Tuesday, August 9, 2011

Tip Pemeriksaan & Servis Kereta


Pertanyaan yang diajukan..
1. wan:nak tanya la bro.nak balik raya nanti nk servis kete.bila sepatutnya kita menukar timing belt? aku tak pernah tukar lagi walaupun dah 5tahun pakai kereta tuh dan mileage pun dah 98000km...bahaya tak ea? lg satu nak tau apa lg lain2 servis yg perlu aku buat d terangkan mileagenye sekali. aku buta betol pasal kete ni?
2. juky7: Salam,haku pakai keta proton saga 1.5 thn 1992 nyer.. permasalahan die.. camne nk taw clutch plate keter kita tu kena tukar yer??.. coz rase2 cam dah xde power jer keta neh bila mendaki bukit dan bila memotong..berapa mileage meter patut tukau?
3. irfan_yatt: Slmt posa bro.sy nak tanya ..sy pkai kereta wira..kereta sy problem semputla, senggut-sengut..pakai gear 2 pun x kuat..huhu..sy dh tukar plug still same gak..pastu sy pegi bengkel,tnye ape yg problem..mekanik tu ckp sy punye same ade gasket atau bal bocor..( betul ke sy eja bal ni ) heheh..sory sy x tau.. tu yang nak tanya pendapat bro?
4. bob8helmi: salam saudara..saya guna kancil tahun 2000..masalah dia,bila kereta stop..aircond x rasa..cuma kipas je yang blow..kalau panas terik mmg berpeluh..sbb angin panas/x sejuk..nak wat servis camner yer?
-apa beza minyak gear Atf & minyak gear biasa?
-nak tau belt enjin bila nak kena tukar?
- klu batri kete camner bro elok kering ke basah
-klu tukar minyak powe stereng, penapis myk petrol dgn pum air bole terangkn X camne
- nak tau kalau start kete asap keluar berkepul-kepl putih gasket tebakar ke bro
TQ bro.
Jawapan kami...
Thanks pada rakan-rakan yang bertanya seperti nama di atas tersebut.. ramai pulak yang bertanya... tapi saya terpaksa jadikan jawapannya dalam satu entry sahaja.Maaf yerr.. Mungkin ini juga Entry terakhir bahagian servis kereta pada bulan ini.. Untuk memberi peluang orang lain punya pertanyaan di jawab ye. saya cuba berikan sedikit info, dan diharapkan dapat membantu apa yang patut..yang selebihnya korang rujuk pada yang pakar ( bengkel baiki kereta)

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip Pemeriksaan & Servis Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pemeriksaan dan servis kereta hendaklah dilakukan secara "Preventive Maintenance" maksudnya kat sini mencegah lebih baik dari merawat... Preventive Maintenance sebenarnya mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang .. Apa yang di harapkan pengguna kereta dapatlah ikut maintenance schedule mengikut "kilometer" yang ditetapkan atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni untuk memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan..

Pemeriksaan Fuel filter
fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol.Dari masa ke semasa, pastikan komponen ini ditukar. Langkah ini dapat memastikan kenderaan anda akan berjalan dengan lancar atau licin. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20 je.
_______________________________
Pemeriksaan Minyak Power Stering
Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 50,000km atau paling teruk lah 60,000 km..Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
_______________________________
Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin .
* jika nak tambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus
_______________________________
Periksa Getah wiper
Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.
_______________________________
Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..

Sila periksa Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant. Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..

  • Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.kalau Kompressor korang dah rosak, ada licking perlu diganti. Selalunya piping aircond ni sangat -sangat sensitif .. bocor sikit aje pon dah .... tak sedap..
  • Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
  • Kapasitor korang pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta korang cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti..kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
  • Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta korang.

_______________________________

Pemeriksaan Timing Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi
Timing belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Timing belt tengok lah kalau kat tepi belt dah getah dia dah retak-retak, berbenang dan berbulu-bulu tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…
kalau nak senang kira disyorkan sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

1) Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni.

2) Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

_______________________________

Pemeriksaan Automatic Transmission Fluid (ATF)

ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai kereta AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Caj sekitar RM200 ++. Kalau korang selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
_______________________________
Pemeriksaan minyak Gear box
Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment.
_______________________________
Periksa Asap yang keluar kat Ekzos
Adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.
_______________________________
Pemeriksaan Bateri
Bateri terdiri daripada jenis 9 plet atau 13 plet. Yang 13 plet lebih besar, lebih berkuasa, lebih tahan lama daripada 9 plet. Jaga bateri dengan baik dan bateri anda dapat bertahan lebih kurang 15 bulan puratanya.

Bateri Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang...

Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la.... merah or putih sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..

Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong! Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai...BOSCH, CENTURY...tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok! saya ada kawan makenik keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagi tahu ilmu kat saya camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateri yg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu korang kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap elok pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
_______________________________
Periksaan Sistem lampu
Periksaan Sistem lampu kereta high beam dan Low beam mentol dalam keadaan baik.. Lampu hujan signal kiri kanan dan juga lampu brake juga perlu dipastikan berfungsi sempurna.
_______________________________
Pemeriksaan Horn
“Horn” adakalanya gagal berfungsi khasnya semasa cuaca hujan. Komponen ini yang diletak dibahagian bawah kenderaan terkena air dan mudah rosak. Horn rosak merumitkan pemandu kereta.
_______________________________
Periksa bawah Lantai tempat parking kereta
Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok bawah lantai ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai kalau ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.
_______________________________
Penukaran Clutch plate
clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.Atau bila.biler tekan minyak RPM naik tinggi meraung lebih tu tandanya Clutch plate nak kong...tp keta jln macam siput. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu ada yang kata kalau dah 100,000km...tukar clutch! Tapi tengoklah macam mana gaya pemanduan korang ganas atau tidak..

tip nak tau cluth dah haus : hidupkan engin tarik hand brake kuat-kuat..gerakkan kereta, jika kereta tak respond...= clutch rosak / haus ...jika depan kereta terangkat, clutch ok lagi
_______________________________
Penukaran Water Pump
Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say first kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak
timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

_______________________________
Penukaran Head gasket
Head gasket kalau bocor minyak.. minyak enjin keluar daripada gasket.. meleleh turun ke engine block.. then meleleh kena bush yang berada pada lower arm.. so effect dia.. keta mula tak stable bila high speed sebab bush atau getah yg berada dalam lower arm tu memang alergik ngan minyak.. bila kena minyak getah tu senang rosak.. kalo owner keta tu tukar lower arm bush.. atau getah lower arm tu.. so next 4-6 month.. mesti getah tu rosak lagi.. sebab punca kerosakan tu adalah leaking pd head gasket..lagi satu kena selalu top up minyak hitam sebab asik kurang ajerr.. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul. tukar valve seal, cuci kepala piston, tukar head gasket..Biasanya top overhaul diperlukan kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada jugak yang 70,000 - 80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

Akhir kata .... dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni sebagai salah satu langkah yang baik di ikuti.. Tetapi kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Sebagai “pemandu” atau “pemilik” tidaklah boleh menyerah sebulat-bulat tanggungjawab kepada mekanik untuk menyelesaikan semua masalah anda.

Pesanan Kami...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

30 comments:

DrSam said...

Salam Ramadhan Almubarak. memang tip-tip yang bagus. Kenderaan jika diperiksa secara berkala boleh mengelakkan bil yang besar dan kadang-kadang boleh di uruskan/baiki sendiri (kerosakan kecil).

Usagi said...

ak jarang jugak nak periksa smua mnde tue, harapkan pegi servis je la. nie dah ada gambor smua siap, bole la ak check nnt

Alan said...

main kereta ni duit kena banyak..kalau x boleh pitam kalau dia rosak hehehe

Nizam Ijam said...

blog ni ade niche tersendiri..lepas ni test cari template yang ala2 kereta gitu..baru gempak!

selamat mencuba...

Prince Halilintar said...

tips2 yg mmg bagus dan mudah difahami..yg penting kenelah rajin2 periksa kete sendiri klu nk tahan lame..

