Friday, December 9, 2011

Tip hilangkan getah pokok tahi burung pada kereta


Pertanyaaan yang diajukan..
syukry saya nak polish kerete sebab baru2 ni terkena getah pokok mempelam..boleh bagitahu mcm mana caranya?
Jawapan kami..
Thanks pada yang bertanya… Maaf lambat balas jawapan tersebut.. kadang kala kita tak perasan bila kita parking kereta bawah pokok … sekejap aje kita tinggalkan kereta...Pastu balik semula ke kereta, bertepek-tepek getah pokok atau tahi burung jatuh kat bumbung atas kereta.



kalau boleh cuba elakkan meletak/ parking kereta bawah pokok yang bergetah terutamanya pokok mangga, pokok manggis atau pokok getah.. Elak juga parking bawah pokok yang selalu di hinggapi gerombolan burung gagak atau burung perling yang suka memberak merata, selalunya pada waktu menjelang petang dan waktu malam..



Sebenarnya getah pokok mahupun tahi burung meninggalkan kesan asid yang dapat menghakis cat kereta . Jika kita biarkan lama-lama ..takut give up side effect pada cat kereta tersebut akan menyebabkan karat
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip-tip hilangkan
getah pokok / tahi burung dekat kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1. Cara paling mudah nak hilangkan getah pokok atau tahi burung dekat kereta ialah dengan mengunakan rubbing alcohol atau lquid paraffin , Adhesive Remover, sorf99 atau WD-40 atau yang paling senang gunakan finger nail remover (tanggalkan Cutex kuku) .Letakkan cecair ini pada kain, kapas atau span.. dan gosok pelahan-lahan pada getah pokok yg melekat dekat kereta. jangan gosok kuat-kuat sangat, takut calar pulak body kereta tu. Kemudian bilas dengan campuran air sabun.



2. Boleh juga kalau nak guna pakai petrol, diesel, thinner atau minyak zippo..... pakai just sikit sapu dengan kain .. gosok slow-slow. jangan tonyoh kaw-kaw cukup sekadar dapat hilangkan kesan getah pokok tu je.. selepas tu kena bilas balik dengan air sabun..



3. Kadangkala masih lagi ada bekas getah pokok atau tahi burung nampak kelihatan sikit-sikit mark hitam, walau pun kita dah puas tonyoh dengan bahan-bahan diatas tu.. Langkah terakhir gunakan Polish di bahagian yang terkena getah pokok. Polish boleh menghilangkan kesan degil mark hitam getah pokok kat surface yang paling atas cat tersebut.. contohnya macam polish kat bawah ni...


_______________________________
PESANAN KAMI..

Bukan setakat masalah parking bawah pokok selalu terkena getah pokok atau terkena najis burung yg hinggap di sana ..

Malah risiko lain yang lebih besar mengundang kemungkinan dahan pokok patah atau pokok itu sendiri tumbang menghempap kereta akibat hujan lebat atau ribut taufan .



Dalam kes pokok tumbang akibat kuasa alam, insurans tidak akan membayar sebarang tuntutan claim. berlainan pulak kalau dahan pokok patah sendiri akibat pereputan, claim cover insurans boleh dilakukan... Tetapi apa perasaan anda bila melihat bumbung kereta remuk di potong kemudian di sambung welding semula yang baru?? nak nangiskan rasanya..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

19 comments:

Woofer Storm said...

selalu kena tahi brung tapi sy cuci hilang gak..hehee

*jangan kena hempap sudah..hehehe

KizZ said...

Pergh giler ah..huu besst blog ni..banyak cakap pasal kete..Aku ni dah la tak tau sangat pasal kete..

tehr said...

asal saja tak dibiarkan kering lama sangat
pasti mudah juga untuk dicuci dengan bahan2 tu

wak gelas said...

wak pon penah kena najis monyet tuu., memang monyett sungguhh... eeeE wak dh dateng niii nk komen komennnn,,,,.,,..

Yastro said...

nice tip bro...aku selalunya cuma guna compaund tuk polish je bila nak hilangkan getah2 nih....

ayisy said...

Selalu kena tahi burung jek. Adoiii... Basuh guna sabun. Nasib tahi burung tak berbau sgt. Kalau berbau bikin panas jek. haha

Papa Mifz said...

biaso den simbah air jer...huhu

ABU said...

macam ni pulak.. banyak jugak jnis lquid yg digunakan

dhiera said...

kereta selalu jugak kena tahi burung tapi cuci biasa ye. ada efek ke x ea ada cat kereta kalau cuci biasa?

MataHati @ MH said...

cara nak hilangkan getah/tahi burung sgt ringkas caranya tapi ramai yg x tahu nak buat mcm mana..

nabilah_2908 said...

oh...meraung sy kalau tgk kereta sy remuk kena hempap dgn batang pokok mcm dalam gambar tu..huhu... :)

masa mula2 kerja kat sini...kereta sy selalu jadi mangsa kena tahi burung..walaupun tak park bawah pokok...

tapi sekarang dah takde dah... :)

biasanya saya cuci dgn air je..dah hilang..

logorithm said...

Kalau nak menanggalkan getah Road Tax kat cermin pon boleh gunakan cara yang sama lah? Menyampah giler tiap-tiap tahun apabila nak bertukar Road Tax!

I memang tak suka parking bawah pokok, terutama sekali pokok hujan-hujan! Biarlah kereta tuh berjemur bawah panas.

p/s: Model gambar atas tak boleh blah! Har har!


Terbaru dari Logokoko:

[18SX] Telurnya mana?

[U] Pakcik kitar semula menunggang secara berbahaya demi sesuap nasi

[U] Video detik-detik keruntuhan Jambatan Tenggarong!

DrSam said...

ha...ha...pesanan terakhir tu paling afdal. setakat kena berak burung tu kira orait lagi, tapi kalau dah kena hempap pokok tu memang haru...

khairul said...

klu badan kena getah ? hehe

Mat Kriss said...

salam ziarah..

maklumat yang sungguh berguna. :)

aku derita said...

saya mintak tolong sahabat...bolehkah sahabat memberi tips atau cadangan untuk saya buang kesan najis burung tu?
kereta saya berwarna unggu pekat...puas cuci nak hilangkan kesan.. tapi tak hilang jugak...kereta tu baru lagi...dah ada kesan najis burung..tolong la saya sahabat...tak lena tidur saya memikirkan hal ini...tolong....huhuhuhu

aida mesayu said...

keta saya trkena getah buah mangga..pastu saya buarkan seharian..bsoknya bila cuci x kuar kesan getah mangga tu..keta saya dh lah warna putih...kesan getah tu nampak tompokan kekuningan..huhu

aida mesayu said...

keta saya trkena getah buah mangga..pastu saya buarkan seharian..bsoknya bila cuci x kuar kesan getah mangga tu..keta saya dh lah warna putih...kesan getah tu nampak tompokan kekuningan..huhu

aida mesayu said...

keta saya trkena getah buah mangga..pastu saya buarkan seharian..bsoknya bila cuci x kuar kesan getah mangga tu..keta saya dh lah warna putih...kesan getah tu nampak tompokan kekuningan..huhu