Wednesday, July 20, 2011

Generasi Nissan Sentra


Pertanyaan yang diajukan..
MataHati @ MH said...nak buat permintaan sikit..actually aku berhajat nak beli kereta nissan sentra auto keluaran 2001-2003. boleh kasi review sikit tak pasal model ni. sparepart susah tak nak cari? mahal ke?budi baik tuan amat dihargai.. :)

Jawapan kami...

Thanks pada En. MataHati bertanya... tak banyak yang saya dapat bantu.. Tapi saya cuba jawab pada apa yabg saya tahu sahaja yerr. maaf lerr..

Nissan Sentra ni dah lama ada kat Malaysia ni. kita juga tahu bahawa Nissan terdiri daripaada generasi yang terbilang. Cuma versinya sentiasa diupgrade dan makin nampak cantik. Kuasa enjin dan performance kereta pun boleh tahan..Untuk pengetahuan pada dasarnya Nissan Sentra adalah kesinambungan dari model Nissan Sunny..
_______________________________
Apa yang dapat dikatakan tentang Model Nissan Sentra ni..
Secara ringkasnya..
( hanya pandangan saya saje )
_______________________________
1-kereta nissan memang ada kualiti, Engine Sentra superb beb...nissan sentra pun masih banyak lagi banyak atas jalan lagi.....Jadi Spare part mudah lagi cari kat kedai potong...
2-Ikut pemerhatian, Kereta nissan ni tahan lasak..jarang engine nissan kena overhaul..
3-kebanyakkan model Nissan Sentra boleh dikatakan jimat penggunaan minyak (ikut cara pemanduan korang) sebab mengunakan teknologi CVTV dan kebanyakan model nissan sentra ni juga guna timing chain so free maintenance. lebih senyap enjinnyer dan lebih ringan.
4-Kalau kita tengok dan buat perbandingan... kebanyakkan orang cina suka menggunakan jenama kereta Nisan Sentra berbanding Orang melayu yang suka menggunakan kereta jenama Honda.... Ini mungkin biasanya spare part nissan murah sikit dari honda, walau pun teknologi nissan tak sehebat honda tapi nissan kira ok gak..
5-Ramai kata sentra ni kereta org tua....tapi bagi aku kalau masuk bodykit nismo sporty jugak.. ramai ahli club nismo guna kereta ni beb.. modifide sikit dah lawa cun...
6-Dari segi ketahanan body memang nissan lebih tegap berbanding toyota dan honda..lebih-lebih lagi N16... Body dia tahan karat dan reput...
7- Yang pastinya tepuk dada tanya selera... Peduli orang nak kata...
_______________________________
Generasi Nissan Sentra
_______________________________
Seperti biasa, kena kenal latarbelakang dan sedikit sejarah awal Nissan Sentra ni yerr...Macam kat bawah ni... Tak kenal maka tak cinta...

Generasi Pertama 1982-1986

Ini adalah Nissan Sunny juga Nisan Sentra (sama model nama lain ajer) kereta pertama yang menggunakan penggerak roda depan.. Model Sentra pada masa itu didatangkan dengan bentuk body Sedan 2 pintu, Sedan 4 pintu, Coupe 3 pintu, dan Wagon...Bagi 1.5 L berenjinkan E15 I4, 1.6 L berenjinkan E16 I4 dan 1.7 berenjinkan L CD17 untuk diesel.. Versi GL memiliki transmisi manual 5-speed dan 4-speed.
_______________________________
Generasi Kedua 1985-1990

Masih lagi berbentuk kotak dibuat dalam bentuk Sedan 2 pintu, 4 pintu, Hatchback, Coupe, dan Wagon. Bagi 1.4 L berenjinkan GA14DE I4, bagi 1.6 L berenjinkan E16(s) I4, E16(i) I4, GA16(i) I4 dan 1.7 L pula berenjinkan CD17(i) I4 .. Trim level untuk Sunny / Sentra pasar export adalah LX, SLX, dan SGX Sedan, serta SR Coupe... yang popular pada masa itu adalah dari model model Sedan 4 pintu 1.6 SGX dan Coupe 1.6 SR.
_______________________________
Generasi ketiga 1991-1994

