Tuesday, January 10, 2012

Tips tersalah isi minyak kereta


Pertanyaan Yang diajukan
richie: dlu pernah jd pam attendant. aku tersalah isi minyak kat sebuah van.Sepatutnya diesel, tapi sebab miscommunication sikit ingtkan van tu pakai petrol.rupenyer van tu pakai diesel
Jawapan kami…
Thanks bertanya pada richie .. memang dah banyak berlaku tersalah isi minyak kenderaan.. Kereta diesel isi petrol, enjin akan mati sebab enjin diesel takde spark plug sementara petrol memerlukan sprak plug untuk ignite pembakaran. Kalau kenderaan itu bergerak dan jalan beberapa meter, tiba-tiba bunyi macam bawa bas pulak asap ekzos berkepul-kepul, dan terus terhenti...


a)Pastikan kenderaan anda menggunakan diesel or petrol sebelum tuang minyak.
b)Sebenarnya kalau kita tak pasti kenderaan tersebut menggunakan petrol atau diesel .. buka penutup fuel cap sebelum isi minyak ada tulis pada label yang di tampal pada tepi penutup minyak atau ada tulisan petrol atau diesel pada fuel cap.. dari situ kita dapat tahu kenderaan itu mengunakan enjin petrol atau diesel.


c)Kalau kita masih was-was kenderaan tersebut menggunakan petrol atau diesel.. korang buka hood depan dan tengok enjin yang digunakan... Nak senang cari perbezanya antara enjin petrol dan diesel....kalau enjin petrol menggunakan spark plug tapi kalau enjin diesel tak ada spark plug


d)Perlu diambil perhatian, kepala pam minyak diesel biasanya berwarna hitam (selalunya ada penutup besi pada pum tersebut) dan petrol pula berwarna selain dari hitam..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Tersalah Isi Minyak Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

a) Kereta belum sempat dihidupkan
Kalau semasa kita isi minyak dan kita baru terperasan yang kita tersalah isi minyak pada kenderaan kita perkara pertama yang perlu dibuat sekiranya anda tersalah isi minyak


-Tolong jangan hidupkan kereta
-Tolak kenderaan ke tepi dan terus menelefon mekanik.
-Bila Mekanik sampai nanti akan flushout petrol, kene drain tangki minyak dulu sampai benar-benar kosong dan membuka tangki kenderaan tersebut .. mekanik akan tembak angin untuk mengeluarkan saki baki petrol/ diesel yang ada dalam tangki..
-Kemudian pasang balik tangki... isi balik minyak ... ok dah
_______________________________
b) Kereta sudah dihidupkan dan bergerak
Sekiranya kereta sudah dihidupkan dan kereta telah bergerak seketika sebelum mati, peralatan yang perlu dicuci lebih banyak.

-Bila Mekanik sampai nanti akan flushout petrol/ diesel dan membuka tangki minyak kenderaan tersebut .. kene drain tangki minyak dulu.. mekanik akan tembak angin untuk mengeluarkan saki baki petrol yang ada dalam tangki..pastu pasang tangki balik dan isi minyak dalam tangki.

-Selinder head perlu diangkat untuk mencuci piston dan kesemua saluran minyak petrol/ diesel perlu dibersihkan dengan menyemburkan angin ke dalamnya... fuel line pun kena flush out skali. Dari tangki sampai la ke injektor. then running engin biarkan idling enjin buat penjujusan air bubble pada injection pum nozzle.. gasket selinder head perlu ditukar


-Kalau sekiranya kenderaan anda mengunakan fuel injection, injecter perlu dibuka dan
dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Kesemua bahagian enjin yang melibatkan pengaliran minyak petrol perlu dicuci.. Mekanik akan buang minyak diesel/ petrol tersebut yang masuk dalam pembakar enjin.. tapi sekiranya kereta tersebut menggunakan carburator, maka carburator tersebut perlu diservis semula, untuk mengeluarkan saki baki diesel..
_______________________________
Pesanan kami


Kalau boleh sebelum pegang fuel pum tu... fikir dulu apakah betul petrol atau diesel minyak kenderaan tersebut sebelum isi minyak kenderaan tersebut..
Kalau tersalah isi minyak mungkin kalau nak servis dan mengantikan barangan kenderaan tersebut boleh sampai RM 300-RM 400 tau kena keluar duit suruh mekanik repair..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

19 comments:

khairul said...

hu banyak steps nk kena ikut tu..kena hati2 bila nk mengepam ni

logorithm said...

