Tuesday, June 21, 2011

Balut Sarung Seat, Door trim dan Dashboard kereta



Pertanyaan yang diajukan
fadli :
aku nak solek dalam.dari seat, kusyen, balut deshbot, aku skang tengah pening aku nak balut interior keta aku..tp aku xtaw nk pakai fabrik yg cmner n design cmner yg bersesuaian dengan aku pnyer myvi..mcm balut kulit rimau,zebra,hello kitty..agak2 ada idea x??kasi tolong ckit..
Jawapan kami..
Terima kasih bertanya pada Fadli .. Sorry yerr saya tak ada experienced buat balut sarung seat kereta .. Walau bagaimana pun saya cuba berikan pandangan sikit.. bagi yang suka make up kereta ala-ala VIP- bulu-bulu atas dashboard,Table VIP,stereng VIP,seat dibalut kulit,dashboard balut..main vip tryla ushar barang-barang DAD atau Junction Produce. atau benda ni kena pergi kadai buat/ repair sarung seat kereta dan dalaman kereta.. nak bagi cadangan tu rasanya semuanya bergantung pada citarasa dan kewangan korang lah.. tepuk dada tanya selera tepuk poket semua jadi...


Untuk Make up interior dalaman kereta ada kedai yang menyediakan perkhidmatan membalut seat kereta,balut bumbung,balut doorpanel,balut tiang bumbung,dashbord dan sebagainya.pergi jer memaner kedai yg buat sofa, BUKAN KEDAI PERABOT YG JUAL SOFA! kena pandai cari.. Kalau nak tukar sarung seat ni kena sesuaikan fabric material yang korang nak gunakan samaada nak guna fabric kain, nak pakai kulit , semi lether ,PU atau PVC .. Warna apa yang rasanya bersesuaian dan design macam mana nak buat... Itu semua bergantung pada citarasa korang
_______________________________
Balut Sarung Seat Kereta
_______________________________
1) Fabric / kain
Ada macam macam jenis kain nak guna fabric baldu ker , fabric macam recaro ke, nak kain yang bercorak pun ada.. Penggunaan fabric kain pada seat ni tak panas..cuma kalau guna fabrik kelemahannya tangkap habuk dan kalau air minuman ker atau makanan tumpah naya tul nak hilangkan kesan tumpahan. Susah nak bersihkan tumpahan susu / minuman / muntah anak...Seterusnya lama kelamaan memerangkap bau hapak...



Kalau balut door trim pun boleh guna fabric..


Ada gak yang buat seat dengan mainan warna-warna dan bercorak-corak...Yang kat bawah ni contoh-contoh balut sarung seat dengan material Fabric..


_______________________________
2) Lather, semi lather, PU dan PVC
PVC banyak gred. Dari betul-betul menyerupai leather hinggalah ke nampak mcm pvc betul. Dari kualiti yang tahan koyak hingga ke senang koyak. Dari tebal hingga ke nipis, Dari licin mcm PVC sampai rasa kesat-kesat seperti leather. Dari berbau leather hinggalah ke bau PVC. Dari mudah terbakar (mengecut) sampai ke tak mudah terbakar. kulit asli mahal sangat harganya.


Kalau semi lather agak murah sikit. Semi bermaksud double layer. Katakan standard artificial leather setebal 1mm. Semi lak, artifical leather setebal 0.5mm, yang lain dia guna kain putih. penggunaan kain ni dapat menjimatkan bahan untuk artificial leather. kalo full leather lagi ok tapi kos tinggi ler..semi leather ngan full leather nie tak ader berabuk..kete pun nampak bersih..kalo air tumpah leh lap jer kalau makan tumpah pun senang bersihkan… jenis PU lebih bagus dari PVC, lebih tahan & kurang panas dari PVC..PVC memang panas sikit. Kalau guna PU agak kurang panas .Cuma kalau gunakan Lether ke PU atau PVC ni perlulah diberi perhatian dan sentiasa gilap selalu supaya tidak merekah sebab overheat kepanasan

Sekarang ni tengah musim orang jahit kotak-kotak dan selalunya orang buat kusen semua dua ton warna , kadang tu ada yang siap pasang manik-manik bling-bling lagi ...Kat bawah ni contoh-contoh seat yang menggunakan material semi lather, PU dan PVC..





Kalau nak balut bumbung,balut door tream panel,balut tiang bumbung,dashbord dan sebagainya pun kena ada seni gak nak balut ... ada yang buat kotak-kotak sederhana, kotak-kotak kecil, kotak-kotak besar


_______________________________
3) Hello kitty, LV monogram atau Coach
Sekarang ni musim bebudak make up kereta dengan balut sarung seat yang ada corak-corak.. nampaklah ala-ala VIP bergaya mewah nampaknya sikit .. Kalau tengok ada corak jenis Hello kitty, LV monogram atau Coach...




