1) Guest:" Salam bro. aku nak tahu tentang sejarah model lencer d. apa kaitanya ngn proton"
2) Guest : bro..cite pasal enjin mivec plak..ak tgu entry mivec
Jawapan kami..
Terima kasih pada Guest ( tak tau nama siapa entah) tentang sejarah model lencer dan kaitannya dengan Proton saya cuba ceritakan seperti dibawah..
_______________________________
Sejarah Mitsubishi Lancer
_______________________________
Generasi pertama 1973–1979
Model Lancer yang mula-mula dikeluarkan pada tahun 1973.. Model Lancer pada generasi pertama kepada bentuk berpetak yang lebih ringkas hanya terdapat dalam variasi Sedan 2 pintu, Sedan 4 pintu, Estet 5 pintu dan Hatchback 3 pintu (Celeste) berbekal enjin 1.2 l I4,1.6 l I4,1.4 l I4 dan 2.0 l I4.
_______________________________
Generasi kedua 1978–1988
Pada model Lancer generasi kedua hanya terdapat dalam variasi Sedan 4 pintu menggunakan teknologi Silent Shaft bagi mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan akibat geseran pada aci engkol, menghasilkan pengendalian enjin yang lebih senyap. Berbekal kan enjin 4G62 1.8 L SOHC Turbo I4 165 PS 163 hp/121 kW, 4G33 / 4G12 1.4 L SOHC I4, 4G32 1.6 L l4,4G11 1.2 L l4 dan 4G63 2.0 L OHC Turbo l4 168 hp/121 kW (EX 2000 Turbo) dengan Transmisi kelajuan Manual 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan
_______________________________
Generasi ketiga 1982–1987
Pada tahun 1982, generasi ketiga Lancer yang dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Fiore mula dikeluarkan, berasaskan model Mitsubishi Mirage. Di peringkat antarabangsa pula, hanya nama Mitsubishi Lancer sahaja yang digunakan.Didapati dalam variasi Hatchbac 3 pintu,Sedan 4 pintu, Hatchback 5 pintu dan Estet 5 pintu berbekalkan enjin Enjin 1.6 L I4 dan 1.8 L I4 diesel. Pada tahun berikutnya, kedua-dua model Lancer dan Mirage diperbaharui serentak. Model 4 pintu Mirage dengan model Lancer menjadi satu jenis kereta yang sama. Model generasi ketiga mula menggunakan suntikan bahan api walaupun model karburetor masih boleh didapati.
Mitsubishi Lancer Fiore ini menjadi asas kepada penghasilan model Proton Saga keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. base dia Lancer lama. Proton Cuma tukar depan dan belakang sikit.
_______________________________
Generasi keempat 1988–1992
Mula dikeluarkan pada tahun 1988 bagi menggantikan model Lancer Fiore. Model generasi keempat ini menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik, berasaskan model Mitsubishi Galant.
Ia dikenali sebagai Mitsubishi Mirage Aspire di Jepun. Pada masa ini, model Lancer mula menampakkan perbezaan berbanding model Mitsubishi Mirage, Mitsubishi Chariot/Space dan Dodge/Plymouth Colt. Enjin pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda.Didapati dengan variasi model Hatchback 3 pintu, Sedan 4 pintu dan Hatchback 5 pintu
_______________________________
Generasi Kelima 1991–1995
Pada tahun 1991 barulah perbezaan antara model Lancer dan Mirage menjadi semakin ketara. Sungguhpun kedua-dua model tersebut nampak serupa kerana berasaskan pelantar yang sama, namun jenis kepingan keluli yang digunakan adalah berbeza. Pilihan enjin yang ditawarkan adalah daripada enjin 1.3L kepada enjin 1.8L turbo. Model enjin V6 juga diperkenalkan tetapi dengan pilihan enjin 1.6L sahaja, menjadikan Mitsubishi Lancer V6 1.6 sebagai kereta dengan enjin pengeluaran V6 terkecil. Model GSR 1.8 Turbo membentuk asas kepada model Mitsubishi Lancer Evolution yang menggunakan casis yang sama tetapi dengan enjin 2 liter turbo serta sistem aliran kuasa yang diambil dari model rali Mitsubishi Galant VR-4. Dengan Enjin pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR) dan berbekalkan Enjin 1.3 L SOHC I4, 1.5 L SOHC I4, 1.5 L DOHC, 1.8 L SOHC I4, 1.6 L DOHC MIVEC I4 dan 1.8 L DOHC Turbo I4 dengan Transmisi Automatik 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan..Terdapat dalam variasi model Coupe 2 pintu (berasaskan Mirage), Sedan 4 pintu dan Estet 5 pintu
Sekali lagi, Mitsubishi Lancer generasi kelima menjadi asas kepada pengeluaran model Proton Wira pada 21 Mei 1993. Proton dan Mitsubishi kongsi modal Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.Dengan pilihan enjin petrol 1.3L, 1.5L, 1.8L dan enjin diesel 2.0L.Proton Wira dilancarkan dengan pilihan 2 displacement iaitu model 1.6 XLi dan gak 1.5 GL. Model 1.6 XLi ialah model full-spec dengan enjin SOHC 16 injap 1.6L (4G93) yang pakai fuel injection dan hanya terdapat dalam transmisi automatik 4 kelajuan. Model 1.5 GL lak time tu still pakai enjin Magma Megavalve lagi dan still pakai karburetor. Model 1.5 GL auto lak setakat pakai gearbox 3-speed auto, tak macam 1.6 XLi yang pakai 4-speed auto.