Ibnushukran said...

bnayk info kne study ni.. semester ni ada plak sbjek automotif, bole dapat A la gini,study kt blog bro afzainizam..


lupa nk cakap, jim la iklankan produk/blog/tips di ruangan iklan saya.. percuma bro afzainizam smpena bulan Ramadhan yang penuh barakah ni.. nk tahu lbih lnjut tekan je kotak iklan tu.. k..

LiFe KaMi said...

salam bro, lama tak datang blog ko ni..
banyak kerja di bulan puasa ni..
kami selalu anta keta kat toyota servive centre je,
tapi kalau yg kecik2 tu buat sendiri le,
ni raya plan nak balik kedah dari KL..
harap kereta dalam keadaan baik..:)

Faisal Admar said...

kalau dekat aku dah bawa kereta kasi check segala.

kereta dah umur 11 tahun ni jarang meragam tapi sedih bila bunyi sana sini.

:)

Unknown said...

Tuka clutch tu besanya aku buat klau dh jejak 65k~70k bro...tak sanggup tgu smpai 100k...bahayaa...

Bab2 lampu yg malap tu...aku rasa mana2 keta yg h/lamp dia dh malap leh ler gi check/buat wiring semula atau tukar wiring lain...klau malam ngan hujan bahaya gak wo bila jenjalan...

Abu Bagi said...

agak complicated tapi serius ia penting..nice entry..

Unknown said...

hui..apa tonggek len mcm jer tu hehehe

Unknown said...

aku belum ada kereta..insyaAllah kalau dah ada nanti akan ku gunakan blog ni sbg rujukkan

Unknown said...

btol ke aku dgr org kata contoh kalau keta pakai minyak shell kena pakai minyak shell je xleh guna minya petronas,cartex atau jenama lain nnt kete meragam ni kwn aku yg kata la entah btol ke x?

Alif Haris said...

bro .. belting tu berapa ek kalau tukar ??

Ct Arina said...

aisemen bro. bukan main complicated. tak paham aku. xpe ah. kete tu belum sampai time nk sevis lagi. hihi^^ good info!

mrs kayrul said...

thanks bro.. berguna betul tip nie..al-maklum la nak balik raya nanti...


nak tanya la..kereta saya baru tukar minyak gear tapi still problem nak masukkan gear macam susah dan ketat jer...

MERAN QAMAR said...

bro...ce tmbh ckit service tyr nya
paling mudah tekanan tyr kete paling idea...
mklum rrr knn kdg2 kte dah sampai kat meter tu musti lupe bape tekanan

Woofer Storm said...

bro,baru je ingat nak tanya soalan ni bro..hehee tkpe,tq ye atas info ni,bnyak benda sy tak tahu^^

aziekz said...

betul2 bermanfaat la info ini.
thanks bro,,

mohdnordinabdullah said...

terbaaikkk....

Unknown said...

salm, lau ad tmpok kt bwh park kete,pas2 u ckp mayb radiater,or leaking head engin, so lau kete kncil suh mekanik check,bpe costing?..pas2..lau bia jew mcm2...bhye x?? x trbkr kew...d effect??

Unknown said...

tips terbaik

annoynimous said...

saya perempuan buta enjin.dh tau byk benda.
mmg terbaik. terima kasih

Unknown said...

Bro nak buat top overhoul untuk kreta kia carens brape bajet nye.

Unknown said...

Bro nak buat top overhoul untuk kreta kia carens brape bajet nye.

jari said...

ape masalah stater . baru tukar x smpi 3 bulan kong balik. adoiii aku kene tipu ape ngn apek apek ni . helppp

raayeop said...

Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

Hamba Allah said...

assalammualaikum,Adakah minyak power steering sama dengan ATF?

tayar2u said...

Servis Kereta Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

tukar minyak pelincir dan penapis minyak
tukar bateri kereta
tukar minyak gear
brek servis
servis aircond kereta
tayar
sport rim

https://tayar2u.my

Sound Deadening Store said...

Wonderfull article....
van conversion range