Thursday, July 28, 2011

Tip Rendahkan (Lowered) Kereta


Pertanyaan yang diajukan
kudin_46: halo bro...nak tanya sikit...kete sy nie agak tinggi..jadi target sy nak lowed skit.. nk kurangkn gap antara tayar dgn fender kete, tp tak tau lowed kete..ade tip tak? bleh x bg pjelasan yg trperinci, kesan baik n buruk.plz help me..
Jawapan kami
Thanks bertanya pada kudin_46 .. Sebenarnya bab ni tak berapa tau sangat lah.. cuma saya bantu berikan sedikit pandangan secara ringkas ajeer...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip rendah / lowered kereta

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Beberapa perkara yang perlu kita buat untuk membantu merendahkan kereta korang adalah dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukar part-part standart kereta korang kepada part-part spot yang boleh membantu merendahkan kedudukan kereta korang.. antaranya ialah :
1) Tukar Spring Sport
Walau pun rasanya tak banyak membantu merendahkan kereta korang ..Carilah yang bersesuaian dengan performance kereta .. kena tengok jugak, cuba kira berapa lingkaran lebih berbanding spring stendard sedia ada tu... Cuba juga bandingkan ketinggian antara spring standert dan spring sport yang mana lebih rendah

Kalau nak masuk sport spring sahaja pun ok gak, tapi lam-lama absorber stendet tuh leh leaking.. kalo nak masuk sport spring sahaja better pakai yang branded lowering spring yang jenis baik :
- Eibach, GAB
- Jamex, Proride
- Tien, APM
- Kayaba RS
- Sachs
- H&R

Ukuran lowering sport spring pun kekadang ada orang tak puas hati, so sebelum beli sport spring tuh, tengok ukuran dia 45mm, 60mm, 80mm atau sebagainya.... tengok bebetul buat perbandingan kerana banyak perbezaan diantara ketinggian , jumlah gelung , diameter dan ketebalan besi spring juga menentukan performent kereta korang.. kat tepi spring tu selalunya ada tulis..

Jangan pulak dah beli nanti potong sport spring tuh lagi..makin lowered laa kereta tuh..dah hasilnya...rate spring akan lari dan kereta akan suffer masa kat cornering. Nak beli spring tuh, make sure yg ada pembalut pelindung supaya spring tuh tak direct contact dengan absorber punya tapak. Macam aku punya, Jamex, ada pembalut tuh..so ia akammencegah spring dari direct contact. Kalu pakai spring lowered tapi spring tu lembut sangat pun handling kereta tetap tak sedap.


2) Penukaran Sport Absober
Yang sebenarnya absorber yang menentukan tahap ketinggian atau kerendahan sesebuah kereta. kalau nak tau absober tu tinggi atau lowered ke tak, kita check dan ukur tinggi antara kaki absorber dengan mangkuk yang nak tutup spring tu.. Ketinggian kaki absorber dengan mangkuk spring tu tak sama tinggi antara satu jenama dengan jenama lain...

Tukar spring dengan absorber skali gus sebab setiap sports spring yang di rekacipta dah kira berat/ketinggian (kg/mm) kereta..bila spring kereta dah direndahkan maka kestabilan kereta turut berubah..so absorber stock(dari pengeluar asal) dah tak relevan lagi.. Kalau beli Spring jenis baik, kena laa tukar rate absorber macam :
- Monroe Sensa Trac
- Koni
- Kayaba
3) Adjustable Absorber
Bagi yg ada modal lebih..boleh le sambar adjustable yang mana lagi banyak option yg boleh kita pilih..Pada pendapat saye la, adjustable ni bagus kalau untuk race jer.. kalau keta biasa pakai macam biasa-biasa aje cuma kelebihan dia kita boleh adjust ketinggian/ kerendahan kereta tu tanpa menukar spring dan tanpa mengorbankan keselesaan pemanduan..
OK.. kalau ko nak rendahkan kereta adjust ajer sedikit dengan menggunakan adjust wrench tool..Kalau pandai buat adjustable nie memang kite leh adjust sendiri..bukan susah pun...bukak tayar...pakai alat yg dia sediakan masa beli adjustable tu...

Kalau amik adjustable, baik yang betul-betul branded cam HWL & Titan brand luar baik punya dalam RM2000++ la. kalo adjustable yang Malaysia keluarkan seperti GAB,HWL,HOTBITZ harga bawah RM2000 sahaja...Tapi ni memang kompom OK. Pilih ajer nak yang camner , nak HI/LOW atau SOF/HARD cuma kebanyakan 'adjustable absorber' bergantung pada spring yang kita pilih. kadang tu'adjustable absorber' kita beli memang siap dah ade spring lagi.
4) Potong spring
Eeemmm Kadang tu ada yang ambil mudah kerana kosnya murah..Melakukan Spring Compress kemudian depan potong 2 lingkar ...dan belakang 3 lingkar... Bila lingkaran coil telah dipotong atau dibuang 1 lingkaran(turun 1 inci) akan menyebabkan shaft absorber menghentak terlalu kuat bila kereta masuk lubang atau terhentak dalam masa pemanduan yang ganas. Minyak hydraulik dan seal yg bertindak sebagai penahan kebocoran juga akan cepat rosak. Spring standard adalah sesuai untuk absorber standard kerana ia di design mengikut beban,ketinggian spring dan panjang max dan min shaft absorber.


atau ada yang siap bakar Spring kereta tu…Sampai kadang-kala ukuran dia sudah tidak tepat dan menggangu keselesaan untuk kita memandu coz hentakan jadi cepat kurang diserap dan tak berapa main.Itu yang kelihatan tinggi sebelah kedudukan kereta nampak tak stabil.. ketahanan coil spring jadi rendah..besi bila dipanaskan molekul dia akan berubah..tu yang menganggu kekuatan besi tersebut.. pastu nanti tahap lantunan kereta akan menjadi tinggi.... So Tolonglah jangan buat benda ni semua….
So it's yours...
Senang citer camni je lah....tahap modifikasi lowered kerete bergantung kepada cara pemanduan agresif/pasif tuan punya kerete tu sendiri dan juga kesesuaian jalan yg biasa dilalui oleh tuan punya kete tu.....

Kebaikan Lowered kereta
-Aku rasa lebih ramai orang lowered kan kereta untuk nampak cantik
-Corner yang lebih mantap dan tidaklah terlalu senang membuang ("sliding")
-Kestabilan kereta tu lebih kukuh bila kita mencilok.
-Kalau lowered pakai performance part mahal.. sure kereta lebih baik...

Kelemahan Lowered kereta
-Driveshaft cepat rosak.. Driveshaft boot senang koyak, pastu pasir masuk
-Lower arm dan driveshaft dah lari dari kedudukan degree yang sepatotnya..
-Tayar makan sebelah dalam atau luar,bearing cepat rosak
-Absorber cepat bocor..(terutama kalau potong spring laa)
-Allingment selalu lari nak buat allignment pun dah mahal
-Asal jumpa bunggol jalan sangkut, terpaksa jadi ular,skirting pecah, dan sebagainya
-Kereta melantun-melantun macam naik kuda
-Tak boleh bawak penumpang ramai-ramai ..
-Tayar selalu rosak bila tersagat pada body.


"Orang kata kalau tak nak dipukul badai jangan berumah ditepi pantai, tapi kalau dah tak kisah pasal badai... ape salahnyaa..."

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

Tuesday, July 26, 2011

Diy Pasang Head unit dan Power Amp


Pertanyaan yang diajukan..
Shaifulrizzam:Salam Bro. Nk tanya lgi klu aku de bujet duit RM1000 nk psang sdiri Audio sis. cadang nk beli player ngan pwer amp, cukup x bro? cmner nk wat wiring sdiri yg simple & sng paham. trima kasih skali lg bro dh byk tolong :)

Jawapan kami....
Thanks pada shaifulrizzam bertanya lagi pasal ni.. Maaflahhh agak lama tertunda jawapannya...aku ni tak mahir lahh bab-bab wiring audio sistem ni...So kena buat reseach dulu ambik masa sikit ni....

Ok...Dengan RM 1000 tu memang tak banyak benda boleh dapat kalau ambil yang branded punya..aku just assume ko pakai sistem yang murah, tapi setting yang betul...EEERRR RM 1000 tu tak masuk head unit eh?..sebab cd player (head unit) je dah harganya punRM 400-500 gak lah...

