Thursday, December 29, 2011

Tip menghadapi temprature kereta naik


Pertanyaan yang diajukan...
sayong:Bro aku pernah ditimpa masalah high temprature perjalanan balik dari tpt keje ke rumah. apa yang perlu aku lakukan nie..
Jawapan kami...
Thanks Sayong bertanya… Cuma lambat sikit balas jawapannya…Dan ini juga entry terakhir tahun ini... Saya cuba bagi pandangan saya secara ringkas kemungkinan yang berlaku..

Penjagaan sistem penyejukan adalah amat penting untuk sesebuah enjin.Enjin boleh
berlaku overheated jika suhu enjin mencecah pada paras merah di meter panel. Dan ini boleh mengakibatkan blok head bengkok,air masuk dalam sistem pelinciran dan boleh menyebabkan enjin jammed.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip menghadapi temprature kereta naik
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bila kita tengah drive ... Tetiba ajerr nampak meter temprature naik mendadak .. Cepat-cepatlah berhentikan kereta ditepi jalan..Buka bonet depan.. biarkan seketika enjin agak-agak sejuk.. barulah checking apa benda yang rosak...

Antara masalah yang boleh mengakibatkan High temprature ialah:
1.Air cooling Radiator kering. Radiator tersumbat.. Drain Screw Radiator loose.
2. Tidak menutup radiator cap dengan baik.
3. Sensor Temperature tak betul
4.Hos penyambung ke radiator bocor.
5.Water Pump Rosak atau tersumbat
6. Kipas radiator rosak.
7. Thermostat rosak.
_______________________________
1.Periksa Air Radiator
Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air.. Cuba lihat air di dalam radiator pastikan tidak berkarat dan jika berkarat dan berkeladak mungkin radiator tersumbat... ni kena buat flash air tersebut dengan membuka hose bawah dan masukkan hose air dari atas dan Drain Screw Radiator dibuka.


Biarkan air memasuki dan mengalir masuk dalam enjin sehingga air karat habis keluar kesemuanya.. Kemudian pasang balik Drain Screw Radiator kembali...Isi air didalam radiator


AMARAN...Jangan membuka penutup radiator ketika panas..Biarkan dalam 1 jam tunggu sejuk dulu baru boleh membukanya..Gunakan kain yang tebal untuk membukanya..Ini bagi mengelakkan wap dan air panas tepercik pada anggota badan.. melecur beb
Pastikan tiada bocor pada radiator..jenguk pada bawah kenderaan anda.jika ada air menitis,cuba cari punca datangnya air itu..Selalunya ia datang dari Drain Screw.. atau ada kebocoran pada radiator atau pada part-part berkaitan (Tengok kat lantai atau atas jalan kalau ada bekas air menitik) ...Atau air memang dah kering kat dalam radiator tuu...

Periksa dan pastikan air dalam reserve tanki ini dalam paras antara minima dan maksima. Kena checking air yang ada.. seeloknya sebelum enjin dihidupkan.Ingat jangan melebihi paras Maksima

_______________________________
2. Periksa Pressure Cap
Periksa keadaan spring dan juga rubber seal tidak rosak.Secara teknikal cap ada tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut dan cara untuk pastikan ia berfungsi dengan menekan spring tersebut ia berfungsi atau tidak

_______________________________
3.Periksa Sensor Temperature
Kadang kala masalah berlaku bila jalanraya sesak suhu enjin akan meningkat… kipas akan berfungsi apabila suhu setting tercapai.Jika pusingan kipas perlahan maka suhu didalam tangki lambat turun.Atau pun sensor ada masaalah dengan setting dan lambat cut in atau kadang kala berkemungkinan water pump impeller dah rosak.

Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari meter panel odometer..ada kemungkinan sensor ini rosak.Cara terbaik untuk test adalah dengan menggunakan screw driver atau wire ON kan Suis..tapi jgn start kenderaan anda..dan sentuh kedua dua point .Jika kipas berpusing ini bermakna sensor ini ada masalah.Disyorkan tukar baru sahaja. Kipas akan berpusing jika Thermostat Cut in..

