Friday, January 13, 2012

Tip Kereta Semasa Banjir


Pertanyaan yang diajukan...
bby: bro sy nk tanya sbb x experience kete sy pernah tengelam dlm banjir kilat x sempat keluarkan kete, alih alih dh smpai injin! ape nk wat rosak x injin nnti lpas tu
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada bby. Maaf lambat balas jawapannya… Saya cuba berikan sedikit pandangan ringkas seperti dibawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip kereta semasa banjir
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku.
 
A) Tip kereta, sebelum berlakunya banjir
-Kalau boleh awal-awal lagi pindahkan kereta kalau tidak mahu risiko tenggelam. Parking kan dikawasan tinggi atau tumpang letak kereta kita di rumah saudara mara atau sahabat handal yang tinggal di kawasan yang tinggi dan pada perhitungan kita kawasan tersebut tidak dilanda banjir. 

 -Kalau air tidak lebih separuh tayar kereta, selalunya boleh lagi harungi, guna gear rendah (gear 2 selalunya) dan jangan tukar gear atau tekan clutch dalam air... tekan minyak mantain sampai lepas air. Tapi sebenarnya merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak
-Kalau air banjir melebihi separuh dari tayar kereta.. jangan dok try jugak mengharungi.. takut tak lepas enjin dah mati dan tersangkut kat tengah banjir..
-Kalu motorsikal, balut kaburetor dengan plastik dulu.. kalau air banjir masih cetek paras bawah betis boleh redah banjir tapi kena guna gear rendah.. Tetapi kalau banjir dah naik tinggi sikit, jangan hidupkan motorsikal.. kena tolak ajer motor tu ke tempat pemindahan yang selamat.. 
B) Tip kereta sudah tenggelam banjir
Perkara ‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan.

-Seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir. tunggu sampai banjir kering dulu pastu baru buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
-Cabut bateri kereta dulu, jangan sesekali start hidupkan kereta.. pastu upah towing, tarik kereta hantar ke bengkel..biar makenik buat. sebabnya kalau cuba buat sendiri risikonya amatlah tinggi. wiring kereta boleh litar pintas.. kerana apabila anda cuba menghidupkan injinkereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak computer dan sensor yang ada.. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.
-Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Keluarkan minyak hitam enjin, minyak gear dan buka semua spark plug kereta tersebut, begitu juga keluarkan petrol kalau bercampur dengan air. Jemur kereta pada panas matahari  (kebiasaannya dua hingga tiga hari) supaya  kesemua peralatan elektronik kering
1) Penukaran minyak hitam enjin
-Jika minyak hitam bercampur air, adalah perlu mengeluarkan semua minyak hitam kerana minyak hitam lama boleh menyebabkan karat merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.
-Buang semua minyak hitam enjin..
-Isi minyak baru..( beli minyak murah-murah dah laa..)
hidupkan enjin..biar dia running dalam 1/2jam.. atau drive pusing-pusing dulu
-Pastu buang minyak yang baru diisi tadi..
-Lagi bagus kalau ulang tukar 2,3 kali..baru betul-betul clear..
-last sekali isi minyak baru sekali lagi...kali ni boleh ikut grade minyak hitam  yang sepatutnya.. 
 
Penukaran minyak gear.
-Jika minyak gear bercampur air, minyak gear perlu ditukar.. minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear. Dalam keadaan biasa minyak gear ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada ’Teh susu’.
-Buang semua minyak gear..
-Isi minyak baru..( beli minyak murah-murah aje dulu..)
-Enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit.
-Pastu buang minyak yang baru diisi tadi..pastu isi minyak baru...
-Kemudian, minyak gear diperiksa sekali lagi
-Ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air.
Penukaran penapis minyak pelincir
-Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana mungkin telah bercampur air lumpur atau mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.
Penukaran komponen yang lain
-Beberapa komponen yang perlu ditukar seperti palam pencucuh, penapis udara, minyak brake, power stering, fius  dan lain-lain lagi ..kemudian membuat servis enjin kereta semula termasuk lah tuning karburator atau sistem suntikan elektronik
Mencuci kereta
-Basuh kenderaan secara semburan dengan air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.Ketika melakukan kerja semburan air ini, elak menghala hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir.Jangan lupa halakan air deras pada bahagian brek pada roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar tertanggal sepenuhnya. 
Belanja membaiki kereta rosak
-Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit untuk overhaul kereta, wiring kereta,  tukar ecu, eletronik part dan lain lain lagi .
-Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan kecil yang sensitif kepada air sahaja..Tetapi kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, mungkin kesannya menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda 'makan duit'.
 _______________________________
Pesanan kami
Semoga mereka-mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dengan banjir ni dapat bersabar dengan apa yang berlaku. Anggaplah ini sebagai dugaan dari Allah Subhanahuwata'ala semata-mata.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

