Tuesday, April 27, 2010

Volkswagen, Evolusi Kereta & Perlumbaan

History Evolusi, Perlumbaan & Volkswagen...
Umumnya, Henry Ford dianggap sebagai orang pertama di dunia yang membuat kereta secara komersil iaitu sejak 1903, namun anggapan sebenarnya salah. Pada tahun 1902, Ransom Eli Olds sudah mengeluarkan model Curved Dash Runabout sebanyak 2,500 unit setahun! Malah seawal tahun 1886, Carl Benz mula mengeluarkan kereta yang dipanggil Motorwagen untuk kegunaan orang awam. Model Ford T Runabout dikilang secara besar-besaran hanya pada tahun 1909.
Evolusi Pembuatan kereta
Perlumbaan kereta Pertama
Acara lumba kereta Paris-Rouen anjuran akhbar Petit Journal pada 22 Julai 1894 itu umumnya dianggap sebagai kali pertama berlangsungnya sukan lumba kereta, Acara lumba kereta yang asalnya permainan golongan bangsawan yang bosan itu bertukar pula menjadi perlumbaan serius di kalangan pereka-cipta kereta seperti Carl Benz, Gottlieb Daimler, Wilhelm Maybach, Peugot, Panhard, Emile Levassor, Henry Royce (RR), Renault, Hotchkiss dan Mors. Kemudian muncul pula pereka-cipta seperti Ettore Bugatti, Francis dan Freeland Stanley (Stanley Steamers), Herbert Dawley, Dante Giacosa (Fiat), John Carden, Ferdinand Porsche (Mercedes & Porsche), Andre Citroen, Carl Breer (Chrysler), Walter Owen Bentley (Bentley) dan lain-lain.
Kalau korang nak tau, semua jenis kenderaan berjentera yang dicipta orang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu, misalnya kenderaan berkuasa petrol, wap, pendulum, levers dan compressed air. peserta dikehendaki menuang petrol atau memasukan arang sendiri dalam boiler enjinnya.
Dalam acara berkenaan, kereta Peugot yang dipandu oleh Lemaitre dan kereta Panhard-Levassor yang dipandu oleh Levassor berkongsi hadiah pertama bernilai 5,000 francs. De Dion pula diberi tempat kedua dengan hadiah 2,000 francsSebenarnya dalam perlubaan itu yang merangkumi 126km. Orang pertama sampai di garisan tamat itu ialah pelumba adalah Count de Dion. Kenderaan yang dinaikinya ialah traktor berstim. Malangnya para hakim berpendapat kenderaanyang dinaiki oleh peserta itu tidaklah begitu praktikal untuk digunakan di jalanraya.
Tahun depannya plak 1895
2nd perlumbaan diadakan sekali lagi Perlumbaan itu bermula di bandar Paris dan berakhir di bandar Bordeaux. Ia dimenangi oleh pelumba bernama Emile Levassor. Beliau menaiki kereta jenama Panhard - Levassor 2 silinder yang mempunyai brek kuasa kuda 4 bhp. . Kalau korang nak tau tayar ciptaan andre Michelin (jenama Michelin yg ade skrg ni) digunakan. Keretanya telah dipasang dengan tayar pneumatik. Kereta-kereta lain pada ketika itu dipasang tayar besi atau tayar getah pepejal sahaja. Ini ialah satu inovasi yang memeranjatkan semua.
Grand Prix Pertama 1906
Pada tahun 1906, Perancis telah menganjurkan Grand Prix yang pertama di dunia berdekatan dengan
Le Mans. Acara Grand Prix ini telah menyaksikan 32 buah kereta lumba mengambil bahagian di laluan
sepanjang 64 batu. Lumba kereta 12 pusingan ini telah diadakan selama 2 hari. Pemenangnya ialah
seorang rakyat Hungary bernama Ferenc Szisz yang memandu kereta Renault 90 kuasa kuda.


Seterusnya hingga sekarang Perlumbaan Fomular 1 dikaitkan sebagai satu evolusi pembuatan dan penciptaan kereta terkini.. Hebatkan....Era antara dua perang dunia tidak memberi banyak peluang kepada pembuat kereta untuk mencipta kereta model baru, kerana perusahan mereka kebanyakannya diubah-suai untuk dijadikan kilang mengeluarkan kenderaan perang seperti kereta kebal, kereta perisai, lori pengangkut meriam, motorsikal tentera, kapalterbang dan sebagainya. Malah diktator seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini mengambil kesempatan ke atas sukan lumba kereta sebagai alat propaganda mereka sahaja.
Rekaan Kereta oleh Adolf Hitler
Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.
Sejarah VW
PEMILIK kenderaan Volkswagen 'Beetle' mungkin boleh berbangga kenderaan mereka asalnya dicipta Ferdinand Porsche, orang sama yang menghasilkan kereta mewah berprestasi tinggi terhebat di dunia, Porsche.Kewujudan Beetle atau nama sebenarnya, Volkswagen Type 1 adalah kereta ekonomi yang dihasilkan pengeluar kereta Jerman, Volkswagen dari tahun 1938 sehingga 2003.Selain Type 1, ia turut dikenali dengan nama 1200, 1300 atau 1500 di Eropah, merujuk kepada saiz enjinnya dalam sentimeter padu..
Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand bagi cadangan model 'Kereta Rakyat', sebuah kereta asas yang mampu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j).
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin
Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.
Tahukah Korang? Misteri Logo Volkswagen..
Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W. Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas Kelihatan...
( Klik Video dibawah ni, Sorry jangan jadikan kontraversi plak )
video
Ketika Perang Dunia Kedua melanda, tiga model kenderaan prototaip terbabit hilang manakala yang terakhir ditemui pada tahun 1945 sebelum serangan bom di Stuttgart, Jerman yang melenyapkan sama sekali model asal 'kereta rakyat' berkenaan.Kejatuhan Hitler dan empayar Nazi menyebabkan Volkswagen terus tenggelam bersama pengasasnya sehinggalah pada tahun 1967 apabila kereta itu dilahirkan semula.Selepas 1967, barulah Volkswagen menggunakan nama 'Beetle' and 'Bug' secara rasmi dan diterima ramai dalam masa yang singkat di Amerika Syarikat dan dunia.Volkswagen Beetle melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967 walaupun kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal tetapi sistem aliran kuasanya dipertingkatkan.
DAHULU kereta Volkswagen Beetle atau kereta kodok menjadi satu kelegaan masyarakat dunia yang mahukan kenderaan murah dan berkonsep rakyat.Terkenal dengan keunikan reka bentuknya yang memukau setiap mata memandang, Volkswagen mendapat perhatian masyarakat tempatan sehingga ada sanggup 'membelanya' walaupun menjangkau usia lebih setengah abad. Selain sistem penyejukan tidak dijana dengan bantuan air, enjin Volkswagen Beetle unik sehingga diberi jolokan kereta katak, kura-kura, kumbang atau Herbie.
Begitulah permulaan kereta yang kita lihat di jalan-jalan raya sekarang. Ia bermula sebagai inovasi mekanikal yang dianggap 'kejayaan manusia paling penting sejak selepas mereka menjinakkan kuda.' Sekarang ia tidak hanya menjadi kenderaan penting bagi manusia, tetapi juga sebagai simbol dan status kejayaan pemandunya

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

17 comments:

feelinblue said...

nice info bro.

aku suke vokswagen kaler kuning :P

Lya Colours said...

volkswagen comey
kalo da mekap cantik2
masa sekolah tuh kite panggil volkswagen = wak segan
haha

budak kampung said...

uiiiiiii...salam dr budakkampong
huhuhuhu
wah2....aku ade gak kete comey ni tp tersadai r...nk btulkn makan ribu riban wooo huhuhuhu

anyway pasal jamming tu kitowang ni xpower mane pon...tu brg2 sndiri,maen sndri...nk maen tmpat org segan lorrr

huhu...alaaa...download tu tipu2 je....xlusif sket ngeh2.....jom jamming.....(aku xpandai men sbeno nye.....)...support brg je huhuhu

comel said...

wah!
propaganda nazi sampai sekarang masih berutar
hehehehe
nice entry
aku tau vw ni orang minta sebab retro
tapi sebenarnya sejarah kereta ni agi mnarik
:)=

ParkAir said...

wuiyo baru aku tau logo dia ada secret meaning.
cantik kereta kura ni, teringan nak satu wat jalan dekat2.

sachin said...

I like wagon r because this car average is good than other car .
wheel-related products for all makes and models, suppliers of OEM and aftermarket wheels at wholesale prices


Car Wheel

jejaka anggun said...

i like volkswagen. cute.

alvin takda rumah harga 8juta.... said...

bagus entri ni..bagi gua rasa lapang otak..sungguh santai entri lu..

E.d.Y said...

wah bagus..bnyk info

Adam Arjuna said...

hoho..
gud info...
sblm ni aku tak pernah nak amik tau hal ni sumer... hehe..

F U N F A B U L O S I T Y said...

ooo kereta kure2 ituu sangat chumel-tambah kalo pemandunya stylo2 gakk-huhu ;D

rAy jR...@...Aliff said...

jgn maen2..kte ni leh pg lagi jauh dr kete msia...tahan lama g d0wh...hahahaha....

asna ashraff said...

haha a'ah lah jd logo nazi... tp VW comel :)

Kuchiki Baim said...

info yg cukup menarik...huhuh
sejarah revolusi mmg sonok n kdg2 ader something yg kte x penah tau...
tp mmg ske gler kat kete vw nih lps tgk cter herbie...hehehe

Naz said...

kereta pertama tu bentuknya mcm beca roda 3. klasik sungguh... hehehehe...
~aku dilanda ke bz an skrg. sorry pesal jrg jenguk blog2 ko.

naresh said...

A SEO company in India, providing cheap and affordable SEO, web designing and web development services.

Web Designing Delhi

vwclubselangor said...

for detail of vw scene in malaysia.. log on to www.vwclubselangor.webs.com

salam vw dr kami...