Tuesday, October 25, 2011

Pentingnya Nama Pemandu kedua Insurans kereta


Pertanyaan yang diajukan...
Cheng
hi, sy nak tanya klu bukan owner yg drive tu kereta and accident sendri bole tak claim insurans and the insurans is first party?
Jawapan Kami...
Thanks Cheng kerana bertanya...Saya bukan agen insuran tapi saya cuba apa yang saya faham sahaja...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Additional Driver Coverage
Pentingnya Penama Pemandu kedua yang membawa kenderaan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pada asasnya, terdapat dua jenis polisi insurans untuk kereta anda.
i) First Party – melindungi kehilangan dan kerosakan kereta, kecederaan pihak anda serta pihak ke-3 iaitu kenderaan yang terlibat dengan anda ketika kemalangan. Polisi tersebut merupakan polisi yang menanggung semua risiko tanpa mengira siapa memandu kenderaan tersebut.Umumnya,dalam kebiasaan kehidupan hari ini di mana kenderaan tersebut boleh dipinjamkan kepada sesiapapun
ii) Third Party Seperti namanya, perlindungan insurans khusus kepada pemilik berdaftar kenderaan itu sahaja.Ini bermakna sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian kenderaan pada ketika ianya dipandu oleh orang selain pemiliknya, maka insurans yang diambil itu tidak akan membayar apa apa kerugian yang ditanggung oleh pemilik atau apa apa tuntutan pihak ketiga.bermaksud kenderaan tersebut tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain dan sekiranya ianya dipinjamkan juga, maka risikonya ditanggung sendiri oleh pemilik



Untuk pengetahuan bersama, apabila membeli / renew insurans kereta:

1)Pentingnya anda letak jumlah coverage insurans (sum assured) yang sama dengan nilai pasaran kereta tersebut (market value) atau nilai settlement loan kereta. Ini kerana, sekiranya kereta anda under-insured (coverage insurans lebih rendah dari market value), tuntutan insurans akan dibayar mengikut peratusan tertentu (tak cover penuh).

2)Pentingnya anda buat
Additional driver Coverage ( perlindungan tambahan pemandu kedua - second driver)

Additional driver Coverage Maksudnya tambah nama driver dalam polisi insurans kereta anda..
-Seelok-eloknya korang tambahlah lagi sorang nama pemandu. Free je, contohnya nama
isteri anda atau nama orang yang selalu bawa kereta anda) kecuali kalau
korang tambah lagi sorang pemandu sampai jadi 3 orang pemandu contohnya nama anak anda.. Kalau tambah jadi 3 nama dikenakan RM10 bagi tambahan seorang. Kalau rasa nak tambah, korang tambahlah. bergantung kepada keperluan..Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya kemalangan berlaku ketika pemandu kedua yang membawa kenderaan..

-Kepentingan meletakkan penama pemandu kedua yang membawa kenderaan (Additional driver Coverage) ialah jika pemandu lain (yang tidak dinamakan) memandu kenderaan yang diinsurankan dan terbabit di dalam kemalangan, maka akan dikenakan Excess caj sebanyak RM400 (bagi kereta) untuk membuat tuntutan insurans. Bayaran tu dibuat kepada syarikat insurans.

-Kita akan di kenakan 'Excess caj' ( RM 400) bila driver yang memandu kemalangan
tu:-
a)not a named driver
b)Pemandu with Lesen P
c)Pemandu with Lesen L
d)Pemandu berumur bawah 21 tahun.

Ok , Berbalik pada pertanyaan Cheng ni..
“klu bukan owner yg drive tu kereta and accident sendri bole tak claim insurans and the insurans is first party?”
_______________________________
Tuntutan Akibat Kesalahan Sendiri
_______________________________
dari keterangan di atas Claim insurans boleh dapat. Pemegang polisi boleh membuat tuntutan terhadap kerosakkan akibat kesalahan yang dilakukan sendiri jika kenderaan dilindungi oleh polisi insurans first party.. Sila baca entry saya terdahulu Tip-tip Claim Insuran Kereta kemalangan (klick ajer)

-Cuma disebabkan nama pemandu ketika kemalangan tidak tertulis dalam cover note insurans, maka ada bayaran tambahan 'Excess caj' ( RM 400) bayar kat syarikat insurans.

