Shikin: Salam,kite ade baca blog bro. Kite nak tanyala.Kite de Kancil ngan kaler pink. Ingat nk mekap ala2 kancil hello kitty jer taruh sticker hello kitty dengan bermacam aksesori Hello Kitty letak bantal2 hello kitty ke. taruk flipflap tapi cari xde pn. yg kite jmpe MU dgn pink panther je. ke kite yg x reti nk cari?. Huhuhu.. Bro boleh bagi pandangan tak cmne nak mekap. Lgi stu bro, seswai tak kalau hello kitty ni bubuh kat motor atau skuter. Jawapan Kami:
Thanks bertanya..Camner nak jawab yerr... Eeeemmmm agak rumit memikirkan jawapan.. kena buat research history dulu...
Sejarah Hello Kitty..
Agak lari dari kebiasannya entri yang sebenarnya. Memandangkan Hello kitty ni kartun favourite,. so, ni serba sedikit sejarah karektor anime Jepun yang mempunyai ramai peminatnya iaitu Hello Kitty Watak seekor, kucing putih bercirikan bow atau hiasan lain pada telinga kiri, dan tanpa mulut. Sejarah Hello Kitty ini bermula apabila sebuah syarikat dari Jepun iaitu Sanrio telah memperkenalkan produk pertama iaitu dompet duit syiling wanita di Jepun pada tahun 1974 di Jepun diikuti dengan Amerika pada tahun 1976. Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pada tahun 1974. Shimizu pada tahun 1975 watak tersebut diserahkan pada Pereka yang kedua, Setsuko Yonekubo, mengambil alih selama lima tahun manakala pereka ketiga pada tahun 1980 adalahYukoYamaguchi..Animasi pertama Hello Kitty diterbitkan di Amerika (dengan kerjasama Jepun) dan diberi nama Hello Kitty’s Furry Tale Theatre, animasi ini ditayangkan pada tahun 1986..setakat ini hasil royalti untuk barangan-barangan Hello Kitty dan produk sampingannya ialah berjumlah lebih dari satu billion dollar Amerika. Siapakah yang menyumbangnya..hehe..siapa lagi kalau bukan peminat Hello Kitty
Obses Modifide kereta Hello Kitty dan tanggapan orang?
Begitulah juga dengan para peminat kereta yang sanggup berhabis wang ringgit mekeup kereta dengan tema Hello Kitty. ..selalunya yang obses Hello Kitty ni turut meminati Warna pink, warna yang lembut & feminin yang memang sinonim dengan wanita... Tapi sekarang aku nampak orang lelaki pun ade gak makeup kereta dia colour pink dengan sticker Hello Kitty tampal kat body kereta...
Mungkin Ramai orang yang berpandangan lelaki bukan jantan kalau kereta diorang colour pink... lagi teruk dianggap (PON_#N) maaf cakap...Itu pandangan diorang lahhh jadi tak salah diorang membuat persepsi...mungkin pandangan kita berbeza.. apapun.. bagi aku pulak.. obviously kereta tiada jantina.. unisex... kereta dia yang beli jadi dia punya suka lahh nak buat apa... nak buat Hello Kitty ke, Doremon ke.. ultraman ke...Superman kerr..
Design Luaran ...Berbalik pada Soalan yang diberikan... Kat sini ade beberapa gambaran untuk disign Hello Kitty ni... biasanya banyak dari jenis kereta kompak japan macam Kancil , kelisa, kenari dan ada gak dari kereta Honda Jazz yang di modifikasikan lah...
Selalu aku tengok kat autoshow Hello Kitty ni, tread mark colour pink selalunya.... Sekarang ramai sangat aku perhatikan penggila-penggila kereta membuat ubah suai kereta mereka kepada konsep Hello kKitty ni...
Dalam ruang enjin..
Minat punya pasal, mahal takda masalah buat mereka. Hatta mereka yang bekerja dengan pendapatan kecil pun sanggup berabis beribu duit semata-mata untuk menghias kereta mereka dengan cantik..Sampai dalam enjin pun Hello kitty..
Ni Gambaran ruang dalam kereta plakkk...
Macam macam aksesori diorang bubuh...Perhiasan perlu jugak di dalam kereta..agar memberi sedikit impak ketenangan pada pemandu..tapi tak perlu terlalu xtream.tapi kalo nak hias pun, agak2 la.. jgn la sampai mengganggu pandangan korang time drive..karang korang gak yg susah.
Memang betul...dalam kete ni kena sikit dihias tapi berpada-pada arr..jangan ler buat cam menghias ala-ala macam kat rumah lak.. bila pandangan terlindung, terlanggar plak tau plak marah..........
Aksesori yang boleh dicari...
Hello Kitty kat motorsikal..
Kalau Hello Kitty ni nak bubuh kat motor pun tak ade masalah... cuma kena tengok lahh kesesuaian motorsikal dengan designnyerrr....
Adooiiii ...masa tengah belek-belek internet jumpa plak Superbike warne pink dengan design hello kitty... isshhh macam tak sesuai ajerrr nampak...
Kalau kat scooter tu untuk pompuan bawak rasanyerr sesuailahhh kan warna dia ngan design Hello Kitty ni..
Kalau Motorsikal dah pink Hello Kitty ... Helmet pun mestilahhh Hellow kitty gak kan baru sepadan ngan motor....
Amaran.... Khususnyer Kaum Pompuan...
Tolong jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik
Biar ‘penjenayah’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni melindung pandangan bilamana penjenayah bersembunyi dicelah kereta,Sebab penjenayah tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih.. Secara baik maafkan saya.. saya nasihatkan awak ni..
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks