Monday, January 16, 2012

Prosedur Hantar Motorsikal Balik Sabah Sarawak

 Pertanyaan Yang diajukan..
shaqqawishaq aku hujung bulan ni balik ke sarawak... balik kampong terus, masalahnya aku masih buntu camane nk bawa moto aku dr semenanjung. ada prosedur tertentu yg rumit tk?
shaqqawishaq  naik apa & brape kos yg trlibat utk pengangkutan? Brape lame boleh sampai
Jawapan kami..
Thanks pada bertanya… uihhh camne nak jawab pertanyaan ni.. rasanya saya bukan orang yang sesuai nak jawabnya… baik anda tanya pada orang yang lebih arif dalam hal ni… Cuma ada sedikit info secara ringkas macam kat bawah ni
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Prosedur Hantar Motorsikal guna Flight
Dari Semenanjung Balik Sabah , Sarawak
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebenarnya nak urus dan ikut prosedur penghantaran agak complicated sikit nak buatnya…
1-First buat pemeriksaan kenderaan kat PUSPAKOM dulu, nanti Puspakom tu check nombor chassis dengan nombor enjin, tengok sama ke tak macam dalam geran. pastikan bawak geran motosikal original sekali.. Checking ni semua tu kena RM20 je..Bila dah siap check puspakom akan bagi sijil pengesahan lepas inspection tapi ada tempoh valid untuk sebulan je
2- Submit ke JPJ untuk urusan selanjutnya.... Ambil borang permohonan untuk eksport motosikal ke destinasi mana nak hantar motorsikal tu.. pergi kauter JPJ isi borang sertakan sekali geran dan sijil puspakom tadi. surat pengesahan JPJ menyatakan motorsikal tersebut tiada senarai blakclist, surat tu free je.
3-Kalau motosikal masih ada pinjaman bank,anda perlu mendapatkan surat pengesahan yang membenarkan kenderaan untuk di eksport....
**Eksport kat sini maksudnya adalah bawak balik Sabah Sarawak lah yerr..

 ** Bila urusan di atas telah selesai,terpulang kepada pemilik nak pilih jenis pengangkutan,untuk menghantar kenderaan ke tempat yang dituju.
a)Nak guna perkhidmatan udara Mas kargo - kalau dengan Mas Kargo memang cepat, kalau semua ok hari ini hantar besok boleh ambil lah.
b)Pengangkutan cargo shipping ( kapal laut ).... memang sangat lambat..mahu dekat 1 bulan..
c)Guna Pos Malaysia atau courier company untuk pos motorsikal tu.. Tapi rasanya  Pos Malaysia sekarang dah tak buat service untuk pos motorsikal tu kot… eehhh tak pasti lahhh
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Perkhidmatan Udara MasCargo
Ok..Back to point.... Saya syorkan anda ambik Perkhidmatan Udara Maskargo sebabnya lebih cepat, tidak memakan masa yang lama untuk motorsikal tu sampai dan lebih selamat .. Cuma kena keluar duit lebih sikit lahh...

Caranya ialah..
A-saya syorkan, cari Forwarding & Handling Agents kalau nak senang berurusan. Cuba runding dengan agent berapa bayaran dia habis cerita, nanti dorang la yang urus semuanya dengan Maskargo.. kia tak payah susah-susah pun just bayar ajerr...
B-Kalau kita rajin nak buat sendiri proses  urusan dengan Mascargo.. tapi memang agak leceh .. dapatlah jimat kos kita boleh buat sendiri... caranya macam kat bawah ni..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebelum Buat Penghantaran Motorsikal
1-Bawa motorsikal anda ke warehouse pergi office Maskargo untuk isi borang daftar maklumat pengirim barang.. dokumen.yang perlu dibawa Geran, Road tax still valid, salinan yang disahkan bank, salinam result puspakom dan JPJ dan juga salinan IC untuk Maskargo akan bagi dokumen utk serahkan pada kastam. lepas tu timbang berat motosikal dulu.. Charge normally ikut berat motor, 1kg dalam bawah RM10.00.  kalau motorsikal kapcai anggaran berat motorsikal tu kena bayar lebih kurang dalam lingkungan RM600 hingga RM750 lah..
 
 
2-Pergi pejabat Kastam untuk daftar Declaration borang K3.. borang  K3 tu kena bayar dalam lingkungan RM 20... Kemudian akan ada Pegawai Kastam akan datang check motorsikal tersebut, then diorang check motosikal, check no Chasis dan no Enjin
 
 3-Then lepas siap pergi balik office maskargo tadi untuk submit pemghantaran Nanti ada kakitangan Maskargo akan suruh anda tanggalkan wayar disconnect bateri, cabut keluar bateri sebab takleh bawak sekali dengan motorsikal dikira barang berbahaya..tangki minyak petrol mesti di kosongkan , minyak hitam enjin pun kena kosong.. ( dinasihatkan bawa botol kosong nak isi minyak petrol dan minyak hitam yang dikeluarkan tadi) .. side mirror pun cabut letak bawah seat..Macam helmet boleh kita kirim sekali lepas tu kakitangan Maskargo akan balut dengan plastik wraping double stand, coverset dan helmet box motorsikal tu.
4-Maskargo akan bagi tau bila flight untuk motorsikal tu berlepas, bila boleh ambil, Sebelum tu, kita kena bagi tau siapa yang akan ambil motorsikal tu dengan Maskargo bila dah sampai nanti..
5-Buat bayaran Maskargo, bagi dia Kunci Moto dan Roadtax, dia pack sekali dengan dokumen kita. geran original kena bagi Maskargo pegang dan ambil balik masa sampai terima kat destinasi nanti..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bila Motorsikal Sudah Sampai Ke Destinasi
1) Maskargo akan talifon anda mengatakan barang dah sampai pada penerima
2) Penerima kena ambil motorsikal dekat warehouse Maskargo.. Penerima akan settle prosedur terima dan bawa keluar barang dari warehouse..
3) Di nasihatkan Penerima kena bawa Minyak petrol dan minyak hitam dalam botol ( sebab nak isi balik minyak petrol dan minyak hitam yang dikosongkan sebelum tu)  sila bawak siap-siap tools spanar player untuk pasang balik bateri dan part –part yang di tanggalkan..
 
Ok setakat ini ajerr yang saya dapat terangkan... Harap sedikit panduan ini mungkin berguna pada yang memerlukan... kalau salah sila betulkan yerr...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

36 comments:

ainzoo said...

terima kasih. memang membantu sangat2.

khairul said...

cuma pernah hantar beskal naik train dr penang ke ipoh saja hehe

nabilah_2908 said...

oh....rumit juga ye...

kiranya kalau yg hantar kereta pun..kena buat prosidur mcm ni juga la kan...?? kena kosongkan tangki minyak..etc..? :)

tehr said...

aku rasa elok pilih mas kargo je
tapi kalau kereta, kena naik kapal la

Yastro said...

Wawwww....cam susah giler je prosedur tu, banyak gak modal nak kena Keluor wooo....

nice tips bro...berguna kpd org2 yg nak pindah ke semenanjung/sabah/sarawak...

Edy Fee said...

naik kargo mahal kot..kawan aku jual terus je moto tu kat kedai kes malas nak bawak balik

Woofer Storm said...

aritu hantar kereta dari sabah ke kl naik mas..kena charge 2500..

#tak nak pos balik,mati nak kumpul duit lagi..hehee

Rakyat Malaysia said...

Wow. Artikel yang bagus. Leh guna untuk nota di blog saya.

Sembang-automobil.blogspot.com

logorithm said...

Mahalnya...

Kalau I ler... I rasa baik jual jer motorsikal tuh dan beli yang baru kat Sarawak.


Terbaru dari Logokoko:

[U] Guna telefon tempat kerja

[U] Jual apa tuh?

[18SX] Telur EXPOSED!

Papa Mifz said...

Wow prosedur nih pun ko tau,mmg respek la samo ko..