Macam kat bawah ni kalau nak buat seat nampak bergaya mewah, kalau kena cara nampak menarik gak balut seat dengan corak-corak Hello kitty, LV monogram atau Coach... cuma bagi aku nampak serabut sikit..



Yang kat bawah ni contoh-contoh balut door tream panel,balut tiang bumbung,dashbord dan sebagainya


_______________________________
3) Safari Cloth
Bagi yang nak mendapatkan gaya ganas...Ada gak yang buat make up tukar sarung seat dari corak-corak safari cloth sama ada corak harimau ke, ceetah, dalmonation, zebra ke, lembu ke macam macam lah.. dah macam tarzan dahh..


Macam kat bawah ni kalau nak buat seat... ganas nampaknya...

Yang ni habis semua sudut balut corak-corak safari cloth pada door tream panel,balut tiang bumbung,dashbord dan sebagainya



_______________________________
4) Long Fancy Fur
Yang ni jenis bulu-bulu panjang... Cuma bagi aku kalau guna curton jenis berbulu mcam jenis ni senang simpan habuk.. kena rajin vacum lahhh... kalau ada penyakit Asma tak sesuai lahh... Tapi ada yang minat gak make up jenis ni...

Selalu nampak gak diorang letak buat lapik kat atas dashboard

Ada gak yang buat alas seat... nampak gebu dan empok ajerrrr bila duduk...


Yang pastinya susah nak cakap cita rasa masing masing dan bergantung pada duit bajet korang.. Besar bajet makin cantik lah Custom..
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks..

42 comments:

kayrul-shah said...

teringin nak balut kerusi kancil ngan leather...mana la nak cekau duit nie???...huhuhu

Mohamadazhan.com said...

balut kulit terbaik untuk jangka masa lama =)

Admin P@P said...

assalamualaikum.
bila cita rasa berlainan dari kereta yang dibeli , maka banyaklah ubahsuai yang dilakukan. Warna dan bahan yang lesu segera diubah agar lebih ganas dan cergas.

Saya tak kisah sangat tentang balutan tempat duduk, selagi tidak koyak, maka kekallah ia.

TQ

tehr said...

memang cantik dan mewah nampak
tapi projek macam ni memang banyak belanja ni

aku pakai yang asal je
hehe

Miss Tira said...

Huuu tak suka betul yang Safari dengan Long Fancy Fur.. Berbulu-bulu.. Kalaulah air tumpah jenis kopi ke buat naya je.. Rasa lebih sesuai PVC sebab senang nak bersihkan. Cuma dia memerangkap kepanasan je kalau parking kereta tempat panas.. Kalau duduk rasa macam duduk kat ekzos motor je.. Hehehe.

LiFe KaMi said...

rasanya kulit lebih baik ,tak berbau dan tahan lama,
kalau getah cepat cair bila kena haba yang panas.
buat masa skang ni kulit baldu yg kat keta kami tu masih baik tak rasa lg nak tukar..:)

ayisy said...

Assalamualaikum. Tak sangka seat kereta boleh ubah suai macam ni sekali. Sebelum ni tak pernah terfikir. Maklulamlah, belum mempunyai kereta sendiri. Huhu...

Tp kalau bab seat kereta ni, aku minat yg sport. Dan yang span dia keras2. Kalau yg duduk terbenam, aduiii..lemas2. Hehe..

Ct Arina said...

aku pakai saga je wey. berangan nak tuka sarung seat dgn sarung leather. pehhh sure cantik! ;D

ayunda maajis said...

mmg terpikir nk buat cm ni pon..nk kasi semua kaler pink..biar xde sape brani nk pinjam kete aku nnt..haha padan muka..

Kakzakie said...

Az... kalau di Kulai ada ke kedai buat ini semua? Kakak terpikatlah dgn design LV tu. Next week kereta baru kakak keluar tau....

Yastro said...

Kalau ler aku ade banyak rm...dh tentu aku pn akan buat memacam gak bro....

