Monday, August 24, 2009

Tinted Cermin Gelap.. Ade Baik Ade Buruk


Selamatkan Nyawa atau Aksesori Kenderaan? Anda Tentukannya.

Beza Tinted Cermin Lamined dan Tempered
kali ini segmen pesanan JPJ bukan cerita pasal kesalahan pasang Cermin Gelap tetapi masalah kecurian kereta dengan memecahkan cermin kereta utuk mengambil barang-barang aksesori berharga dalam kereta turut menjadi masalah pada pemilik kenderaan. untuk mengatasi masalah cermin kereta di pecahkan.. banyaklah kedai aksesori memperkenalkan tinted cermin khas berfungsi anti pecah..bukan tak pecah sukar dipecahkan..
Tinted jenis Tempered
Namun , sedarkah kita Tinted cermin yg ditampal dgn penapis haba khas boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang lain.. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yg tak terduga, kebakaran, terhumban dalam sungai.. adekah kita mampu menyelamatkan diri..dalam suasana cemas fikiran panic tak mampu berfikir dengan betul.. cara terbaik selamatkan diri dengan cara pecahkan cermin untuk keluar..tapi klu tinted digunakan pada keseluruhan kenderaan.. kebarangkalian terperangkap dalam kenderaan jika kemalangan berlaku adalah tinggi..tambahan pula sistem keselamatan tambahan mekanisma kekunci yang dikawal sistem eletronik dipasang pada pintu secara automatik lock..sekiaranya kebakaran sistem automatik lock door berfungsi mengunci pintu, jika hubungan bateri kereta terputus akibat kemalangan pintu tak boleh dibuka.. sudah pasti mangsa sukar keluar melainkan dengan memecahkan cermin kereta..juga usaha penyelamat sukar dilakukan oleh pihak terbabit seperti bomba dan pertahanan awam pasti mengambil masa untuk membuka pintu tersebut mengeluarkan mangsa..
Tinted jenis LaminedLazimnya jenis lamined selalunya dipasang pada bahagian cermin hadapan, jenis tempered pada bahagian belakang dan sisi kenderaan.. pada bahagian hadapan lamined dipasang terdiri daripada dua lapisan yang dapat melindungi pemandu terkena serpihan kaca jika cermin itu pecah terkena batu semasa memandu.. lamined sukar dipecahkan, hanya retak kecil atau pecah berbentuk satu jalur garisan retak.. berbaza pula jenis tempered pula akan pecah berderai keseluruhannya.. perkara ini perlu dipastikan agar mesti ade tinted tempered di pasang pada bahagian sisi dan belakang bertujuan memudahkan untuk di pecahkan semasa kecemasan..
Nyawa anda adalah sangat penting diselamatkan jika kemalangan berlaku berbanding jika pencuri memecah cermin anda mengambil aksesori dalam kenderaan .. aksesori dalam kenderaan anda masih boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut pada bila-bila masa...
Fikir dulu ... anda mampu mengubahnya..anda mampu selamatkan nyawa terus melayang..
"

2 comments:

aShaBuLz said...

ooo...macam tu ek...nice info. nyawa dulu ma...lebih penting. heh

Naz said...

aku setuju dengan tulisan ko ni... bayangkan kalo kereta tercampak dlm sungai.. dan kita x boleh nak pecahkan tingkap pesal bertinted... masalah jugak kan...