Monday, September 12, 2011

Tribunal Tuntutan Penguna berkaitan kereta



Terima kasih terhadap rakan saya Saudara hilbert yang telah menghantar pandangannya menerusi ruangan komen ... Maaf agak lambat sikit saya balas ..

BERAPA ramai orang mengetahui saluran untuk membuat aduan dan tindakan yang harus diambil jika menghadapi masalah hak diri sendiri dan kepenggunaan?Kekurangan pengetahuan mengenai hak terbabit menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenainya. Bagaimanapun, kecenderungan beberapa pihak mengambil tindakan mahkamah mencerminkan masyarakat kita semakin peka dengan hak masing-masing, terutama membabitkan ketidakadilan terhadap mereka. Semua pengguna di Malaysia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999
Tribunal Tuntutan Pengguna menyediakan saluran kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi ketika berurusan dengan pembekal atau peniaga.Ia menyediakan perkhidmatan lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan dengan mahkamah biasa.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Salurkan Aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Apapun, sebagai pengguna kita harus sedar hak dan tanggungjawab kita. Bunyinya mudah, tetapi ramai yang terus tertipu kerana cetek ilmu pengguna dan tidak tahu di mana untuk salurkan aduan. Insya-Allah ruangan ini akan membincangkan isu kepenggunaan bagi kebaikan masyarakat pengguna berkaitan dengan kereta...Contoh-contoh seperti dibawah ini.

1) Contoh : kegagalan kerja-kerja Pembaikan Kereta
Ramai tidak menyedari bahawa undang-undang sedia ada mensyaratkan sebarang kerja-kerja pembaikan kenderaan hanya boleh dilakukan setelah pelanggan bersetuju dengan anggaran kos pembaikan. perkara itu termaktub dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002 tetapi apa yang berlaku sekarang banyak bengkel melakukan kerja-kerja pembaikan dahulu dan memaklumkan kosnya kemudian, menyebabkan pengguna tiada pilihan selain membayar jumlah itu kerana mahukan kereta mereka dikeluarkan dari bengkel tersebut.Ada juga bengkel gagal melakukan kerja-kerja pembaikan dengan sempurna walau pun telah beberapa kali di hantar semula untuk di baiki tetapi masalah tetap tidak selesai disebabkan alat ganti yang digunakan bukan alat ganti tulen .Malahan bengkel tersebut tidak maklumkan tentang anggaran kos kepada pemilik kereta kemudian memaksa membayar jumlah harga yang tidak munasabah untuk kerja-kerja membaiki kerosakan itu yang disiapkan hanya selepas sebulan. Pemilik kereta merasa seolah-olah mereka tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Lalu pemilik membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dalam keputusan tersebut bengkel tersebut telah diarahkan membayar balik kos yang ditanggung pemilik atau membaiki apa sahaja kerosakan kereta secara percuma sehingga pemilik kereta berpuas hati .
_______________________________


2) Contoh : Urusan Deposit Jual Beli Kereta
Seorang pembeli kereta telah membatalkan tempahan kereta baru setelah ia gagal mendapatkan pinjaman bank, atau tidak memberikan kereta warna yang ditetapkan dalam tempahannya, atau gagal untuk menetapkan tarikh penghantaran, dan tidak memberikan kembali wang deposit walaupun telah berjanji untuk melakukannya atau ada “terma tidak adil” dalam kontrak pembelian kereta . Apabila di rujuk kepada Tribunal tuntutan pengguna Tribuanl Tuntutan Pengguna telah memerintahkan penjual kereta mengembalikan deposit tempahan kepada pembeli yang membatalkan tempahan mereka.
_______________________________

3) Contoh :Terpedaya Dengan Iklan Tawaran Kereta
seorang pembeli kereta terpedaya Promosi sempena perayaan atau iklan yang tawarkan sebuah syarikat pengeluar kereta dengan memberikan servis jaminan percuma sekali gus memperdayakan pembeli yang tidak mengetahui syarat yang tersembunyi dalam iklan masing-masing. Namun jaminan itu hanya tertakluk / terhad terhadap pakej harga yang ditetapkan bagi sebuah kenderaan.
_______________________________

