Monday, October 31, 2011

DIY Polishing Chrome Sportrim


Pertanyaan yang diajukan..
zuraidin: Bro tau x nak wat chrome and metal polish kat sport rim, shining2 punya?
Jawapan kami
Thanks bertanya pada Zuraidin.. maaf lerr agak lambat balas yerr… Cuma pertanyaan tu tak sebut pulak jenis sportrim motorsikal ker atau sportrim kereta.. Saya tak berapa mahir tentang nak buat polish chrome ni.. Tapi saya cuba terangkan serba sedikit..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Polishing Chrome Sportrim
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Selalunya ramai yang hantar kat kedai Tayar yang boleh buat Polish Chrome supaya nampak lebih original dan menarik... Atau diorang buat polish chrome ni pasal sportrim diorang dah calar dalam pada permukaan.. So jalan senang selain cat spray rim tu... boleh lah cuba polish balik jadi chrome.. Tapi tak semua jenis sportrim yang boleh dan sesuai nak jadikan chrome ni... tengok jenis besi rim korang lah..

Kalau korang nak buat sendiri
Polishing Chrome Sportrim ni saya cuba terangkan sedikit secara ringkas ... Bolehlah korang try buat nya nanti..

Peralatan yang digunakan



Yang ni peralatan basic yang korang kena sediakan...
1) Mesin Drill tangan
2) Kertas pasir 600 dan 800
3) Grinder brushes
4) Sisal Polishing Mop
5) Stitched Sisal Polishing Mop
6) Blue Stitched Sisal Polishing Mop
7) Brown grit buffing compound ( kalau tak ada guna autosol / brasso)
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim Motorsikal Sendiri



1) Terlebih dulu Sportrim dicuci bersih terlebih dahulu.. selitkan kad di sekeliling tayar..
Tampal Masking tape disekeliling belah dalam tayar.. kalau boleh Pakai Glove tangan



2) Ambil Paint Remover dan sapu Remover di sekeliling tepi rim tersebut.. Ha sebab tu lah kena pakai Glove tangan.. sebab Paint Remover kalau kena kulit pedih-pedih woo..



3) Dapatkan grinder brushes.. cari grinder brushes macam kat gambar ni ( colour brushes dia gold kalau silvar punya kasar sangat).. pasang grinder brushes pada mesin drill tangan..Gunakan grinder brushes ni untuk buang remover dan cat pada sport rim..



4) Perlu diingatkan, Jangan grinder terlampau menekan, nanti tinggal kesan calar dalam plak..



5) Bagi menanggalkan cat yang masih tertinggal guna sand paper 600 dulu baru guna 800 punya plak.. Tapi basahkan sand paper dengan air .. Pastu gosok pada permukaan rim.. Sampai hilang kesan cat degil tu bersih..



6) Ambil mesin grinder drill tangan tu dan pasangkan dengan “ Sisal Polishing Mop”.. Korang boleh cari
“ Sisal Polishing Mop” kat kedai hardware ada jual... ni digunakan untuk fist polish, kain dia agak kasar...



7) Dapatkan Brown Grit Buffing Compound ( seakan penggilap kasut kiwi) tapi kalau tak ada guna autosol / brasso pon boleh... Lumurkan Brown Grit Buffing Compound dipermukaan Sisal Polishing Mop, kemudian boleh mulakan polish permukaan sisi tepi sportrim tersebut..



8) Lepas tu dapatkan pula Stitched Sisal Polishing Mop ( bentuk warna kuning punya plak)..
Pastu Stitched Sisal Polishing Mop dilumurkan Brown Grit Compound .. kemudian buat 2nd polish permukaan sisi tepi sportrim tersebut



9) Dapatkan pula Blue Stitched
Sisal Polishing Mop ( bentuk warna biru )kain dia lebih halus sesuai untuk last finishing .. Pastu Blue Stitched Sisal Polishing Mop dilumurkan Brown Grit Compound .. kemudian buat polish terakhir permukaan sisi tepi sportrim tersebut



10) Dah siap di polish untuk perlindungan boleh sapu wax dipermukaan rim kalau tidak nanti rim cepat kotor melekat celah-celah ..
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim kereta Sendiri



Kalau pada sportrim kereta tu, rasanya saya tak payah cakap secara terperinci.. Seperti diatas cara tersebut boleh digunakan juga pada Sportrim kereta .. Polish permukaan Sportrim kereta dengan mesin drill/ grinder tangan…
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim kereta (kalau hantar kedai tayar buat )



Kalau kat kedai tayar … Tak payah bersusah payah buang tenaga nak DIY.. Just bayar ajerr ngan duit... Kalau nak
Polishing Chrome Sportrim kereta paling murah rasanya RM 200 gak tapi tengok lah saiz rim.. Kadang tu mahal giler 17 " boleh jejak RM 650 gak lah upah dia.. tapi penggunaan mesin grinder kat kedai tayar lebih baik lagi



Yang pasti basic Sama ajer teknik polish yang digunakan hanya menggunakan sisal Polishing mop aje pada permukaan Sportrim kereta tersebut..



Kalau Chrome polish sportrim ni kena sapu wax selalu dipermukaan rim.. Kalau tidak warna tetap pudar dan kusam gak ... saya cadang kan guna wax chrome dari meguairs atau turtle…
_______________________________

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Tuesday, October 25, 2011

Pentingnya Nama Pemandu kedua Insurans kereta


Pertanyaan yang diajukan...
Cheng
hi, sy nak tanya klu bukan owner yg drive tu kereta and accident sendri bole tak claim insurans and the insurans is first party?
Jawapan Kami...
Thanks Cheng kerana bertanya...Saya bukan agen insuran tapi saya cuba apa yang saya faham sahaja...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Additional Driver Coverage
Pentingnya Penama Pemandu kedua yang membawa kenderaan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Pada asasnya, terdapat dua jenis polisi insurans untuk kereta anda.
i) First Party – melindungi kehilangan dan kerosakan kereta, kecederaan pihak anda serta pihak ke-3 iaitu kenderaan yang terlibat dengan anda ketika kemalangan. Polisi tersebut merupakan polisi yang menanggung semua risiko tanpa mengira siapa memandu kenderaan tersebut.Umumnya,dalam kebiasaan kehidupan hari ini di mana kenderaan tersebut boleh dipinjamkan kepada sesiapapun
ii) Third Party Seperti namanya, perlindungan insurans khusus kepada pemilik berdaftar kenderaan itu sahaja.Ini bermakna sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian kenderaan pada ketika ianya dipandu oleh orang selain pemiliknya, maka insurans yang diambil itu tidak akan membayar apa apa kerugian yang ditanggung oleh pemilik atau apa apa tuntutan pihak ketiga.bermaksud kenderaan tersebut tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain dan sekiranya ianya dipinjamkan juga, maka risikonya ditanggung sendiri oleh pemilik



Untuk pengetahuan bersama, apabila membeli / renew insurans kereta:

1)Pentingnya anda letak jumlah coverage insurans (sum assured) yang sama dengan nilai pasaran kereta tersebut (market value) atau nilai settlement loan kereta. Ini kerana, sekiranya kereta anda under-insured (coverage insurans lebih rendah dari market value), tuntutan insurans akan dibayar mengikut peratusan tertentu (tak cover penuh).

2)Pentingnya anda buat
Additional driver Coverage ( perlindungan tambahan pemandu kedua - second driver)

Additional driver Coverage Maksudnya tambah nama driver dalam polisi insurans kereta anda..
-Seelok-eloknya korang tambahlah lagi sorang nama pemandu. Free je, contohnya nama
isteri anda atau nama orang yang selalu bawa kereta anda) kecuali kalau
korang tambah lagi sorang pemandu sampai jadi 3 orang pemandu contohnya nama anak anda.. Kalau tambah jadi 3 nama dikenakan RM10 bagi tambahan seorang. Kalau rasa nak tambah, korang tambahlah. bergantung kepada keperluan..Ia bagi memudahkan proses tuntutan sekiranya kemalangan berlaku ketika pemandu kedua yang membawa kenderaan..

