Thursday, September 15, 2011

Tip Membeli Motorsikal second hand


Pertanyaan Yang diajukan...

SHaRKFiQ SSM said...lagi best kalo bro buat buat entry panduan membeli moto 2nd hand, n what we should do after buying 2nd hand motor.. heheh~

Jawapan Kami...

Thanks pada ShaRKFiQ SSM atas pertanyaan tersebut... Maaf agak lambat saya balasnya... Insya Allah seperti dibawah ini sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya berikan..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip Membeli Motorsikal second hand
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ramai di antara kita yang nak beli motor, tak kiralah motor baru atau yang second hand. bila pergi menjengah ke kedai-kedai menjual motosikal second hand pun kalau sekali pandang macam motor baru juga. Tapi anda jangan terus percaya bulat-bulat sebaliknya buat dulu beberapa perkara dulu sebelum beli .

1)Pastikan berkeadaan Standart/Asal

Kalau boleh cari yang standart ajer bagi mengelakan modifikasi yang boleh menyebabkan motor meragam tak tentu pasal. Ia juga mengelakan anda daripada dikenakan Saman diatas modifikasi yang dilakukan pemilik sebelumnya..
_______________________________

2) Mempunyai Geran

Geran ini merupakan dokumen yang mengesahkan identiti kenderaan terbabit dan mempunyai Nombor siri serta pemunya berdaftar serta maklumat kenderaan yang didaftarkan seperti No. Enjin , No Casis Buatan , Model , kelas kegunaan dan lain-lain Maklumat tersebut adalah penting bagi mengesahkan bahawa kenderaan tersebut adalahkenderaan yang boleh serta disahkan penggunaannya di jalan raya di Malaysia.

Selain itu, Dokumen tersebut juga mempunyai malumat/ rekod bayaran yang telah dilunaskan oleh pemilik kenderaan (pembayaran Road Tax ) serta Pertukaran milikan dan alamat serta rekod Pemeriksaan..
Ini memang penting..kalau tak,camne korang nak tukar nama ni, buat yang dijual tu motor curi..ha!tak ke naya! kowang juga yang masuk kedalam..Tiada Saman Trafic.. kalau ada saman, korang tak boleh nak idup road tax sebab motor ada saman

_______________________________

3) Jangan Pandang Luaran Sahaja

Ada orang, tengok luar ajerr cantik terus sambar "sekali dah beli, bawak je, enjin berkocak banyak problem" Seeloknya periksa keadaan motorsikal tersebut terlebih dulu kemudian fikir dan buat pertimbangan sewajarnya..

a) Periksa Paras Minyak Hitam
First Jangan hidupkan motor dulu. Buka penyukat minyak hitam lihat paras mana.. Jika minyak hitam diletakkan berlebihan akan berefek bunyi enjin lebih halus, sehingga menyembunyikan bunyi asal motor yang mungkin kasar.
_______________________________

b) Lihat Speedometer motorsikal tersebut
Lihat jarak yang telah di tempuh motor tersebut. Jika angka menunjukan di atas 20.000km, pastinya akan ada komponen part enjin yang harus diganti. _______________________________
Motorsikal tongkatkan dengan Double Stand, tegakkan handle depan, dan tengok roda hadapan dan roda belakang,
Biarkan motosikal berdiri tegak .

c) Periksa bahagian hadapan tayar dan klu body tak center
Berdiri di hadapan motorsikal periksa bahagian hadapan lihat kelurusan dengan roda ( lihat tayar depan dan belakang sejajar atau tidak ). Jika nampak tak center menunjukan motor pernah melanggar sesuatu atau terlibat dalam kemalangan.
_______________________________

d) Periksa bahagian tayar belakang dan klu body tak center
Berdiri pula di belakang motorsikal kemudian periksa bahagian belakang lihat kelurusan dengan roda. jika nampak tak center memastikan chasis mototidak membengkok kerana motor pernah terjatuh atau berlaku pelanggaran
_______________________________

e) Pemeriksaan batang Fork,swing arm, suspension absober dan rem tayar

Perhatikan pada batang fork, adakah terdapat kesan minyak kerana itu tandanya getah pengadang minyak tersebut telah rosak mungkin tak pernah ditukar oleh pemilik dahulu. Kemudian ada tak kesan calar pada batang fork, walaupun tiada kesan minyak tetapi kadang-kadang pekedai telah menukar pengadang getah yang baru. Ini selalu terjadi apabila kita menggunakan motor tu nanti pengadang minyak akan cepat rosak akibat daripada batang fork yang sudah tidak licin. Lambat laun minyak dari batang fork akan keluar… hati-hati.. Check samada fork depan,Bush / hub tidak bocor dan rosak, handle, chasis, swingarm pun check gak, kot-kot dah bengkok dan Rem tayar gelong ke tidak...