4) Contoh :Tertipu Dengan Wakil Jualan Kereta
a) Seorang Pembeli kereta terpakai setelah langsai membayar pinjaman keretanya secara ansuran bulanan gagal menerima geran keretanya. Setelah bersemuka dengan pihak penjual kereta alasan yang diberikan pada mangsa adalah kegagalan menukar nama milik asal kepada namanya.. Dia meminta menukar nama disebabkan tidak tahan untuk membayar saman trafik pemilik asal kereta tersebut. Setelah membawanya ke TTPM, kes ini dapat diselesaikan setelah arahan kepada penjual kereta memulangkan wang yang dibayar untuk membeli kereta tersebut.

b) Seorang pembeli kereta baru rasa tertipu semasa beli kereta.. contohnya beliau membeli kereta dengan wakil penjualan pada
bulan ni..tapi diberi kereta buatan tahun 2002 tanpa dimaklumkan dahulu dan juga dengan harga jualan biasa...hanya selepas pendaftaran ngan JPJ baru beliau tahu.. Kemudian beliau telah merujuk Wakil jualan dia yang sah.. Jawapan yang didapati “kereta yang dah siap banyak ....Jadi tak heran ler tahun buat tuh dah lama ....Tapi kereta tuh still kereta baru lagi.......Bukan kereta second...” Di sini pembeli kereta terpedaya tentang pembelian tersebut kerana kereta tersebut mengalami peratus susutnilai kereta setahun untuk tempoh harga kereta tahun lepas tapi dijual tahun ni bagi kereta baru... rugi sikit la...kalau nak jual balik .. Kes sebegini boleh kalau nak buat tuntutan kat tribunal tuntuntan pengguna.. boleh buat tuntutan..cuma jumlahnya saya tak tahu berapa?
_______________________________
5) Contoh :Caj Perkhidmatan Melampau
Seorang Pembeli kereta terpakai telah dikenakan caj perkhidmatan RM 100 untuk menguruskan permohonan pinjaman kereta terhadap pinjaman di sebuah bank..dan ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM300 untuk menguruskan pinjaman dari bank untuk pembelian kereta dengan alasan mencuba beberapa bank selepas pinjaman tidak diluluskan,” Apa bila di buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) didapati tindakan sebuah syarikat jualan kereta terpakai mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM100 untuk menguruskan permohonan pinjaman kereta sebagai tidak wajar. Sekiranya caj RM100 dikenakan kepada pelanggan untuk sebuah bank ia memang tidak wajar, tetapi jika ia meliputi perkhidmatan untuk permohonan di beberapa buah bank ia memang wajar.
_______________________________
6) Contoh :Mutu Perkhidmatan Teruk di Pusat Servis
Seorang Pembeli kereta baru telah membuat aduan TTPM tentang masalah kereta barunya sejak minggu pertama dibeli sehingga sekarang . Sepanjang sembilan bulan memiliki kereta tersebut , masa banyak dihabiskan di dalam bengkel berbanding kereta tersebut di atas jalan raya kerana banyak masalah dan kerosakan yang berlaku walaupun sudah acap kali keluar masuk bengkel. Malah pemilik kereta tersebut mendapati berlaku beberapa kerosakan pada bahagian kereta akibat kecuaian kakitangan seperti bumper belakang pecah dan perkara itu diakui sendiri penyelia pusat servis terbabit . beliau sudah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kereta itu serta mutu perkidmatan kakitangan di pusat servis dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya
_______________________________
7) Contoh :Kecuaian Perkhidmatan yang diberikan
Seorang guru kecewa apabila kereta yang baru dibelinya dua bulan lalu. Saya tidak berpuas hati terhadap apa yang berlaku berikutan kereta itu baru sahaja dibelinya dan kerosakan mekanikal berkenaan tidak logik berlaku. Mekanik pusat penyelenggaraan itu mendakwa kerosakan pada bahagian radiator kereta berpunca dari kecuaian pihak mangsa. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu berikutan tidak pernah membuka bahagian enjin kereta sejak ia dibeli dan diambil dari syarikat pengedar. Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian membuat aduan di TTPM. Bagaimanapun, perbicaraan kali kedua itu menemui jalan penyelesaian apabila pihak syarikat pengedar kereta terbabit sanggup memberi ganti rugi dalam bentuk perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma dan diskaun bagi pembelian alat ganti kenderaan.
_______________________________
8) Contoh :Tertipu dengan Warranty Produk
Seorang pemilik kereta terpedaya apabila memasang Tinted Film pada cermin kereta. Menurut pihak pemasangan Tinted Film mempunyai ketahanan terhadap kepanasan (heat) dan hentaman (hits) dan diberi warranty 10 tahun sekiranya produk mereka tidak menjamin ketahanan terhadap kedua-dua perkara di atas. Tetapi baru-baru ini, cermin kereta pemilik telah pecah akibat kegiatan kecurian. Apabila berjumpa pihak tinted film tersebut bagi menuntut pemasangan tinted film mereka secara percuma setelah produk mereka tidak terjamin dapat menahan hentaman (hits), mereka mula berdalih dan menyatakan bahawa kes tersebut ini tidak termaktub di dalam warranty mereka. Apabila di rujuk kepada Tribunal tuntutan pengguna Tribuanl Tuntutan Pengguna telah memerintahkan membayar balik kos pemasangan tinted film tersebut
_______________________________
9) Contoh :Harga / Kos Pembaikan Kereta tidak munasabah
Seorang pemilik kereta yang dihantar dalam keadaan yang sempurna untuk tujuan perkhidmatan penyelenggaraan (servis) dan membaik pulih kerosakan enjin dan mengenakan charge harga / kos yang tidak munasabah. Pada mulanya kereta dihantar ke bengkel masih boleh hidup namun setelah dihantar ke pusat servis tersebut langsung tidak boleh bergerak hingga perlu top overhaul, pemilik mengesan ada sesuatu yang tidak kena.oleh kerana itu pemilik kereta tidak puas hati dan membawa kereta nya keluar dari pusat servis tersebut dan menghantar ke pusat servis lain..Pemilik kereta mengambil keputusan membawa kes tersebut ke TTPM bagi mendapatkan keadilan kerana merasakan pihaknya teraniaya.Tuntutan yang dibuat meliputi tuntutan kos pembaikan dan ganti rugi kesusahan dan teladan.
_______________________________
10) Contoh :Kerosakan Peralatan kenderaan
Seorang Pemilik kereta telah menghantar kereta untuk dicuci termasuklah mencuci enjin, enjin kereta mati selepas beberapa KM perjalanan, dan lampu kereta tak dapat dinyalakan kerana air masuk kedalam wayar. Tetapi kerosakan pada bahagian kereta mestilah diperakui oleh mereka yang pakar dalam bidang ini dan kemungkinan jumlah tuntutan yang dibenarkan . akibat tak puas hati, masuklah tribunal pengguna, . Cuma rasanya jumlah tuntutan tu tak banyak..
_______________________________
11) Contoh :Insurance kemalangan kenderaan
Seorang penguna kereta telah terlibat kemalangan dan menghantar kereta ke sebuah bengkel panel insuran, untuk dibaiki. Malah, tempok baik pulih memakan masa berbulan-bulan lamanya. beliau kembali ke bengkel berkenaan dan terkejut apabila mendapati harga dikenakan tidak sepadan kualiti alat ganti yang dipasang.Ada barang baru, ada yang lama dan alat tidak sepadan dengan nilai RM11,000 yang diminta, sedangkan ia selayaknya antara RM300 atau RM400.seolah-olah tipu oleh pihak insurance (adjuster) dan juga pihak bengkel .Malahan pihak bengkel panel meminta pula membayar deposit diambil sebagai jumlah yang tidak dicover sepenuhnya oleh pihak insurance.bagi membolehkan kereta tersebut dikeluarkan dari bengkel. Perkara ini boleh dirujuk pada Tribunal Tuntutan pengguna untuk disiasat
_______________________________
12) Contoh : Penukaran Alat Ganti/ Part kenderaan
Kes Penipuan terhadap produk/ Part tiruan di kedai servis kereta dan tayar. Benda sikit caj melampau yang tak perlu ditukar habis kena tukar daripada servis puluhan ringgit melarat hingga ratusan ringgit termasuklah penukaran part-part tidak bersangkut paut dengan masalah kereta tersebut, allignment dan balancing’ dan mungkin terus kena ketuk bak kata tauke kedai, “Ini mesti tukar, itu mesti tukar…ini banyak bahaya nanti accident lo…Tukar ini barang gerenti baik punya” Selang beberapa hari semua barang yang di tukar berbunyi.. Bila datang balik kedai tersebut , tauke kedai bagi pelbagai alasan di berikan menyalahkan pengguna.. Perkara ini juga boleh di bawa ke Tribunal Tuntutan pengguna jika merasa tertipu .
_______________________________

