Monday, January 17, 2011

Honda Civic, Proton Tiara, Saga lama 4age, Dihatsu Charate 4e 1.3 ?



Salam lama tak update ni...Hari ni ade ade masa free sikit... Rasanya dah banyak soalan tak terjawab... Jadi nak jawab beberapa pertanyaan yang dah lama tertunggak... Maaf ye agak lambat jawab ..

Pertanyaan Sejarah Honda Civic
Faisal Admar :Nak tahu sejarah Honda Civic pula.

Kami Jawab:
Macam mana nak citer yerr.... EEMMMM....Ok....Honda Civic adalah model Kereta kompak keluaran Honda. Ia mula dikeluarkan pada Julai 1972 sebagai model kereta 2 pintu, disusuli dengan varian hatchback 3 pintu dan model 4 pintu. Model terawal menggunakan enjin 1169 cc pacuan roda hadapan manakala model terkini generasi kelapan mempunyai 2 pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L. Honda Civic adalah jenama kereta Jepun kedua paling lama bertahan di dalam pasaran selepas Toyota Corolla.

Generasi pertama (1972-1979)
Generasi pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1.2L 8 injap, manakala enjin CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat, menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut tanpa menggunakan penukar bermangkin.
Model generasi pertama boleh didapati dalam varian transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.
Generasi kedua (1980-1983)
Generasi kedua Honda Civic menggunakan enjin Super CVCC yang telah ditambah baik, iaitu dalam varian 1.3L dan 1.5L. Model transmisi automatik juga turut ditambah baik melalui penggunaan kotak gear 3 kelajuan. Model generasi kedua juga adalah keluarga terawal yang memperkenalkan pilihan badan berbentuk sedan.

Generasi ketiga (1984-1987)
Enjin bagi keluarga Civic generasi ketiga dinaik taraf kepada enjin 12 injap yang lebih cekap. Selain itu, Honda turut memperkenalkan varian CRX, iaitu varian berprestasi tinggi pertama bagi keluarga Civic. Selain itu, model Civic CRX Si adalah varian pertama yang menggunakan sistem suntikan bahan api berbanding varian lain pada ketika itu yang masih menggunakan karburetor.
Model lain generasi ketigaGenerasi keempat (1988-1991)
Model dalam keluarga generasi keempat Civic boleh didapati sama ada model karburetor ataupun model suntikan bahan api. Enjinnya juga dinaik taraf kepada enjin 16 injap, dengan sistem VTEC mula dipasang pada varian Civic SiR. Semua model transmisi automatik bagi generasi keempat Civic mula menggunakan transmisi 4 kelajuan.
Model lain generasi keempat
Generasi kelima (1992-1995)
Bermula daripada generasi kelima, kereta Honda Civic mula popular di kalangan peminat sukan bermotor disebabkan penggunaan teknologi VTEC dalam hampir semua varian, di samping reka bentuknya yang anggun. Sungguhpun demikian, teknologi VTEC-E mula diperkenalkan dalam sesetengah varian dalam generasi kelima ini dengan tujuan utama untuk meningkatkan penjimatan bahan api. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.5L ataupun enjin 1.6L.

Model-model lain generasi kelima Generasi keenam (1996-2000)
Keluarga generasi keenam mula menggunakan teknologi VTEC3 Peringkat, menggabungkan peningkatan kuasa yang diperoleh daripada teknologi VTEC konvensional serta penjimatan bahan api yang didapati daripada teknologi VTEC-E. Di Malaysia, model generasi keenam ini adalah model Honda Civic terlaris sehinggakan pembeli terpaksa menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kereta tersebut setelah ditempah pada minggu kedua pelancarannya. Semua varian Civic pada masa tersebut menggunakan enjin 1.6L.
Sebuah varian berprestasi tinggi iaitu Honda Civic Type R mula diperkenalkan dengan enjin 1.6L ditala sehingga 185 bhp. Model tersebut adalah model kedua yang dilabelkan dengan label Type R selepas Honda Integra Type R.

