Friday, March 2, 2012

Diy Balut Cover Door Panel Kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Alejandro said tertarik dgn entry lepas good job! bro ada x cara nak wat sendiri balut door trim dgn kain pd kete aku?
Jawapan Kami..
Thanks pada Alejandro bertanya.. Sorry lambat balas... Eeemm pasal nak balut Cover  tu saya cuba kongsi berkenaannya secara ringkas macam kat bawah ni yerrr...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Balut Semula Cover Door Panel Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kalau nak balut semula cover panel door trim kereta korang boleh guna kain / fabric..Kain fabric ni boleh di cari kat kedai buat seat kereta..Ada macam macam jenis kain nak guna fabric baldu ker , fabric macam recaro ke, nak kain yang bercorak pun ada.. Warna apa yang rasanya bersesuaian dan design macam mana nak buat... Itu semua bergantung pada citarasa korang...

Cara Balut Semula Cover Door Panel Kereta
Kalau korang rasa nak tukar kain fabric cover panel pintu kereta korang yang dah nampak  buruk atau pun dah koyak..ni caranya.

1.First.. Kena cabut dulu cover panel pintu kereta tu..

2.Pastu terbalikkan cover pintu terebut buka skrew pada cover plastik..

3.Tanggalkan fabric lama pada panel pintu kereta..

4.Bersihkan permukaan panel pintu kereta dari sisa gam fabric yang kita tanggalkan tadi

5.Dapatkan kain fabric jenis baldu.. bentang fabric diatas lantai.. Ukur cover plastik dengan fabric baldu.. Potong/ gunting ikut bentuk permukaan kelebaran cover plastik

6.Gunakan 3M Trim Adhesive sebagai pelekat antara fabric baldu dengan cover plastic.. Tapi jangan bubuh banyak sangat

7.Fabric baldu tadi tekap atas cover plastic yg telah di letak 3M glue tadi.. Kemudian ratakan permukaan fabric jgn ada kedutan.. kemudian jemur bagi glue cepat kering

8.Lepas tu cover plastic tadi kena pasang balik pada panel pintu kereta tersebut..

9.Tebuk lubang guna pisau untuk memasukkan skrew pada panel pintu kereta..
Pasang balik skrew dan ketatkan skrew tersebut…

10.Boleh juga kita balut fabric baldu pada bahagian Arm Rest pada panel pintu

11.Yang ni balut semula fabric baldu pada bahagian Arm Bar tengah antara seat
12.Bila dah siap semuanya boleh pasang semula cover penal pintu pada tempat asal  nya…Ok dah siap dahhh….
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di  coloum comment.. Thanks..

14 comments:

Yas y said...

Thanks bro sbb bg tuto pasang fabric kt keta...pas ni ramai la yg boleh pasang sendiri...harap2 begitulaahhhh

hananotgojes said...

bro, mmg tips berguna lah yang ini. thanks. hana pon nak balut tapi tulah, perlukan tenaga lelaki. hihi

Udinz.com said...

cantekk.tapi saya takde kereta lagi...nhehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm lebih smart ada cover ni :D

Papa Mifz said...

Wah satu hari entry nih pasti sgt membantu ;-)

logorithm said...

Hmmm... kerja nih memerlukan jari-jemari seni untuk mendapatkan hasil kerja yang kemas dan cantik...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Flat untuk dijual

[13SX] Toilet signage yang nakal (Part 2:2)

[U] Kena ragut!

Nuraizat said...

stylee.. xpernah taw pn bleh tuka bende n.. hehe

dmx said...

insyalllah...nak mecuber he3

ABU said...

jadi lawa pulak.. bagus bagus.. blh try.. try soh bengkel buat la hahaha

Woofer Storm said...

ingat nak buat tapi tak yakin ni..ada duit lebih buat kat kedai je la.heheee

opitproyoung said...

salam bro,


boleh ajarkan macam mana buat door trim sb door trim pintu saya dh expired.al maklumlah kereta oild skool.just yang simple2 jew...thanks atas segala info and tunjuk ajar ku sifu

mannerohardy said...

cantik topik ni....lepas ni bole la buat sendiri ;) .....

azrie zk said...

kat mana nak cari fabrik yg sesuai??

Ishida Uryu said...

salam bro..sy nk thu,mcmn nk buka panel dashboard wira,ngn dashboard nye skali..thanks a lot..