Saturday, December 24, 2011

Air Balang Kenduri Kahwin- Resepi Air Hawaii Blue


Musim orang cuti sekolah .. time tu lah musim orang kahwin... Seperti biasa lah saya nak citer sikit pasal side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang".. Syukur Alhamdulillah dapat satu lagi tempahan dari seorang kenalan untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin ....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan di Taman Mas Merah, Pontian.. Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...

Ni masa tetamu datang memang kena serbu ... bila nampak macam-macam jenis air tersedia biasanya agak rambang mata.. kalau boleh kesemuanya nak dirasa...

Dalam kesibukan melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam air.. Pilihlah... pilihhh.... Yang pasti ramai yang kata semua sedap belaka tau...

Insya Allah... kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... mungkin ianya satu tarikan dan tetamu boleh menikmati apa sahaja air yang di sediakan..

Biasa lah kalau kanak-kanak kecil pasti teruja nak merasa.. tak kisah lahh... kalau nak rasa kesemua jenis air pun bolehh...

Kami Ucapkan Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai tersebut... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...
_______________________________________
Cuba Korang Tengok YouTube
_______________________________________
Ok... Sekarang ni korang boleh cuba tengok melalui youtube ... ini first percubaan kami .. untuk merakamkan sedikit sebanyak untuk tatapan umum, sekali gus sebagai promosi dan sebagai tanda penghargaan kami pada tuan rumah pengantin... harap korang dapat layan video ni...



Melalui youtube , korang boleh taip pada title atas ( Selamat Pengantin Baru- Air Balang) kemudian klik browse... Insya Allah ... Siri-siri video air balang kami akan terpapar... mudah-mudahan dengan cara ini ... kami harap ianya satu altenatif bagi kami untuk terus maju dalam bisnes ini... mudah- mudahan...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Hawaii Blue
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Hawaii Blue antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Cara nak buatnya agak senang, simple dan mudah ajerr.. Bukan sahaja menghilangkan dahaga, bahkan baik untuk
membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang juga turut membantu untuk menyahtoksik dalam badan sebabnya bahan utama air ni adalah air kelapa muda …

Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
Bahan-bahan:
100ml air dan isi longan tin
200ml air kelapa
100ml sirap gula
50gm isi kelapa - diracik halus
Sedikit perahan lemon / hirisan lemon
Pewarna biru secukupnya
Kiub ais secukupnya
Cara memasak:
1. Satukan kesemua bahan air dan isi longan tin, air kelapa, isi kelapa yang diracik halus tadi. Dan kalau nak lebih sedap lagi masukan sedikit perahan lemon atau hirisan lemon di dalam gelas
2. Kemudian kacau rata dan barulah dimasukkan pewarna biru secukupnya.
3. Akhir sekali, masukkan kiub ais dan sedia untuk dihidangkan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

11 comments:

logorithm said...

Wah... baru jer tempoh hari I bertanya pasal air apa yang berwarna biru... dan inilah jawapannya! :-D

Memang patut pun ia menjadi air yang paling laris sebab warnanya yang menarik.

Kalau bunga ros pun, ros biru lebih mahal sebab ia tak wujud secara semulajadi. Ia dihasilkan menerusi genetic engineering.


Terbaru dari Logokoko:

[U] Makan taik

[U] Deretan rumah kedai yang paling hodoh di Malaysia!

[U] Video khas ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers

tehr said...

selamat berbahagia untuk pasangan pengantin
dan selamat maju jaya untuk bisnes tuan blog

bila la aku dapat nak merasa air hawaii blue ni

Woofer Storm said...

semoga bisnes bro semakin mantap..sy respek gila dengan bro ni.pndai cari duit..bgus tu bro..

#kalau ada nak tempah,sy gtau bro ye..

Papa Mifz said...

Tak pernah lg minum air hwwaii blue tuh

khairul said...

mashuk tu bro

nabilah_2908 said...

lebar kan lah sayap ke melaka...hehe..:)

Yastro said...

Waaa...bulan ni mmg ramai yg kenduri jadi mmg banyak la org panggil kan bro?? Tahniah lerr...semoga terus maju jaya!!!

ABU said...

musim kawin ni mesti bnyak tempahan... kan yukur...

dhiera said...

ni memang best! saya memang berangan nak ada air macam ni bile kawen sejak baca entri pasal ni aritu.

meh la sediakan khidmat dekat selangor jugak~

nadia hasan said...

Bro...resepi tu utk bpe org minum eaaa?ke utk 1 balang air mcm dlm pic tu..sy bru nk blaja nege..mohon pencerahan..tq n tahniah bro!

Norliana Yahya said...

Resepi tu tok satu balang ke