ABU said...

oh thanks god entry ni sgt membantu.. terutamnya orng mcm aku ni yg asal sabah.. one day mungkin nak punggah semua harta karun bak balik sabah lahad datu.. jauh dan pasti mahal ongkosnya..huhhuhuhu

dhiera said...

best ye moto dapat naik flight!! tp prosedur dia rumit jugak ea?

ku-cit said...

info yg bagus ni...

aus sauza said...

thks utk entri yg sgt mbntu ..aku nk mpto pos ke sabah lepas rayer ni. senang sikit kalo ada moto nak ke ums nt.

Mark Lenggu said...

Bg yg tinggal area KL / Selangor, Aku nasihatkn korang kol no.tel ni dulu sebelum pergi Puspakom @ JPJ (03-8777 1888 / 03-8777 1996 : Mas kargo KLIA) Tanya org yg jawab panggilan korang tu "Perlu tak saya pergi ke Puspakom @ JPJ???"

Sebabnya saya dh ikut prosedur tu tp sebenarnya Membuang Masa anda... Korang cuma perlu bawa Geran Asal & Roadtax Saja dn juga Surat pelepasan dr Bank / Kedai bg moto yg masih ada Loan...

viva p said...

Good info

fatihahsaad said...

kalau bateri tu tak boleh nak pos?
macam mana nak pos ke sabah/sarawak?

DNA TRANS SERVICES said...

Assalamualaikum..

Maaf tumpang iklan, saudara/saudari yang ingin menghantar kenderaan, motosikal & kereta ke sabah, sarawak atau semenanjung boleh hubungi kami 016-8777875 atau email dna.trans.services@gmail.com
Jemput ke wesite kami http://dnatransservices.blogspot.com/

Terima kasih

SITI NUR AMANINA said...

ad ka pghantaran maskargo dari penang?

Anuarmuslih Anuar said...

Lesen nak juga ka

nurlisa kamaruddin said...

Bgs post ni,sy trcari2 jgk nk pos 125 ke kuching sbb nk pindh,klau nk jual mto rugi sbb sy bli cash klau jual pn blm tntu dpt blik cash sy tu jd postni mmbntu sy utk pos kn mto ksyangn sy tu naik mas kargo dari lahad datu ke kuching sarawak.mhal xpe yg pnting cpt smp sng nk guna utk lapor dri d tmpt baru nnt n xmnyusahkn org nk pinjm mto.trm kasih byk2

Shahrizam Ramli said...

betol..sy dah cuba dah

Unknown said...

Tak perlu cek Puspakom/JPJ, bawa geran asal dan duit je, bateri, petrol dan minyak hitam pun x payah buang, hantar Honda Future KL-Kuching RM660 siap bayaran kastam

Zul sabah said...

masih berbaloi byr pos berbanding beli lain di sabah serawak sbb mahal harga motor kereta di sabah serawak

derita cinta said...

betul tu pergi terus mas kargo je yg pntg geran original ade roadtax hdp setel x pyh nk g puspakom jpj bagai terus je g mas kargo

derita cinta said...

betul tu pergi terus mas kargo je yg pntg geran original ade roadtax hdp setel x pyh nk g puspakom jpj bagai terus je g mas kargo

Unknown said...

Ribuan terima kasih saya ucapkan , maklumat ni sangat membantu . Tapi , saya ada satu soalan . Apakah langkah seterusnya yg patut saya buat sekira nya motorsikal atas pinjaman kedai dan bukan pinjaman bank ?

Unknown said...

Sekarang harga hantar moto balik...dari johor ker sarawak berapa?

Unknown said...

Saya nak tanya harga hantar moto balik ...dari johor ke sabah

Unknown said...

Klu dari kl ke sabah berpa

Rashid said...

Pernah pos motor tahun 2011 guna maskargo dr kuantan ke sabah kos rm1k .. Motor skuter gtr150..nyaris2 x dpt pos sebab tinggi..last2 bagi kempis tayar..huhu.. Btw kena gi JPJ jugak declare pelepasan dan masuk ke sabah..

gary moore22 said...

hntr moto dr klia ke kchng brpa ea

Unknown said...

Pos motosikal bpe bosd

Kim Wani said...

