Monday, August 2, 2010

Air Balang Kenduri Kahwin air Asam Boi Spacial


Dengan ini kami mengambil kesempatan yang ada untuk promosi bermacam-macam jenis air dari Fire Starting. Enterpise.. Ini kira kami punya projek family kiranya... satu family bersama mengusahakannya.. salah satu cabang bisnes perniagaan yang kami telah jalankan..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Promosi Air Balang Kahwin
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Promosi Air Balang tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempahan pekej minuman dan harga .. Jika ade yang berminat Silalah hubungi kami pada Nombor Talifon kami:


Sebenarnya kami mendapat tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 9 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... dan juga satu set makanan petang sebagai menu spacial sampingan sepanjang majlis itu berlangsung.. Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta..

Mari lihat pelbagai jenis air balang yang kami buat tu...
Jom Terjah apa yang ada tersedia untuk para tetamu yang hadir... silalah dengar riuh rendah celoteh pembancuh air tersebut... riuh rendahhh... gamat nampaknya...
Majlis Perkahwinan bermula 11.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 9 jenis air minuman telah tersedia.. sila pilih sila rasa silalah menjamu dahaga....
Mari lihat lebih Jelas Air Balang tersebut ...Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...
Kebiasaannya Air Asam Boi dan Milo Ais memang mendapat sambutan pengemar kanak-kanak
Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memanglaris dapat sambutan gak
Jagung dan Keladi turut menjadi buruan penggemarnya.. pun dapat sambutan yang amat baik
Hawaii Blue dan Tembikai susu pun sedap gak... kalau nak tahu cuba lah try ye
Teh bunga ni pun ada gak... kira termasuklah senarai air yang top mendapat sambutan...
Menu Makanan petang
Satu lagi tempahan tuan rumah untuk sajian petang semasa majlis perkahwinantersebut... khas untuk makanan petang khusus untuk para tetamu...Menu Pisang Goreng rangup, Keledek Goreng, cempedak pun ada dan paling spacial ialah Cekodok ikan bilis dan udang...
Semuanya makan tersebut cecah ngan kuah sambal... Tersedia dengan kuah sambal kicap ( untuk orang Johor) Sambal cili (untuk orang luar Johor) pilih aje nak mana satu...



Chef untuk buatnya Menu tersebut ialah hasil tangan ibu dan ayah.. sedang sebuk bancuh tepung untuk cekodok ikan bilis udang dan pisang, keledek goreng tesebut... sibuk sikit lah..
Untuk menyediakan menu petang tersebut sebanyak 150 kilo pisang dan 7 kilo keledek untuk digoreng... 18 kilo tepung untuk buat cekodok ikan bilis udang diperlukan...
Start Goreng pada pukul 2.00 petang... bagi tetamu yang hadir untuk makan sebagai menu petang sampingan...
Yang ni Sedang goreng cekodok ikan bilis dan udang... pakai kuali besar tu..
Satu kuali lagi pun buat goreng cekodok ikanbilis udang tu... kena masak guna 2 kuali serentak...
Zooommm lagi dekat.... dah masak dah ni tinggal nak angkat dan toskan aje...
Yang ni pisang goreng dan keledek goreng.... tengah goreng lah ni...
Bila dah masak baunya hampir segenap penjuru bau pisang goreng tersebut... menyelerakan sungguh...


Wahhhh makcik sabar ye... pilihlah yang mana satu air yang berkenan dalam hati... ambik aje...
tengok abang tu... ni kira kami snap gambar abang tu tengah minum air... tengok sampai bangun dari duduk lah sedap sangat kut...
Cuma ramai yang kepeningan nak pilih mana satu semuanya sedap-sedap belaka... wahhh banyak pilihan katakan...
Pasukan kompang Penduduk Kampung Sungai Tongkang mengiringi ketibaan Pasangan Pengantin...
Yang jarang-jarang kelihatan tu Gemelan Jawa di alunkan sepanjang majlis bersanding dan makan beradap pengantin berlangsung....
asyik gak dengar muzik Gemelan Jawa ni... wehhh sangat Tradisional betul lah.. jarang sangat di ketengahkan..
Persembahan silat pengantin dari bebudak silat... belum lagi trip orang dewasa buat persembahan lagi..
Terima kasih Daun Keladi.. Selamat Pengantin Baru Pada pasangan pengantin tersebut.. Kami semua doakan kebahagian anda kekal hingga akhir hayat... Amin
Apa pun Terima Kasih sekali lagi atas jemputan dan tempahan tuan rumah pengantin... Terima Kasih pada keluarga Puan Saadiah Mohd Amin memberikan kepercayaan pada kami untuk menyediakan minuman dan menu petang tersebut... Harapan kami moga Tuan rumah berpuas hati dan respon yang baik dari tetamu yang hadir amatlah mengalakkan.. banyak yang puji... Alhamdulillah ... Kami usahakan yang terbaik untuk anda semua...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Asam Boi Spacial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air asam boi Spacial antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air asam boi spacial habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah .... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...

Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi
Cara-cara
Potong apple hijau dan buang bijinya.
Blend bersama air dan gula
Kemudian masukkan kedalam jug.
Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

28 comments:

alvin takda umah harga 8juta said...

air katira tu macam best je..

Mr.Z said...

tengok air dan makanan, tetiba lak rasa lapar..hehe
mesti meriah majlis kahwin tu kan.. :D

en_me said...

masyukk teww.. lenkali wat car wash service kat umah pengantin.. vollleeee

Lya Colours said...

igt lagi dulu dok johor, air katira macam2 kaler ade

sedap2 plak tuh

ni kalo bulan pose, tgk air2 ni mau menangehhh

E.d.Y said...

air susu gantung ada jual tak bro??hehe

pawaka19 said...

best gak kalau bulan posa air belambak macam ni..wow bestnya

"Mak Aii! Sembang Lucah di iPhone 4 pun Boleh?"

Alan said...

meriah gila seyy..air katira tu apa bro? tempat aku xde ler.

syahira ariff said...

terliurlah
hawaii blue tu rasa camner ekk?

zain_azuan said...

waaaaaa..dah macam pasar malam......

AngahSayang2314 said...

nizam nampak sedap jer air2 tue kalau depat angah dah terjah dah majlis tue nie kan pula jauh hehehe...

budak kampung said...

<>

waahhhhhhhhhhhhhhhhh..............berwarne warni air tu...huhu....nak nak hehehe.....moge bertambah maju bisnes kowang yer.....jgn trcampor cat sudey hehehe guwau je...maap...hehe

semoger berjayeeee :-)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jangan bubuh pewarna banyak sangat kembang tekak ...

AzRi said...

bro...pose thn lps dh gnti ker?

comel said...

woooo
belom puasa aku da telan air liur
ni kalu da puasa air katira pon aku boleh telan
wahahahah

nice entry
:)=

nas said...

selamat pengantin baru kepada mereka yang sudah berkahwin..
wah..nizam..banyaknyer pilihan air2 tue....
siap cekodok pon ader..
hahhahaa..meriahnyer...:)

jejaka anggun said...

sedapnyer air....

naz said...

meriah gilaaaa kenduri

fik-autoz said...

wah respek kt lu ar bro,buat bisnes ngn family..bgus tul,mmg syok...klu bulan posa mmg laku ar cmni,tgok air terliur aih..hehe

cabang perniagaan yg bgus,selagi kita boleh cari rezeki halal,selagi tulh kita usaha...

ayunda maajis said...

uii..ni 1st time aku tgk kenduri kawin dh mcm pasar malam..giler ah..kt johor mmg mcm ni ker? dasat2..tp kn bro..air katira tu air aper?

loving said...

kt kedah ley p x.

dmx said...

adusss...
melelehh...abis

dmx said...
This comment has been removed by the author.
Tunjuk Bintang said...

waw... makin berkembang satu bisnes kesatu bisnes yang lain. ahaks.. nak air asam boi...

s h e e said...

wahhh...mcm besh jew...hehe...lapa plak baca entry ni...

ERSHAD said...

air yang sangat2 menarik, berwarna-warni, rasa nak cuba kesemuanya

dmx said...

Selamat Meyambut
..:: RAMADHAN ALMUBARAK :::...
dr...org kuantan he3

luhorhea said...

Please, can you PM me and tell me number of much more thinks about this, I am truly fan of one’s webpage…gets solved properly asap.

online pharmacy

gizosafe said...

Hmm, that?s some cool information. I would search on Google to find other relevant articles. Actually, I came across your blog on Google Blog Search. I?m going to add your RSS feed to my reader. Continue posting please!

online pharmacy