Cara Membuat Tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna
a)Boleh buat pemfailan tuntutan hanyalah sebanyak RM 5.00 sahaja.
b)Pihak TTPM akan menghantar anda Borang 1. Secepat mungkin, anda hubungi pihak yang menuntut itu untuk berbincang mengenai sebarang pertikaian atau menyelesaikannya ( kira macam settle luar la heheheheh)
c)Sekiranya penyelesaian menemui jalan buntu, secepat mungkin anda memfailkan Borang 2 di mana-mana cawangan tribunal. Borang 2 ini adalah pernyataan pembelaan dari pihak anda dan sesalinan harus diberi kepada yang menuntut.
d)Semasa pengguna mengemukakan pemfailan di TTPM, dalam masa 14 hari pengguna akan mengetahui tarikh bila pendengaran untuk kesnya akan didengar. Pada masa itulah, urusan settle luar akan dilakukan dan jika berjaya, Notis Henti akan dilakukan dan kedua-dua pihak tidak perlu hadiri pendengaran.
e)Jika tidak berjaya, kedua-dua pihak perlu mengemukakan bahan bukti semasa pendengaran seperti resit dan sebagainya. Sessi pendengaran tidak berlangsung lama. Sekitar 10 - 15 minit sahaja. Pihak Presiden TTPM akan membuat keputusan dalam tempoh itu.
_______________________________

Kemukakan Bukti Kukuh kepada TTPM
Para pengguna yang ingin mengemukakan tuntutan di TTPM supaya menyediakan semua dokumen yang lengkap dan bukti yang mencukupi untuk mengukuhkan tuntutan mereka.
nasihat saya untuk semua:
1) Jangan sesekali sign borang kosong.
2) kalau nak buat perjanjian, pastikan isi kandungan dan butir-butir semuanya lengkap (harga, tempoh bayar,masa/ tarikh perjanjian, orang yang terlibat, patuhi syarat kontrak dan sebagainya). boleh cari saksi 2 orang (yg dipercayai sebagai saksi)
3) Simpan segala bukti bertulis, simpan resit serta statement pembelian atau deposit, Jika buat pembayaran transaksi bank simpan butiran tersebut, Simpan kad warranty, jika ada buat report polis sertakan sekali dan sebagainya