-Kepentingan meletakkan penama pemandu kedua yang membawa kenderaan (Additional driver Coverage) ialah jika pemandu lain (yang tidak dinamakan) memandu kenderaan yang diinsurankan dan terbabit di dalam kemalangan, maka akan dikenakan Excess caj sebanyak RM400 (bagi kereta) untuk membuat tuntutan insurans. Bayaran tu dibuat kepada syarikat insurans.

-Kita akan di kenakan 'Excess caj' ( RM 400) bila driver yang memandu kemalangan
tu:-
a)not a named driver
b)Pemandu with Lesen P
c)Pemandu with Lesen L
d)Pemandu berumur bawah 21 tahun.

Ok , Berbalik pada pertanyaan Cheng ni..
“klu bukan owner yg drive tu kereta and accident sendri bole tak claim insurans and the insurans is first party?”
_______________________________
Tuntutan Akibat Kesalahan Sendiri
_______________________________
dari keterangan di atas Claim insurans boleh dapat. Pemegang polisi boleh membuat tuntutan terhadap kerosakkan akibat kesalahan yang dilakukan sendiri jika kenderaan dilindungi oleh polisi insurans first party.. Sila baca entry saya terdahulu Tip-tip Claim Insuran Kereta kemalangan (klick ajer)

-Cuma disebabkan nama pemandu ketika kemalangan tidak tertulis dalam cover note insurans, maka ada bayaran tambahan 'Excess caj' ( RM 400) bayar kat syarikat insurans.

-Sesetengah orang membuat report palsu dengan mengaku diri sendiri iaitu penama (driver) di dalam cover note sebagai orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut supaya dapat mengelak bayaran tambahan untuk situasi seperti di atas.

-Tapi Kalau boleh kawtim ngan adjuster @ bengkel tu masukkan je la skali RM400 tu dalam claim dorang (Kalau tak silap saya , klu salah sila perbetulkan )

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Saturday, October 22, 2011

Tip Cari kereta Terpakai ( Proton & Perodua )


Pertanyaan Yang diajukan
· syukry salam
· syukry saya nak beli kereta 2nd hand tapi tak tahu kereta apa nak dibeli.nak beli saga FLX 1.6 tu rasanya x ok sbb rmai bg tau mudah rosak.myvi 1.5 tu mahal
· syukry kereta apa yang ok dengan bajet bulanan rm400,muka rm4k...tolong la saya..
· syukry satu hal lagi...saya org trganu dna kalau boleh kereta tu boleh buat travel dr penang ke trganu.hehe
· syukry saya ingt nak ambik savvy je..tp takut savvy ni xbleh smpai kat kampung je..

Jawapan kami..
Thanks pada Syukry bertanya… Maaf lambat balas Jawapannya..
Mencari sesebuah kereta ni lebih kurang mencari calun isteri jugak kan, bukannya mudah. Apatah lagi kalau nak cari kereta second hand buatan tempatan…
_______________________________
Tip Memilih Model Kereta
_______________________________

1)Setiap jenis model mempunyai kriteria tertentu seiring dengan keperluan anda
Contohnya
-Masih bujang dan suka bergaya
-Sesuai untuk yang berkeluarga

-Travel untuk perjalanan jauh
-Mudah untuk bergerak dan lebih jimat.
-Mementingkan prestasi lebih dari segalanya.

2) So pilih model kereta ni kena fikir betul-betul kesesuaian kereta tersebut dengan diri anda untuk memudahkan aktiviti seharian anda dalam jangka masa yang panjang…
_______________________________
Pilih Kereta mengikut kesesuaian Model

A) Kereta jenis sedan
Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona dan Proton Waja Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu yang lengkap untuk kegunaan seisi keluarga, termasuk memiliki ruang yang luas untuk penumpang dan tempat penyimpanan barang-barang

B)Kereta sedan bersaiz kecil.
Kalau kita tengok purata jualan kereta Sedan bersaiz kecil adalah yang paling laris, mungkin faktor harga mampu dimilik.. yang pastinya
ruang dalamannya masih boleh dikatakan luas untuk penumpang dan tempat penyimpanan barang-barang..Biasanya juga boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Iswara, Wira dan Saga BLM

C) Compact car Kereta
Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Proton Savvy dan Tiara Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat. Memangnye kete stock Compact dari Proton Savvy dan Perodua nih lebih jimat dari kereta yang lain.. logical thinking...bila kereta kecik... maknanye jimat la minyak...

D) Model MPV
Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 atau 7 tempat duduk, MPV lebih selesa dan lebih praktikal.

E) Model hatchback
Kereta coupe atau hatchback lebih digemari anak muda kerana kelihatan lebih Sport dan bergaya..Contohnya Model Proton Satria dan Satria Neo.. Bagi Satria GTI pula lebih kepada prestasi enjin dan rekabentuk yang sport.. Tetapi model dua pintu juga cepat jatuh harga

F) Model Minivan
Minivan juga boleh digunakan untuk membawa penumpang, Tapi rasanya lebih kepada membawa muatan dan isi barang.. Contohnya Perodua Rusa dan Proton Juara
_______________________________
Pilih Kereta mengikut kesesuaian CC
-Jangan beli kereta cc kecil kalau anda biasa Travel jalan jauh, elok cari kereta cc sederhana
seperti 1.6 dan 1.8 Kereta cc besar, jalan jauh lebih menjimatkan dan pemanduan yang mantap.
-Kalau kereta tu besar tapi CC dia kecik, kena pulak bawak body dia yang berat. apatah lagi jika kereta tu automatic.. Sure kuat mentedarah minyak aje
- Di bawah ni saya bagikan sedikit panduan untuk kita pertimbangkan Model kereta mengikut CC yang digunakan.. Untuk penjimatan minyak dan prestasi kereta tersebut..


( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)

( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)

3)Tak ada satu pun 'manufacturer' kereta sama ada Proton atau Perodua yang mahu membuat kelemahan pada produk kenderaan mereka secara sengaja. Setiap jenis model kereta ada kelebihan dan kekurangan tetapi bergantung bagaimana anda menggunakan kereta mengikut kriteria yang disebutkan tadi.. Sila baca entry saya berkenaan Generasi Kereta Perodua dan Generasi Kereta Proton

4) Bagi yang minat buat modifikasi, kereta Proton dan Perodua yang paling mudah, murah dan senang nak dapat spare part kerana PROTON punya part boleh cari barang-barang Mitsubishi, manakala PERODUA adalah sebangsa dengan Daihatsu Mira, Modeno dan sebagainya dari Jepun, so melambak-lambaklah sare part di kedai-kedai ”potong kereta”.
_______________________________
Tip beli kereta terpakai
_______________________________
1) Survey Kereta
Cuba Survey dan cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak. kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je...

Ketika melalukan survey, perkara dibawah boleh dijadikan rujukan :
* Berapa banyak kos yang anda mampu
* Jenama kereta apa yang hendak anda cari
* Tawaran yang terbaik
* Semakan harga market di internet
* Lawatan ke kedai
* Pinjaman, Insurans dan Road Tax - Siapa Uruskan
* Waranti - Ada tak

2)Tengok Tahun Keluaran Kereta Tersebut
Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan susah nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama.. Tentu banyak masalah dibelakang hari nanti..

Ada beberapa teknik dan cara untuk kita boleh kenalpasti tahun kereta tu dikeluarkan. -Pertamanya, daripada geran kereta itu sendiri.
-Kedua, daripada model/no flat kereta itu pun
kita boleh tahu.

Yang senang tengok nombor Pangkal Plate kereta tersebut, jadi kita dapatlah agak tahun kereta tersebut dikeluarkan..


Ok kat bawah ni saya berikan sedikit panduan memilih model kereta Proton dan Produa mengikut tahun pengeluaran kereta tersebut dipasaran..


( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)


( sila Klick untuk memperbesarkan gambar)

3)Tengok Mileage
Biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.

Bagi menganggar keadaan/status kereta mengikut tahun dikeluarkan pula, purata penggunaan normal sesebuah kereta untuk setahun adalah 20000km. Jadi kalau kereta yang hendak dibeli baru berusia 2 tahun, tapi mileage yang dicatatkan sudahpun melebihi 100000km, saya nasihatkan carilah sahaja kereta lain. Alasannya, kereta yang anda hendak beli tu, dah jadi macam teksi - terlampau banyak sangat berjalan. Risiko kerosakan enjin adalah lebih tinggi.

