Pertanyaan yang diajukan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Wheel Bearing Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bunyi pada tayar jelas semasa kereta berjalan nie agak general dan banyak punca
... Kalau ikut keterangan kamu tu saya juga suspek wheel bearing dah Kong rasanya.... Tapi itu adalah jangkaan awal belum tentu betul..
1) Cuba cek tayar sama tekanan udara tayar terlalu rendah atau terlalu keras, . permukaan tayar tidak sekata tayar tidak seimbang (perlu balancing) atau ada masalah pada rim bengkok/gelong
2) Mungkin ada sesuatu yang menyangkut dekat disc break kot? cek ball joint takut ada apa-apa yang silap kat situ bukan rosak, jangan tukar dulu..
3) Mungkin wheel bearing bermasalah .. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan wheel bearing rosak
- wheel bearing mungkin juga dah rosak bila langgar lubang atau memang dah lama bertahun-tahun tak berganti yang baru..
- Atau kereta tukar sportrim saiz lebih
besar dari saiz asal....tetapi still pakai
standart factory punya bearing.. mungkin jugak bering tu dah rosak... Sepatutnya tukar sport rim besar kena tukar juga bearing standart kepada heavy duty set bearing..... Ok
maksudnya Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16
inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal
itu pastinya tidak mampu bertahan lama...
_______________________________
Camner nak tahu bearing tayar dah rosak
dan
patut kena tukar?
_______________________________
1) Tayar Hadapan = Jack depan angkat kereta tu... pastu 1 tangan pegang bahagian atas atas dan 1 tangan pegang bahahagian bawah tayar. Pegang Tayar pade Jam 3, 9 atau 6 ,12. Goyangkan Tayar ke kiri&kanan atau atas bawah. pastu goncang tayar atas bawah..klau rasa ada free play banyak bearing dah rosak.. _______________________________
2)Tayar Hadapan = Jack up depan bagi
kedua-dua tayar tergantung pastu cuba pusing tayar guna sebelah tangan dan
sebelah lagi tangan cuba pegang spring. Kalau bergegar spring tu maknanya dah
masa utk ditukar la bearing tayar tu.
- Cuba dekatkan
telinga dengan tayar pusing tayar laju-laju dengar ada bunyi tak..
-Skali lagi
pusing tayar laju-laju tengok pusingan tayar tu ada gelong ke tak..
3)Tayar Belakang = Selalunya, wheel bearing tayar belakang selalu sangat rosak. Pastikan bearing sebelah mana yang bermasalah? Kadang- kala, bearing belakang yang rosak, bunyinya seperti dari bearing depan. kadang kala bearing kiri rosak bunyi macam sebelah kanan.. Selalunya mekanik akan turunkan brek tangan, neutralkan gear, jack naik-up kereta dan pusing setiap tayar dengan tangan untuk memastikan bering mana yang berbunyi.
Kalau wheel bearing belakang rosak atau dah longgar ia akan membuatkan tyre belakang "gelong" dan akan mengegarkan badan kereta. Selalunya mekanik akan jack up the rear wheel dan pegang bahagian atas dan bawah tayar dan cuba goyang perlahan-lahan dengan kuat. Kalau ia bergerak maka perlu tukar bearingnya.
_______________________________
Diy front Wheel Bearing Kereta
_______________________________
_______________________________
1. Jack up kereta dan buka tayar keluar dulu.buka2 biji nut caliper di bahagian belakang caliper.
2. Tarik caliper disc keluar.. Pastu buka pula balljoint bolt pada bahagian bawah knuckle di hujung lower arm
5. Cungkil bawah knuckle yang untuk menanggalkan ball joint dari knuckle.. Pastu kalau nak senang ketuk dengan tukul untuk pisahkan ball joint dari knuckle
6. Knuckle yang telah dicabut keluar.. Pastu gunakan needlenose keluarkan ring dari permukaan bearing.
7. Letakan knuckle pada press plates . Alas socket yang agak-agak fit diatasnya untuk keluarkan bearing wheel didalamnya..
9. Cleaned up the parts bersi-bersih.. Pastu spray of lube pada part tersebut..
11. Sekali lagi letakan knuckle pada press plates . Alas socket yang agak-agak fit diatasnya untuk masukkan balik semula bearing wheel yang di lumur greese didalamnya.. Press perlahan-lahan sampai masuk habis
13. Dah siap semua pasang knuckle pada driveshaft semula.. Kemudian pasang disc, caliper, ball joint, absorber dan tie rod end
______________________________
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment
56 comments:
Tq for the info..
info bagus. cume nak cari press machine tu jer la. workshop ada la kot..
lawati blog saya,Free Myvi Wallpaper!!
nanti gua ada kereta, gua hantar servis dekat sini jela eh? hihi
nampak senang.. another DIY :)
lengkap la info nih...tq bro...
mas baca ni nampk senang je nak buat
tapi aku akan hantar kedai je
bnyak juga alat nak guna tu
Aku pun sama ngan tehr...maleh nak buat....anta kedai dah settle. Btw aku pernah kene pasal bearing ni satu tika dulu...jenuh gak la nak pasang telinga masa keta jalan sbb nk kompomkan yang kiri atau kanan....depan atau belakang....hehehe
whoooaaaa lecehnya hehehe
tapi...err... lagi suka anta kedai. he
Assalamualaikum Afzainizam
salam ziarah hari Jumaat
salam,,,afzainizam
saya...dah menggalami benda yang sama..rait rupenyer diy wheel bearing ..huhuk lega
WAh best-besst..siap DIY pun ada tuh...um pagi semalam aku ada g bengkel..dia kat wheel bearing ok. Tapi brake disc pulak dah botak/haus. so tukar brake disc. pastu tukar lagi ape kebende ntah..tapi still bunyi agi..so aku rasa ni problem tayar la yang bunyi2 tu..
terima kasih bro atas entry ini..baru tau pula pasal benda ni..
Tak reti lah nak DIY benda nih. Speaking of which, it's time for me to do alignment & balancing. Thanx for the reminder! :-)
oh....sy pun pernh kena gak macam ni..
tapi bila tekan brake..bunyi tu akan hilang....lepas dah pam tayar..baru la bunyi tu hilang...
yela rasanya kereta pinjam saya pon berbunyi
gila susah kerja dia ni.. tak larat den.. bagi bengkel je la kan..
klau aku kompom tak reti..hantaq kdai ja
sape taw kos nk tukaq wheel bearing totyota vios 1st model???
Berapa kos utk wheel bearing myvi 1.3?agak2 nk estimate harga takot kena kapak je kaw2. Huhu. Nk buat sendiri xreti n xda brg.
Salam bang haritu sy mintak no contac nak hantar kereta kt bengkel abg,,,tapi takde respon r...huhu...sy nk repair kt bahagian tayar ni...
rply kt no sy 017 7112005...urgent...huhuhu...
baru balik daripada tukar bearing belakang belah pemandu tadi. model kereta iswara 1.3.
harga bearing RM50 + RM30 (upah).
saya rasa macam mahal, tapi nak buat macamana dah terpaksa tukar. memang tayar dah berdengung habis.
lepas tukar terus senyap keadaan dalam kabin kereta.
thanks kepada tuan blog atas tips memeriksa bearing yang diberikan.
salam.tayar dpan blah kiri saya berbnyi kuat bla memandu,dlm kelajuan 40kmj,.lg laju lg kuat..bearing bru je gnti,agk2 ape mslh nye.
saya nk tanya,haritu saya ada tukar bearing 4 tayar,,dah include dgn upah semua RM 630...saya rasa mahal sangat.kereta jenis hyundai 2004.mintak pendapat?
salam bro...nk tye nie....kalau sy brek kete dalam keadaan slow akan ad bunyi mcm brek ad pasir....kalau laju tk de plak...check pad ok ag tebal ag....chek kt pomen dye kate bearing....betul ke?
Assalamualaikum bro nak tnya rm160 utuk siap pasang bearing jenis pump kt toyota corolla sblah blakang satu sahaja mahal ke? Brapa harga jika beli brg sndiri tnpa upah pasang lg?