Pernah sekali masa nak isi minyak, I hampir nak tercapai kepala pam berwarna hitam tapi dengan segera menyedari kesilapan besar tuh sebab dah biasa sangat dengan kepala pam sama ada hijau atau kuning. Warna kepala pam memang memainkan peranan penting.

Lagipun memang jarang pam yang I singgah bercampur dengan pam diesel. Selalunya ada RON95 dan RON97 jer.


Terbaru dari Logokoko:

[U] Salah pakai stokin

[U] Hujan

[10PG] Lawak pilihan #5: Sweet Seventeen

ABU said...

tak pernh berlaku lagi kat aku.. tpi kena berhati2 la.. bagus tips ni terutamnya tang ya tak hidupan engine tu.. betul jgk kan..

pernah berlku kat cousin aku.. keta guna minyak disel tapi dia isi petrol hahaha..

encik Cool said...

ada gak kes cm nie ek!! nasib baik x pernah alami lagi..
Bangla pun x pernah buat silap..

Yastro said...

Nasib baik setakat ni aku tak pernah tersalah isi minyak lagi...pernah tgk org tersalah isi minyak....malam lak tu...menolak ketepi la jawabnya sementara tgu pomen...hehehe

nabilah_2908 said...

utk elakkan berlaku kesalahan..lagi2 kenderaan yg guna petrol..

elakkan kan berhenti di pam minyak yg ada diesel... ;)

sy lak...kdg2 tertukar gak..biasa isi minyak kuning...tp tercapai yg hijau...dah lari bajet minyak tuk minggu tu...huhuhuh.....

Woofer Storm said...

nasib baik tak pena lagi..yala dah set dalam otak ni pakai petrol je bro..hehee

#ppuan selalu banyak yang buat benda ni,kekadang ada yang tak pandai isi minyk pun ada.ehhehee

Papa Mifz said...

X pernah tersalah lg,hrp dijauhkan

tehr said...

haha
teringat pulak kisah aku dulu kat sarawak
pekerja pam tu isi disel dalam kereta [pinjam] aku
tak berapa jauh terus mati kereta
malu woi dengan tuan kereta
haha

Alan said...

perghh bahaya macam ni..

lepak cambest said...

isi minyak slalu boleh ingat jenis apa...

tp yg nie plg takut gak... dah bayo pastu luper nak isi... hahhh kes nie bila banyak sgt khayal

KizZ said...

Fikir dulu sebelum isi minyak...menarik..hihi..kawan aku pernah oh terisi minyak petrol ke van yang guna minyaak diesel,memang berasap ah jawapnya...tak pasal2 diorang kena caj ngan owner van tu..

Edy Fee said...

isi myak pon boleh salah ke..hahaha

dhiera said...

perghh... van pun ada diesel dgn petrol ea? bru taw~

Nazz@Purple said...

masalahnya kalau tersalah..hati2 ye..

Adri bear said...

Aku bru2 ni terkene..kat petrolpam bhp..isi petrol..xperasan jalan2 motor padam2..skali bukak tank bau diesal campur petrol..mcm haram jadah bhp..bhp punye lori minyak salah isi..die buh nye kt petrol..hbis semua orgnye motor kereta jahanam pasal bhp bebal tu xnk mengaku minyak die ada diesal..

Adri bear said...

Hati2 sini minyak..bau skit..jngn main buh je..memang pegang pam warne kuning..tpi sini minyaknye diesal..dah minyak campur diesal xnk mengaku..skali aku buh dlm botal bagi die bau..pure2 xthu pulak..padahal cctv die dah nampak hari tu lori salah bubuh minyak lgi jual kt org..die xnk tangong cos rugi jdi kite pengune nie hati2 isi minyak..

Ikmal Afendi said...

Mamber aku isi minyak gear box kat minyak hitam akuu.. tu cam ne lak nak buat.. enjin dah start

♥ miss eva ♥ said...

apa jd kalau minyak kereta bercampur air???