4) Memeriksa kereta terpakai
Perkara yang paling utama dan mustahak semasa memeriksa kereta terpakai ialah pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap/malam. Logiknya, tentu susah untuk anda melihat kebocoran/kecacatan yang ada kalau anda membuat pemeriksaan di dalam gelap. Lagi afdal kalau anda bawa seorang rakan mekanik pada hari tersebut.

5)
Semak Status Kereta
Pastikan tahun kereta itu dikeluarkan, kenapa kereta tu hendak dijual dan juga status kereta. Penting untuk kita tahu tahun kereta itu dikeluarkan, tujuannya adalah
1)Urusan pinjaman bank
2)Supaya kita boleh menganggarkan keadaan/status kereta itu.

Urusan pinjaman bank
Pastikan anda membuat kira-kira sebelum membuat keputusan. Supaya anda tak rasa terbeban dengan hutang kereta tersebut.. Harga tersebut anda mampu bayar dengan kadar bulanan dan tempoh tahun yang ditawarkan..

Untuk makluman, kereta yang melebihi 10 tahun usianya, tidak lagi boleh memohon pinjaman dengan bank. Hendak tak nak, terpaksalah buat pinjaman dengan 'Credit' atau pemberi pinjaman kenderaan berlesen seperti Aeon. Walau bagaimanapun maksimum cuma boleh ikat 5 tahun dan kena bayar 10% deposit mengikut harga kereta sekiranya anda buat loan dengan 'Credit'. Berbeza dengan bank, maksimum anda boleh ikat pinjaman sehingga 7-9 tahun bergantung kepada usia kenderaan. Untuk deposit, sesetengah kedai kereta terpakai bijak menguruskan hal ini, dan jika anda bernasib baik, kemungkinan besar anda tidak perlu membayar apa-apa deposit untuk kereta tersebut.
-Bank statement mesti kukuh.. kalau tiap-tiap bulan balance tinggai RM10... susah jugak tu.. pastikan tiap bulan anda ada menyimpan sebelum menghantar dokumen anda untuk membeli kereta anda.
-Jika anda berusia bawah 25 tahun dan pertama kali membeli kenderaan, sediakanla seseorang yg sanggup jadi gerento. ini akan memudahkan urusan anda.

6)Semak Status Si Penjual/Pemilik Terdahulu
-Semak sedikit latar belakang si penjual. Tanyakan beberapa soalan umum untuk mengetahui lebih mendalam tentang cara pemanduan pemilik kereta itu. Contohnya : Apakah pekerjaan si pemilik kereta. Dimanakah tempat tinggalnya. Lokasi tempat kerja si pemilik kereta. Dimanakah kampungnya. Sudah bekeluarga atau belum? Jika sudah, berapa orang pula anaknya?
-Mungkin kedengaran seperti remeh atau pun melalut, namun jawapan kepada soalan yang diberikan boleh memberi lebih banyak info sebelum anda membuat keputusan.
-Contohnya : Dengan mengetahui jarak dari rumah ke tempat kerja si penjual, anda boleh menghitung anggaran mileage dalam sebulan. Begitu juga dengan jarak dari rumah ke kampung si penjual. Jika si penjual sudah bekeluarga pula, anda boleh andaikan bahawa kereta itu sudah semestinya tidak dilanyak sesuka hati jika hendak dibandingkan dengan owner yang bujang.

7) Semak juga rekod kereta
-Periksa sama ada kereta yang hendak dibeli sudah disenaraihitam atau punya saman. Penting! Takut kita pula yang terkena. Periksa rekod kereta dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun Polis Trafik. Kalau tak ada, baguslah. Kalau ada, minta si penjual uruskan semua tu. Takut semua tu berpindah milik kepada kita, cari bala namanya!
-Periksa juga insurans dan cukai jalan. Kebiasaannya akan diuruskan oleh si penjual, tapi tanyakan siapa yang akan menanggung kosnya kelak. Penting juga untuk anda tahu nilai insurans dan cukai jalan. Kita beli kereta ikut kemampuan. Karang beli je mampu, nak bayar cukai jalan dan insuran tak boleh pulak.
-Pasal insuran, tengok la juga kereta tu diinsuranskan mengikut harga pasaran ataupun tidak.