Nissan Sentra B13 bentuknya masih kotak meskipun sudutnya sudah dibulatkan sikit..terdapat dalam 2 bentuk iaitu 4-door sedan dan 2-door coupe.. Model XE yang popular, GXE yang mewah, SE yang sporty, dan SE-R yang berkemampuan tinggi. Sentra SE-R hadir dengan body kit dan enjinnya 2000 cc SR20DE, sedangkan model lainnya berenjinkan 1600 cc..Bagi Nissan Sentra B14, untuk 1.4 L berenjinkan GA14DE I4, 1.6 L pula berenjinkan GA16DE I4 dan 2.0 L berenjinkan SR20DE I4..Sentra SE R datang dengan 140 hp (104 kW) @ 6400 rpm..Apa yang menarik model Nissan Sentra B13 mendapat gelaran ‘Teksi Genting’ . Ia sememangnya banyak digunakan oleh pemandu teksi untuk turun dan naik ke kota keriangan Genting Highland. Ia dibekalkan secara asal dengan enjin 1.6-liter GA16DE dengan rantai pemasaan yang diakui antara yang paling tahan lasak dalam kategorinya.
_______________________________
Generasi Keempat 1995-1999

Nissan Sentra B14 tampil dengan design body yang membulat dan jauh berbeda dari generasi sebelumnya. Platform B14 sentra terdapat dalam variasi Base, XE, GXE, GLE, SE AND SE LIMITED Dengan peningkatan pada cc kereta tersebut ada yang 1300 cc, 1500 cc, 1600 cc, dan 1800 cc.Bagi Nissan Sentra B14 1.6 L berenjinkan GA16DE I4 dan 2.0 L berenjinkan SR20DE I4.. kereta Nisan Sentra 1.8 GXE ni antara yang baik dari segi ketahanan dan maintenance sebab utamanya tiada timing belt tapi guna timing chain..
_______________________________
Generasi Kelima 2000-2006

Nissan Sentra menggunakan platform B15 yang sama dengan Sunny, tetapi bodynya berbeza.Variasi dalam 4-door sedan... Bagi 1.8 L berenjinkan QG18DE I4 (126 HP) dan bagi 2.5 L pula berenjinkan QR25DE I4 (165,175 HP) ..Apa yang menariknya pada tahun 2002 dan 2003, Spec V SE R (bersama dengan SE-R) direka berdasarkan seakan-akan Skyline GT R..

Sebenarnya pada tahun 2000-2004 model Nissan Sentra N16 dalam pasaran merupakan unit terhad merupakan model 1.8 L Super Saloon untuk pasaran dalam negara-negara Asia. Ianya sebenarnya sama aje dengan model platform B15 cuma terapat sedikit pengubahsuaian bentuk facelift sahaja.. ada yang kata Nissan Sentra N16 ni hasil kerjasama dengan Renault, pada masa itu company Nissan ada masalah sikit. Tapi tak pasti lahhh pulak betul atau tidak..
_______________________________
Generasi Keenam 2007


Bermula 2007 Nissan Sentra B16 telah tampil dengan banyak perbezaan terutama bahagian lampu dan permukaan body yang nampak lebih sporty.Variasi dalam 4-door sedan... Bagi 2.0 L berenjinkan MR20DE I4 manakala 2.5 L pula berenjinkan QR25DE I4.. Yang menariknya penggunaan Transmission 6-speed manual CVT..
_______________________________
Modifikasi Enjin Nissan Sentra...
_______________________________
Kalau mengikut pengubahsuaian enjin pula .... rasanya agak senang nak cari dan upgrade enjin nissan ni... cuma kena tengok kesuaian di tahap legal 25% upgrade or less dengan CC kereta korang yang asal .Kalau tak ada masalah...Ni semua inspaction JPJ mungkin boleh lepas lahh.. ni nak kena tanya orang-orang yang joint club Nismo sebab mereka lebih arif lagi dalam bab-bab upgrade enjin ni...