Kalau dengan duit RM1000 tu hanya dapat beli sebiji Power amp sahaja.. Pastikan Power amp tu untuk tujuan apa pada audio korang..(apa funtion dia pada sistem yang korang nak gunakan). Sebagai contoh:

1)Dengan sebiji power-amp untuk memacu 1 set component speaker system yg terdiri dari sepasang mid-bass speaker & sepasang tweeter....gunakan passive crossover utk mengasingkan bunyi mid-bass & tweeter.. Atau

2)Dengan sebiji power-amp untuk memacu 1 atau 2 biji sub-woofer bersaiz 10 atau 12 inci...untuk dentuman bass.....
* Jadi korang pilihlah sendiri... mana satu yang nak korang gunakan...
_______________________________
DIY Wiring Player ( head unit)
_______________________________
Sebenarnya ada banyak pilihan pemain head unit di pasaran. memang murah tetapi fungsinya basic.. kalau boleh baca dulu kat lebal kotak dia apa funtion sesuatu Player head unit ni..Kalau pandai pilih masa beli Head unit kadang kala siap ade sub output tak perlu beli pre amp/electronic memang dah power bunyi dia. hah kan dah untung sikit....

Kalau memang bercadang nak pasang sendiri Player head unit dinasihatkan perlu lah benar-benar memahami keseluruhan diagram litar head unit yang nak dipasang dan litar audio dari kereta korang. Sekiranya korang rasa tidak pasti atau was-was sebaiknya jangan diteruskan kerana penyambungan yang salah akan merosakkan head unit anda

1) Sebelum memulakan penyambungan wayar buka kabel negative bateri dahulu,tujuanya adalah untuk mengelakan berlakunya kejadian litar pintas semasa penyambungan wayar sedang dilakukan.
2) cabut keluar head unit yang lama ,cabut wayar entena,wayar speaker dan wayar power supply.

3) sambung wayar head unit baru ke adapter wiring kereta mengikut diagram yang dibekalkan oleh pengeluar player tersebut...
- wiring bateri,ground dan accesory terlebih dahulu (benda wajib)
1.bateri=dari radio(kuning) sambung ke kereta(merah)
2.aksesori=radio(merah) sambung ke kereta(biru)

3.Ground=radio(hitam) sambung ke kereta(hitam)

-Wiring sambungan Speaker dan antena
4.speker belakang kiri =radio[(kelabu(+),kelabu jalur hitam(-)] sambung ke kereta[(hitam (-),kuning/biru(+)]
5.speker belakang kanan=radio[coklat(+),coklat jalur hitam(-)]sambung ke kereta[(hitam(-),kuning/merah(+)]
6.speker depankiri=radio[biru(+),biru jalur hitam(-)] sambung ke kereta [hitam/biru(-),putih/biru(+)]
7.spiker depan kanan=radio[hijau(+,)hijau garis hitam(-) sambung ke kereta [hitam/merah(-),putih/merah(+)]
8.sambung wayar entena.(connect the antenna)

- Siap semua pastikan Tape sambungan kemas ... pasangkan cable negative bateri semula..
- Cuba try test funtion head unit tersebut ada bunyi ke tak.... kalau da ok dah puas hati masukkan kembali player head unit ke tempat asalnya(adapter slot)
_______________________________
DIY Wiring Power Amplifire
_______________________________
Power amplifire tujuan untuk menguatkan bunyi biar bunyi umphh lagi power dari head unit.. Power amplifire berkualiti rendah atau tak cukup kuasa akan memberi bunyi yang tak berapa jelas...tapi tak kisah lahhh kalau nak buat budjet dapatkan satu Power amp yang agak-agak bagus pastu pasang sendiri....

Apa pun perlu memahami keseluruhan litar Power Amplifire unit yang nak dipasang tu.. Kena fahami diagram yang di bekalkan oleh pengeluar Power amp tersebut...

Macam kat bawah ni diagram wiring Power Amp paling simple ajerr... mudah mudahan korang senang faham yerr...

1. first sekali...Buat wiring Fuse ini melindungi kereta korang daripada terbakar takut plak berlaku pintasan .Buat wiring di antara fius dan terminal bateri kepada + 12 pada belakang amp..fuse dekat bateri tu yang penting..kalau tidak ape apa short berlaku jahannam semua..