8)Lakukan Pemeriksaan Fizikal
Perkara penting terakhir proses pemeriksaan fizikal dan test drive kereta tersebut.Jadi saya pernah buat entry berkenaan pemeriksaan fizikal ..
So cubalah rujuk dan klik
Tip beli kereta terpakai

* to
syukry: Bagi aku kalau boleh carilah kereta 2nd hand Produa Myvi 1.3 tahun 2005 keatas.. Bagi kereta Proton aku pilih Proton Waja 1.5 tahun 2004 keatas untuk jalan jauh ok dah tu.. Harga rasanya dalam lingkungan RM 30,000 lebih.. bulanan RM 4++ .. mungkin tak membebankan

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Thursday, October 20, 2011

Generasi Kereta Perodua


Ok.. Pada episode yang lepas saya telah cuba menerang sedikit tentang latar belakang generasi kereta buatan Proton ( sila klick Generasi Kereta Proton) .. Seperti saya katakan, kali ini kita cuba bincangkan secara ringkas berkenaan kenderaan buatan Perusahaan Automobil Nasional Kedua (PERODUA) pula..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Generasi Kereta Perodua
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Senarai kenderaan/kereta keluaran PERODUA ( Secara ringkas) adalah seperti berikut:


Perodua Kancil (Perodua Nippa, 1994-2009)
Model kereta Produa Kancil keluaran Perodua adalah berasaskan based pada Daihatsu Mira third-generation model Daihatsu Mira L200 TR-XX dari Daihatsu, Jepun. Perodua Kancil mula dilancarkan pada tahun 1994 juga dikenali sebagai Nippa untuk pasaran United Kingdom
Perodua Kancil mempunyai 3 model berbeza:
1) Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
2) Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu
3) Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.

-Bermula dari pembuatan model paling murah ketika itu ialah varian 660cc 4 kelajuan menjadi sebuah pengangkutan yang praktikal, murah dan menjimatkan bahanapi.
-Pada tahun 2003 facelift Perodua kancil telah di ubahsuai sedikit iaitu pada bahagian Bumper dan lampu hadapan dengan bentuk bulat dan pengubahsuaian pada penal dashbord..
_______________________________


Perodua Rusa (1996)
Perodua Rusa merupakan sebuah Microvan keluaran Perodua dari base model line model Daihatsu Zebra dan Daihatsu Hijet Maxx. First pelancaran pada tahun 1996 Perodua Rusa 1.3 CX ( Basic model 2 tempat duduk berenjinkan 1.3 liter ) kemudian pada 1997 dikeluarkan dengan Produa Rusa 1.3 GX ( berenjinkan 1.6 liter dengan 7 tempat duduk)
_______________________________


Perodua Kembara (1998-2008)
Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) berasaskan model Daihatsu Terios Ia Dikuasakan Enjin 1.3 Liter Dan Transmisi Manual 5 Kelajuan,automatik 4 Kelajuan Pacuan Empat Roda Sepenuh Masa(AWD). Pada Tahun 2003 Model Ini Dilengkapi sistem DVVT.
_______________________________