-Sesetengah orang membuat report palsu dengan mengaku diri sendiri iaitu penama (driver) di dalam cover note sebagai orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut supaya dapat mengelak bayaran tambahan untuk situasi seperti di atas.

-Tapi Kalau boleh kawtim ngan adjuster @ bengkel tu masukkan je la skali RM400 tu dalam claim dorang (Kalau tak silap saya , klu salah sila perbetulkan )

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

25 comments:

Nizam Ijam said...

penting2 :D

Fadzli Amir said...

memang bagus ni..aku dah letak nama wife dah ..yang lain2 tu baru tahu je...thanks...

Madd said...

baru tahu buleh letak nama pemndu kedua...
tq2,,,,,

Yastro said...

YUp...penting gak mende2 ni...biasanya kalau pihak insuran tu baik ati dia akan tanya "nak letak nama siapa bg driver kedua ni cik"

logorithm said...

Tak pernah tahu pulak boleh letak nama second driver. Thanx for the info! Next year punya renewal I letak...


Terbaru dari Logokoko:



[U] Wajah Siti sekiranya simetri sempurna



[U] Kesian budak nih...



[U] Tersepit lift

Saiazuan said...

hmm x tau langsung psl insuran ni.. kena blaja, klu tak nanti mesti kelangkabut one day :D

nabilah_2908 said...

yupp..mmg penting..

macam kawan sy...kereta yg dia bawa tu kereta suami...mmg xde nama dia dalam insurans tu..satu hari accident...

sudahnya si suami yg buat report..mengaku dia yg terlibat...huhu...

Papa Mifz said...

biaso nye bab2 renew insuran or road tax mtk tlg abg ipar jer...

Woofer Storm said...

kena letak pemandu no 2 la pas ni..

thank bro atas saranan dan info terbaik ni^^

Adylia Qarissa said...

terima kasih sebab sharing..bari dkna tau..

1 lagi persoalan :-

kalau nak tambah nama pemandu boleh ker sedangkan roadtax insurans baru jer renew 4 bulan lepas :)

Ct Arina said...

owhhhh baru taw! pemandu kedua kereta aku, ayah aku. tp aku kat jb, die kat selangor. xde hal kan?

khairul said...

mintak d jauhkan lah dr eksiden ni

kayrul-shah said...

alamak macam nie kena check balik la policy insurans tue..bln 4 thn depan baru roadtax mati

Lya Colours said...

thanx info. sangat bagus =)

dhiera said...

ooo...baru bertambah paham.
saya memang terfikir untuk tambah penama ketiga untuk kereta tu sbb kereta saya selalu dipandu oleh 3 orang~

encikReza said...

bro,
baru tahu buleh letak nama pemndu kedua.

thanks 4 d info ya!

ABU said...

very nice info.. aku pun kabur kabur kalau bab insurance ni..

Woofer Storm said...

apa kabar bro??
bz ke??

slmt berhari minggu^^

tehr said...

nampaknya lepas ni aku kena letak 3 nama la sebab ada 3 orang yang selalu jadi pemandu

MataHati @ MH said...

baru terperasan. header baru tu tersangat lah comel.. :)

tapi better kan kalau nama 2nd pemandu tu diletakkan nama suami isteri atau adik beradik...

mohamad hikmi said...

tp kl penama kedua bwh umur 25 tahun akan dikenakan caj.tp aku x igtla brp..tue sape2 yg pkai etiqa insurans kl yg lain x tau plak

intan nadia said...

Jika insurance dan road tax masih hidup tapi mahu tambah nama boleh ke?

Hafiz Choy said...

terbaikk bro... thanks atas info2 yg diberi...

Nurul Syazmira said...

berapa lama process utk tambah nama kedua dlm insurance note tu???

Unknown said...

Nurul syazmira : dlm 1hari pun boleh settle. Itupun kalau hq xbz