2. Cabut radio keluar tengok belakang, cek mana satu wayar speaker belakang tarik socket audio cable radio tulis "output" kasi sambung terus ke amp. yang ni kena pakai RCA cable.....

4.Ok cuba lihat amp tu adalah 3 tanda pada belakang amp tu. 12v, Rem & GND...
- Yang ada tanda 12v tu tarik wayar bateri yang di sambung pada fuse sambung guna power cable dani masuk kat tanda 12v.
- Tanda GND adalah ground cuba tarik 1 wayar pergi ke body. contohnya power amp letak kat bawah seat, tarik wayar ground ke skru seat .
- Last tanda REM tu bermakna "remote".
Remote ni guna dia untuk kasi hidup itu amp skali bila head unit (radio) bila on kan suisnya.
Tarik wire dari belakang head unit ke REM (remote).. Kalau tak pasang wire ni memang jawabnye power amp tu sentiasa dalam keadan on ajerr..
Kalau nak elok sikit sekurang-kurangnya saiz wayar Direct Cable 10mm.

- Selalunya sumber kuasa amp ni selalunya di tarik dari batteri. Selalu orang pakai wire merah tebal dan agak kasar tu ikut grade jugak lah (samada nak guna 1 gauge, 2 gauge atau 4 gauge). makin kecil number dia, makin mahal.Kalau tak betul wire ni bila pasang kuat kuat dia jadi putus- putus karen macam tak cukup (selalu terjadi pada siape pakai sub)

5. Pastu cari wire untuk speaker baik sikit dan tarik wire dari output ke speaker kereta korang...
Ok dah siap.... Cuba test ok boleh funtion atau tak.... Insya Allah boleh punya...

Perlu diingatkan,
kuasa amp dan speaker mestilah sama
contohnya:
a) kalau Power amplifire tu boleh support 500w, tapi power yg dikeluarkan dari player head unit hanya 100w... bunyi yang di keluarkan pun tak berapa sedap.
b)kalau Power amplifire support 500w, head unit pun support 500w jugak.. tapi yg slac kat speaker cuma support 250w... tak pasal.. pecah hancur speeker tu



Adjust tune power amp
Yang ni korang setting sendiri ... nak terangkan pun aku tak berapa tahu... ikut lah cita rasa korang yerr... cuma pada Gain control (macam vol. control) kat power amp tu jangan bukak habis. Selalu bukak separuh aje. Nanti amp jadi cepat panas.

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

Sunday, July 24, 2011

Tip nak tinggikan kereta.


Pertanyaan Yang diajukan

adda salam. keta neo saye nih lowered bebenor ..boleh tlg cadangkan camne nak bg kereta tinggi skit dan brp expected cost? tq!

Jawapan kami...
Thanks bertanya pada adda.. maaf agak lambat sikit nak jawab...Selalunya orang sebut lowered kan kereta kali ni lain pulak ( nak tinggikan kereta pulak dahh...) sebenarnya saya tak tau nak jawab camner ..memang tak arif bab ni... cuma saya hanya dapat bagi sedikit pandangan ajerr..
_______________________________
Tip nak tinggikan kereta sikit
_______________________________
Hanya Pandangan Saya..
Pergi kedai tayar boleh buat macam kat bawah untuk kasi tinggi kereta korang...
1) Bahagian depan -hanya tambah Coil Spring buffer (jarang nampak orang tambah spring bush kat depan pasal kereta akan nampak tak cun jadinyerr..)
2) Bahagian belakang -Boleh pasang Coil Spring buffer and spring bush(kalu slalu kereta naik ramai) bush atas 1 inchi, bawah 1 inch dah kira ok dah.. kalau 2 inch lebih kurang 5 jari boleh masuk.. tinggi sangat lahh...

Spring Bush
kalau letak spring bush ..bentuknya macam alas spring la...adalah nampak tinggi sikit..Dipasang pada atas atau bawah spring...(selalu klu budak-budak yang nak main concept rally dorang tambah getah sampai 2 inch lebih sampai kerete jadi tinggi semacam.) harga dalam RM20-RM40 rasanyer jerk...


Yang lecehnya kalau pasang bush belah depan kena buka leraikan spring dan absober sebelum pasang Spring bush ni... banyak kerja sikit...

Tapi kalau bahagian belakang sesetengah kereta ada senang sikit just hanya letakkan pada bahagian atas dan bawah saje pada spring tu...