_______________________________
4.Periksa Hose
Lihat pada hos kenderaan anda.. Jika didapati ada tanda tanda retak, koyak disyorkan tukar baru berserta dengan clip baru.Juga periksa sekali hose kecil yang menyambung dengan sistem ini. Caranya korang boleh pegang hose atas dan hose bawah jika hose atas panas dan hose bawah sejuk, ini ada kemungkinan thermostat kenderaan korang sudah karat dan jammed ( rosak). Saya nak nasihatkan kat sini simpan segulung masking tape dalam dashbord kereta... Tujuannya jika terdapat kesan bocor korang boleh tampal bocor dengan masking tape..Boleh digunakan untuk jarak yang dekat sahaja

_______________________________
5.Water pump
Periksa betul betul jika ada tanda tanda air keluar disekeliling water pump.Ada 2 sebab jika berlaku sama ada gasket bocor keluar air atau pump housing retak .Kalau ini berlaku disarankan segera tukar pump baru.Kebiasaannya mekanik akan tukar water pump sekali dengan menukar gasket

_______________________________
6.Periksa Radiator Fan
Periksa connection wire,fuse box,sensor temperature dan fan motor... Periksa kipas radiator adakah ianya berfungsi dengan baik… Bila kipas berpusing pastikan keadaan pusingan adalah normal tanpa terdengar bunyi yang abnormal.Sekiranya didapati pusingan kipas perlahan kemungkinan contact longgar atau kemungkinan carbon motor dah haus . Tetapi kalau Kipas tidak berpusing.Check dengan mengunakan test pen on your motor..pastikan ada bekalan letrik..jika kipas berpusing check pada thermostat pula takut tersumbat kot ..

_______________________________
7.Thermostat
Pemeriksaan tidak dapat dilakukan disebabkan ianya terletak didalam.Ada kes tertentu thermostat jammed boleh menyebabkan enjin overheated.Oleh itu jika ia berlaku anda boleh buka 2 nut screw dan buangkan. Tapi ini hanya bila berlakunya kes kecemasan sahaja.

Jika semua telah anda lakukan tanpa menjumpai tanda-tanda tak normal pada kereta tersebut , tapi temprature masih lagi high..maybe ada something wrong with your meter panel odometer..
Periksa cable wire yang di pasang di enjin tidak longgar atau rosak

Cuba pandu kereta pelan- pelan, dan berhenti sekejap kemudian jalan lagi sikit… berhenti sekejap kemudian jalan lagi sikit... bawalah kereta anda ke worksyop berdekatan yerr..
_______________________________
PESANAN KAMI..
Kalau nak jalan jauh harus servis kereta wehh, jangan gambel sangat tau.Kang kereta tersadai tepi jalan kang... Mintak jauhhh lerr

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Monday, December 26, 2011

Tip Spray Paint Motorsikal


Pertanyaan yang diajukan..
1) fariz saya nak tnye macam mane nak spray moto sendiri guna spray tin...?? lagi satu spray tin ape yg berkualiti nak gune. kalau ada spray tu,boleh design sendiri kan?
2) ambok nak tanya skit mane nak dapat extension utk letak kat atas tin spray supaya x lenguh tangan tekan..
Jawapan kami..
Thanks pada fariz dan ambok bertanya... Maaf agak lama tertunda lama jawapan tersebut ... Sebenarnya korang boleh cari balik kat entry post terdahulu kat blog saya ni ada beberapa tip/diy yang boleh digunakan... Kena rujuk lah semula yerr... Apa pun saya suggestkan sedikit untuk rujukan korang secara ringkas seperti kat bawah ni...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Spray Paint Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1) Back to point pertanyaan fariz
Saya cuba cerita sikit tentang cat tin aerosol SAMURAI® paint brand lah... Tapi ini bukan nak promote tapi nak ceritakan perihal spray cat tin kalau nak spray cat motosikal korang sendiri... kita boleh buat sendiri tak payah hantar kat kedai yang memerlukan kos bukan sikit....

Korang pernah tak jumpa Spray tin aerosol cam kat bawah ni..
Secara Ringkasnya kami terangkan sedikit sebanyak fungsi cat tersebut




plastik primer = Memastikan cat dapat melekat pada permukaan plastik ( selalunya Cover Part plastik getah warna hitam).. penggunaan plastik primer juga dapat elakkan cat cepat tanggal atau terkopek.
undercoart= colour base = bagi colour base tu sekata sebelum sembur warna yang di ingin kan
putty primer = Samurai primer putty untuk menutup kesan-kesan calar kecil, cat die biasanya warna kelabu . kalau nak hasil colour yang lebih cun kena spray primer putty sebelum undercoat
Standart colour (warna pilihan) = warna yang korang nak sembur kat coverset sama ada korang nak gunakan Colour standart aje ke, Khameloen atau matellic .terpulang pada kamu.
lacquer = Sebagai clear atau pelindung lapisan cat dan kasi warna timbul, licin ,menambah kilauan.
_______________________________
Bukan itu saja.. korang boleh terjah laman web http://www.samuraipaint.jp/

Kat laman web ni korang boleh dapat macam-macam maklumat, tip-tip dan DIY tentang cat tin aerosol SAMURAI® paint ni.. Antaranya tip/ Diy yang diberikan macam kat bawah ni..