_______________________________
Generasi ke enam 1995–2000
Pada tahun 1995, model Mitsubishi Lancer diperbaharui dengan format rekabentuk yang serupa dengan generasi kelima Cuma perubahan rekabentuk lampu belakang berbeza sedikit. Terdapat dalam variasi Coupe 2 pintu, Sedan 4 pintu,Estet 4 pintu ..Layout Enjin pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR) dengan berbekalkan Enjin 1.5 L SOHC I41.8 L SOHC I4 dan 1.8 L DOHC Turbo I4. Untuk Transmisi terdapat dalam bentuk Automatik 4 kelajuan,Semi-auto 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan
_______________________________
Generasi ke tujuh 2000–2006
Model generasi ketujuh Mitsubishi Lancer mula dikeluarkan pada tahun 2000. Ia dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Cedia di Jepun, di mana perkataan "Cedia" adalah kependekan daripada perkataan century (abad) dan diamond (berlian). Model generasi ketujuh ini menyaksikan kembalinya jenama Mitsubishi ke Malaysia setelah Mitsubishi menjual kesemua sahamnya di dalam Proton, membolehkan Mitsubishi menjual semula keretanya di Malaysia. Sebelum ini, model-model kereta Mitsubishi tidak dijual antara tahun 1985 hingga 2003 berikutan perjanjian dengan Proton.
Model Lancer generasi ketujuh didatangkan dengan enjin 4G13 1.3 L SOHC,4G18 1.6 L SOHC,4G93 1.8 L DOHC I4, 4G94 2.0 L SOHC I4, 4G63 2.0 L DOHC, 4G69 2.4 L SOHC MIVEC I4 dengan Transmisi Automatik 4 kelajuan,Semi-auto 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan Invecs III CVT . Cuma bagi pasaran Malaysia iaitu model enjin adalah 1.6L. Model 1.6L ini menggunakan enjin 4G18 iaitu enjin yang sama dengan enjin yang digunakan pada model-model terawal Proton Waja.Proton Waja yang asal ( Ogos 2000) menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L dan beralih menggunakan enjin Campro pada tahun 2006
_______________________________
Generasi kelapan 2007-sekarang
Model Lancer memang ketara perbezaannya dengan model terdahulu..dilengkapi ciri-ciri terbaru Lancer dengan menampilkan badan keselamatan.. Model tersebut adalah Galant Fortis (Jepun),Lancer Fortis (Taiwan) dan kalau Mitsubishi Jones (MPV kompak) Di Malaysia, model ini didatangkan dengan pilihan enjin 2 liter sahaja. Dan terdapat dalam variasi Sedan 4 pintu (GS41).. Layout Enjin adalah pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda Model ini dibekalkan dengan Enjin 4B12 2.4 L DOHC MIVEC I4, 4B11 2.0 L DOHC MIVEC I4,4B10 1.8 L DOHC MIVEC I4,dan 4A91 1.5 L DOHC MIVEC I4 ..Transmisi adalah dalam Manual 5 kelajuan (F5MBB) dan Automatik CVT (F1CJA)
Proton Inspira menggunakan enjin siri 4B 16 DOHC MIVEC dari Mitsubishi seperti mana yang boleh dilihat pada model Mitsubishi Lancer EX dan GT. Varian 1.8 menggunakan enjin 4B10 dan 4B11 untuk varian 2.0. Kepada penggemar-penggemar kereta sedan berprestasi tinggi, enjin tersebut yang dilengkapi sistem MIVEC sudah tentu antara jenis enjin yang diidam-idamkan, tambahan pula reputasi dan populariti sistem MIVEC hampir sama dengan sistem VTEC dari Honda.Tiga varian dikeluarkan di kilang Proton iaitu 2.0 liter CVT dengan kawalan paddle shift yang mengawal enam kelajuan maya, 1.8 liter CVT dan 1.8 liter manual. bagi model 2.0 liter CVT. Model pertengahan juga adalah model 1.8 CVT.