Coil Spring Buffer
Coil Spring Buffer diperbuat dari meterial getah or silicon... Coil Spring buffer nih dia terletak pada tengah-tengah spring...Kalau tambah buffer nih tinggikan kereta sikit ajer tak sampai beberapa inch pun...Tapi kerete akan rasa selesa sikit..... Kalau tak silap harga untuk depan RM 40 untuk belakang RM 30 kot nyer lah harganyerr...

Basically spring buffer ni untuk menyerap tekanan pada spring kereta anda. Kebanyakan kereta yang dah lowered ke, atau tukar ke rim yg lebih besar akan mengalami masalah sagat tayar terutama kalau full load. Jadi dengan ada spring buffer ni, dapat mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut



Adjustable Absorber
Penukaran 'adjustable absorber' mungkin dapat mengatasi masalah tersebut .. terpaksa korang beli absober yang boleh adjust tinggi punya tapi bajet kos tinggi lah ... Kalau amik adjustable, baik yang betul-betul branded cam HWL & Titan brand luar baik punya dalam RM2000++ la. kalo adjustable yang Malaysia keluarkan seperti GAB,HWL,HOTBITZ harga bawah RM2000 sahaja...Tapi ni memang kompom OK. Pilih ajer nak yang camner , nak HI/LOW atau SOF/HARD cuma kebanyakan 'adjustable absorber' bergantung pada spring yang kita pilih. Kangkadang tu 'adjustable absorber' kita beli memang siap dah ade spring lagi.

Jika kereta anda rendah,boleh tinggikan sedikit dengan menggunakan adjust wrench tool..Kalau pandai buat adjustable nie memamg kite leh adjust sendiri...kalo kat kedai...upah adjust nak bagi tinggi/rendah sebatang dia charge RM30...bukan susah pun...bukak tayar...pakai alat yg dia sediakan masa beli adjustable tu...

Contoh macam aku pakai adjustable GAB HA series.boleh adjust 2 cara..adjust spring dan tapak.so untuk kesan cengkaman yang best,kita kena bagi sama tinggi or rendah depan dan belakang..contohnya aku set jarak antara tayar & fender 2 1/2 jari.depan belakang kena sama.kalu korang nak tinggi lagi contohnyer 5 jari, so depan,belakang pun kena 5 jari gak.

Sport rim / Tayar besar
Mungkin ada yang cadangkan gunakan Sport rim/ tayar yang lebih besar sama ada 16 inch...17 inch untuk meninggikan sedikit kereta korang... rasanya tak banyak membantu meninggikan kereta korang, Ini bukan jalan penyelesaian yang sesuai... Elok lagi gunakan rim dan size tayar asal lagi...Kalau guna Sport rim besar tentu tayar tukar size besar gak.. sagat tetap akan sagat pada body, boleh rosak bunga tayar.. Pandai-pandai lah korang yerr ketuk fender tu bagi rata..

Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama... Jika guna sport rim yang terlampau besar plak berkemungkinan drive shaft tak dapat nak handle.. performent kereta korang juga mungkin berkurangan juga..

Heavy duty Spring
Pakai spring sport bawah asyik sangkut je dengan bonggol.. Kalau korang dah tukar absober Boleh lah korang cari heavy duty spring (spring nie keras lebih kurang cam supertoring) ..

Carilah yang bersesuaian dengan performant kereta korang sama ada cari kat kedai potong body, kedai tayar atau oder kedai spare part.. kena tengok jugak, cuba kira berapa lingkaran lebih berbanding spring stendard sedia ada tu...Walau pun rasanya tak banyak membantu meninggikan kereta korang ... heavy duty spring agak keras... mesti tak selesa nak buat drive.. begitu juga sebaliknya kalau lowered.. spring lembut....

Penukaran Absorber
Yang sebenarnya absorber yang menentukan tahap ketinggian atau kerendahan sesebuah kereta. kalau nak tau absober tu tinggi atau lowered ke tak, kita check dan ukur tinggi antara kaki absorber dengan mangkuk yang nak tutup spring tu.. Ketinggian kaki absorber dengan mangkuk spring tu tak sama tinggi antara satu jenama dengan jenama lain...

Adengan yang tak best...