- Periksa Fork depan kalau ada bengkok, Ada kemungkinan juga motor ini pernah terlibat kemalangan

- Periksa swing arm dengan menggoyangkan kekiri dan kekanan dengan kuat. Caranya dengan memegang roda belakang dan goyangkan. Apabila terasa seperti sesuatu yang longgar bermakna bush swing arm tersebut telah haus.
_______________________________


- suspension depan belakang camner ? Periksa jika ada kesan minyak terkeluar dari bush/ hub .. Ini menunjukkan Fork dan Absober telah bocor dan suspension tidak elok .. ada penyerap hentakan masih "menyerap" hentakan ke ? bushing suspension ok ke tidak ?
_______________________________


- Perhatikan kalau Rem tayar bengkok.. Jika tak dapat di lihat dengan mata kasar cuba Letak marker pen hampir rapat dengan rem kemudian putar roda.. Jika ada bahagian menyentuh Marker pen rem ada problem bengkok.. Ini dapat memastikan bahagian mana yang gelong
_______________________________

4) Pemeriksaan Bahagian Enjin
Periksa kalau ada leaking head di bawah enjin.. Boleh menyebabkan minyak hitam berkurangan nanti..



Periksa enjin kalau ada part yang retak.. Ini boleh mendatang efect masalah lebih besar nanti.memerlukan modal yang besar untuk menukarnya di kemudian hari..
_______________________________


Periksa apakah ada kebocoran minyak pada karburator ini boleh menyebabkan motor susah di hidupkan…
_______________________________


5) Pemeriksaan terhadap sistem wiring motorsikal
Tengok Wiring kalau ada potong-potong atau sambung haram tu ada problem karang takut short circuit. Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)
_______________________________
6) Pemeriksaan semasa Enjin dihidupkan
Hidupkan dahulu enjin motosikal tersebut dengar alunan bunyinya. Ingat bukan bunyi motor yang kena dengar tetapi amati bunyi pada blok enjinnya. Adakah bunyinya agak kasar atau seperti benda longgar kerana ada kemungkinan rod dan bearingnya telah haus dan ini memerlukan belanja yang agak lebih setelah anda membelinya. OK Mulai hidupkan enjin. Pulas trottel minyak, rem-rem lebih sikit dan biarkan enjin dalam keadaan stabil. Pada masa ini dengar jikalau ada kejanggalan bunyi enjin.


a) Kalau kick Starter atau menggunakan eletrik starter susah motorsikal di hidupkan, mungkin ada masalah pada beberapa part ignition motorsikal tersebut .. ni kena buat pemeriksaan terperinci
_______________________________
b) Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih atau kemungkinan juga piston ring telah haus. kalau asap putih kuar kena buat top overhaul tukar gasket. kalu asap itam, proses pembakaran yang tidak sempurna. Kalau Putih biru tu kira OK
_______________________________

7) Buat Pandu uji Motorsikal
Kalau nak tahu motor tu ’sedap’ lagi atau tidak kena la tunggang. Cuba bawa kelajuan antara 100-110km/j kuat tak gegarannya. Kalau sederhana ok lagi tu mungkin balancing tayar dah tak cantik. Tapi kalau kuat sangat lebih baik lupakan, bukannya apa takut-takut membabitkan enjin je….

a) Cuba buat pandu uji .. dengan kecepatan 40km/jam kemudian tekan rem agak mendadak kalau motor korang rasa tak ade pickup dan kena pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus.. kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik..mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem...

b) kalau ko bawak lepas tangan camner ? stabil ke tidak ? kalau masa pandu motorsikal tu tak rasa macam goyang dan senget atau kalau membuang belakang ni.. memang ada problem ngan casis (body) punya.. badan dah bengkok...

c) Ketika memandu uji sila dengar sebarang bunyi dan rasai pergerakkannya motorsikal tersebut. Jalankan motor tersebut dan perhatikan apakah ada kesulitan atau tdk dalam perpindahan gigi rantai tayar dan sporket motorsikal.

d) Kalau semasa membrake motorsikal bagai mana keadaan motorsikal tersebut.. Adakah brake sistem dalam keadaan baik disaat kita membrake secara kecemasan ?
_______________________________

Periksa Nombor Chassis dan nombor enjin.. buatnyer yang dijual tu motor curi.. Payah nak jawab karang…Cek nombor rangka Chassis dan nombor enjin.. Perhatikan dengan jelas apakah nombor rangka dan mesin motor adalah asli dan bukan ketokan kasar.
_______________________________

8)Dapatkan jaminan waranty

Mana mungkin kan motosikal 2nd yang anda beli itu benar-benar 100% dalam keadaan baik.. Kebiasaannya kedai akan bagi waranti selama sebulan je lebih dari tu tanggung sendiri.Jadi dalam tempoh tu jangan takut-takut nak komplen pada pekedai.Biar kita buat-buat cerewet sikit kalau tak nanti dia putar belitkan anda nanti.Pastikan juga jangan buat sebarang pengubahsuaian terhadap motosikal anda dalam tempoh waranti kerana secara automatik waranti tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.Apabila membeli motorsikal tersebut minta jaminan ( warantty) penggantian atau minta owner asal, Pekedai yang jual motor tu repair balik segala kerosakan dalam masa selang tempoh percubaan..