"Ape pun setiap pengubahsuaian yang di lakukan di harapkan tidak menyalahi undang-undang yang termaktub.... Modifikasi hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988... "
Jika terdapat sebrg maklumat yg disampaikan salah, sila betulkan ya... Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

18 comments:

MataHati @ MH said...

terbaik terbaik...
bila dah tahu sejarah sentra dan serba sikit pasal model ni, semakin yakin nak beli sebijik.
elemen penting yg dimahukan ialah tahan lasak, senang nak cari sparepart dan menjimatkan minyak..
terima kasih bro kerana sudi melayan permintaan ku itu..

afendi ariff said...

betul bro...sentra mcm keta org tua...sylphy br mcm org muda...heh!

en_me said...

me x penah pakai nissan lagik.. ihiks

Ct Arina said...

oh, bagus upenye nissan sentra ni. tp bos aku dah pakai wey. klu aku pakai gak, kesian bos aku level kuli jadinye. hahaha

Ibnushukran said...

aissh.. bila la dapat beli kete ni, best je bncang sal kete ni.. haha.. pndangan sy pun sama, nissan nmpak macam orng tua skit la, p tak kisah pun sme tu, y pnting kita puas hati, minat masing2..

Edy Zaidi said...

xminat sngt nissan ni

Yastro said...

Slyphy mmg aku minat jugak...tp nk beli x mampu laaa....takat tgk jerr...:)

NOOR FATIN said...

smart jugak kereta ni. ;D

ayie said...

nissan..tapi memang best nissan ni..sebab pernah pakai dan naik nissan serena..tapi enjin die kureng

HEROICzero said...

hehehe nissan yg lama2 ni la yang WIN !

nas said...

nissan sentra.. xpenah aku dengar kot
ini yg 1st time aku dengar
hehhehee
tapi ayah aku penah beli nissan sunny
ok gak

Rozali said...

Assalamualaikum Afzainizam

lama tak kemari

pernah naik kereta kawan, dia bawa 160kmj, selamba ajer...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam

Unknown said...

nk tnya bro, boleh ke engin e15 pakai head e16 12v...

gaban said...

Sentra 1.8 dan 1.6 mana ok dari segi minyak,maintenance dll..nk pilih yang mana untuk penjimatan.

Wira Yahya said...

Salam, just nak tanya, Sentra N16 saya engine crack, kena tukar engin, skrg nie kereta saya 1.6L, saya ingat nak upg ke 1.8L, cuma tuka head & block sahaja, kot la ada sesiapa pernah buat upg nie, saya nak tanya, mcm mana dgn performance & fuel consumption utk block 1.8L, adakah lebih baik, atau sama sahaja dgn block asal 1.6L, hope dpt info dari korang.. thanks

Cik Mads said...

Aku pkai keta nissan b13,ayah aku pkai nissan n16..2jenis model ni aku pnh drive.. Klu ikud jiwa muda nissan b13 lg sedap dari nissan n16.. Aku pnh try test dgn honda ej jiran aku.. Keta sama2 standart.. Tp terbukti nissan b13 lg superb.. Klu xcaya try la test nissan b13 b14 b15 dgn honda ex eg ej ek.. Cr yg sama standart.. Tgk teknologi jepun yg mn lg superb.. Jgn hny sekadar dengar cerita org.. Xtry tatau.. Sbb stiap individu akan puji jns keta yg dia guna.. Naik haiway then try test.. Selamat mencuba

Cik Mads said...

Kelebihan nissan adalah timing chain sng kta dia pakai rantai.. Enjin lbih smoft minyak jimat.. Twin cam n 16 valve standart b13 b14 b15.. Byk keta gunakan belt.. Sng kta klu motosikal skuter dgn bkn skuter.. Belt dgn rantai yg mn lbih kualiti?? So klu sapa2 yg naik honda naik toyota try test dgn laib jenis brand.. Cr yg sama cc.. Tgk teknologi keta msing2.. Pstu br bole menilai.. Cuba la try jgn sekadar menilai ikud teori otak yg xtentu lg tepat

AHMAD TAUFIK said...

Mmg terbaik...btul tu..kita tak test x tahu..aku sndiri pakai b14 auto n prnah test ngn honda 1.6 jgk..kene jgk honda tu..njin senyap pn syp..yg agk best njin ni twin cam