Tuntutan yang ditolak dan Luar bidang kuasa TTPM
Setiap kes itu diselesaikan melalui tiga cara iaitu pendengaran di mahkamah TTPM, perundingan antara pihak yang menuntut dan penentang dan tuntutan ditarik balik oleh pihak yang menuntut.Pihak yang menuntut atau para pengguna yang memfailkan tuntutan terhadap sesebuah pihak tidak semestinya berjaya mendapat tuntutan yang mereka tuntut kerana presiden TTPM akan melihat secara teliti tuntutan-tuntutan itu ketika pendengaran kes.Tidak semestinya apa yang para pengguna tuntut itu mereka akan dapat… kadang-kadang tuntutan pihak yang menuntut terpaksa ditolak kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh atau di luar bidang kuasa TTPM.
_______________________________
Bagi yang ingkar perintah TTPM
Tribunal akan mengeluarkan award (arahan) kepada penentang supaya menjelaskan tuntutan pengguna dalam tempoh 14 hari daripada tarikh award itu diterima.

Kegagalan penentang mematuhi award tersebut dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna APP 1999 seperti berikut:
a) Seksyen 117 (1) APP 1999 - Kesalah pertama - denda tidak melebihi RM5000 atau PENJARA selama tidak lebih daripada 2 tahun atau kedua-duanya

b) Seksyen 117 (2) APP 1999 - Kesalahan yang berterusan - penalti seperti seksyen 117(1) dan tambahan denda tidak melebihi RM 1000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Diharapkan ianya dapat memberi kesedaran agar lebih berhati-hati apabila hendak mengeluarkan wang supaya tidak terpedaya dengan ayat-ayat manis peniaga.

“Apa yang penting jadilah pengguna yang bijak dan tahu apa yang harus kita lakukan apabila tertipu. ia berkaitan dengan kejujuran.Bilamana kejujuran dan sikap amanah diasingkan daripada kehidupan, maka berleluasalah penipuan diatas muka bumi Allah ini.Astaghfirullah, mohon dijauhkan....."

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

24 comments:

Eazy Izzuddin said...

thanks bro 4 da info..
:)

khairul said...

betol tu x ramai yg tahu ttg tribuna pengguna ni

hilbert said...

Salam dan terima kasih bro Afzainizam di atas penerangan yang panjang lebar berkaitan dengan hak pengguna serta peranan TTPM..

Terima kasih juga kerana turut menjawab soalan yang diajukan :)

Yastro said...

Selalulah berhati2 bila berurusan dgn org yg kita mmg tak kenal..nak2 time beli keta 2nd hand....makin banyak akta diperkenalkan makin terer derang nak cilok sana cilok sini...semoga tribunal pengguna berjaya memberi manafaat kpd semua pengguna di malaysia.

aziekz said...

bnyak btul info,,
btol2 tak der pengetahuan ttg ini..tq bro,

Ct Arina said...

baru taw boleh return deposit! thx!

Prince Halilintar said...

bagus kongsi info yg sgt berguna ni..

cikguden said...

pengguna harus tahu hak masing-masing. info yang berguna

Papa Mifz said...

Simpati pd yg tertipu..

LiFe KaMi said...

bagus dengan adanya tribunal tuntutan pengguna ini kita dapat menegakkan hak kita..
sekarang ni ramai sangat penipu, mulut manis tapi hati busuk..
harap kita dijauhi dari tertipu..

MataHati @ MH said...

baguih baguih.. selama ni ingatkan tribunal pengguna ni utk pembelian barang kegunaan harian jer...

lama tak masa yg diambil utk tribunal tuntutan penggunan selesaikan satu2 kes..?

Edy Fee said...

kes latest...beteri hybrid rosak..dpt pampasan..bgus.hehehhe 21ribu dpt./...geehehe baru bce paper pg td

nabilah_2908 said...

terima kasih untuk info ni....kiranya nasib pengguna dibela.. :)

logorithm said...

Info menarik!

Teringat tentang speakers I yang rosak selepas dihantar untuk servis di Pusat Servis Proton, tapi I tak pulak komplem sebab tak der bukti.

I suspek staff sana sama ada telah memasang player tuh kuat sangat sampai pecah speakers I, ataupon diorang telah menukarkannya dengan speakers yang rosak.