_______________________________
Enjin MIVEC
_______________________________
Mitsubishi mivec bukan nama model tapi nama enjin.Mivec merupakan acronym bagi Mitsubishi Intelligent and Innovative Variable Valve Timing . Pada tahun 1992 enjin MIVEC mula di perkenalkan dengan Kod untuk adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda.
Enjin MIVEC ini lah yang paling popular di Jepun mahupun di Malaysia.antara model yang guna enjin Mivec termasuklah ..macam Galant (& Eterna), Lancer, Sigma, Debonair, Pajero, RVR, Space Runner, Chariot...Colt Mirage Cyborg.. atau Mirage Asti. Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin yang sama..
Antara model enjin yg guna Mivec ialah
4G92 1.6
4g92 pula ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang memanggilnya dengan nama engine MIVEC...ini adalah antara keluarga engine mitsubishi yg latest lepas technology vr4.. oh ya, 4g92 ini juga terbahagi kpd 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yg biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yg standard...dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (ber turbo).....
4G93 1.8
4g93 na nie ada 3 versi..
1. 4g93 sohc (mitsu),
2. 4g93p dohc (putra,gti,r3,waja,wira),
3. 4g93t gsr turbo
Kalau hendak yang jimat guna petrol boleh cuba 4g92 mivec.
Kalau gila kuasa, boleh gunakan 4g93t.
Kalau lagi hendak gila kuasa boleh gunakan 4g92 mivec b.o.t 4g93t
Kalau nak modifide masuk enjin 4g93 - 1.8 sohc@dohc NA @ turbo. Syarat utama kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..
6A12 2.0 V6
Tak silap aku model fto ade 2.0 mivec dan untuk fto ada 3 variasi..
1. 6A12 2L DOHC N/A non-MIVEC
2. 6A12 2L DOHC Turbo
3. 6A12 2L DOHC MIVEC
Kalau Guna Twin Turbo..ada 2 jenis satu 2.0L dan satu lagi 2.5L.
Kalau nak modifide enjin masuk pada kereta Proton rasanya hanya Proton Perdana Proton Waja Chancellor je yang lulus pakai enjin ni.. ramai yang cakap keupayaan enjin sangat bagus... perbezaan ketara terhadab kelembutan enjin dan pickup yang lebih, sebab enjin 6A12 punya torque lebih besar
4G18 1.6
Seperti yang kita tahu Proton Waja yang asal menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L dan beralih menggunakan enjin Campro .. klu kat body waja enjin 4g18 ni dah ringan je pergi dia, klu masuk kat body wira satria saga lagi la ringan..bagi aku enjin waja mitsubishi 4g18, kalau korang tengok mitsubishi lancer yang sebelum ni ( bukan yang latest ni ek)..enjin dia guna 4g18 la...kalau mitsubishi tak yakin dengan enjin tu tak kan la dia berani letak dalam mitsibishi lancer tu...tapi kena ingat la....mitsubishi lancer tu ada tambahan invec111, power la kalau nak banding waja.. lagi satu sebenarnya casis waja pun sebenarnya serupa dengan casis lancer ...
4G15 1.5
semua enjin Proton Wira 1.5 adalah dari mitsubishi. bezanya jika
4G15 - dari mitsubishi
4G15P - dipasang oleh proton (under licensed)
4G15 merupakan sebuah enjin yang manufacturernya adalah Mitsubishi. ianya merupakan sebuah enjin yang sangat popular di Malaysia. secara am nya, 4G15 nie adalah jenis enjin Single Over Head Cam(SOHC) version 4G15 nie dicipta dengan gasoline multi port injection dan mempunyai dalam 92hp pada model Mitsubishi Mirage pada tahun 1993.
Kalau dari enjin asal. 1.3 maksimun untuk 1.5 saja yang lepas JPJ. sama ada nak masuk enjin 4G15 standard magma 1.5 atau nak masuk 4g91 - 1.5 dohc masuk engine 4g91 karburator. 4g91 ada 2 spec.iaitu karburator atau injektion.Kalau kamu nak masuk enjin 4G91t sudah cukup memadai..endorse pun senang..masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
34 comments:
harga mivec sekarang 10k keatas..
pehh keta idaman balak aku wehh haha..maintenance tinggi kotttt
suka design lancer sekarang. nampak garang dan stylo.
0.01
kereta pertama ayah sy...
Mitsubishi lance generasi ke dua...yg tkde side mirror kt luar tu..
warna putih.....hmm...mengimbau kenangan zmn kanak2 sy... ;)
perghh terbaik la lancer..vrooomm
Thanks.
Wahhhh..... panjangnya explanation. Puas juga kakak membaca. Thanks
aku paling x ske tgk enjin kete berserabut kepala... hehe byk wayar daa
peh cantiknya. macam2 generasi. dari mula2 sampai yg skrg. hee
Pasal ade citer Proton ~Mitsu aku citer skit sejarah aku guna keta arrr...
1. Proton Saga ~ Magma
2. Proton Saga ~ Megavalve
3. Proton Wira ~ AB (SE Jelmaaan)
Kesemua model kt atas tu aku pakai dlm masa 5 taun...Wira ni je terlebih setaun dr yg lain2...hehehe
#Kalau ikut sejarah...aku dh kene tuka keta nihhh:)
bila nak boleh pakai lancer ni ?
hehe :)
teringin nk pki enjin mivec...tpi rasanya elok ak beli evo je trus.ahhaha
aku tak pernah pakai mitsubishi ni
toyota dengan nisan je
sekarang ni ada tambah bela kancil seekor
hehe
tergamam..waau!!
Assalamualaikum.
Susur galur yang lengkap dan sempurna bagi peminat lancer.
Saya masih lagi menggunakan proton generasi kedua, ambik dari lancer juga. Umur dah masuk 19 tahun, cuma bahagian tertentu badannya telah di'kemaskini', tetapi enjin masih ok.
Berkenan pula tengok inspira. Asal lancer juga, tapi lebih umph dengan mivec.
Info yang amat lengkap dan padat. Tahniah.
TQ
Dulu proton saga cuma ubah depan dengan belakang sikit. Sekarang inspira pun tukar depan sikit. Hmmm....
walaupun tak brape pandai nk komen bab2 kete nih..dilla tinggal jejak kt sini la ye bro!
bro,dah 3 tahun aku keje,kereta pon takde lagi. ingat nak beli kereta,susah r nak berebut ngan mak aku hehehe. adussss...
Fuh.. banyak betul varian enjin. Tapi best untuk diketahui. :)
kan best kalau dapat beli kerete mitsu ni satu..heheee 2.0 memang cool ni,kaler putih der...hheee
cadang nak angkat waja 1.8 premium yang renault tu..
pastu convert 1.8 4G93p boleh ker?
rumit tak?
berapa anggaran kos nya?
thanks
Bole ke nk pasang enjin inspria 1.8 kt proton wira 1.6?
Sejarah mitsubishi ialah pmbinaan pesawat tempur ygdkenali "zero" yg trkenal pd perang dunia.
Xbleh sbb enjinny dh terbalik ( lihat kedudukan timing belt atau pun gearboxnya).proton permulaanya pada model waja
klu sga 1.3 nk masuk mivec 1.6 blh tak jpj approve..
salam tuan, nak tanya. kedai halfcut yang harga berpatutan dan banyak barang mivec. paling penting engine.
dan lagi 1 boleh ke satria 1.3 upgrade 1.8. minat lak 4g93 dohc.
terima kasih atas jasa baik tuan.
Evo 9 pun guna enjin mivec juga. .
Tak rumit pon tpi Kene stemby 8k untuk tukar halfcut dan kos..engin gdi mmg trbaik
2018 baru aku nk komen..semua yg komen masih sihat ke
4g18 ni kalau nk upgrade...ke ejnjin jenis yg mcm mna sesuai
This is excellent and great work. This is too good for me. This really made me happy. Please provide additional information of this kind. We greatly appreciate you sharing this blog with us. thermal insulation materials
"A golden opportunity for you! Own a Sports Car and enjoy various advanced features and free maintenance packages." Come visit our website here https://sportkeren01.blogspot.com/
Post a Comment