Thursday, February 23, 2012

DIY Tukar Manual Transmision Oil

 Pertanyaan yang diajukan...
Azram Razali said em, bole tunjuk cara camne nak DIY tukar minyak gear keta manual? cam senang tapi tak yakin. minyak itam dah penah uat. tq
Zeriati said camne nak cek minyak trans manual punya kete dh kering ke x ??
 Jawapan kami..
Thanks pada Azram Razali dan Zeriati bertanya... Cuma minta maaf lahhh lambat balas.. Saya cuba terangkan sedikit secara ringkasnya...
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 DIY Tukar Manual Transmision Oil
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penukaran Minyak Manual Transmision Oil ni memang penting ditukar...jangan abaikan  kerana kerosakan kepada gearbox memerlukan perbelanjaan yang besar.
Untuk pengetahuan semua....
-Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
-Bagi ATF - Automatic Transmission Fluid ada sebut setiap 20,000km dah kena tukar. 
Bagaimana nak buat pemeriksaan minyak gearbox manual ada atau tak ada?
Kena buka skru tempat isi minyak gearbox, ( buka nut fill no.17 ) kat bahagian depan gearbox.. Cabut keluar dan letak tepi nut tersebut..

kemudian jolok lubang tu pakai hujung jari. kalau ada minyak  kat  hujung jari, makna nya cukup la minyak tu...kalau tak ada makna nya tak cukup la... 
Cuba tengok minyak gearbox tu bagaimana?.. sama ada dah hitam legam warnanya atau tidak... tengok sama ada  minyak cair ... Kalau minyak gearbox tu dah tak elok ... Seharusnya dah kena tukar baru dahh...
 _______________________________
 
Peralatan/tools yg diperlukan:
Spanar- untuk buka drain dan Fill nut.
super car jack- barang wajib untuk kenderaan
sediakan bekas untuk buang minyak terpakai
 
Langkah-langkah seterusnya
1-Gune car jack untuk naikkan kenderaan bahagian hadapan. 
2-Pasang Stand naikkan keempat-empat tayar.. pastu Berapa tinggi? ikut saiz badan asalkan korang boleh buat kerja dengan selesa

Ada 2 Cara nak tukar Manual Transmision Oil
A) Cara Pertama 
1)Secara ringkasnya ramai yang buat penukaran minyak gearbox dengan cara ini.. kerana agak simple dan mudah untuk dilakukan
2)Gunakan jack - Pastikan kita jack pada bahagian "tetulang" dan STAND - letakkan jack ini pada bahagian tetulang untuk keselamatan diri supaya tak kena hempap kereta..


3)Ok kat sini ada dua nut satu Fill ( sebelah atas sikit) dan satu lagi Drain ( sebelah bawah) .. Kena pastikan yang mana satu ye..


4)Ambil spanar no. 24mm untuk membuka drain nut. Cabut dan letak tepi drain nut tu..

5)Bila dah cabut nut minyak gearbox akan keluar,tunggu sampai habis kering keluar semua
Pastu jangan lupa pasang balik drain nut tu semula…

6)Buka nut fill no.17 kat bahagian depan gearbox untuk memasukkan minyak yang baru.
7)Tak kisahlahh..apa-apa minyak gearbox manual yang sesuai. hanya perlu 2 liter sahaja. 
8)Untuk kereta lama boleh  bubuh sekali dengan gearbox treatment, bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan ..
9)Kena buat corong nak masukan minyak gearbox.. Kena modifide sikit... Guna hose dan corong cantumkan.. pastu jolok ke dalam ruang enjin
 10)Nampak tak hujung hose tu… Ambil dan masukkan hujung hose ke dalam lubang fill ... 
  11)Tuang minyak baru pada corong tadi… Isi minyak gearbox  lebih kurang  2 liter lah.. 
12)Sampailah minyak mulai keluar meleleh ikut lubang inlet bermakna minyak dah mencukupi… Pastu tutup pasang kembali nut tersebut .. selesai lahh sudahhh..
 _______________________________
B) Cara Kedua
1)Selain itu ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai altenatif jika terdapat kesukaran menggunakan corong dari atas .. (sama ada ruang enjin sempit sangat) boleh guna cara macam kat bawah ni..
2)Dapatkan Satu Set Fluid Lubrication Pump.. Benda ni boleh beli kat kedai hardware ada jual benda ni... Pasang kepala pump tu pada botol minyak gearbox tu.. 
3)Ambil dan masukkan hujung hose ke dalam lubang fill ... Pastu tekan-tekan kepala pump botol sampai minyak gear box mencukupi didalamnya… ( meleleh keluar ) ... dah penuh ambil nut tutup balik ... selesai lahh sudahhh..
_______________________________
Pesanan kami
Elak kan gearbox auto ni kena air atau kalau kereta memasuki kawasan banjir, Silalah checking minyak tu dengan segera. sebab apabila air tu masuk dalam gearbox ni dan bila air bercampur dengan gear oil akan merosakkan seluruh gearbox.  
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment  

12 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm senang je sbrnya kan

ku-cit said...

kalo ada peralatan, tau buat, senang aje kan...

encik Cool said...

hantar bengkel lagi senang!!

Yas y said...

ada masa, ada peralatan, ada tempat, ada pengalaman....sumer boleh bikin...yg penting nak atau tak nak jerr....hehehe

logorithm said...

Peralatan spanar dan sebagainya yang standard untuk kereta I dah hilang dah. Mungkin kena curi semasa hantar kereta untuk servis. D.I.Y. buat masa nih memang tak leh buat dah. Kalau tayar pancit pun susah nih!

Hmmm... mungkin ada baiknya I gantikan peralatan yang hilang tuh... sekarang jugak! :-p


Terbaru dari Logokoko:

[U] Kena ragut!

[13SX] Toilet signage yang nakal (Part 1:2)

[U] Tragedi balik kampung

dhiera said...

kereta saya dah 45 000 km. setakat ni, tukar minyak itam sepupu yg tukar (lepas 3x servis dekat perodua). tak tahu dia tukar minyak transmission ni ke x. kena cek la ye~

Papa Mifz said...

mcm rumit jer..hehe den hantar ke bengkel je la..hehe

* bro monang FM Tioman yer...;)

http://www.papamifz.com/2012/02/pemenang-fridge-magnet-pulau-tioman.html

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

tak berani nak tukar
takut tersilap...hancussss..he he

Alan said...

hantar kedai je hehe

ABU said...

errr... rumt gak ni.. berikan kepada yg pakar hahaha..

FY FY said...

boleh tolong ajarkan cara tukar minyak gearbox iswara x?

jack sparrow said...

boleh tunjukkan cara tukar minyak gear box dan minyak CVT saga flx, sebaiknya bergambar....kalau hantar bengkel agak mahal...upah tu...baik buat sendiri,...saya dah cek Drain plug tapi tak jumpa inlet nya....kelirulah...sekarang dak ODO meter dah 55K....dah dekat 60K....tolonglah kawan-kawan yang tahu...