Rasanya dah terlambat kot untuk membuat aduan?


Terbaru dari Logokoko:

[U] Ah Long perosak harta awam!

[13PG] Taik hidung yang degil

[U] Virtual Reality (VR)

Asrul Rae X said...

Cuma nak share sini. Maybe berguna.

1. Pengalaman beli kereta lelong
http://kadikluang.blogspot.com/2009/11/kereta-lelong-kastam.html

ABU said...

TIPS YG SNGT MENARIK..BOLEH MENJADI SUMBER RUJUKAN..THANKS...
NICE ENTRY..

Saiazuan said...

hmm aku mungkin akan jadi antara yg lalai kalau tak baca entry ni.. thanks bro :D

Woofer Storm said...

kereta pun leh buat tuntutan ke??baru tahu ni bro..thank ye^^

Ct Arina said...

aritu aku anta kereta kat proton. pasang cermin kereta belah kanan seat driver sbb kene pecah. pastu skali dah balik rumah 2-3 ari. baru perasan dorang x pasang balik skru kat punat auto window tu. klu aku dtg balik kang mcm dorang nak caye.

Anies su said...

as-salam..
saya nak bertanya. macam mana kalau masa nak beli kereta, salesman tu dah janjikan untuk bagi smart tag. tapi sampai sekarang kereta da pakai setahun pun takdapat lagi smart tag. salesman tu siap dah berhenti kerja..boleh buat tuntutan?

Tj Ismail said...

salam semua, saye baru membeli kereta mpv baru, tidak sampai sebulan kereta tu meletop semasa saye membawa kenderaan tersebut,boleh ke saye menuntut kereta baru dengan syarikat pengeluar itu sebagai ganti rugi, memandangkan kerosakan teruk pada kereta tu?

MOHD IKROMI said...

Salam,

saya berniat nak beli kereta tetapi tidak mempunyai deposit untuk booking dan juga downpayment.

Terjumpa seorang salesman yang nampaknya jujur dan senang kira.

saya memberikan salinan ic,lesen dan juga slip gaji+kwsp.

saya tidak mengisi borang tempahan serta tiada salinan sbgai bukti.

Bagi yang pakar dan pernah beli kereta, adakah situasi saya ini normal atau perlu saya selidik agar tidak tertipu di kemudian hari?

saya minta tolong saleman tu cuba buat full loan dan siap dia kata nk bagi duit poket jikalau dapat full loan lebih drpd harga kereta.

mohon tunjuk ajar , terima kasih.

kereta yang ingin dibeli - i30
harga kereta- rm62888
anggaran bayaran bulanan - rm750++
kawasan- Langkawi

MOHD IKROMI said...

Salam,

saya berniat nak beli kereta tetapi tidak mempunyai deposit untuk booking dan juga downpayment.

Terjumpa seorang salesman yang nampaknya jujur dan senang kira.

saya memberikan salinan ic,lesen dan juga slip gaji+kwsp.

saya tidak mengisi borang tempahan serta tiada salinan sbgai bukti.

Bagi yang pakar dan pernah beli kereta, adakah situasi saya ini normal atau perlu saya selidik agar tidak tertipu di kemudian hari?

saya minta tolong saleman tu cuba buat full loan dan siap dia kata nk bagi duit poket jikalau dapat full loan lebih drpd harga kereta.

mohon tunjuk ajar , terima kasih.

kereta yang ingin dibeli - i30
harga kereta- rm62888
anggaran bayaran bulanan - rm750++
kawasan- Langkawi

Shamsul Aznan said...

Assalamualaikum
sy baru beli kereta Pero2 Axia pd 31hb Okt 14,setelah 24 hari kereta alami kerosakkn major clucth/ gear box.
pd hari ini kereta telah dihantar ke HQ Pero2,sg choh.
apakah hak sy sbg pengguna kereta baru?
harap membantu.