Memang diakui terdapat banyak kebaikan membina bonggol dilengkapi papan tanda serta garisan kuning. tetapi ada kalanya bonggol itu dibina terlalu tinggi, tidak rata dan sekali gus membahayakan pemandu kenderaan .. kereta standard ajerr pun tak lepas bonggol... bukan salah keretakan...
Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

Saturday, July 23, 2011

Tip Bersihkan Lining Roof kereta


Pertanyaan Yang Diajukan..
yaya82: salam bro.. Sy ade baca blog ni byk ttg cuci2 kete. lehx bro trangkan cmner nk cuci siling bumbung kete jnis kain bebulu dan penel dasbod nmpak dah itam sgt & berbau hapak plk. sy ingat nk cuci tp siling tu kena bukak ker klu nak cuci? terima kasih :)
Jawapan kami....
Thanks bertanya pada yaya82 .. Maaf dah agak lama tertunda entry ni... Insya Allah saya jawab seperti dibawah ni..
_______________________________
Tip -tip Bersihkan Lining Roof Kereta
_______________________________
Seperti maklum agak jarang ada orang nak bersihkan lining roof kereta ni ..Memang ramai yang tak ambil berat pasal ni pun .. Lining roof dari warna cerah sampai jadi warna kelabu .. yelahh atas kepala tak ada siapa yang perasan pun..Terutama perokok yang hisap rokok tegar dalam kereta, lining roof akan meninggalkan kesan asap kelabu kekuningan dan bau melekat pada lining atau bagi owner kereta yang suka buka tingkap masa drive, debu dan kotoran masuk kedalam kereta lining roof penuh debu bila kita tepuk-tepuk lining roof tu, gugur semua habuk jatuh ke bawah.. kalau hantar car wash pun diorang tak akan cuci lining roof ni..

Ok berbalik pertanyaan tu.... tak payah buka atau cabut lining roof tuuu.. just hanya cuci sikit guna span pun dah boleh bersih... Tapi yang menjadi masalah nak mendongak keatas pulak..memang sakit leher nak cuci semua ni..

1) Seperti biasa kita kena sediakan peralatan seperti botol spray, Sponge (span), kain buruk, bancuhan air sabun.. Ambi pur spray dan air wick aqua mist spray..

2) Bancuhan air sabun tersebut di masukkan dalam botol spray kemudian spray semburan pada permukaan lining roof.. Gosok pakai span dan cuba lah korang bersihkan keseluruhan permukaan lining roof tu.. Lapkan dengan kain buruk untuk mengeringkan permukaan lining roof tersebut..

3) Sambil-sambil tu cuba bersihkan juga roof light dan hand grip dengan span tersebut.. cuba hilangkan kesan daki-daki yang melekat pada area tu.. lapkan dengan kain buruk selepas itu..

Cuba lihat perbezaan Sebelum dan selepas cucian..

4) Memang nampak kotoran yang melekat pada span tu.. Sebelum ni ingatkan lining roof kereta aku ni dah bersih dah , rupa banyak habuk dan kotoran melekat lahh... hitam span tu.... kotor sangat rupanya...


5) Ok lepas tu beralih pula pada bahagian Sun visor pad tu pulak.. Spray pada sun visor pad dengan air sabun, pastu gosok pakai span dan bersihkan permukaan sun visor pad tersebut.. lapkan dengan kain buruk lepas tu...

6) Untuk panel dashborad kereta tu pula spray dengan air sabun atau hanya basahkan sahaja span tu dengan air sabun.. Pastu span tu gosok dan bersihkan pada permukaan panel dashboard..

7) Pastu lapkan dengan kain buruk.. keringkan mana-mana tempat yang basah..


8) Kat sini aku gunakan Air Wick Aqua Mist Spray (Haruman Lavenda) bauannya agak neutral menyegarkan dan Ambi pur jenis hypo alergenic bauan nya pun tak sakit hidung...

9) Ambi pur jenis hypo alergenic.. aku sebur kedalam celah celah lubang air corn..

10) Air Wick Aqua Mist Spray (Haruman Lavenda) aku spraykan pada bahagian lining roof untuk menyah bau hapak pada lining roof dan memberikan bauan aroma yang menyegarkan...
Cuba lah yerr. Senang ajerr.. kalau nak buat seribu daya tak nak seribu dalihh...

Segarkan kereta anda dengan Little Trees!