Yang penting ...RM...hehehe

Kilang Proton Shah Alam 1985

nabilah_2908 said...

tul la...kalau ada duit2 terlebih..boleh la buat mcm ni..huhuh...

iwan_dextrous said...

skrg dh mhl lah nak buat...hurmm

NOOR FATIN said...

cantiknyaaaaaaaaa! waa. bestnyaa! mcm2 corak kita bleh buat kalau ada duit

ABU said...

uh..lawa seh..nice..:D

Edy Zaidi said...

aritu g KK ada kete tu seat dia hello kitty, lawak lak aku tgk

Alan said...

memang nak balut balik kerusi tapi rasanya macam nak tunggu lama pulak..kalau hantar eta camner nak pegi kerja.

ayie said...

pakai je seat leder sonang cito..hehe

maryam shukor said...

bro..bengkel balut nie kt mane?..KL ke?..

Touch said...

Suruh tauke buat estimation cost bagi setiap pengubahsuaian yang di buat...

Kereta proton
bumbung = ??
pintu = ??
kusyen = ??

Kancil
bumbung = ??
pintu = ??
kusyen = ??

dll lg

senang nak bujek RM....

Feruz said...

tulun sesapa kenal supplier fabrik n leather..aku abis stoks sbb supplier aku dh bankrap...
email fairusmatsalleh@yahoo.com

Diamond Button said...

kalau buat yg ada diamond tu kira mcm mn? 1 biji diamond hrga brp?

Abd.Monir said...

kalau pasang kusion tu pada motor rasanya boleh x?

Mohamad Hanafi said...

takde contact number pn :(

eddy ipoh said...

Terima kasih atas info ini bro

Izan Taib said...

kawan2..kat area masai de 1 kedai kusyen..lau berminat leh g kat area jalan suria 68..LEAS CUSHION..owner dia mmg pakar..

lokman firman said...

Ada bekalkan bling2 tak,,klu ada sy nak beli,,untuk dasboard,,

=Admin= said...

berape kos rm balut indor siling atap untuk kereta gen2 pakai pu or pvc ..tq adress info skali..
zh4f@ymail.com

Harmony Business said...

buka link ni untuk maklumat harga http://www.e-kereta.com/v2/showproduct.php?product=47601

Zaidi Nordin said...

Warna oran ade x...

Rajrajan Rajan said...

Bg alamat....br kt leh dtg

Rajrajan Rajan said...

Bg alamat....br kt leh dtg

Rajrajan Rajan said...

Bg alamat....br kt leh dtg

Rajrajan Rajan said...

Bg alamat....br kt leh dtg

Izan Taib said...

lau area jb, g je kat leas cushion & trading.
alamat: No. 26, Jalan Suria 68,
81750 Masai, Johor.
h/p: 018-7637202 / 016-7414839
pasal harga bergantung pada bajet..
nak repair sofa lama, balut seat motor, lori dll pon ada..bole contact owner abg leas namanyer.

Awek Muda said...

saya area subang jaya, Selangor. ada cawangan x?
kalau safari cloth brp rm? corak saya nak yang pic dia ada tlis ruang dalaman kereta.(warna hitam putih pokodot 2). last sekali pic dlm group safari clotch. seat kusyen saya dh buat...cuma kt empat pintu dan bumbung jer saya nak buat.


Zura Zahir said...

perak area mana ade plz help me!

Prince Caspion said...

Salam semua.. Saya ade membuka kedai membalut kusyen dan hiasan dalam kereta.. harga bergantung kepada bajet customer..kami menyediakan perkhidmatan membalut leather, semi leather dan fabric..

segala pertanyaan boleh datang kedai atau call 017-3331697

lokasi di sekitar Gombak, Taman Bolton

J-Works Cushion
Landmark Giant Batu Caves, Atau BHP Sri Gombak berhadapan Giant Batu Caves

No 17-1G, Jln TIB 1/1,Batu Caves Centre Point, Tmn Industri Bolton, Batu Caves SEL..

Tq ALL :)

Prince Caspion said...

Salam semua.. Saya ade membuka kedai membalut kusyen dan hiasan dalam kereta.. harga bergantung kepada bajet customer..kami menyediakan perkhidmatan membalut leather, semi leather dan fabric..

segala pertanyaan boleh datang kedai atau call 017-3331697

lokasi di sekitar Gombak, Taman Bolton

J-Works Cushion
Landmark Giant Batu Caves, Atau BHP Sri Gombak berhadapan Giant Batu Caves

No 17-1G, Jln TIB 1/1,Batu Caves Centre Point, Tmn Industri Bolton, Batu Caves SEL..

Tq ALL :)

wothor daud said...

Sesiapa yang berada di kota kinabalu sy membuat kusyen kereta,bungkus habis pun boleh..jika berminat sila hubungi 0132778504

Mohd Shahabuddin Zuhdi Radzuan said...

Perak kt mane urgent 0174313468

Mohd Shahabuddin Zuhdi Radzuan said...

Bg a no fon