_______________________________

Adengan selalu terjadi

Kalau boleh..tapi rasanya wajib membawa kawan yang tahu serba sedikit tentang teknikal motosikal sekiranya anda adalah penunggang baru. Tak semestinya bawa mekanik tapi lagi bagus kalau ada… kerana mereka yang sudah berpengalaman juga tahu serba sedikit mengenainya. pikir sebelum beli!

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

27 comments:

ayie said...

hmmm..boleh tahan ke klu beli second hand ni..beli moto awie second hand bebaloi kot..hehe

Woofer Storm said...

kalau dapat beli baru lagi best kan bro??hehee

maaf zhir btin,slmt ari raya..

SHaRKFiQ SSM said...

wahh.. thanks bro sbb buat entry..
Disebabkan LC Shark dah kena culik before nih, sbb tu la mampu beli 2nd hand motor je skrg nih..

memang informatif la entry nih..

;))

SHaRKFiQ SSM said...

lain kali letak r like button, senang nak share kat fb~

btw, Shark already shared it at my blog's page..
https://www.facebook.com/pages/SSM-a-JouRNaL-oF-JouRNeY/105152359549306

Edy Fee said...

tak penah la plak aku test paras minyak time nak bali..ayoyo
thanks for the info...
mmg nak beli moto pon dlm masa terdekat, but moto baru kot sebab dh penah beli 2nd hand.hehe

Yastro said...

Pada aku laa...
Alang2 nak beli moto...beli yang baru je laa...lagi pueh ati wooo...

khairul said...

aku dh terkena sekali beli moro 2nd hand ni...seksa ya amat dan btol2 nyusahkan aku...byk kali kena tolak atas jalan..patut la murah aku beli ..rm600 ja !

Papa Mifz said...

mana la tau nanti nak beli moto ke kan...tips yg berguno...

cikguden said...

beli motor second nie ikut nasib la. kalau dapat yang baik, ok la. kalau sebaliknya, sakit kepala jugak.

alif haris said...

terima kasih bro..
boleh ikut tips ni waktu aku nk angkat motor 2nd hand nnt hehe

aziekz said...

kna hati2 bli moto 2nd ni..kes org curik menjadik2,,mnathu dia tkar part body mner2,,klu rosak tak naya,,,nmpak bru tp,,,ampeh..

ABU said...

nice info... skrng mmg bnyk motr second ni..kalau nak beli kena hati2..

Nizam Ijam said...

duit lak xde..hehe

Alan said...

lecehnya nak beli second hand..baik rembat je orang punya hahaha

Saiazuan said...

wa minat skooter :D

Edy Zaidi said...

thanks bro sharing tips...

MataHati @ MH said...

bab membeli barangan 2nd hand ni mmg kene teliti sikit. biarlah dikatakan cerewet asalkan tak pening kepala dikemudian hari.. satu lagi mesti pandai tawar menawar. biar harga yg ditawarkan munasabah dgn keadaan dan usia motor

Kakzakie said...

Kakak tak pandai naik motor. Kalau beli pun rasanya cuma tengok luaran saja sebab tak tahu. Tengok cantik berkilat dah terpikat. Hihi...

nabilah_2908 said...

boleh bagi adik saya baca ni..

dia memang nak beli mote 2nd ni... :)

kayrul-shah said...

leceh jugak klu nak beli second hand nie..baik angkat baru takde problem..

Prince Halilintar said...

betul2..penting kite check betul2 dulu sblm buat keputusan beli..dah beli nnt jgn menyesal plak kan..

Eazy Izzuddin said...

itulah..
kena periksa dahulu..
br puas memakai..
xD


New Hottest Entry =) : Contest Annouced! Mak Aih ! Contest Blog Eazy Izzuddin?!

Ct Arina said...

x terfikir plak motor pn ade 2nd hand. hihihi

LiFe KaMi said...

rasanya kalu motor tu elok beli yang baru,
harga pun tak le semahal kereta..
apa2 pun good tips bro..

hbk3161 said...

nak tanya bila beli moto secondhand,
dia potong nama pemilik sebelumnya,
tapi nama kita xada kat geran,,
betul ke geran tu?

s muksin said...

mohon share..

Advie Motor said...

Nice Info ,,
Salam Kenal ,,
Blogwalking
Please Visit My Site Advie Motor Racing Shop