Wednesday, May 26, 2010

Generasi Proton Satria ..

Perusahaan Otomobil Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1983 sebelum mengeluarkan kenderaan pertama pada tahun 1985 iaitu Proton Saga. Model yang diadaptasi dari Mitsubishi Lancer Fiore ini telah membanggakan seluruh warga Malaysia. Model ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat di seluruh pelusuk Negara dengan jualan yang memberansangkan. Model ini juga kali pertama dieksport ke United Kingdom. Ini secara tidak lansung memperkenalkan lagi nama Malaysia ke luar negara. Beberapa tahun kemudian, Proton Iswara dikeluarkan bagi menambahkan lagi opsyen kepada pembeli dengan pelbagai varisi. Pengeluaran kenderaan telah ditingkatkan disusuli dengan pengenalan Proton Wira, Satria, Perdana, Putra, Waja, Satria Gti, Arena dan Juara. Model-model ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kepada pengguna.
Proton Satria..
Proton Satria adalah model Kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang.
Generasi pertama (Satria; 1995-2006)
Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin mitsubishi orion yang turut digunakan dalam proton saga dan wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin mitsubishi 4G9 yang juga digunakan pada Proton Wira1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transamisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).

Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-
Proton Satria GTI:
Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
Proton Satria R3:
Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.

Generasi kedua (Satria Neo; 2006-sekarang)
Proton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara,ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual & transamisi automatik . Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasangan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya. Enjin Proton Neo adalah kejuruter aan hasil usaha sama Proton dan Lotus . Mengguna pakai enjin Campro. Campro adalah singkatan nama Cam profile. Antaranya memberi hasil output yang lebih baik dan menepati ciri2 terkini. Pada ketika ini, Cam Pro adalah nadi penggerak kereta keluaran proton tempatan yang dimuatkan di dalam keluaran medol Waja, Gen2, Pesona dan Satria Neo . CPS (Cam Profile Switching system) adalah teknologi yang dibangunkan untuk meningkatkan prestasi enjin Cam Pro. Kebanyakan keluaran model terbaru proton dilengkapi teknologi CPS.


Kebanyakan peminat Proton Satria terutamanya golongan berpendapatan sederhana membelanjakan untuk mengubah suai dan menukar atau manik taraf alat ganti.. beberapa pengubahsuain telah dilaksanakan termasuk menukar ekzos, kotak gear, stereng, dan exterior modification. Penukaran ekzos, dan beberapa pengubahsuain enjin( engine tuning) telah meningkatkan kadar penggunaan minyak (fuel consumption). Secara keseluruhannya, pengawalan(handling) kereta cukup baik ..

Mari Lihat gambar model-model Satria ni

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

8 comments:

Lya Colours said...

suka satria baru yg lotus tuh
tantekkk

::FAIZ FARISH:: said...

aku suka Satria.... cun je

naz said...

yang lotus tu dah tgk demonstrasi mmg menarik utk di milikki

Marzukie said...

kawe pakai Satria gak tapi satria 1.3 punya rasa ok je masih hidup sampai sekarang

ZulHilmi said...

aku minat satria GTI nanti Gua pun harus memilikinya... bagus entri ni...

Alan said...

helo bro..sory lama tak masuk sini.modem ada masalah ler.

proton satria memang best tapi aku tak minat. sebab dia kecik hahaha. lagipun model 3 pintu aku tak gemar.rasa bahaya lak terutama kalau duduk belakang. kalau eksiden susah nak kopak wooo.

feelinblue said...

thank u!
akhirnye ade gak info pasal satria.
heheh permintaan aku dimakbulkan..

thanks,aku ske giler satria.
nice info.
akan save page ini buat pedoman:)

906! said...

Hye Bro..can ya tell 'bout proton satria GTI if u don't mind..and where can i get it...'couse i'm very lovely that car..that's very nice..simple and Racing sport