18 comments:

nabilah_2908 said...

hmm..kt sini pun risiko banjir...

kalau bencana alam ni..tak boleh claim insurans kan..?

Unknown said...

Musim banjir skg nih...so berhati2 la kpd semua pengguna jalanraya...diharap jgn dok redah selamba tanpa ikut yg bro azli afzainizam katakan nih...

Anonymous said...

thanks utk entri..

KizZ said...

Wah bagus seyh tips ni..boleh guna mana tau shah alam ni tetiba banjir kan(harap-harap tak lah kan)..huhu

Unknown said...

sure mahal kalo kene overhaul kan...

tehr said...

aku belum pernah alami keadaan ni
harap2 tak akan
amin

memang banyak belanja kalau dah tenggelam ni

Abu Bagi said...

guna gear rendah,, jgn tekan clutch atau tukar gear sehingga selesai mengharungi air.. oh nice.. thanks info..

vendoline said...

tapi kalau mcm mana pon mst ade effect kat enjin nye

Woofer Storm said...

nasib baiklah tinggal tempat tinggi..

#tapi risau juga bro coz puchong selalu hujan ni..

ericoanaci said...

bagus juga info2 ko yer... terbaik.. tpai mesti ingat jgn beli keter yg kena banjir,,, hu2

logorithm said...

Pernah hampir terkena dua kali kat parking kereta tapi nasib baik sempat keluarkan kereta semasa paras air sudah sampai ke lantai kereta dan telah memasuki kabin. Habis basah karpet. I syak lantai kereta I dah bocor.

Pernah jugak sekali kereta hampir-hampir nak mati selepas I meredahi lopak air kira-kira 6 inci dalamnya. I berhentikan kereta tapi membiarkan enjin kereta berjalan. Selepas 10-15 minit baru ok balik. Mungkin masalah air memasuki ekzos kot?


Terbaru dari Logokoko:

[18SX] Telur EXPOSED!

[U] Salah pakai stokin

[U] Hujan

dhiera zainudin said...

banyak jugak ea kena buat kalau banjir.
kat atas ni klo pakai manual kan? macam mana plak utk yg pakai kereta auto. dorang tak ada gear rendah macam manual kan? ke ada? alamak, saya pakai manual jadi tak tahu gear pada kereta auto. hehehe

Ct Arina said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Br lps kna banjir kt kemaman..myvi abis tenggelam smpai dashboard..sib baik keta baru 1thn skru ketat lg air xmasuk enjin..anta pd yg pakar perodua service centre..good info entry ni

cempakaqu said...

Salam. Kereta sy br je tersekat dlm banjir smlm. Panik bl tgk air dh smkin byk. Nasib x kuar kereta. Still dlm kereta smpi ada org dtg tolak ke tmpt yg selamat. Kereta mmg x leh start lgsg. Dh hantr ke mekanik sekali kena smpi rm 1k lbh...adoiii x th la cina tu btul ke x. Risau jgk kena tipu tp apa bole bt diri sendiri x pernah ambk th pasal kereta sblm ni. Mungkin pengajaran utk sy pas ni.

Blaze said...

Salam.. Rmah i sering banjir jugak.. tpi luckily kwn sye intro i compny yg jual plastic.. so klau hujan lebat sye akn park keta sye kat dalam plastic tu.. xpyh takut dah.. hehe
klu korang interested.. boleh lanjut https://www.facebook.com/floodsafecarbag/

Piku said...

Kami telah menukar minyak enjin dan kereta dapat dihidupkan semula tetapi mati selepas beberapa minit dan tidakndapat dihidupkan lagi. Kami cuba menukar minyak kereta sekali lagi dan enjin masih tidak dapat dihidupkan. Ada bunyi tak tak

Sound Deadening Store said...

Good work sir....
Polyethylene Closed Cell Foam