Perodua Kenari (2000)
Perodua Kenari merupakan Perodua Kenari merupakan sebuah model rebadge kenderaan MPV dari model Daihatsu Move keluaran Daihatsu dengan 5 tempat duduk.Perodua Kenari mempunya enjin 989cc, DOHC 3 silinder dan mampu mencapai kelajuan sehingga 88mph. Mengambil rekaan daripada Daihatsu Move L900. Walaupun ada yang memandang Perodua Kenari sebagai sebuah kereta yang kurang menarik, berbentuk boxy sehingga menggelarnya peti ais, Perodua Kenari tetap mencatatkan jumlah jualan yang baik sepanjang pengeluarannya. -Antara varian yang pernah dikeluarkan ialah GX (manual), EZ (automatik) Aerosport (manual & automatik) dan RS (automatik). Pada tahun 2003, Perodua Kenari facelift dilancarkan dengan lampu depan berkembar yang ternyata lebih menarik dan bergaya.
-Pada tahun 2004,
versi Aerosport dengan rupa bentuk sporty dan dihiasi bodykit penuh dilancarkan. Lampu belakang model itu juga diubah kepada rekaan baru yang lebih menawan. Walaupun enjin masih sama, bahagian dalaman dan luaran versi facelift Aerosport ini diakui antara yang paling menarik dan sporty.
-Pada tahun 2007 pula keluar versi
Kenari RS yang menampakkan perubahan pada bahagian bumper hadapan dan kedudukan lampu lebih menarik dari model asalnya di Jepun iaitu Daihatsu Move Custom. Versi RS tampil dengan imej lebih sporty di mana bumper depan dan belakang adalah berbeza dari model sebelumnya dan bahagian depannya dilengkapkan dengan empat buah lampu. Model RS hanya tersedia transmisi automatik sahaja.

Perodua Kelisa (2001- 2007)
Perodua Kelisa merupakan kereta kompak based pada Daihatsu Mira fifth-generation dari model Daihatsu Mira L700 Coure. Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007.. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli.
-Antara
yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil.
-Pada tahun 2005 Produa Kelisa telah membuat penambah baikan pada bahagian grill hadapan , Bumper dan sedikit pada bahagian lampu signal yang lebih menarik menerusi Perodua Kelisa SE..
_______________________________


Perodua MyVi (2005)
Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.. First Produa Myvi di lengkapi enjin Ej-VE 1.0 liter dengan tiga silinder sebaris, sistem DVVT serta pancitan bahan api elektronik (EFI) terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan).
-Pada tahun 2008, Sedikit pengubahsuaian facelift di lakukan keatas Perodua Myvi SE
-Pada tahun 2011 telah keluar versi ”Myvi 1.3 Lagi Best” dimana Produa Myvi telah sekali lagi membuat pengubahsuaian semula oleh pihak Perodua berdasarkan model Passo 2010 dan Boon 2010. Dari segi enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun kenaikan 4HP dengan tambahan elektronik (EPS) yang membolehkan menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa kuda. bentuk badannya menerima sentuhan terbaru apabila tampil dengan rekaan lebih tajam dan lekuk pada badannya jika dibandingkan dengan model terdahulu. tetapi sedikit terkilan adalah saiznya yang dikecilkan sedikit sehingga mengurangkan keluasan bonet belakang..Apapun Myvi 1.3 Lagi Best kurang mendatangkan keterujaan kerana terdapat beberapa kelemahan ketara.


-Jadi apabila Perodua mengeluarkan generasi seterusnya Myvi Extreme 1.5 mengubah enjin baru lebih berkuasa (enjin 1.5) walaupun asalnya dari model Alza, Myvi Extreme 1.5 dipasangkan enjin berkod 3SZ-VE berkapasiti 1.5 liter empat silinder, bersama sistem DOHC 16 Valve, DVVT dan EFI, dengan keluaran kuasa kuda kini mencecah angka 102hp@6,000rpm dan tork maksimum 136Nm@4,400rpm. Enjin 1.3 liter pada model Myvi 2011 Lagi Best dicatatkan pada angka 90hp dan tork maksimum 117Nm, perbezaan kuasa yang sangat signifikan jika dibandingkan antara kedua-dua varian tersebut.
_______________________________


Perodua Viva (2007)
Produa Viva adalah model berdasarkan Daihatsu Mira sixth-generation iaitu model Daihatsu Mira (L700/710)
-Semua versi Perodua Viva enjin yang digunakan EF-VE(660cc), ED-VE(850cc), EJ-VE(1000cc) DVVT, sejukan air, 3 silinder sebaris, 4 lejang, DOHC
-Perodua Viva dengan keupayaan enjin 660cc dan 850ccmenggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan.

