Friday, March 16, 2012

Tip-tip Jumping Bateri Kereta Kong

Pertanyaan yang diajukan..
Syark   Said pagi tadi kereta aku takleh start,  dah lambat  g keje.kete tinggal dulu..kang balik baru nk tgk...aku suspek batery dia dh kong? apa perlu buat? nk kena jumper kr ..aku takde pengalaman ni.
Jawapan kami..
Thanks bertanya syark .Ok masalah ni saya cuba berikan pandangan secara ringkas seperti dibawah..
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
 Tip Jumping Bateri Kereta Kong
  ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ada ketikanya luck tak baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah "start". Ia ada kaitan dengan bateri,  Hal ini terjadi kebiasaannya disebabkan bateri yang telah weak... ada juga kes tertentu dimana pemandu lupa mematikan sistem eletrik kereta seperti lampu kenderaan,sistem stereo dan sebagainya...
Tanda-tanda bateri kereta dah kong (lemah)
-Kereta tak leh start,
-Hon bunyik slow,
-Lampu malap
-Alarm jadi bengong..
-Ade bunyi "tik tik tik tik"
1) Minta bantuan rakan anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start.

2)Pastikan kereta mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.
Sebabnya  kenapa kereta cc kecik tak sesuai untuk jumper kereta cc besar?
Tengok samada bateri kereta yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta kawan untuk membuat jumping start.
Contoh: Sekiranya kereta anda adalah Produa kelisa 1.0 CC, dapatkan kereta yang CC juga sama ataupun yang kereta yang lebih besar seperti Waja 1.6 CC.saya pernah cuba kancil nak jumper ke nisan cefiro tak boleh.. Produa Viva nak jumper ke naza ria jugak tak boleh..
Walau pun kesemua bateri kereta mengeluarkan 12V sama ajerr…tetapi bateri sebenarnya bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaan serta bilangan plate dalam bateri. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas.  
Contohnya Biasanya
N40Z (Kancil,Kelisa,Kenari)
NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja )
NS70L (Naza Ria pakai) 
3) Rapatkan kedua-dua kereta anda supaya senang nak pasang jumping cable
4)kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start
5) kesemua komponen eletronik, lampu, radio,aircond perlu di ’off’kan switch...
 _______________________________ 
1)Dapatkan cable jumper cable ... sebenarnya jumper wayer cable jumper ni ada besar ada yang kecil saiznya..
2)Kalau boleh…kena pakai cable jumper saiz besar..
3)Kalau pakai cable saiz kecik nanti cable cepat panas atau mungkin getah penebat wayer boleh
mencair  ..
1)Pasangkan cable jumper dari kereta bateri kong ke kereta yang nak jumper
2)Merah untuk positif  ( + )... Hitam untuk negatif (-)...
3) Pastikan anda memasang Cable positif (+) dahulu di kedua-kedua kereta barulah memasang bahagian Cable negatif...

Memang kebiasaan cara ni lahhh selalu orang buat kalau bateri kereta kong..
1)Kepit Klip cable jumper dari kereta bateri kong ke kereta yang nak jumper
2)Kepit Klip Cable terminal bateri merah positif   bertemu dengan Cable terminal bateri merah positif  pada kereta kong
3) Manakala klip terminal bateri hitam negetif  dengan terminal bateri hitam negetif  pada kereta kong jugak..
4)Cara ni Selalu orang buat sambung jumper bateri ke bateri kong…
5)Tetapi sebenarnya tidak digalakkan menyambungkan cable hitam ini ke terminal negative bateri kereta yang kong, Sebabnya masa kita cas bateri tersebut ianya akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan mungkin boleh menyebabkan risiko berlaku letupan.
 _______________________________

Ini adalah teknik/ cara mengunakan Cable jumper yang disyorkan pada bateri kong..
1)Pasang klip cable jumper merah  ke terminal positif dari kereta bateri kong ke kereta yang nak jumper
2) Pasang klip Cable jumper hitam  ke terminal positif bateri kereta rakan anda
3) Kemudian klip Cable hitam yang satu lagi ke mana-mana bahagian besi pada enjin atau klip kat body kereta anda
Sebenarnya adalah lebih baik kalau kita klip Cable hitam negetif yang satu lagi pada mana-mana bahagian besi pada enjin atau klip kat body ( selalunya dekat lubang atau cangkuk bonet) enjin kereta anda… 
4)Masa jumper bateri, kereta yang bateri OK kena hidupkan enjin..kena tekan minyak sekali sekala,supaya karen dapat supply dengan kuat untuk kereta yang kong tersebut..
5)Biarkan kenderaan anda hidup selama 15 – 20 minit.
6)Dah agak lama cas bateri, cuba start kereta yang bateri kong tu
 _______________________________ 
 Jumper Cable tak ada???
Ok... Sememangnya ada pemilik kereta yang tak ada atau tak simpan Jumper Cable pon dalam kereta..  Mintak tolong kawan tetiba kawan kita pon tak ada jumper cable....Kalau terjadi bateri kong tak boleh hidup pada kereta sendiri pasti mengelabah ... So jangan bimbang ada caranya macam kat bawah ni....
 _______________________________  

Untuk kereta gear Manual atau Automatik boleh guna cara ni.. Cuma tak digalakan guna cara ni...  time emergency bolehlah guna cara ni.. sebab mudah jer nak buat..( selalu saya gunakan cara ni )
1)Minta bantuan rakan anda .. Pinjam bateri kereta dia sekejap.
2)Ambil sehelai kain buruk
3)Alas atas bateri kong tersebut..
4)Cabut bateri kereta kawan anda yang ok tu.
5)Letak kan bateri OK tu atas kain buruk tersebut Supaya air bateri tidak meleleh tumpah kena body
6) Pastu tonggengkan bateri tersebut
7) Tonggengkan aje bateri tu dan cantumkan terminal bateri OK dengan terminal bateri kong
8) Terminal Positif(+) dengan Positif (+), Terminal negetif(-) dengan negetif(-)
3) Cuba Start atau onkan switch kereta korang.. Memang boleh hidup punya kereta korang 
 _______________________________

 Untuk kereta gear Manual atau Automatik boleh guna cara ni..Tapi banyak kerja sikit...
1)Minta bantuan rakan anda .. Pinjam bateri kereta dia sekejap.
2)Buka dan keluarkan bateri kedua-dua kereta tu
3)kemudian pasangkan bateri yang OK masih baik tu pada kereta yang dah Kong habis bateri
4)Hidupkan enjin
5)Biarkan enjin hidup dan jangan padamkan enjin tu
6)Tukar balik bateri ke kereta asal.
7)Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut.
Tapi kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! 
 _______________________________  

1)Untuk kereta manual boleh guna cara ni  tak payah tukar bateri.
2)Mintak la sape-sape dua tiga orang... Tolong tolak Kereta dari belakang...
3)ON Suis kunci kereta dulu.. Pastu tekan clutch
4)Agak-agak dah berjalan sikit tu masuk gear 2,
5)Lepas clutch, sementara itu pijaklah pedal minyak  dan enjin akan hidup. 
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment  

23 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm banyak teknik berkesan ni..thanks bro :)

Zack Hazze said...

kena belajar ni tips2 jumping ni...snang klau emergency...thanks bro...

Papa Mifz said...

bagus2...baru tau nih..thx bro...

atuk said...

Assalamualaikum Afzainizam

cara ke 3 tu tak pernah cuba

tehr said...

Aku pernah buat ni masa kancil tak leh start
aku guna bateri van nissan

ku-cit said...

bgs tips ni...byk membantu..

dhiera said...

terbaek info ni~

Yas y said...

Cara ke 3 tu tak ramai yg tahu bro...aku pernah buat kat satu market survey kompeni aku...bebudak kt situ terkejut tgk cara aku jumping...hehehe

ayie said...

ohh teknik xde cable pon bole jugak yee..macam magik plak..huhu

ABU said...

pastikan cc yg sama atau lebih besar.. ok noted..

logorithm said...

Oooo... rupa-rupanya ada banyak cara...

Tapi cara #3 tuh macam menakutkan pulak. Sekali termeletup kang habis lah tangan kita... hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Raba opismate

[U] Gambar anjing tembus pagar

[18SX] Isteri curang DEMI suami tercinta

Udinz.com said...

thanks for the tutorial bro..
kalau kereta mampos tepi jalan boleh la mintak tolong org yang lalu lalang..ehhe..

khairul said...

npk sennag nk buat ..tp klu terkena kt batang hidong sendiri gelabah gak jadinya haha

Nuraizat said...

haa pernah kene sekali bkete x leh idop, terpaksa la suruh member dr teluk intan dtg ke gopeng psl kete rosak.. haha

KizZ said...

Wuiyooo...mantap...hampir semua cara ada...siap jalan alternatif tu..bgus2..sy suke..

Edy Fee said...

tapi knapa tak penah org buat betri spare mcm tayar spare dlm kete.hakhakhak...kidding

encik Cool said...

nk tanya!kereta saya kalau tak start 2-3 hari mulalah susah nak start..apa sbbnya ek..hari tu baru cas batery..pun sama juga 2-3 tak start mulalah kena jumper!!

Woofer Storm said...

sy baru je tukar bateri kereta,so skg ni tak perlu nak pening sngt..hehe

~cuma kdg2 sy lupa nak off lampu kereta,,nsib baik ada kwn tlg ingtkan^^

nabilah_2908 said...

ada juga yang gunakan cable yg bahagian getah tu dibuang sedikit..lepas tu dekat kan kt kepala battery..

sy tgk dari jauh..mcm ngeri je..lagi2 bila nampak percikkan elektrik kt situ bila enjin di hidupkan...

takut elektrik menjalar kat tangan..hehe.. :)

ibnu yusuf said...

byk tips bro...tnkzs,,,mmg ngam la,,,dan2 btri mmg x mau idup,,,byk lak tipsnye...hahaha

Mohd Rezza Rahmat said...

Bro, kalo kete xgrk dh dkt 2buln cmne?first aq jump ok,smggu pastu aq jump balik tros xbole..nie bateri mmg dah flat hbs ke pe?..kete saga blm..bg suggestion sket

Bateri Fam said...

Saudara Rezza

itu tanda tanda mcm bateri ada masalah. Bateri kalau 2 bln tak setat confirm akan flat, kalau nak charge pun bukan dgn alternator kena pakai elektrik charger.

Alialisya Akmar said...

Thanks the info....sy pun terkena pg tadi, agaknya selagi tak kena tak cari info...sib baik en hubby ade kan so we all just guna cara yg last skali...tp kesian la die sorang jer yg menolak....Sebab batery kong.... anak2 main lampu n lupe nak padamkan...Nasib baiklah boleh start kalau tak en hubby lmbat g keje....