Salam kepada semua warganegara Malaysia, indonesia dan semua ASIA, nama saya ialah Puan Kim Wani, tolong saya berkongsi kesaksian saya tentang kehidupan di sini di platform ini untuk semua warganegara Indonesia, Malaysia dan semua warga Asia, terutamanya warganegara Malaysia saya berhati-hati dengan pemberi pinjaman pinjaman di internet, Allah telah benar-benar menyokong saya melalui ibu yang baik Puan Ivana Pedro

 Selepas beberapa tempoh cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan dan ditolak, jadi saya memutuskan mendaftar melalui pinjaman dalam talian tetapi saya ditipu dan saya kehilangan RM 3,500 dengan pemberi pinjaman yang berbeza selepas membayar beberapa yuran dan tidak mendapat pinjaman .

Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan rakan saya yang kemudiannya mengadu saya kepada Puan Ivana, yang merupakan seorang Pengarah syarikat LoanMe, jadi kawan saya meminta saya memohon dari Puan Ivana, jadi saya berkumpul berani dan hubungi Puan Ivana.

Saya memohon pinjaman sebanyak RM 150,000 dengan kadar faedah sebanyak 2%, jadi pinjaman itu diluluskan tanpa tekanan dan semua pengaturan dibuat atas pemindahan kredit, kerana hakikatnya ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman saya hanya diperintahkan untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen permohonan mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya dikreditkan dengan jumlah sebanyak RM 150,000. Saya sangat gembira bahawa Allah akhirnya menjawab doa saya dengan memerintahkan pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang memberi saya keinginan hati saya.

Mereka juga mempunyai satu pasukan pakar yang akan menasihatkan anda mengenai jenis perniagaan yang anda ingin melabur dan bagaimana melabur wang anda, jadi anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup anda.

Semoga ALLAH memberkati Puan Ivana Pedro untuk memudahkan kehidupan saya, jadi saya menasihatkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Ivana melalui e-mel: (ivanapedro85@gmail.com) untuk pinjaman anda

Terdapat syarikat palsu lain dalam talian menggunakan kesaksian saya untuk mencapai keinginan mementingkan diri mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, sila berhati-hati terhadap orang-orang ini.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca kesaksian yang benar tentang hidup saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Allah akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Sekali lagi nama saya ialah Kim Wani, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui e-mel saya: kimwani305@gmail.com

Unknown said...

Saye ingin bertanye jike moto tak satel bayar lgi bole ke ikut flight pegi sabah

Mrs Martini said...

Halo, semuanya, tolong, saya ingin segera menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman kredit yang benar-benar mengubah hidup saya yang miskin dengan seorang wanita kaya dan sekarang saya memiliki kehidupan yang sehat tanpa tekanan dan kesulitan keuangan,

 Setelah berbulan-bulan mencoba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu 400 juta saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman online yang sah dalam kredit dan tidak akan menambah rasa sakit saya, jadi saya memutuskan untuk beralih ke teman saya untuk saran tentang cara mendapatkan pinjaman online, kami membicarakannya dan kesimpulan yang kami sampaikan kepadanya tentang seorang wanita bernama Ny. Theresa yang merupakan CEO dari Pinjaman Theresa. Perusahaan

 Saya mengajukan jumlah pinjaman (800 juta) dengan suku bunga rendah 2%, sehingga pinjaman disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena fakta bahwa tidak memerlukan jaminan untuk transfer pinjaman, saya hanya diminta untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi mereka untuk mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.

Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya telah dikreditkan dengan jumlah 800 juta. Saya sangat senang bahwa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memesan pemberi pinjaman saya dengan kredit saya yang sebenarnya, yang dapat memberikan keinginan hati saya.

Terima kasih banyak kepada Ny. Theresa untuk menjadikan hidup ini adil bagi saya, jadi saya sarankan siapa pun yang tertarik mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Ms. Theresa dengan ramah melalui email Theresaloancompany@gmail.com untuk informasi lebih lanjut tentang cara mendapatkan pinjaman Anda,

Jadi terima kasih banyak telah meluangkan waktu Anda untuk membaca tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda.
Saya beri nama martini, Anda dapat menghubungi saya untuk referensi lebih lanjut melalui email saya: martinimarais1986@gmail.com atau fatma melalui feyzilfatma@gmail.com. Terima kasih