Wednesday, June 15, 2011

Kembara Mahkota Johor 2011~DAULAT TUANKU~


DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU...
Kembara Mahkota Johor edisi 2011 bakal menemui kita semua, khususnya rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang penuh makmur dan damai ini. Menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan mencemar Duli turun ke pelusuk Negeri untuk bersama-sama mendekati hal ehwal rakyat jelata di Negeri Johor Darul Ta'zim ini.

PADA 18 – 21 JUN 2011, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah berkenan untuk meneruskan program KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011 ini buat kali ke-14 sejak kali pertama penganjurannya pada Tahun 2001, dengan tujuan untuk berdamping dengan rakyat jelata dengan lebih mesra.

Program Kembara Mahkota Johor pada tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat bertemu rakyat jelata dengan mengguna tiga (3) cara pendekatan iaitu bermotosikal dan kenderaan pacuan empat (4) roda atau ‘4X4′ di laluan jalan darat dan dengan menggunakan bot ketika melalui laluan sungai dan laut.

Kembara Mahkota Johor yang telah diadakan sebelum ini melalui lima (5) cara pendekatan sebagaimana maklumat berikut:-

(I) Kembara Bermotosikal pada Tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 2008 dan 2010;

(II) Jelajah Pulau pada Tahun 2004 dan 2007;

(III) Jelajah Ke Perkampungan Orang Asli pada Tahun 2005;

(IV) Jelajah Pendalaman pada Tahun 2009;

(V) Kembara Berkeretapi pada Tahun 2010.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011 akan bermula pada 18 Jun 2011 (SABTU) dari Padang Sekolah Tinggi Muar, Johor dan berakhir pada 21 Jun 2011 (SELASA) di Hadapan Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. Kembara yang akan merentasi jarak sejauh 797 kilometer meliputi 10 daerah itu akan menggunakan tiga jenis kenderaan, iaitu motosikal berkuasa besar, pacuan empat roda dan bot. Penggembaraan ini akan mengambil masa selama empat (4) hari dan tiga (3) malam
Dalam siri jelajah kali ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan disertai permaisuri, Raja Zarith Sofeah Sultan Idris; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; kerabat diraja serta 40 ketua-ketua jabatan kerajaan diiringi 30 motosikal berkuasa besar. .

Untuk makluman bahawa pengembaraan / penjelajahan DYMM Sultan Johor dalam edisi Kembara Mahkota Johor 2011 kali ini di antara lain akan meliputi aspek-aspek berikut:-

1. ASPEK PERASMIAN/PELANCARAN

DYMM Sultan Johor dijangka akan melakukan Majlis Menandatangani Plak Perasmian Sekolah Menengan Pendidikan Khas Vokasional Indahpura pada 20 Jun 2011 (Isnin). DYMM Sultan Johor juga akan merasmikan Pusat Hemodialisis Batu Pahat. Manakala di Daerah Ledang, DYMM Sultan Johor akan menyempurnakan Majlis Menandatangani Perasmian Mercu Tanda Bandar Tekstil Malaysia.

2. ASPEK BANTUAN & SUMBANGAN

Program ini dilihat sebagai program amal untuk golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, anak-anak yatim, ibu- ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa. meninjau kehidupan rakyat jelata khasnya yang tinggal di luar bandar dari segi kemudahan-kemudahan infrastruktur, keselamatan, ultiliti, pendidikan dan keselesaan.

Majlis penyampaian bantuan akan diadakan antaranya Penyampaian replika kunci rumah kepada IMAM Masjid Felda Chemplak. Sebagaimana pengetahuan semua, sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Imam Masjid Felda Chempelak yang ditimpa musibah dimana rumah beliau musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Selain daripada itu, di Felda Tenggaroh 2 juga, DYMM Sultan Johor berkenan menyempurnakan Majlis Penyerahan Plag Kunci Rumah Kepada Peserta Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Penyampaian Bantuan Kepada Orang Tua seramai 10 orang dan Penyampaian Kerusi Roda Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Mersing.

Penyampaian bantuan enjin bot kepada orang miskin Daerah Mersing sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Penyampaian Basikal kepada 5 Orang pelajar Sekolah dan Penyampaian Beras kepada 15 Orang Tua Masyarakat Jemaluang, Mersing.

DYMM Sultan Johor juga akan menyampaikan bantuan daripada MAIJ dan JKM Daerah Kulaijaya kepada anak-anak yatim di Daerah KulaiJaya, Penyampaian Bantuan Fakir Miskin sumbangan daripada MAIJ Daerah Ledang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Ledang.