Model-model lain generasi ke enam
Generasi ketujuh (2001-2005)
Honda Civic generasi ketujuh menggunakan enjin yang lebih besar iaitu enjin 1.7L dan 2.0L untuk lebih kuasa. Kedua-dua enjin tersebut menggunakan teknologi i-VTEC bagi mengurangkan kesan "sentakan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi. Varian 2.0L mula menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan.Varian Honda Civic Hybrid mula diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada keluarga generasi ketujuh Civic. Ia menggunakan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik yang mendapat kuasanya daripada satu set tatarajah bateri. Bateri tersebut dicas semasa pemandu mengurangkan kelajuan kereta melalui kesan pembrekan penjanaan semula (regerative braking).
Model-model lain generasi ketujuhGenerasi kelapan (2006-kini)
Model terkini Honda Civic
Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L.Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia
Pertanyaan Tentang Proton Tiara
NICK IRFAN: eh! boleh request ke? kalau aku nk request kereta tiara boleh? sbb ni kereta bapak aku,eh! btol ke spare part kereta tiara susah nk dpt?

Kami Jawab:
Yang ni agak susah gak nak jawab ni ... But aku try aje kalau tak memuaskan hati harap maaf ye.. sebab tak banyak infor yang aku dapat...

Proton Tiara merupakan sebuah kereta kompak berasaskan Citro├źn AX, direka di bawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.Pasal dulu-dulu lahh Proton tiara 1.1 GL nie diorang ada kerjasama dengan citroen.kalau nak kirakan enjin citroen berkongsi platform yg sama kira teknologi Perancis..cume rekabentuk body,chasis dan dalaman saje yg berbeza....Asalnya model Tiara merupakan keluaran DRB...Pastu Proton ambik model tu dan tukar cop je proton .... Citroen AX pada asalnya ada yang 4 pintu sama cam tiara cuma bahagian blkg lawa sikit dari tiara.. Dan ada gak Citroen AX gti yang 2 pintu aku suka tengok pasal bahagian cermin belakang dia tu memang nampak cantik..Sebenarnya proton tiara nie bukanla kereta yang tak bagus potensinya. Sape yang kata Proton tiara ni tak bagus? Kalau tak bagus Proton Tiara ni tak masuk Rally tau.... Cuma pada pendapat aku lah kesilapan nyer adalah dari segi alat ganti,ketahanan enjin,rims tayar plak 3 lobang ajer mana nak cari. in case kalau nk tukar tayar spare jadi susah.Pastu Wipper kat cermin depan tu ade sebijik tak dapat menampung air bila hujan lebat..Slalu panas kalau jalan jauh,takde mite temperatur,yang ada cuma lampu merah bila dia over hiting baru lampu menyala..macam aku cakapkan tadi la spareparts problem sikit..tapi kalau tau cari part tak jadi hal..sebab banyak parts tiara boleh guna barang Citroen .. Tentang enjin Modifide tu ade orang masuk sumbat nye enjin citroen convert enjin AX1.4 tau 1.6 dan ade gak yang modifide masukkan Toyota Starlet 4e pun ade gak...

Dari segi reka bentuk masih boleh diterima pakai cuma Tapi ada jugak org2 yg berani main tiara modifide enjin dan kacuk bodykit dari part citroen AX....Ok lah tu kan... Aku suka kereta kat bawah ni tak sangka gak Proton Tiara kalau Modifide cantik gak ...
Pertanyaan Toyota Corolla KE30 dan Corolla KE50
nt5044 : salam... sy nk tny ckit la... ade sesape tau ape beza corolla KE30 ngnKE50??
Jawapan Kami:
Sebenarnya aku tak tau langsung apa bezanya kedua-dua model Toyota corolla ni.. Cuma aku rasalahh ... Mungkin sekali imbas tak nampak beza antara kedua-duanya...