Little trees ni aku dapat masa joint contest di blog http://danielzaidi.blogspot.com/ so aku gantung kat depan.. Terima kasih pada En. Edy.. masih kuat bauanyer sampai sekarang...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Wednesday, July 20, 2011

Generasi Nissan Sentra


Pertanyaan yang diajukan..
MataHati @ MH said...nak buat permintaan sikit..actually aku berhajat nak beli kereta nissan sentra auto keluaran 2001-2003. boleh kasi review sikit tak pasal model ni. sparepart susah tak nak cari? mahal ke?budi baik tuan amat dihargai.. :)

Jawapan kami...

Thanks pada En. MataHati bertanya... tak banyak yang saya dapat bantu.. Tapi saya cuba jawab pada apa yabg saya tahu sahaja yerr. maaf lerr..

Nissan Sentra ni dah lama ada kat Malaysia ni. kita juga tahu bahawa Nissan terdiri daripaada generasi yang terbilang. Cuma versinya sentiasa diupgrade dan makin nampak cantik. Kuasa enjin dan performance kereta pun boleh tahan..Untuk pengetahuan pada dasarnya Nissan Sentra adalah kesinambungan dari model Nissan Sunny..
_______________________________
Apa yang dapat dikatakan tentang Model Nissan Sentra ni..
Secara ringkasnya..
( hanya pandangan saya saje )
_______________________________
1-kereta nissan memang ada kualiti, Engine Sentra superb beb...nissan sentra pun masih banyak lagi banyak atas jalan lagi.....Jadi Spare part mudah lagi cari kat kedai potong...
2-Ikut pemerhatian, Kereta nissan ni tahan lasak..jarang engine nissan kena overhaul..
3-kebanyakkan model Nissan Sentra boleh dikatakan jimat penggunaan minyak (ikut cara pemanduan korang) sebab mengunakan teknologi CVTV dan kebanyakan model nissan sentra ni juga guna timing chain so free maintenance. lebih senyap enjinnyer dan lebih ringan.
4-Kalau kita tengok dan buat perbandingan... kebanyakkan orang cina suka menggunakan jenama kereta Nisan Sentra berbanding Orang melayu yang suka menggunakan kereta jenama Honda.... Ini mungkin biasanya spare part nissan murah sikit dari honda, walau pun teknologi nissan tak sehebat honda tapi nissan kira ok gak..
5-Ramai kata sentra ni kereta org tua....tapi bagi aku kalau masuk bodykit nismo sporty jugak.. ramai ahli club nismo guna kereta ni beb.. modifide sikit dah lawa cun...
6-Dari segi ketahanan body memang nissan lebih tegap berbanding toyota dan honda..lebih-lebih lagi N16... Body dia tahan karat dan reput...
7- Yang pastinya tepuk dada tanya selera... Peduli orang nak kata...
_______________________________
Generasi Nissan Sentra
_______________________________
Seperti biasa, kena kenal latarbelakang dan sedikit sejarah awal Nissan Sentra ni yerr...Macam kat bawah ni... Tak kenal maka tak cinta...

Generasi Pertama 1982-1986

Ini adalah Nissan Sunny juga Nisan Sentra (sama model nama lain ajer) kereta pertama yang menggunakan penggerak roda depan.. Model Sentra pada masa itu didatangkan dengan bentuk body Sedan 2 pintu, Sedan 4 pintu, Coupe 3 pintu, dan Wagon...Bagi 1.5 L berenjinkan E15 I4, 1.6 L berenjinkan E16 I4 dan 1.7 berenjinkan L CD17 untuk diesel.. Versi GL memiliki transmisi manual 5-speed dan 4-speed.
_______________________________
Generasi Kedua 1985-1990

Masih lagi berbentuk kotak dibuat dalam bentuk Sedan 2 pintu, 4 pintu, Hatchback, Coupe, dan Wagon. Bagi 1.4 L berenjinkan GA14DE I4, bagi 1.6 L berenjinkan E16(s) I4, E16(i) I4, GA16(i) I4 dan 1.7 L pula berenjinkan CD17(i) I4 .. Trim level untuk Sunny / Sentra pasar export adalah LX, SLX, dan SGX Sedan, serta SR Coupe... yang popular pada masa itu adalah dari model model Sedan 4 pintu 1.6 SGX dan Coupe 1.6 SR.
_______________________________
Generasi ketiga 1991-1994