3. AKTIVITI SUKAN & RIADAH

Hampir semua aktiviti-aktiviti ini akan melibatkan penyertaan semua peringkat masyarakat berbilang bangsa. Walaubagaimana pun, golongan emas dan juga golongan yang kurang bernasib baik tetap tidak akan dilupakan.

Antaranya permainan sukan tradisional, permainan ‘indoor games‘, fustal, bola jaring, masakan dan yang menariknya pertandingan menaikkan buah kelapa sawit ke dalam lori serta berbagai-bagai pertandingan dan acara Sukan Rakyat yang akan di adakan di daerah yang dilawati oleh DYMM Tuanku dan rombongan Kembara Mahkota Johor 2011

4 ASPEK KEBERSIHAN, PENJAGAAN ALAM SEKITAR, KEBUDAYAAN & SOSIAL

DYMM Tuanku akan merasmikan Majlis Perasmian “JOM GANYANG AEDES”, Majlis Penanaman Pokok sempena Kempen Penjagaan Alam Sekitar di Pekan Jemaluang, Mersing. Sultan Ibrahim akan menyertai program gotong-royong bersama rakyat.

Kembara Mahkota Johor 2011 kali ke 14 ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan di antara ISTANA dan rakyat jelata untuk sama-sama menjayakan program mesra rakyat pada kali ini bersempena program Kembara Mahkota Johor 2011

Perkara penting pengisian kepada semua program yang berkisar kepada tema Kembara Mahkota Johor 2011 iaitu “Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita” memberi erti kepada semua rakyat di Negeri Johor atau ‘walk of life’, bertanggungjawab untuk mastikan ke tahap kebersihan dijaga, dipelihara dan mempraktikkan supaya alam sekitar menjadi bersih dan indah.

..Galeri Kembara Mahkota Johor terdahulu..






Semoga cetusan ilham "Kembara Mahkota Johor" demi untuk mendekati rakyat berterusan selama nya.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

15 comments:

ABU said...

untungla jadi rakyat johor.. ada raja berjiwa rakyat..:)
bukan rakyat johor blh ikut dak..hehehe

ayunda maajis said...

mahkota johor mmg sportingggggggggggg..wiiii..dia ade ank bujang x? wakaka

Yastro said...

Walaupun event ni menelan 'rm' yg agak banyak... tapi aku rasa ianya berbaloi kerana impak yg diterima lagi hebat..Pasti rakyat Johor sangat berbangga dgn raja mereka...



#aku rasa/numpang berbangga juga dgn sultan Johor ni, sebab ic aku 01 maaa......hehehe

lalink7 said...

berjiwa rakyat...mahkota jhr mmg bestt

budak kampung said...

bro!!!!ape lagi,beli moto beso. join kembara ni hehehe.

nas said...

salam bro
bertuah ek bro dpt sultan yg berjiwa rakyat
slalu bergerak sana sini nek moto
kembara
sedey sbb aku punye tempat xde sultan
waaaaaaaa
dok kl

nabilah_2908 said...

bestnya..tiap2 tahun ada kembara ni...

tiba2 teringt kt 1 berita ni..org melaka yg claim dia waris sultan melaka...kononnya nak berarak disekitar melaka...n tak bagi polis masuk campur/sekatan..( konon nk ikut macam Johor juga la)

alahai.......udah2 la tu...huhu.,..

NOOR FATIN said...

wah. seronoknya rakyat johor! hehe

cikguden said...

pernah sambut kembara masa kat UTHM.

iwan_dextrous said...

pakcik ak tiap2 kali event dia join..sbb dia marshall moto..hihihihi

ayie said...

banyaknyee aktiviti yee.. kalau la Yang dipertuan besar n9 buat camni bagus ni

Ct Arina said...

dulu sultan selangor pun suke cemar duli turun padang.. tp sultan selangor yg dah mangkat laa.. bukan sultan selangor skang.. haha

Alan said...

Sultan Johor je satu satunya sultan yang suka buat road tour macam ni.sultan akupun takde buat camni huhuhuhu

tehr said...

seingat2 aku
program kembara ni dah beberapa tahun berjalan sampai sekarang

Woofer Storm said...

antara semua sultan negeri,sultan ni yang sy paling suka bro..memang baik gila ni..

*teringin nak join sekali.heheeee