1) Step by step bagaimana cara spray motorsikal yang disyorkan.. Ada diterangkan..






2) Begitu juga dengan tip-tip spray part-part motorsikal yang boleh dijadikan rujukan..




3) Di terangkan bagaimana nak spray coverset menggunakan net ( jaring)



4) Spray coverset dengan membentuk corak design ikut keativiti..



5) Spray coverset dengan tone warna berbeza pada design dikehendaki..




5) Spray coverset mengunakan cara potongan cardboad pun ada disertakan..



Memang bagus laman web ni.... kerana banyak yang boleh kita pelajari teknik-teknik spray mengunakan spray tin yang boleh kita buat sendiri dirumah dengan mengunakan daya kreativiti yang ada...
_______________________________
Extension Spray Grip
_______________________________
2) Back to point pertanyaan ambok
Semasa kita menjalankan kerja-kerja spray tin ni pada part-part motorsikal ni... memang agak memenatkan bila jari menekan spray cap nozzle pada cat tin tu... memang agak lengoh-lengoh lah jari nak tekan botol spray tin ni... Ok korang boleh gunakan alat extension untuk letak kat atas tin spray supaya tak lenguh tangan dan jari- jemari menekan... Ada jual extension botol spray tin dekat kedai bancuh cat kereta.... harga dia dalam lingkungan RM 25 kalau tak silap lahh...

Bentuk extension botol spray tin atau spray grip macam kat bawah... ada macam- macam brand... ikutlah mana yang korang nak...





_______________________________
Spray Cap Nozzle
_______________________________
Korang perasan tak ... Tudung spray pada botol spray yang ada... sebenarnya terdapat 5 level tudung spray cap yang berlainan bentuk yang memberikan perbezaan jarak, besar dan kecil semburan...


Kadang kala bentuk tudung spray cap ni semua seakan sama ajer.. Tapi korang perasan tak warna pada muncung spray tin tu berbeza-beza.. Warna merah, pink, hijau, biru dan kuning pada muncung Spray cap menunjukkan bentuk semburan samaada halus, kasar, tebal, tirus


kita boleh tukar tudung spray cap untuk mendapatkan corak dan jarak kecil, besar, halus sesuatu semburan yang bagai mana kita hendak gunakan... so kalau kita nak buat semburan halus ( nak buat border garisan) kena tukar tudung spray cap yang bersesuaian (muncung tirus dan kecil )... begitu juga kalau nak buat spray dengan permukaan yang luas.. pun kena tukar tudung spray cap semburan yang lebih besar... kalau kita nak tukar-tukar Size spray cap ni boleh kita beli part berasingan kat kedai bancuh cat juga... ada jual gak spray cap 3 size tu kat sana...
1)

Ada 3 jenis spray cap ni .. Setiap jenis memberikan jarak ( distance ) semburan berbeza
Stem male spray cap pula digunakan untuk tiub sambungan pencucuk lubang antara tudung
( spray cap ) apa bila kita nak tukar spray cap yang berlainan
_______________________________
PESANAN KAMI..

Biasanya kalau kita guna spray tin ni... kita tekan tudung spray cap tu pasti tangan kita terkena cat tu sekali.... Sebab tu lah kalau boleh, gunakan extension spray grip lagi senang .... jari tak adelah lengoh nak picit-picit dan jari pun tak kotor terkena cat spray...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Saturday, December 24, 2011

Air Balang Kenduri Kahwin- Resepi Air Hawaii Blue


Musim orang cuti sekolah .. time tu lah musim orang kahwin... Seperti biasa lah saya nak citer sikit pasal side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang".. Syukur Alhamdulillah dapat satu lagi tempahan dari seorang kenalan untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin ....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan di Taman Mas Merah, Pontian.. Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...

Ni masa tetamu datang memang kena serbu ... bila nampak macam-macam jenis air tersedia biasanya agak rambang mata.. kalau boleh kesemuanya nak dirasa...

Dalam kesibukan melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam air.. Pilihlah... pilihhh.... Yang pasti ramai yang kata semua sedap belaka tau...

Insya Allah... kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... mungkin ianya satu tarikan dan tetamu boleh menikmati apa sahaja air yang di sediakan..

Biasa lah kalau kanak-kanak kecil pasti teruja nak merasa.. tak kisah lahh... kalau nak rasa kesemua jenis air pun bolehh...

Kami Ucapkan Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai tersebut... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...
_______________________________________
Cuba Korang Tengok YouTube
_______________________________________
Ok... Sekarang ni korang boleh cuba tengok melalui youtube ... ini first percubaan kami .. untuk merakamkan sedikit sebanyak untuk tatapan umum, sekali gus sebagai promosi dan sebagai tanda penghargaan kami pada tuan rumah pengantin... harap korang dapat layan video ni...



Melalui youtube , korang boleh taip pada title atas ( Selamat Pengantin Baru- Air Balang) kemudian klik browse... Insya Allah ... Siri-siri video air balang kami akan terpapar... mudah-mudahan dengan cara ini ... kami harap ianya satu altenatif bagi kami untuk terus maju dalam bisnes ini... mudah- mudahan...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Hawaii Blue
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Hawaii Blue antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Cara nak buatnya agak senang, simple dan mudah ajerr.. Bukan sahaja menghilangkan dahaga, bahkan baik untuk
membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang juga turut membantu untuk menyahtoksik dalam badan sebabnya bahan utama air ni adalah air kelapa muda …

Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
Bahan-bahan:
100ml air dan isi longan tin
200ml air kelapa
100ml sirap gula
50gm isi kelapa - diracik halus
Sedikit perahan lemon / hirisan lemon
Pewarna biru secukupnya
Kiub ais secukupnya
Cara memasak:
1. Satukan kesemua bahan air dan isi longan tin, air kelapa, isi kelapa yang diracik halus tadi. Dan kalau nak lebih sedap lagi masukan sedikit perahan lemon atau hirisan lemon di dalam gelas
2. Kemudian kacau rata dan barulah dimasukkan pewarna biru secukupnya.
3. Akhir sekali, masukkan kiub ais dan sedia untuk dihidangkan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Thursday, December 22, 2011

Tip Alignment dan balancing tayar kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Zack bro hari tu aku nk buat algment kat
kereta aku, pormen tu kata skru camber kena tukar . apa beza alignment..balancing dgn adjust chamber?
Jawapan kami..
Thanks pada zack bertanya.. maaf agak lambat balas.. Sebenarnya saya bukan pomen kedai tayar... jadi sebenarnya saya tak berapa tau pun pasal alignment tayar ni pun.. tapi saya bagi sikit info untuk pengetahuan bersama...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Aligment & Balancing Tayar Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Buat alignment Tayar
Alignment ni istilah teknikalnya...car/handling/suspension geometry setting.
dimana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Kalau allignment lari,buat lah balik allignment . Cuma allignment ni bergantung pada steering rack. Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________
TOE-in TOE- out
Alignment juga kita sebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang.. tapi axle belakang tu tidak lah semua model boleh adjust bergantung kepada sistem suspensinya
TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ni ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang kedalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar) ini kalau kita tengok dari hadapan kereta lah...Biasanya adjust TOE harganya lingkungan RM15 ke RM25 saja

_______________________________
Caster Dan Camber

1)CASTER= yang pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepas tu dia adjust nut untuk bagi selaras balik.Tapi bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah


_______________________________
2) CAMBER= pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dipandang dari depan samaada dengan menambah screw camber yang boleh adjust.. kalau tengok tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. Biasanya adjust CAMBER ni lebih kurang dalam RM15 ke RM20 pertayar

_______________________________
Tanda-tanda CAMBER ada kemungkinan lari
1) mungkin camber lari semasa langgar lubang yang kuat
2) Kalau nampak tepi tayar tu dah berbulu je. ( tayar dah makan sebelah )
3) Cuba try pusing steering kekiri dan kekanan semasa kereta kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering dah senget sebelah ajerr
Pergi hantar check kat kedai tayar la jawabnya.



Selalunya kereta standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam tu. manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber
_______________________________
Perbezaan antara camber screw biasa dengan adjustable camber

A) kalau kereta kita dah buat lowered kasi rendah, ada pakai spring sport, absorber sport yang tapak rendah, atau spring potong atau sport rim besar ... kedai tayar selalunya akan advice menukar camber screw asal standard -0.5 degree itu kepada adjustable camber -1.5 degree.. Hah adjustable camber -1.5 degree ni mahal sikit harganya sebatang RM 15-25... kadang kala kedai tayar ni sembelih harga mahal.. Itu baru harga bolt, belum masuk upah tau ..
Selalunya pekerja kedai tayar akan cakap kat kita “ Hallo bos. camber sudah lari, mau setting kasi betol balik. satu tayar RM 25 linggit ooo...”


B) Kalau Kereta Standart tak ada lowered-lowered tak pernah tukar absorber selain absorber standard, spring pun standart kilang punya pakai camber screw biasa-biasa ajer (-0.05 degree ) tak perlulah pakai yang jenis adjustable chamber (-1.5 degree punya ) suruh ajer kedai tayar tengok keadaan senget tu macam mana.. negative or positive kemudian buat correction screw camber asal, kasi straight balik.. bleh la pakai...

Cuba minta orang kedai tayar yang sedang buat alignment jelaskan (explain) apa maksud gambarajah dan angka-angka di skrin komputer wheel alignment tersebut. Tanya mekanik tu dulu maybe ada sebab lain kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-Tayar botak tak sekata ke ? atau
-Jalan kena selalu pegang steering ke? atau
-Memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
Hah ... Selalu kita serah bulat-bulat kat kedai tayar... mana lah kita tak kena sembelih harga... tak tau pun apa sebab yang dibuat alignment tu...



_______________________________
Bacaan berdasarkan reading kat skrin komputer wheel alignment tersebut

A) unit ukuran TOE biasanya dalam mm.
ada juga yang guna degree.
TOE 0 mm bermaksud tayar tegak lurus ke arah depan.
TOE +5mm bermaksud tayar terkangkang keluar sebanyak 5mm dari hub.
TOE -5mm bermaksud tayar terkangkang masuk sebanyak 5mm dari hub.

B) unit ukuran CAMBER adalah degree.
CAMBER 0 degree bermaksud tayar tegak ke atas.
CAMBER -1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar masuk ke dalam sebanyak 1 degree.
CAMBER +1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar keluar ke luar sebanyak 1 degree.

Ini cuma agak-agak ajer (kalau salah tolong bagi tau yerr) Tengok computer screen tu contohnya.. kiraan nya tayar kiri atau kanan kalau boleh mesti sama condong.. Tapi payah nak dapat.. sebabnya tayar kita tu memang dah makan sebelah... tu yang payah nak dapat perfect

A) kalau duduk dalam petak hijau contohnya .. selalu nya antara tolerence +0.1 hingga ke -1.5 degree masih kira ok lagi lah...tapi kalau kanan condong sangat(-ne) dan terkankang dari kiri.. steering akan berat sebelah.. kalau lepas stering kereta akan kekiri.. dan sebaliknya..

B) kalau duduk dalam petak merah contohnya.. camber kereta tersebut memang sudah lari, masuk ke dalam ruangan "merah" di luar toleransi camber yang dibenarkan. tentukan perbezaan antara kiri kanan tak lebih dari 0.5 kira masih ok lah tuu..
Kadang kala walau pun merah pun tayar kiri lebih sikit tak apa tak menjejaskan dan memberi effect sangat pada tayar, tapi tentukan every 10,000km rotate tayar..
_______________________________
Buat balancing tayar
Balancing pula imbangan tayar beserta rim. ini nak make sure putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar).Kalau rim keluar kilang memang ok...cuma tayar ada tolerance pembuatan. so, kena buat balancing. Over the time pun kena buat juga sebab tayar dah lusuh...luar dan dalam tak sama kadar hausnya. Balancing tayar ni disarankan setiap enam bulan.

Kalau masa bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing mungkin sebab tayar kita berpusing tak seragam atau tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
Ok pasal steering gegar ada satu masalah lagi yang mungkin berkaitan iaitu ada kemungkinan sport rim dah bengkok..

Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

Hantar ke bengkel engineering. (biasanya diorang boleh buat). Ia mengambil masa lebih kurang 1/2 hari utk disiapkan bergantung pada bengkel. Diorang akan bakar sportrim tu kalau bengkok teruk sangat untuk bulatkan balik. So,stanby je la kalau warna pada sportrim tu akan hilang sebab diorang bakar. Kalau tak berapa teruk,diorang akan ketuk je dan lay sedikit pada bahagian yang berbonjol. Tapi hasilnya tak la perfect macam beli sportrim baru. Cuma sedap la sikit kalau nak pakai. . Kos lebih kurang RM50-RM100 bergantung pada bengkel.
_______________________________
PESANAN KAMI..

Cuba bayangkan kereta, apabila tak pernah nak buat alignment, camber lari habis, Mungkin risikonya lebih besar lagi nanti… So janganlah kita suka ambil ringan ...kalau tayar dah terkelepet atau terkepak terkeluar macam kat gambar atas tu... pulak tu masa drive kereta laju... Boleh accident tau..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..