara yang memasuki karburetor. Udara hari ini memang kotor. Kalau dah agak rasa kotor memang patut wajib kena tukar...
Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.
Penukaran Spark Plug
Ada beberapa bahagian atau komponen kereta yang harus diperkenalkan kepada anda. Yang pertama “plugs”. Kebanyakan kereta mempunyai 4 biji, kecuali Kancil 3 biji saja. Biasanya tidak banyak masalah berhubungan komponen ini. Jangka hayat palam pencucuh (spark plug) tukar setiap 30,000km atau setahun sekali..
Ada yang kata spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book! Tapi korang boleh pakai sampai 30,000-40,000 takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40,000 tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji..Atau selagi plastik kat tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus. minyak hitam terbakar... ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak.
Tak perlu di tanya kenapa ? ....Kalau nak senang hantar ajer gi servis kat tetapi perlu saya ingatkan anda sebagai “pemandu” atau “pemilik” tidaklah boleh menyerah sebulat-bulat tanggungjawab kepada mekanik untuk menyelesaikan semua masalah anda.
** Amaran: sekiranya anda tidak berkeyakinan, jangan lakukan!! Serahkan kepada pakar bengkel kenderaan dan bayar aje. Apa pun saya tak bertanggung jawab sekiranya berlaku perkara2 tak diingini!!
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...
32 comments:
kalau la pandai, mmg nak buat sendiri r. sbb x pandai je tepakse anta kedai.
nak tanye pasal kilometer kat dashboard tu la. andaikate km dah 28500, pastu limit kene sevis sampai 29000. bile dah sampai 29000, tapi check minyak hitam n coolen semua masih ok. minyak hitam tu pn masih jernih, wajib servis jugak ke? sbb nak raye ni kan. dpt jimat kos sket. tapi nak balik kampung dari jb ke perak. perlu servis jgk ke?
aku pernah juga buat tukar sendiri minyak hitam ni
hehe
sebenarnya tak payah mana pun
ampir 3 thun pakai kete..mmg antar tpt servis je,,,hal enjin2 mmg tak reti..
but nice..ada info, leh jgk jwab klu org tnya..
Hmmm... minyak hitam yang dikeluarkan tuh nak buang kat ner? Takkan buang kat longkang kot? Ada tips?
panjang jawapan nyer,,..hehe
Yupp...terbaik buat sendiri...tp klau x reti gak kene anto kedai laaa...hehehe
Logo: minyak itam tu klau rajin anto kt kedai laa...jgn buang dlm longkang lakk
thanks bro 4 da info..
boleh la cuba2 nak servis sendiri..
:)
ilmu menarik lg..tq share ye...
ada orang pernah maut tak DIY servis kereta?
bukan tak nak servis sendiri tapi tak da alatannya. Kena beli macam-macam hanya nak buka enjin. Lagipun duit memang dah ada peruntuk untuk servis. :)
Apapun ayah saya minat DIY sendiri keretanya pada hujung minggu.
Durian Belanda = Dutches' durian!!!?
benda ni tak susah tapi kalau dah malas so jadilah susah hehehehe
aduih kete saya dah maksimum seribu pada meter..abah cakap tunggu dulu..tapi bagus gak lama sikit tunggu nak servis seterusnya..hehe
yup2 .. ayah salu ckp tukar sndiri dapt berjimat :)
hari tu die ajar cmne nk tukar minyak hitam :)
kaedah terbik yg harus dilakukan lebih2 lagi saat menjelang raya nanti.. segalanya mesti dlm keadaan perfect
minyak gear tukar berapa km pulak?
time kasih,good info..terus follow sini :)
Bro... Mohon share, untuk rujukan assignment..(^_^)
assalam, saya baru nak belajar, nak buka nut minyak hitam pakai spanar saiz berapa ye? pembuka oil filter saiz berapa ye..sbb tiada info yang diberikan..sekian terima kasih
Tukar minyak itam ni ade risiko.nak pasang tiba2 skru loose,tak pon bunga lubang skru rosak..fuhh,berpeluh jantan beb
Skru kt bwh tu biasanye saiz 15..pasal oil filter kena cari kt kedai la sbb khas utk buka oil filter, ada mcm2 jenis klu x silap... seloknya masa nak pasang blik Skru tu kena hati2 la hehe
Skru kt bwh tu biasanye saiz 15..pasal oil filter kena cari kt kedai la sbb khas utk buka oil filter, ada mcm2 jenis klu x silap... seloknya masa nak pasang blik Skru tu kena hati2 la hehe
Setiap 20,000km.
Lain model kereta..lain saiz spanar...bese klu proton..pakai saiz 14...try dulu....utk pembuka oil filter...tak ada saiz..cuma perlu beli alatan tu je
salam FSA
boleh bagi tunjuk ajar dengan gambar sekali untuk service perodua viva 850
cara tukar minyak hitam dan tukar minyak gearbox sekali dan yang terakhir penukaran absorber depan belakang kereta viva
sekian terima kasih
harap tuan dpt membantu ;)
saiz spanar buka plug tu.. saiz berape??
Just to say tq
Bole sy tau turutan nombor dari coil api wira vdo 4g15 ke spark plug mcne?
bang, hidup lagi ke blog ni?
ke dah pindah ke FB?
Buat bakar sampah je, sikit2 tuang buat bakar sampah lama habis... Klau hari hujan nak bakar sampah pun boleh hidup
If you understand my language so i appreciated this content....
soundproofing barriers
Post a Comment