Berdengung telinaga dengar bunyi dia. Syak bearing belakang. Pomen kata kalau honda city ..rm220. OK tak ?
salam.nak buka nut rim yg 4batang di knuckle tu macam mana ?
Diy terbaik
Ilmu yg brguna
Ilmu yg berguna..tgh projek tukar bearing...tq
Ilmu yg berguna..tgh projek tukar bearing...tq
Ilmu yg berguna..tgh projek tukar bearing...tq
Ramai jgak yang da masalah bunyi bising bearing kereta yer..
kereta saya saga flx baru pakai 2tahun 9 bulan dah start bunyi dah...
bawak laju lg bising bunyiye...
nak tanya admin berape kos repair tu?
bearing apa yang bagus blh tahan lama?
Assalamualaikum..nice sharing bos..klo keta yg ada abs,ttap guna cara yg sama ke@perlu tkar skali dgn hub..
Lme nye post nie tpi tetap bergune.. thanks for info
Aku punya keta bearing asyik rosak je..belakang..last2 tkr seketul kiri dan kanan..maklumlah kereta tua...pergi cari dkt kedai potong rm 200...ok ke?
Apahal xsrh pomen buat...tukar bearing yg mahal.skt...jgn yg cina...cepat pecah
Apahal xsrh pomen buat...tukar bearing yg mahal.skt...jgn yg cina...cepat pecah
Murah dah tu... Bearing x jem kot.. Klu bearing jem, ppaling murah, rm120 klu mahal pn sampai rm200 siap aligment
Murah dah tu... Bearing x jem kot.. Klu bearing jem, ppaling murah, rm120 klu mahal pn sampai rm200 siap aligment
AssalamuAlaikum ww,
Admin,
Kereta jenis perodua Viva,
Kenapa tiba2 tayar tercabut dpd rimnya? Ada sb bearing atau drive shaft yg rosak?
TQ.
Sumbangan anda ini sangat mulia....walau sekadar penulisan tetapi membantu ramai orang. Tahniah
tukar bearing depan satu... bengel cas RM155 saga blm 2010..
Terbaik la Bro ni!!!
Entri yg sgt membantu..terima kasih bro..
kereta sy xda abs tp sy beli bearing yg ader abs...bole guna x
Tayar blakang myvi sy bearing bunyi berdengung bila bawak 100 ke atas..sy g tanya bengkel dia kata kte tukar then harga dai 200 lebih berbaloi ke ...sbb takut kena tipu...200 tu sepasang ke atau sebelah je
Area jaya garding kuantan
[Komisyen 60%] Promote senarai 2000 Homestay di Malaysia
As salamu ‘alaikum dan Salam Sejahtera semua,
Inilah peluang terbaik untuk anda mendapatkan komisyen
melalui promote senarai 2000 homestay di seluruh Malaysia.
1) Pendaftaran adalah percuma..
- Boleh daftar secara Percuma untuk menjadi ejen pemasaran
kami menerusi link berikut:
https://myhomestay4u.onpay.my/affiliate/register
.
2) Peratus Komisyen yang Tinggi..
- Komisyen sebanyak 60% daripada harga jualan.
Selepas anda melengkapkan pendaftaran online sebagai
ejen pemasaran kami, anda boleh dapatkan link affiliate
yang terdapat dalam panel affiliate seperti berikut :
https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/ebshdm/{id_ejen}
Contoh:
https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/ebshdm/1
https://myhomestay4u.onpay.my/order/form/ebshdm/clickhere
Link tersebut akan mengandungi id anda sebagai ejen
pemasaran kami.. promote sahaja link seperti berikut
untuk membolehkan anda mendapat komisyen per jualan..
Sekiranya anda perlukan bantuan?
Anda boleh baca di sini cara untuk mendaftar sebagai ejen pemasaran kami
http://www.myhomestay4u.net/p/daftar-affiliate.html
Sekian sahaja perkongsian dari saya..
Ikhlas,
Mohd Jawaheer Abdullah
Bila bawa kereta wira berbunyi bila brek bunyi akan berenti
Mahal
Bos kedai mana ye boss
Excellent work buddy...
soundproof mat
Post a Comment