Thursday, June 30, 2011

Cara Atasi masalah aircond, bateri dan enjin


Pertanyaan yang diajukan
otomen: Bro minta tolong kete saya slalu wat ragam kjap idup kjap mati2. pastu bateri dia slalu kong. Apa masalah kete tu ye? satu lagi...masalah aircond yg tak sejuk.buat pengetahuan saya dah 3 kali tuka compressor.pening 2x bro?
Jawapan kami.
Thanks pada En. Otomen atas pertanyaan tersebut... Sebenarnya saya bab -bab kerosakkan ni tak mahirlah... tapi saya cuba berikan sedikit info, dan diharapkan dapat membantu apa yang patut..yang selebihnya korang rujuk pada yang pakar ( bengkel baiki kereta)
_______________________________

Masalah Aircond Tak Sejuk

_______________________________

Apa yang perlu dibuat.. First...Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih-buih itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..


Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircond kat tapak tangan..

  • Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.kalau Kompressor korang dah rosak, ada licking perlu diganti. Selalunya piping aircond ni sangat -sangat sensitif .. bocor sikit aje pon dah .... tak sedap..
  • Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
  • Kapasitor korang pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta korang cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti..kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
  • Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta korang.

_______________________________

Kereta Sekejap Hidup dan Sekejap Mati

_______________________________

a) Masalah distributor

  • Korang kena check distributor pada enjin, kadang-kadang api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi tak hidup gak sebab motor dalam distributeo tak dapat hasilkan elektrik ke plug.. Kalau korang nak tukar, korang kena beli satu set distributor sebijik .. Boleh cari di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.

b) Masalah pam dalam tangki minyak


kemungkinan bocor pam, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan.. kadang tu fuel filter dah lama tak tukar tu kemungkinan jugak tersumbat..yang ni pun kena tukar gak..

c) Masalah Suis Ignition

  • Suis ignition starter boleh jadi jugak. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air atau memang dah nak rosak. So kena diganti juga..

d) Masalah Wiring Alarm Kereta

  • Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk-sengguk di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kena buang semua yang tidak digunakan ye.

e) Masalah Computer Box

  • Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh pokai poket korang..nak kena mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik- sebijik. Aku sarankan korang tukar sebiji-sebiji lagi puas hati. Kalau korang nak hanta repair pun..harga lebih kurang sama mahalnya.

f) Tuning Balik Enjin Kereta

  • Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak. asyik mati tengah jalan aje..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.
_______________________________
Masalah Bateri Kereta Selalu Kong..
_______________________________
Penjagaan Bateri Sel Basah

perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik, seeloknya seminggu sekali cheking balik air bateri (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam)

Periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang..

Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lagi bagus...jika warna hitam di tengah-tengah...dan putih di bahagian tepi indicator tuh maksud dia charging...so kene charge la.... merah or putih sahaja...bateri sudah kong ..tu kena ganti baru..

  • Recheck balik dah berapa lama korang pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
  • Check air bateri, kadang-kadang air bateri korang dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
  • Tengok samada bateri yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta korang. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi dan plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
  • Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So korang kena tukar lain kat kedai yang korang beli bateri tersebut.
  • Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta korang tak boleh mengecas

Masalah Alternator

· Kalau bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. kalau korang tukar bateri baru pun stil sama. mesti altenetor rosak tak boleh cas bateri..Korang kena tukar baru atau recond. Kalau cari kat kedai potong pon boleh.

Suis

  • Korang kena pastikan setiap suis lampu kereta korang di padam. Kadang-kadang jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila korang tak sedar yang korang tak tutup suis, secara tak disedari kereta korang akan makan bateri dengan cepat .

Aksesori

· Penggunaan seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel-chanel, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri korang cepat kong. Disarankan supaya korang pakai bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balancekan jumlah tenaga yang digunakan. Korang pergi hantar kedai aksesori kereta, dorang tau la nak buat macam mana.

Peningnya bila kereta banyak rosak..


Masalah itu tak kan hilang selagi kita tak bijak untuk menanganinya..jadi terpulang ..Yang pastinya kena buat satu- satu dulu...

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks..

27 comments:

Faaein Talip Roy said...

wah.. bagusnya.. setiap masalah kete ada.. elok bg tau kat lelain ni.. hehehe..

Unknown said...

keta klau dh ade 2 masaalah tu mmg pening woo...aku penah kene gak dulu.
Tp yg plg kritikal dulu keta aku jerking....dh memacam buat last2 fuel filter jerr puncanya...siot tul laa...
Bab2 air cond mmg susah sikit...kalau rajin tuka je semua sistem tu...abih citer...

tehr said...

aku pernah terkena beli bateri baru yang rosak
menyusahkan aku dalam sebulan juga

akhirnya pergi tukar...
nasib juga digantinya yg baru

LiFe KaMi said...

kalau nak beli keta 2ndhand kena tgk betul2 keadaan keta tu,silap2 asik nak gi repair je masalah besar tu,elok kumpul duit lg beli keta baru...

