Monday, January 16, 2012

Prosedur Hantar Motorsikal Balik Sabah Sarawak

 Pertanyaan Yang diajukan..
shaqqawishaq aku hujung bulan ni balik ke sarawak... balik kampong terus, masalahnya aku masih buntu camane nk bawa moto aku dr semenanjung. ada prosedur tertentu yg rumit tk?
shaqqawishaq  naik apa & brape kos yg trlibat utk pengangkutan? Brape lame boleh sampai
Jawapan kami..
Thanks pada bertanya… uihhh camne nak jawab pertanyaan ni.. rasanya saya bukan orang yang sesuai nak jawabnya… baik anda tanya pada orang yang lebih arif dalam hal ni… Cuma ada sedikit info secara ringkas macam kat bawah ni
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Prosedur Hantar Motorsikal guna Flight
Dari Semenanjung Balik Sabah , Sarawak
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebenarnya nak urus dan ikut prosedur penghantaran agak complicated sikit nak buatnya…
1-First buat pemeriksaan kenderaan kat PUSPAKOM dulu, nanti Puspakom tu check nombor chassis dengan nombor enjin, tengok sama ke tak macam dalam geran. pastikan bawak geran motosikal original sekali.. Checking ni semua tu kena RM20 je..Bila dah siap check puspakom akan bagi sijil pengesahan lepas inspection tapi ada tempoh valid untuk sebulan je
2- Submit ke JPJ untuk urusan selanjutnya.... Ambil borang permohonan untuk eksport motosikal ke destinasi mana nak hantar motorsikal tu.. pergi kauter JPJ isi borang sertakan sekali geran dan sijil puspakom tadi. surat pengesahan JPJ menyatakan motorsikal tersebut tiada senarai blakclist, surat tu free je.
3-Kalau motosikal masih ada pinjaman bank,anda perlu mendapatkan surat pengesahan yang membenarkan kenderaan untuk di eksport....
**Eksport kat sini maksudnya adalah bawak balik Sabah Sarawak lah yerr..

 ** Bila urusan di atas telah selesai,terpulang kepada pemilik nak pilih jenis pengangkutan,untuk menghantar kenderaan ke tempat yang dituju.
a)Nak guna perkhidmatan udara Mas kargo - kalau dengan Mas Kargo memang cepat, kalau semua ok hari ini hantar besok boleh ambil lah.
b)Pengangkutan cargo shipping ( kapal laut ).... memang sangat lambat..mahu dekat 1 bulan..
c)Guna Pos Malaysia atau courier company untuk pos motorsikal tu.. Tapi rasanya  Pos Malaysia sekarang dah tak buat service untuk pos motorsikal tu kot… eehhh tak pasti lahhh
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Perkhidmatan Udara MasCargo
Ok..Back to point.... Saya syorkan anda ambik Perkhidmatan Udara Maskargo sebabnya lebih cepat, tidak memakan masa yang lama untuk motorsikal tu sampai dan lebih selamat .. Cuma kena keluar duit lebih sikit lahh...

Caranya ialah..
A-saya syorkan, cari Forwarding & Handling Agents kalau nak senang berurusan. Cuba runding dengan agent berapa bayaran dia habis cerita, nanti dorang la yang urus semuanya dengan Maskargo.. kia tak payah susah-susah pun just bayar ajerr...
B-Kalau kita rajin nak buat sendiri proses  urusan dengan Mascargo.. tapi memang agak leceh .. dapatlah jimat kos kita boleh buat sendiri... caranya macam kat bawah ni..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebelum Buat Penghantaran Motorsikal
1-Bawa motorsikal anda ke warehouse pergi office Maskargo untuk isi borang daftar maklumat pengirim barang.. dokumen.yang perlu dibawa Geran, Road tax still valid, salinan yang disahkan bank, salinam result puspakom dan JPJ dan juga salinan IC untuk Maskargo akan bagi dokumen utk serahkan pada kastam. lepas tu timbang berat motosikal dulu.. Charge normally ikut berat motor, 1kg dalam bawah RM10.00.  kalau motorsikal kapcai anggaran berat motorsikal tu kena bayar lebih kurang dalam lingkungan RM600 hingga RM750 lah..
 
 
2-Pergi pejabat Kastam untuk daftar Declaration borang K3.. borang  K3 tu kena bayar dalam lingkungan RM 20... Kemudian akan ada Pegawai Kastam akan datang check motorsikal tersebut, then diorang check motosikal, check no Chasis dan no Enjin
 
 3-Then lepas siap pergi balik office maskargo tadi untuk submit pemghantaran Nanti ada kakitangan Maskargo akan suruh anda tanggalkan wayar disconnect bateri, cabut keluar bateri sebab takleh bawak sekali dengan motorsikal dikira barang berbahaya..tangki minyak petrol mesti di kosongkan , minyak hitam enjin pun kena kosong.. ( dinasihatkan bawa botol kosong nak isi minyak petrol dan minyak hitam yang dikeluarkan tadi) .. side mirror pun cabut letak bawah seat..Macam helmet boleh kita kirim sekali lepas tu kakitangan Maskargo akan balut dengan plastik wraping double stand, coverset dan helmet box motorsikal tu.
4-Maskargo akan bagi tau bila flight untuk motorsikal tu berlepas, bila boleh ambil, Sebelum tu, kita kena bagi tau siapa yang akan ambil motorsikal tu dengan Maskargo bila dah sampai nanti..
5-Buat bayaran Maskargo, bagi dia Kunci Moto dan Roadtax, dia pack sekali dengan dokumen kita. geran original kena bagi Maskargo pegang dan ambil balik masa sampai terima kat destinasi nanti..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bila Motorsikal Sudah Sampai Ke Destinasi
1) Maskargo akan talifon anda mengatakan barang dah sampai pada penerima
2) Penerima kena ambil motorsikal dekat warehouse Maskargo.. Penerima akan settle prosedur terima dan bawa keluar barang dari warehouse..
3) Di nasihatkan Penerima kena bawa Minyak petrol dan minyak hitam dalam botol ( sebab nak isi balik minyak petrol dan minyak hitam yang dikosongkan sebelum tu)  sila bawak siap-siap tools spanar player untuk pasang balik bateri dan part –part yang di tanggalkan..
 
Ok setakat ini ajerr yang saya dapat terangkan... Harap sedikit panduan ini mungkin berguna pada yang memerlukan... kalau salah sila betulkan yerr...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Saturday, January 14, 2012

Insurans Kenderaan Akibat Bencana Alam


Pertanyaan yang diajukan..
nabilah_2908 said...hmm..kt sini pun risiko banjir...kalau bencana alam ni..tak boleh claim insurans kan..?
Jawapan Kami..
Thanks pada nabilah bertanya.. Cuma saya ni bukan penjual insurans kereta tapi ada sedikit info berkenaan jawapan tersebut secara ringkas macam kat bawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Claim Insurans Kenderaan Akibat Bencana Alam 
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tengok ajer kat surat khabar atau berita TV ada macam-macam cerita tentang bencana alam yang sering berlaku kebelakangan ini.. Ramai selalu tertanya-tanya sama ada kita boleh membuat tuntutan insurans  kenderaan bagi kerosakan yang diakibatkan kuasa bencana alam..
*Maksud senang faham kuasa bencana alam ni macam banjir, taufan, hurikan, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran, tanah, penurunan atau penenggelaman tanah atau gegaran semulajadi

a) Ok back to point, Kalau nak di ikutkan polisi insurans kereta komprehensif yang kita ada ni hanya memberikan pampasan bagi musibah seperti kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran mahupun kecurian ajerr.
b) Tetapi kerosakan akibat banjir atau apa-apa rentetan daripada banjir dianggap sebagai bencana alam dan kerosakan kenderaan akibatnya disenaraikan sebagai risiko yang TIDAK dilindungi oleh polisi insurans kenderaan. Senang cakap, syarikat insurans tidak akan melayan tuntutan kerosakan disebabkan bencana alam
Antara kerosakan atau kehilangan akibat banjir yang tidak dilindungi ialah:
-kerosakan terhadap kenderaan yang ditenggelami banjir
-kehilangan kenderaan akibat hanyut semasa banjir
-kebakaran dan letupan kenderaan akibat dimasuki air banjir
-kemalangan terhadap kenderaan dengan objek yang dihanyutkan air banjir atau dihempap batang pokok


Selain banjir, bencana alam lain yang tidak dilindungi termasuklah:
- Situasi rentetan daripadanya seperti ombak besar/tsunami, taufan, gempa bumi,  ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau gelinciran tanah
- Rentetannya seperti letupan atau kebakaran kenderaan akibat sebarang jenis bencana alam
- Rentetan akibat kerosakan akibat kenderaan dipanah petir semasa ribut.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Premium Insurans Tambahan Bencana Alam
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 
Walau bagaimana pun ada sesetengah polisi insurans sedia ada memberikan opsyen atau di extend untuk cover dan melindungi kerosakan yang berpunca dari kesan bencana alam ni. So benda ni kena tanya insurans kenderaan kita ada tak tambahan polisi untuk bencana alam ni... So  kena beli perlindungan tambahan ini
Cuma saya tak pasti berapa jumlah caj premium tambahan tersebut... Sebabnya ada polisi insurans mengenakan bayaran 0.3% dan ada yang caj 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan.
Sebagai contoh,
a)Kalau harga bayaran caj cuma 0.3% dari nilai semasa kereta.
 
Sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyakRM60,000 cuma kena bayar RM180.

b)Kalau harga bayaran caj cuma 0.5% dari nilai semasa kereta.
Sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyak RM50,000,  premium tambahan dikenakan sebanyak RM250.

*Nampak agak mahal, tapi bila terjadi musibah, maka duit kita juga yang selamat.  
*Kita boleh membelinya semasa renewal insurans, kalau tak silap saya  antara antaranya Easy-Insurans Kasih Motor, SEA insurans, Etiqa, Takaful ada buat Premium Tambahan Bencana Alam ni 
______________________________
Pesanan kami
Apa jua musibah datang secara tiba-tiba, kita akan menjadi panik dan buntu memikirkan apa yang harus dilakukan seterusnya. Semoga Allah melindungi kita semua dari malapetaka dan bencana...amin...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Friday, January 13, 2012

Tip Kereta Semasa Banjir


Pertanyaan yang diajukan...
bby: bro sy nk tanya sbb x experience kete sy pernah tengelam dlm banjir kilat x sempat keluarkan kete, alih alih dh smpai injin! ape nk wat rosak x injin nnti lpas tu
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada bby. Maaf lambat balas jawapannya… Saya cuba berikan sedikit pandangan ringkas seperti dibawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip kereta semasa banjir
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku.
 
A) Tip kereta, sebelum berlakunya banjir
-Kalau boleh awal-awal lagi pindahkan kereta kalau tidak mahu risiko tenggelam. Parking kan dikawasan tinggi atau tumpang letak kereta kita di rumah saudara mara atau sahabat handal yang tinggal di kawasan yang tinggi dan pada perhitungan kita kawasan tersebut tidak dilanda banjir. 

 -Kalau air tidak lebih separuh tayar kereta, selalunya boleh lagi harungi, guna gear rendah (gear 2 selalunya) dan jangan tukar gear atau tekan clutch dalam air... tekan minyak mantain sampai lepas air. Tapi sebenarnya merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak
-Kalau air banjir melebihi separuh dari tayar kereta.. jangan dok try jugak mengharungi.. takut tak lepas enjin dah mati dan tersangkut kat tengah banjir..
-Kalu motorsikal, balut kaburetor dengan plastik dulu.. kalau air banjir masih cetek paras bawah betis boleh redah banjir tapi kena guna gear rendah.. Tetapi kalau banjir dah naik tinggi sikit, jangan hidupkan motorsikal.. kena tolak ajer motor tu ke tempat pemindahan yang selamat.. 
B) Tip kereta sudah tenggelam banjir
Perkara ‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan.

-Seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir. tunggu sampai banjir kering dulu pastu baru buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
-Cabut bateri kereta dulu, jangan sesekali start hidupkan kereta.. pastu upah towing, tarik kereta hantar ke bengkel..biar makenik buat. sebabnya kalau cuba buat sendiri risikonya amatlah tinggi. wiring kereta boleh litar pintas.. kerana apabila anda cuba menghidupkan injinkereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak computer dan sensor yang ada.. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.
-Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Keluarkan minyak hitam enjin, minyak gear dan buka semua spark plug kereta tersebut, begitu juga keluarkan petrol kalau bercampur dengan air. Jemur kereta pada panas matahari  (kebiasaannya dua hingga tiga hari) supaya  kesemua peralatan elektronik kering
1) Penukaran minyak hitam enjin
-Jika minyak hitam bercampur air, adalah perlu mengeluarkan semua minyak hitam kerana minyak hitam lama boleh menyebabkan karat merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.
-Buang semua minyak hitam enjin..
-Isi minyak baru..( beli minyak murah-murah dah laa..)
hidupkan enjin..biar dia running dalam 1/2jam.. atau drive pusing-pusing dulu
-Pastu buang minyak yang baru diisi tadi..
-Lagi bagus kalau ulang tukar 2,3 kali..baru betul-betul clear..
-last sekali isi minyak baru sekali lagi...kali ni boleh ikut grade minyak hitam  yang sepatutnya.. 
 
Penukaran minyak gear.
-Jika minyak gear bercampur air, minyak gear perlu ditukar.. minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear. Dalam keadaan biasa minyak gear ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada ’Teh susu’.
-Buang semua minyak gear..
-Isi minyak baru..( beli minyak murah-murah aje dulu..)
-Enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit.
-Pastu buang minyak yang baru diisi tadi..pastu isi minyak baru...
-Kemudian, minyak gear diperiksa sekali lagi
-Ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air.
Penukaran penapis minyak pelincir
-Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana mungkin telah bercampur air lumpur atau mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.
Penukaran komponen yang lain
-Beberapa komponen yang perlu ditukar seperti palam pencucuh, penapis udara, minyak brake, power stering, fius  dan lain-lain lagi ..kemudian membuat servis enjin kereta semula termasuk lah tuning karburator atau sistem suntikan elektronik
Mencuci kereta
-Basuh kenderaan secara semburan dengan air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.Ketika melakukan kerja semburan air ini, elak menghala hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir.Jangan lupa halakan air deras pada bahagian brek pada roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar tertanggal sepenuhnya. 
Belanja membaiki kereta rosak
-Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit untuk overhaul kereta, wiring kereta,  tukar ecu, eletronik part dan lain lain lagi .
-Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan kecil yang sensitif kepada air sahaja..Tetapi kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, mungkin kesannya menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda 'makan duit'.
 _______________________________
Pesanan kami
Semoga mereka-mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dengan banjir ni dapat bersabar dengan apa yang berlaku. Anggaplah ini sebagai dugaan dari Allah Subhanahuwata'ala semata-mata.
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Tuesday, January 10, 2012

Tips tersalah isi minyak kereta


Pertanyaan Yang diajukan
richie: dlu pernah jd pam attendant. aku tersalah isi minyak kat sebuah van.Sepatutnya diesel, tapi sebab miscommunication sikit ingtkan van tu pakai petrol.rupenyer van tu pakai diesel
Jawapan kami…
Thanks bertanya pada richie .. memang dah banyak berlaku tersalah isi minyak kenderaan.. Kereta diesel isi petrol, enjin akan mati sebab enjin diesel takde spark plug sementara petrol memerlukan sprak plug untuk ignite pembakaran. Kalau kenderaan itu bergerak dan jalan beberapa meter, tiba-tiba bunyi macam bawa bas pulak asap ekzos berkepul-kepul, dan terus terhenti...


a)Pastikan kenderaan anda menggunakan diesel or petrol sebelum tuang minyak.
b)Sebenarnya kalau kita tak pasti kenderaan tersebut menggunakan petrol atau diesel .. buka penutup fuel cap sebelum isi minyak ada tulis pada label yang di tampal pada tepi penutup minyak atau ada tulisan petrol atau diesel pada fuel cap.. dari situ kita dapat tahu kenderaan itu mengunakan enjin petrol atau diesel.


c)Kalau kita masih was-was kenderaan tersebut menggunakan petrol atau diesel.. korang buka hood depan dan tengok enjin yang digunakan... Nak senang cari perbezanya antara enjin petrol dan diesel....kalau enjin petrol menggunakan spark plug tapi kalau enjin diesel tak ada spark plug


d)Perlu diambil perhatian, kepala pam minyak diesel biasanya berwarna hitam (selalunya ada penutup besi pada pum tersebut) dan petrol pula berwarna selain dari hitam..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Tersalah Isi Minyak Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

a) Kereta belum sempat dihidupkan
Kalau semasa kita isi minyak dan kita baru terperasan yang kita tersalah isi minyak pada kenderaan kita perkara pertama yang perlu dibuat sekiranya anda tersalah isi minyak


-Tolong jangan hidupkan kereta
-Tolak kenderaan ke tepi dan terus menelefon mekanik.
-Bila Mekanik sampai nanti akan flushout petrol, kene drain tangki minyak dulu sampai benar-benar kosong dan membuka tangki kenderaan tersebut .. mekanik akan tembak angin untuk mengeluarkan saki baki petrol/ diesel yang ada dalam tangki..
-Kemudian pasang balik tangki... isi balik minyak ... ok dah
_______________________________
b) Kereta sudah dihidupkan dan bergerak
Sekiranya kereta sudah dihidupkan dan kereta telah bergerak seketika sebelum mati, peralatan yang perlu dicuci lebih banyak.

-Bila Mekanik sampai nanti akan flushout petrol/ diesel dan membuka tangki minyak kenderaan tersebut .. kene drain tangki minyak dulu.. mekanik akan tembak angin untuk mengeluarkan saki baki petrol yang ada dalam tangki..pastu pasang tangki balik dan isi minyak dalam tangki.

-Selinder head perlu diangkat untuk mencuci piston dan kesemua saluran minyak petrol/ diesel perlu dibersihkan dengan menyemburkan angin ke dalamnya... fuel line pun kena flush out skali. Dari tangki sampai la ke injektor. then running engin biarkan idling enjin buat penjujusan air bubble pada injection pum nozzle.. gasket selinder head perlu ditukar


-Kalau sekiranya kenderaan anda mengunakan fuel injection, injecter perlu dibuka dan
dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Kesemua bahagian enjin yang melibatkan pengaliran minyak petrol perlu dicuci.. Mekanik akan buang minyak diesel/ petrol tersebut yang masuk dalam pembakar enjin.. tapi sekiranya kereta tersebut menggunakan carburator, maka carburator tersebut perlu diservis semula, untuk mengeluarkan saki baki diesel..
_______________________________
Pesanan kami


Kalau boleh sebelum pegang fuel pum tu... fikir dulu apakah betul petrol atau diesel minyak kenderaan tersebut sebelum isi minyak kenderaan tersebut..
Kalau tersalah isi minyak mungkin kalau nak servis dan mengantikan barangan kenderaan tersebut boleh sampai RM 300-RM 400 tau kena keluar duit suruh mekanik repair..
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Saturday, January 7, 2012

Excess caj RM 400 Insurans Kemalangan Kereta



Pertanyaan yang diajukan...
Eyfaaamin : salam , bru ney krta sy excident , ms nak amek kat bengkel kene caj rm400 sbb pemandu bwh 21 tahun , sy nak tnye sama de duit rm400 tu dpt balek atau tidak
Eyfaaamin :Bagaimana sy nk claim insuran kete yang melanggar tue sedangkan kete tue x ada roadtax ( insuran pon x ada gak, lesen pon x ada)? Bole ker saya claim?
Eyfaaamin : tak sbb , sy xdpr ape2 pn dri pihak insurans , krta yg lgtr kami pn x byr ape2 insrns pn , blh x terangkan sikit
Jawapan Kami...
Terima kasih pada Eyfaaamin bertanya. maaf lambat balas jawapan tersebut... saya cuba terangkan secara ringkas seperti di bawah ini...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebab dikenakan Excess caj RM 400
Insurans Kemalangan Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Apabila kereta kita terlibat kemalangan yang melibatkan pemandu yang berisiko... Biasanya dalam kes sebegini, kita boleh claim kerugian dari insurans kereta tersebut.... Tetapi kena bayar excess sebanyakRM200 (minima) dan RM400 (maksima). Ia ada dinyatakan jelas dalam polisi insurans ( tertakluk pada peraturan Bank Negara endorsement 2F )
Excess caj perlu dibayar sendiri oleh owner sekiranya :-
-pemandu yang tidak dinamakan dalam Polisi Insurans
-pemandu bawah 21 tahun
- pemandu berpengalaman kurang 2 tahun
-atau pemandu lesen P

A) Back to the point pertanyaan
Eyfaaamin ..
'Excess caj' ( RM 400) memang kena bayar kat syarikat insurans (Duit tu memang tak boleh dapat balik..) disebabkan anda memandu di bawah umur 21 tahun..

Sesetengah orang nak mengelak kena bayaran tambahan tersebut terpaksalah membuat report palsu dengan mengaku diri sendiri iaitu penama (driver) di dalam cover note sebagai orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut.. Ada pulak yang pakat-pakat dengan adjuster bengkel bayaranRM400 tu masuk dalam claim insurans dorang ..
_______________________________


B) Akta undang-undang jalanraya mewajibkan semua kemalangan jalanraya perlu dilaporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam, tanyakan pada pegawai penyiasat berkaitan tentang surat keputusan polis. bila ada surat rasmi dari polis menyatakan kereta tersebut bersalah maka anda boleh anda boleh buat tuntutan dari insuransnya..

kita masih lagi boleh buat tuntutan pihak yang melanggar anda walaupun kereta yang melanggar tanpa road tax. tetapi jika kereta tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, maka kita tidak boleh claim apa-apa darinya. pihak polis akan keluarkan saman, itu aje. dalam kes sebegini, maka kita terpaksa buat claim sendiri (dipanggil OD atau Own Damage)


OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. bermaksud, anda claim insurans anda, dan insurans anda akan claim semula dari insurans lawan. cara ini lebih mudah dan cepat.
_______________________________

C) Kalau ikut pada apa yang anda kata tu seharusnya Kereta yang salah tu yang akan bayar dengan insurans dia .Cuma seperti yang saya kata seperti diatas kalau insurans 1st party ni... insurans kereta kita akan bayarkan dahulu, pastu insurans kereta kita akan claim balik dengan insurans orang yang salah tu.. Sila rujuk pihak bengkel tersebut minta penjelasan sejelas-jelasnya supaya kita benar-benar faham..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Thursday, January 5, 2012

Tip Servis Motorsikal LC135


Pertanyaan yang diajukan..
· lok kalo bunyi kipas radiator tu kuat die problem ek?
· lok perh,,,coolent kene tukar air ek tiap 6 7bulan,,adoii,,da setahun lebey xtukar,,
· lok bro,,kalo LC135 punya spark plug kene tukar ikut time macam mana?
Jawapan Kami...
Thanks pada lok bertanya... Sebenarnya dalam entry-entry yang lepas banyak saya bincangkan tentang Yamaha LC 135 dan tip penjagaan... Cuma saya saya dapat katakan kat sini macam kat bawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Servis Motorsikal LC135
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Apa-apa tentang penjagaan motorsikal ni kena jaga benda basic jagalah minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, air coolant. Tayar kena ikut tempoh masa servis yang di tetapkan.

Servis minyak hitam
Tak kira lah minyak hitam mahal murah ikut la. bergantung kepada milleage perjalanan dan keadaan motorsikal tersebut ada yang tukar minyak hitam setiap 1000 km, 3000km, 5000km dan 6000km … Kadang kala tu ada yang tukar minyak hitam setiap sebulan setiap 2 bulan atau 3 bulan sekali...
_______________________________


Jenis minyak hitam
Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan dan cara kita menunggang motorsikal . jenis minyak pelincir terpulang ikut bajet korang samaada nak guna Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL . Lagi satu sama ada nak guna minyak pelincir Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40 atau minyak pelincir Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40.. Tapi kebiasaannya .. disuggestkan guna mineral based 4t kelikatan 20w-40/50 sudah memadai..
_______________________________


Tukar Oil Filter
Disuggestkan oil filter tukar setiap 2 kali tukar minyak hitam ( senang nak kira) atau Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..
_______________________________


Tukar Spark Plug
Spark Plug motor perlu di tukar pada setiap 10,000km bagi memastikan api di tahap optima, jadi jangan lah lokek untuk membeli sebiji plug sekiranya dah sampai masa kena tukar segera..
Spark Plug kalau nak performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu..
Peringatan: Cuba buka plug motor tu dan check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna.. Kebarang kalian plug terlalu lama dan perlu tukar.
_______________________________

Tukar Coolant
Sila tukar air coolant baru dalam 6-7 bulan. coolant cari yang long life yang warne
merah dan gunakan air mineral.. Hantar pusat servis yamaha atau mana-mana workshop suruh diorang buat flush coolant radiator..
Peringatan: Kalau nak check coolant Motorsikal LC 135 ni korang boleh tengok reserve tank .. pastikan cecair coolant paras ditetapkan..kalau kurang, tambahkan... kalau tiba-tiba tank bawah overflow melimpah.. mungkin ada kerosakan berlaku samada gasket bocor, overheat, cap radiator bocor
_______________________________


Periksa Kipas radiator
Kipas radiator harus pastikan berfungsi, tapi kalau ada keluar bunyi 'tek tek tek' bunyi yang keluar dari enjin motorsikal mungkin dah perlu kena tukar yang baru...Sebenarnya kipas kena tukar 2 tahun sekali.. Tak kira lah rosak atau tak rosak kena tukar jugak sebabnya perfomen putaran kipas dah tak sebaik yang baru... Cuba korang tengok keadaan pusing kipas tu laju ke atau slow kekadang kala ada kemungkinan kerosakan disebabkan tak pernah cuci habuk pada kipas radiator tu.... mungkin juga habuk atau pasir ada melekat pada celah kipas yang buat berbunyi kuat kat kipas tu..
_______________________________


Periksa Thermostat
Kadang kala kipas tak boleh berpusing ni mungkin di sebabkan thermostat rosak..
termostat hanya akan terbuka apabila bahagian bawah panas ( overheat).. bila termostat rosak air coolant memberi tekanan dan memaksa masuk dalam block (gasket head bocor) disebabkan aliran coolant tersekat......
Peringatan: Ok macam mana nak check thermostat baik atau rosak
-Buka tudung radiator tu....
-Pulas throttle minyak...klau air coolant tidak memancut dan normal thermostat keadaan baik berfungsi.... Tapi air coolant kalau memancut...maybe thermostat valve dah jammed ( rosak)..
_______________________________

Periksa Bateri
Air bateri kena check selalu sebab cepat kering.. Pastikan Idle charging maintain 13V dalam keadaan baik.. pastikan tukar bateri setiap dua tahun
_______________________________


Periksa Air filter
Air filter Standard punya kalau kotor sikit-sikit tembak dgn angin compressor tapi kalau dah kotor sangat tukar aje baru..
_______________________________


Periksa set sporket dan rantai Motorsikal
Pastikan set sporket dan rantai Motorsikal LC135 anda tidak haus. Jika ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan.. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda.
-Jarak terbaik untuk menukar rantai adalah sekitar 60,000 kilometer, bergantung kepada faktor tunggangan dan keadaan persekitaran.
-Jika korang asyik ajer ketatkan rantai skru pelaras habis dipusing, tetapi rantai masih kendur, maka tukarlah rantai korang.
Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan..
_______________________________


Periksa CDI (Capasitor Discharge Ignition)
CDI sebenarnya yang menentukan timing spark untuk spark plug. Ada setting advance , ada setting retard. Jika ada tukar CDi Racing kena pastikan setting angin dan minyak seimbang. Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.
_______________________________


Periksa Brake motorsikal
Periksa brek sama ada masih okey atau tidak .. Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..
_______________________________

Periksa tayar motorsikal
Periksa tayar cukup angin atau tidak untuk mengelakkan ketidak seimbangan pada motorsikal kita. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang.jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..