TOYOTA COROLLA KE 30
Enjin standart dia guna 3k dan mempunyai 1166 cc. 73 hp (54 kW) kebiasaan yang aku lihat kebanyakan 30 series adalah dalam bentuk Sedan, Hardtop, dan Wagon.. Pastu jenis-jenis dia berubah ikut tahun pembuatan kereta tersebut contohnya
Toyota Corolla KE30 2D Sedan 1974 -1978
Toyota Corolla KE30 4D Sedan 1977 -1978
Toyota Corolla KE30 4D Wagon 1977 -1978
Toyota Corolla KE30 CS 2D Coupe 1976 -1978
Toyota Corolla KE30 CS 4D Sedan 1974 -1981
Toyota Corolla KE30 CS 4D Wagon 1980 -1981
Toyota Corolla KE30 SE 2D Sedan 1976 -1978
Toyota Corolla KE30 SE 4D Sedan 1975 -1981
Toyota Corolla KE30 SE 4D Wagon 1978 -1981

TOYOTA COROLLA KE 50
Kalau tak silap guna enjin 4k 1290 cc. 60 hp (45 kW),
Model 50 series pula kebanyakannya dalam bentuk Sprinter Sports Coupe dan Liftback Toyota contohnya Corolla KE50 2D Hatchback model ni dikeluarkan pada 1977-1978

Sebenarnya kalau nak diikutkan enjin 3K dengan 4K ni memang hampir tiada beza. Cuma nampak peningkatan pada enjin dan c.c aje ...enjin 4K mampu menghasilkan sekitar 64 bhp-sama power dengan enjin Mira L200s turbo.64 bhp tu kalo stended .. Macam tu lahh kalau nak di bayangkan...

Pertanyaan Proton Saga enjin 4age
PmakaAsrul: nak tanya leh..bolehker proton saga lama aku nie masuk 4age blacktop..xpun silvertop?
Jawapan kami:
EEEEMMMM entahlah nak jawab camner yerrr....Bab enjin ni aku tak mahir lahhh...Cuma pendapat aku lahh, Sekarang ni Proton Saga lama apa pun orang boleh modifide enjin... Bukan Setakat Proton Saga lama convert enjin Vtec ajerrr...
Malah pernah dengar ade kereta Proton Saga Lama masuk enjin Silvertop.. Tapi tak tau lah macam mana adjust mauting enjin tu.... kalau ubah mauting mesti tak lepas endos JPJ ...

Sendiri buat sendiri tanggung.... Tak berani nak cakap nanti orang kata aku galakkan modified enjin plakkk... Pastikan enjin anda tidak melebihi 25% cc asal enjin tapi kalau lebih pegi minta surat kebenaran kawalselia bahagian kejuruteraan automotif jpj.

Pertanyaan Tentang Dihatsu Charate 1.3
Nizam Rul: Salam..nak tnya cikit..sya baru nak fkir ambil krta dihatsu charade.tp engin dah tukar 4e 1.3.kalo nak register kat jpj ada masalah ke tu ya?
Jawapan Kami:
Wooo ni pun soalan pasal enjin... adehhhh sepengetahuan aku yang cetek ni... Nak citer pasal enjin Dihatsu ni... Sedikit aje lahh aku bagi klu ajerr.. pasal aku tak berapa pasti...
Penukaran enjin hanya dari model yang sama dan keupayaan kurang 25% dari keupayaan asal.
Dari enjin 1000cc .. . Kemudian nak Convert charade detomaso1600cc dari kedai potong .. Boleh tukar semua accessories dalam mana-mana yang patut .. kecuali enjinnye tak boleh tukar Deto 1.6 .. sbb JPJ tak lepas klu tukar lebih 25% .. so ambil enjin lain 1300cc .. lebih 0.5% pun kena isi borang G10 .. slalunya org guna runner utk setelkn hal nih .. (tukar enjin JPJ akan cek mounting, brake dan lain-lain kena hantar kat Puspakom .. then generate geran baru; no enjin pastu chasis ... .. Pastu pergi Puspakom ..
Terpulang pada anda....kat sini ade beberapa pilihan kalau nak tukar enjin apa..
1-Detomaso high compression 1.6cc
2-Aura kissa (spec jepun) 1.3cc3-Starlet GT / Glanza 5 turbo 1.3cc
Option enjin paling baik untuk model Charade aura CS 1.0 ialah enjin HC (1.3)... enjin HC ade dua jenis:
1) HC-C- Carburetor (enjin asal Aura CX)
2) HC-E- Electronic Fuel Injection (Kissa)enjin dia lebih kurang Espri Detomaso (HD-E)...
Ada jugak enjin 1.5 yang serupa dengan enjin ni...tapi jarang terdapat kat Malaysia...perlu diambil perhatian, enjin HD-E tidak digalakkan untuk dipasang pada Charade CS (cc lari banyak wor...) Tapi tidak untuk model CX...