Noor Fatin said...

kalau aircond tak sejuk, memang panas gila dok dalam kete. kena buka tgkap. heee..

Blog Eazy Izzuddin said...

thanks bro..
boleh buat langkah berjaga2 ni
xD

Ct Arina said...

walaupun aku x paham sgt, tp taw r gak sket2 bende2 alah ni..thx!

nabilah_2908 said...

oh..mcm kena je dgn sy...bab kete kjp hidup kjp mati tu...

thnks..!! :)

Mermaid Ungu said...

huhuh..kalo aircond rosak mmg susah la..pastu bwk kete kena buka tingkap..huh abes la rambut i..terbang2 mcm pontianak

De Mois said...

sama macam masalh kereta ayah SS. dah lah aircond rosak, cermin pun tak boleh bukak. kalau bawak memang berpeluh la jawabnya

Menarik di SuaraSendiri
Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

Alan said...

keta aku radiator aircond bocor..kalau hari panas dia tak sejuk..nak sejuk tunggu time malam ataupun hari ujan .

aziekz said...

pernah juga kete sye econ xkuat...buka kuat pun xsejuk...igt kna tkar alat kt econ tu atau penapis rosak,,tkut jgk kje jauh2 wat hal..tp was2 kete bru gna stahun lbih..apasal plak econ xkuat..last2 g kt servis econ..dia chek xder rosak..tp ambik pnapis,,,bsuh2,,lpas tu trus econ berfungsi dengan lebih baik.,.apex tu ada ckp kna cuci ni sbb mkin debu,,yer la sye kje dlm ladang,,jln penuh berliku..betul jgak,,1 lg dia pesan econ xperlu on or off sebab skang kete auto..jd biarkan je, tp jgn main2 pulas,,klu rosak alat tu,,mahal beb...

Ujang9897 said...

mcm pernah baca jer ni..copy paste dari blog member gua ni..=)

Mr Paktam said...

salam..pakcik nak tanya nih,ekon keta pakcik ada masaalah tak sejuk,kompresor dah cek ok,blower ok,gas ok,kipas ok,bila swith on blower,kompresor,kipas semua berfungsi tapi tak sejuk,selalu kalau on aircond akan ada dengar bunyi cam gas dalam keta,sejak dua hari ni bila on ja tak dengar pun dah bunyi cam gas kuar tu,aircond pun dah tak sejuk..pomen pun dah pening..mungkinkAH aircon panel yang rosak?

Mrdinuncle said...

ini aircorn rusa memang sejuk,masaalah nya kedua dua kena buka no tiga baru ada sejuk dan kipas baru jalan,ada kah suis nya rosak

Unknown said...

Nk tanya ckit lsl aircond.. Mula2 cek smua ok sejuk.. Dah bjalan dlm 1 jam aircond jd panas.. Kemungkinan sbab ape n kne cek ape ya?

exewee said...

#FIREstarting nk minta tolong...kalau air cond time on pertama sejuk...tekan suis a/c bunyi enjin berubah tp dlm beberapa minit air cond jd xsejuk....tekan suis a/c selalu ny bunyi enjin berubah tp tiada perubahan...boleh #fireSTARTING tolong detect kn apa punca sebenar masalah ni???

Unknown said...

Terbaik..info yg menarik..tq

Unknown said...

salam boss saya baru beli kia spectra auto .. semalam okay aircond . tetiba ari ni aircond x berfungsi .. maksudnya kita tinggikan nombor bg laju pun xde langsung aircond .. kenapa ya masalah begitu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nak tnya...sya pakai proton saga aerobic.. bila sy on suis aircond.. fius putus srta mrta... tukar amp pun sma juga....

Unknown said...

Asslkm admin. Sy guna perodua kancil dan masalah kereta ni, bila on saja aircond, temperature menunjukkan suhu meningkat tp tidak serta merta slps tukar radiator single layer baru. Penyelesaian sy da cuba buat iaitu tukar radiator yg sumbat2, hos da cuba 'clear'kan dan head gasket da tukar, ini utk cuba menyelesaikan masalah suhu krta tinggi dan mati enjin seperti habis minyak petrol. Tetapi hasil usaha tetap tidak menepati penyelesaian overheat tu. Tolong dlu

Unknown said...

Salam..sy nk tau npe distributor xde api..dh tukar lain pn sama..computer tukar pn xde api jugak..minta penjelasan..

Rose ditaman hati said...

Kalo pasang econ knp bateri cepat kong. Bila keta nk start balik harus x hidup. Lps tu sya dh x bukak econ baru bateri ok. X de masalah nk start keta.. Apa puncanya ye..

Unknown said...

Bila buka econ.. Kenapa keta trus xhidup ..

martmart1607.mm@gmail.com said...

hua.huaaa...pe cam pontianak..

Sound Deadening Store said...

This is excellent and great work. This is too good for me. This really made me happy. Please provide additional information of this kind. We greatly appreciate you sharing this blog with us. van conversion range