Nissan Sentra B13 bentuknya masih kotak meskipun sudutnya sudah dibulatkan sikit..terdapat dalam 2 bentuk iaitu 4-door sedan dan 2-door coupe.. Model XE yang popular, GXE yang mewah, SE yang sporty, dan SE-R yang berkemampuan tinggi. Sentra SE-R hadir dengan body kit dan enjinnya 2000 cc SR20DE, sedangkan model lainnya berenjinkan 1600 cc..Bagi Nissan Sentra B14, untuk 1.4 L berenjinkan GA14DE I4, 1.6 L pula berenjinkan GA16DE I4 dan 2.0 L berenjinkan SR20DE I4..Sentra SE R datang dengan 140 hp (104 kW) @ 6400 rpm..Apa yang menarik model Nissan Sentra B13 mendapat gelaran ‘Teksi Genting’ . Ia sememangnya banyak digunakan oleh pemandu teksi untuk turun dan naik ke kota keriangan Genting Highland. Ia dibekalkan secara asal dengan enjin 1.6-liter GA16DE dengan rantai pemasaan yang diakui antara yang paling tahan lasak dalam kategorinya.
_______________________________
Generasi Keempat 1995-1999

Nissan Sentra B14 tampil dengan design body yang membulat dan jauh berbeda dari generasi sebelumnya. Platform B14 sentra terdapat dalam variasi Base, XE, GXE, GLE, SE AND SE LIMITED Dengan peningkatan pada cc kereta tersebut ada yang 1300 cc, 1500 cc, 1600 cc, dan 1800 cc.Bagi Nissan Sentra B14 1.6 L berenjinkan GA16DE I4 dan 2.0 L berenjinkan SR20DE I4.. kereta Nisan Sentra 1.8 GXE ni antara yang baik dari segi ketahanan dan maintenance sebab utamanya tiada timing belt tapi guna timing chain..
_______________________________
Generasi Kelima 2000-2006

Nissan Sentra menggunakan platform B15 yang sama dengan Sunny, tetapi bodynya berbeza.Variasi dalam 4-door sedan... Bagi 1.8 L berenjinkan QG18DE I4 (126 HP) dan bagi 2.5 L pula berenjinkan QR25DE I4 (165,175 HP) ..Apa yang menariknya pada tahun 2002 dan 2003, Spec V SE R (bersama dengan SE-R) direka berdasarkan seakan-akan Skyline GT R..

Sebenarnya pada tahun 2000-2004 model Nissan Sentra N16 dalam pasaran merupakan unit terhad merupakan model 1.8 L Super Saloon untuk pasaran dalam negara-negara Asia. Ianya sebenarnya sama aje dengan model platform B15 cuma terapat sedikit pengubahsuaian bentuk facelift sahaja.. ada yang kata Nissan Sentra N16 ni hasil kerjasama dengan Renault, pada masa itu company Nissan ada masalah sikit. Tapi tak pasti lahhh pulak betul atau tidak..
_______________________________
Generasi Keenam 2007


Bermula 2007 Nissan Sentra B16 telah tampil dengan banyak perbezaan terutama bahagian lampu dan permukaan body yang nampak lebih sporty.Variasi dalam 4-door sedan... Bagi 2.0 L berenjinkan MR20DE I4 manakala 2.5 L pula berenjinkan QR25DE I4.. Yang menariknya penggunaan Transmission 6-speed manual CVT..
_______________________________
Modifikasi Enjin Nissan Sentra...
_______________________________
Kalau mengikut pengubahsuaian enjin pula .... rasanya agak senang nak cari dan upgrade enjin nissan ni... cuma kena tengok kesuaian di tahap legal 25% upgrade or less dengan CC kereta korang yang asal .Kalau tak ada masalah...Ni semua inspaction JPJ mungkin boleh lepas lahh.. ni nak kena tanya orang-orang yang joint club Nismo sebab mereka lebih arif lagi dalam bab-bab upgrade enjin ni...


"Ape pun setiap pengubahsuaian yang di lakukan di harapkan tidak menyalahi undang-undang yang termaktub.... Modifikasi hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988... "
Jika terdapat sebrg maklumat yg disampaikan salah, sila betulkan ya... Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks