Friday, January 28, 2011
Pemandu Lelaki VS Pemandu Wanita..
Antara Perbandingan
Pemandu lelaki & Pemandu wanita,
masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Natijahnya hanya kira-kira 10 peratus kaum Hawa maut dalam kemalangan jalan raya manakala 90 peratus adalah kaum Adam ....
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.
Wednesday, January 26, 2011
Yamaha TZM & Yamaha FZ150i
Soalan nabilah_2908:
sy nk tnya tntg motor Yamaha TZM..
sy nk tahu..harga sebenar motor ni..berapa yer..?
sy cuba cari di internt..kebynkknnya berikan harga yg 2nd hand...
boleh bantu tak tuk projek penulisan sy..?
Jawapan Kami:
Erra Motosikal 2 lejang...Zaman muda mudi ku dulu-dulu.. Di era 1990an, Itu pertama kalinya aku mengenal dunia permotoran.. Tapi pada zaman tu brand YAMAHA ni dikira YANG MAHAL. Harganya dekat RM 12-13 ribu . dan bukan semua budak muda mampu pakainya. Kalau mat kilang macam aku dulu-dulu lahh kena perah keringat siang malam ,pagi petang seharian suntuk kerja shif dan overtime gila-gila baru lahhh dapat memenuhi impian memiliki sebuah TZM, Kalau nak diikutkan hanya level Technician atau supervisor aje yang mampu pakai, (masa tu gaji keje kilang berapa sangat beb).... nak sara motor ni perit.. Menderita lah.. Semua memerlukan banyak duit yang dikeluarkan.. Banyak makan duit lah..Dari nak isi minyak, servis dan penjagaan.. belum lagi klu meragam rosak... P-valve dia klu rosak nasiblah korang nak betulkan.. Tukar tayar baru sebiji tayar mau ratus-ratus lah.. kalu pakai tzm mencanak2 le minyak..Sume tau kan 2 stroke engine menelan minyak bagaikan gajah minom air..Pastu apa lagi jual lerrrrr…dah rasa perit , sakit ikat perut nak sara motor ni..
Apa yang aku minat kat TZM ni ialah bentuk dan designnya..sangat sporty..ditambah dengan enjin 150 cc menjadikan penunggangnya berada dalam kelas yang tersendiri. Tambah pulak pakai jaket kulit dan helmet ARAI full face ...aduh...aku terbayang bawak TZM ronda-ronda up-town dan lepak-lepak amik angin sambil usya awek...pasti cool....ok lagi satu Yamaha TZM memang dianggap powerlah sebab 150 cc. Memang pada masa tu ada RXZ, Panther dan Kawasaki KIPS tapi pada aku semua itu tak jarang-jarang dapat 'pukul' TZM
tapi sekarang legasi 150cc oleh yamaha yang da pupus.. TZM pun dah tak dikeluarkan lagi..harga TZM memang dah jatuh menjunam. Sekarang, dengan RM 3500 sebuah TZM 2nd hand sudah boleh dimiliki....
Yamaha FZ150i
keputusan Yamaha menghentikan pengeluaran model TZM pada 2001, Selepas tujuh tahun kemudian, kompeni Yamaha telah menggantikan model TZM dengan model FZ150i. Senang cakap, kira FZ150i ganti model TZM lah ni…Model itu amat berbeza sekali dengan TZM. Ia merupakan jentera empat lejang dengan rekaan yang berkonsepkan naked bike..Secara umum, dari segi enjin FZ150i mempunyai kapasiti 149.8cc empat injap Single Over Head Cam (SOHC), sejukkan cecair. FZ150i merupakan motosikal 150cc, 4 injap sejukan,Ciri yang paling hebat pada motosikal ini iaitu menggunakan sistem suntikan bahan api sebagai nadi penggeraknya.Dengan meggunakan penghidup elektrik cuma sekali ‘tekan’ jer dah menderum bunyi enjin.Struktur enjin FZ150i menyamai enjin model kapcai iaitu Yamaha 135LC
Tetapi FZ150i mempunyai persamaan kerangkanya dengan Yamaha TZM 150 iaitu jenis delta box, penggunaan penyerap hentak jenis monocross (monoshock) memastikannya lebih stabil dan mempunyai kelebihan ketika mengambil selekoh dan membawa pembonceng. lebih ringan sekali gus menjimatkan minyak. Satu tangki penuh petrol berkapasiti 12 liter mampu ditunggang sejauh 280 kilometer (km) hanya dengan sekali isian. FZ150i dijual pada harga RM7,998 tidak termasuk cukai jalan..
Modifide FZ150i ke R15
Ramai dah orang covert FZ150i ke R15.Nampak lahh macam real motorbike. Pasang fairing R15 perlu customise bracket.. tapi tank kene tukar kalo nak jadi sebijik YFZ-R15... antara FZ dengan R15 ni spec sumer sama ngan FZ bezanyer cuma R15 comes with 6 speed gebox FZ cuma ade 5
Namun sedikit kekecewaan bagi kaki-kaki motor sport sebabnya model tidak mempunyai fairing seperti model dulu Yamaha TZM150. Kalau model berfairaing ada kemungkinan macam goreng pisang panas.Namun dari segi kuasa maksimum memang tak boleh dibandingkan antara TZM 2 lejang dan FZ150i 4 lejang powerr lagi 2 lejang kann....Perkara yang lebih penting Motor ni dicipta untuk penjimatan minyak....
Sunday, January 23, 2011
Motorsikal Superbike
Ada tak rakan-rakan di luar sana yang teringin mempunyai motorsikal idaman ? begitu jugak aku….Bukan kapcai (maaf banyak-banyak), tetapi superbikes…Kalau ikutkan impian dari zaman budak-budak lagi memang teringin sangat nak beli superbike. Tapi sampai skarang tak kesampaian lagi. Motor idaman kuadalah Z1000, kalau tak dapat Z1000 dapat ZX-6R pun dah ok. Kalau tak dapat ZX-6R....dapat er-6F pun jadi la..
Motosikal sport....
Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sangat diberi tumpuan terhadap prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 500 cc hingga 800 cc serta dengan berat dalam lingkungan 170 kg - 204 kg, menghasilkan kuasa kuda sekitar 100 hp (75 kW).
Superbike..
Hyper Sport..
Motosikal sport touring direka untuk perjalanan jarak jauh. Ia menampilkan lebih banyak ciri-ciri keselesaan daripada kebanyakan motosikal sport. Motosikal sport touring selalunya lebih berat, kurang berkuasa serta kurang tertumpu ke arah prestasi daripada motosikal super sport, tetapi mampu menyimpan banyak barangan, mempunyai ergonomik penunggang lebih selesa serta lebih praktikal. Bergantung kepada jumlah tumpuan yang diberikan terhadap ciri-ciri kembara, saiz enjin motosikal sport touring melingkungi saiz enjin super sport sehinggalah ke hyper sport, tetapi ditala lebih rendah bagi keselesaa perjalanan jarak jauh.
Thursday, January 20, 2011
Curi kereta ... Pencuri kereta...
Macamne nak buka pintu kereta & Hijack Scurity Sistem..
Tidak kira sama ada kereta itu murah atau mahal, pemilik tidak boleh sambil lewa terhadap keselamatan harta benda mereka sebaliknya perlu berwaspada dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkanNi la kelemahan kita sebagai pengguna biasa, kita tak tahu apa yg pencuri tahu.... dengan maklumat ni, kita boleh la buat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan kereta kita.katakan aku seorg pencuri,mana-mana sistem safety keta boleh kita hack dengan cara yang sama....
1) Pakai master Key
2) Bila Tak leh buka pakai Master key
Tanggalkan getah pelapik tepi tingkap tu ..Ambil pembaris 12” jolok besi/plastik yang lock pintu tu… hah dah terbukak dah.. Tapi tak semua kereta yang boleh buka cam cara ni.. ade gak yang tak leh buka..
3) Pecahkan cermin pintu kereta..
Jadi untuk mengatasi masalah cermin kereta di pecahkan...banyaklah kedai aksesori memperkenalkan tinted cermin khas berfungsi anti pecah..bukan tak pecah sukar dipecahkan.. Namun , sedarkah kita Tinted cermin yg ditampal dgn penapis haba khas boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang lain.. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yg tak terduga, kebakaran, terhumban dalam sungai.. adekah kita mampu menyelamatkan diri..dalam suasana cemas fikiran panic tak mampu berfikir dengan betul.. cara terbaik selamatkan diri dengan cara pecahkan cermin untuk keluar..tapi klu tinted digunakan pada keseluruhan kenderaan.. kebarangkalian terperangkap dalam kenderaan jika kemalangan berlaku adalah tinggi.
4) Copy Alarm frekuensi
Pasang sistem Alarm keselamatan yg sangat senang untuk di hijack... Ramai orang yg dah beli merasakan yg kereta die tu kebal.. siap bangga2 lagi kat member die yg die pakai bende ni, harga mahal, komfem bagus... tarak kad takleh idup kete woooo..Pencuri akan buka pintu kereta itu menerusi teknik membuat salinan kunci kawalan jauh kereta menerusi frekuensi radio. Pencuri akan menyalin frekuensi kunci kawalan jauh menggunakan alat elektronik imbasan (scanner). Atau
5) Hijack Alat Penggera
Jika anda pemilik Honda CRV, Camry, Hilux dan lain-lain kereta mewah sila awasi kereta anda, taktik terbaru pencuri CRV dengan menebuk lubang pada kenderaan dan matikan alat penggera, hanya mengambil masa tiga minit. Pencuri akan buat tebuk lubang pada bahagian kanan kenderaan bagi mematikan alat penggera. Lubang sebesar pen kemudiannya ditampal dengan pelekat bagi mengaburi polis. Bila alat penggera dapat di hijack secara otomatik pintu lock terbuka.. Pencuri ni pun sangat profesional..
6) Hijack Wire termiation holder putih
Untuk keta biasa yg tak pasang ape2 alat, pencuri akan short kan 3 wayar kat termination putih tu... Ni adalah cara camner diorang idupkan keta dengan shortkan wayar2 tertentu kat termination putih tu...
strategy pencuri ni, mula2 die pakai jumper dah cuba hidupkan kat termination putih tu... kalo tak idup, diorang dah tau, mesti ade pasang bende2 kat dalam (alat penggera keselamatan)... diorang akan trace la kabel tu, tarik bawak kuar, ketuk dashboard bawah tu, untuk trace dan tarik kuar kabel... 3 kabel wire jer yg pakai untuk hidupkan enjin
Untuk pencuri professional, diorang guna garfu bengkok camni.....Lepas tu main tarik jer sume kabel2 yg pegi ke system arus eletrik tu, Cucuk pakai garfu bengkok tu yg putih ngan putih/hitam... Satu lagi kabel hitam/merah/putih tu, die main2 3 kabel tu dan keta pun bleh hidup... wah, so simple...
7) Pakai Starter Lock
starter lock ini di 'ON'kan, enjin kereta tidak boleh dihidupkan seperti biasa. dan terdapat wayer yang mengelirukan pencuri kalo pencuri bukak dalam tu kononnya... tu kekuatan produk ni menurut ape yang salesman tu kata ... tapi pencuri lagi bijak, pintu depan memang kebal, masuk la ikut pintu belakang... pencuri tu cabut buang jer kabel yg kononnya mengelirukan tu, last tinggal la wayar asal yang berwarna, tergantung tanpa sambungan.. tau ler pencuri tu ape nak buat yang penting tarik sampai jumpa wayer asal... atau pencuri boleh hidupkan kereta dengan menggunakan wayer dari hood depan kereta...hanya perlu bukak hood depan keta (tak yah pakai sebarang tool, just tarik kabel dari celah tayar keta dengan tangan kosong)....matikan alarm dan cari kabel DC dan Starter ....just 3 kabel nie, jump 3 wayar nie.
8) Pakai GPS Tracker
Jaga la keta tu bebaik... walopun canggih mane pun system keselamatan tu, jangan la mengharap sangat... GPS tracker ni memang mahal nak pasang, keta die pakai GPS Tracker... hilang.. tapi sebab ade gps, dapat trace balik kete tu... cuma banyak dah eksesori yg hilang...
Tak curi Kereta... Tapi Curi Sport Rem...Emmm kalau dah namanya pencuri... Kereta Tak di kebas tapi sport rem yang di kebas... Ambik Sport rem dan tayar ganti dengan batu bata....
Jadi Nasihat kami pakailah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni... yang pastinya kalau dia tak boleh buka pun sukar buka nut tayar tu...
Camner Nak elak kecurian kereta
Faktor Kecurian berlaku
emmm kita kena kaji faktor berlaku kecurian kereta ni mungkin sebab Cuai ,Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam,Tiada kunci tambahan, Tidak dikunci dan Meninggalkan barang berharga di kenderaan.
Tempat di mana kecurian sering berlaku
Sila berhati-hati jika parking kereta di Tempat letak kereta di hotel-hotel, Tempat letak kereta awam, Di hadapan rumah, tepi jalan raya atau Kompleks membeli-belah
Bagi mereka yg blum ade ape2 alat keselamatan keta tu, beli la satu stering lock tu besar2... kalo tak pakai ape2 sistem, lagi la meleleh air liur pencuri tu... harga pun tak sampai RM100 (ade jugak yg lagi mahal)... elok la beli yg tu dari dok pakai sistem yg harga beribu ringgit, tapi sangat senang untuk di hijack.
Sila Cabut Stearing kereta...
Eeeemm mungkin ade yang menganggap bodoh perkara ni... dan Mr bean pun bodoh... tapi setelah kami dikaji, di teliti secara terperinci... Inilah satu-satu cara yang paling berkesan untuk elak kereta kena curi... Cuba korang pikir kalau pencuri tu dah dapat masuk dan hijack sistem alram scurity yang secanggih mana pun tapi kalau tak ade stearing kereta pun macam mana pencuri tu nak bawak kereta... bagus kan kalau cam tu
Berhati- hati kawanku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai cara untuk mencuri kereta kita..