Begitu jugak enjin 4E-FTE (Starlet GT, Glanza)...mounting banyak kena bikin...jadi enjin ni pon tak sesuai untuk kedua-dua model (CS dan CX)... Emmmmm Tapi Klu masuk Starlet GT atau lagi elok Glanza yang ni lagi Power beb .....kalo nak masuk gak... sila tanggung sendiri kalau kereta kena sita...kawan ako ramai dah kena dah
Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"Awas Kereta Anda Boleh Disita….
LEPAKKKK....
Sila Tunjuk ajar kami kalau ade infor yang salah... yerrrr.. jangan tanya pasal enjin lagi ok..
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

23 comments:

joe@azamaju said...

salam Tauke Azli..wah panjang lebar entri kali ni...memang best saya baca.terima kasih dengan info/artikel macam ni.banak manfaat pada sapa-sapa yang nak amik tahu pasal kete.

E.d.Y said...

ppeerrrgghh..aku pun lepak baca penerangan kat entry ni..huhu

Mata Hati said...

wah..best ah entry ni. byk yg baru ku tahu... nice info

en_me said...

penatt kanns.. ekeke

Lya Colours said...

oiii seksinya gambar yg bawah tuh

DeCrewz said...

Fuhh... Letih baca sampai abis.. hu3.. No komen.. kalau Jai yang nak sisat camni, stgh jln mau blank..

::FAIZ FARISH:: said...

aku suka Honda Civic

LiFe KaMi said...

byk bezanya model civic dari dulu sampai skang,
member2 kami ramai yg pkai honda civic baru tu, kami tk mampu lagi hehe.

NICK IRFAN said...

patutlah susah nk cari rupanya tiara ni? thnkz! nnt aku kasi thu bapak aku.. sbb info pasal keta tiara ni bpk aku yg tanya2... sbb dia cari sparepart susah nk jmpa...

AngahSayang2314 said...

uittt banyak tul generasi mana gi generasi ke 10 lak hehehee

ijatnuar87 said...

bro,mekacih utk info nih...memang aku nak tau sgt pasal civic tu,dah info2 ni memang cukup berguna,mekacih skali lagi bro,hehehe

fiq said...

fuh byk nyer soalan diorg =)

Betta sp said...

dlm entri nie sy baca pasal honda je....hehehe...keta lain xminat.

kalo kat skolah ada subjek sejarah keta memang taw dah sapa yg paling seswai jadik cikgu:)

nas said...

salam..
wah..panjang lebar penjelasan tentang soklan2 yang ditanya...
bro memang blogger permotoran yg mmg mesra..hehhee
honda civic era 2001-2005 mmg da nampak kemodenan n releven sampai sekarang...

proton tiara skank susah nk jumpa di jalan raya dah..hu3


latest entri:

belajar bahasa ketiga memang best,korang pula?

mie said...

gue pun dh penat membaca...
good info

Eazy Izzuddin said...

wah..
bagus lah broo..
tahu lah skit2 pasal sejarah kereta...
thanks broo..
;)

hysman said...

kwn suka honda civic baru..
ngeh3x....

Alid said...

bro, Tajuk topik ejaan dihastu charate tu salah, sepatutnya daihatsu charade

Adii NakHeran said...

ni lagi 1,,,
mana la bro buat research ni kan,,
da macam saintis pulok~~
hehe

ParkAir said...

Proton Tiara tu model kete mula2 aku belajar bawak, kira jasa besar gak la. Kat KL rasanya dlm 4>5k dah dapat. Student foreigner UIA pun ada gak pakai menatang ni, murah sangat skarang..

mohd afirool said...

Salam semua..
Sy tringin nk ambik civic es 1.7...
Spare part snang x..?
Trutamanya d area utara..kdah & penang..

mohd afirool said...

Salam semua..
Sy tringin nk ambik civic es 1.7...
Spare part snang x..?
Trutamanya d area utara..kdah & penang..

Sir Rules said...

Terbaik Boss Menjawab soalan, kalau ke30 masuk silvertop dan blacktop ader jual tak mounting?