-Manakala enjin 1,000cc pula dibahagikan kepada dua iaitu Standard SX dan Premium SXi, ia menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium EZi.Produa Viva menggunakan enjin tiga silinder dan 12 injap yang dipertingkatkan dengan teknologi pemasaan enjin berjujukan injap dinamik (DVVT), aci sesondol atas kembar (DOHC) dan sistem minyak suntikan bahan api elektronik (EFI). Elemen EFI itu merupakan yang pertama seumpamanya dipasang pada kereta enjin 660cc dan 850cc dalam mana-mana model Perodua.
-Kereta keupayaan enjin 1,000cc iaitu Premium dengan transmisi manual atau automatik juga menawarkan beg udara SRS berkembar. Varian Premium juga dilengkapkan dengan sistem brek anti kunci (ABS) dan Edaran Brek Elektronik (EBD). Antara ciri paling menonjol Viva ialah panjang ruang dalamannya iaitu 1,845 milimeter yang disifatkan terpanjang dalam segmen kereta kompak, sekali gus menjamin keselesaan penumpang
-Pada tahun 2010 eProdua Viva melakukan penambahbaikan rekabentuk sedikit iaitu model Viva Elite Versi Exclusive.
_______________________________


Perodua Nautica (2008)
Perodua Nautica ialah sebuah kereta pacuan empat roda/SUV mini sebenarnya merupakan Daihatsu Terios generasi kedua. Kereta ini menggunakan enjin jenis 3SZ-VE yang menggunakan empat silinder dan sistem suntikan bahan api (EFI). Kereta ini merupakan kereta Perodua yang termahal berbanding yang lain (berharga RM89,000, dengan insurans) memandangkan bahagian-bahagian kereta dan ia sendiri diimport serta dibuat di Jepun. Ia dengan itu dikenakan duti import .. Sebenarnya hanya beberapa bahagiannya dibuat dan dipasang di Malaysia.
_______________________________


Perodua Alza (2009)
Perodua Alza merupakan MPV kategori wagon diadaptasi daripada Daihatsu Boon dan Toyota Passo Luminas Sette berenjin 1.5L 3SZ-VE Penghantaran 5-kelajuan manual 4-kelajuan automatik. Agak berpadanan antara nisbah berat dan kuasa. enjin yang sama dengan Toyoto Avanza sekarang. Ia mempunyai 104hp dan mampu menghasilkan sehingga 136Nm torque. Namun begitu, kapasiti tangki minyak kereta ini hanyalah 42L sahaja berbanding 45L pada Avanza dan 55L pada Proton Exora. Lagipun enjin daripada Daihatsu sudah terbukti menjimatkan minyak..
-Perodua Alza di
datangkan dalam versi automatik dan manual. Menariknya tentang transmisi automatik ialah versi ini tidak mempunyai brek tangan, tetapi menggunakan brek kaki yang terletak kedudukan pedal klac seperti kereta manual. Pemegang gear automatik boleh didapati di bahagian dashboard. Boleh bawak penumpang 7 orang dewasa termasuk pemandu tetapi tempat duduk ketiga Perodua Alza tu sesuai untuk budak-budak je, kalau orang dewasa tak lepas. Pada saya, Perodua Alza menumpukan kepada segmen keluarga kecil..Atau kerusi di barisan ketiga tu kena lipat la, ataupun buang terus je jadikan sebagai sebuah kereta wagon.Tetapi amat mengejutkan bahawa pada saiz kenderaan sebesar MPV, ia hanya mempunyai satu unit penghawa dingin iaitu di bahagian depan sahaja. Tiada penghawa dingin untuk barisan kedua dan ketiga.Sebenarnya rekaan dalamannya tirus membantu mengaliran udara dengan berkesan sehingga ke ruang tempat duduk ke-3.
-Kalau ikut harga boleh dianggap munasabah sebagai sebuah kereta MPV kompak, bagi saya Perodua Alza dah cukup murah dah. Kalau yang mahal pun versi Advanced Version saja. Harga Perodua Alza paling murah bermula RM55,490.00 (versi manual) dan paling mahal berharga RM69,990.00 (Advanced Version Automatik). Mungkin pesaing paling terdekat ialah kereta Naza Citra terbaru ataupun Proton Exora versi manual.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Monday, October 17, 2011

Generasi Kereta Proton


Pertanyaan yang diajukan.
guest: Mohon bro bntu sy cite skit model2 kluaran kete nasional Malaysia Proton & Produa utk Tesis Project, Smester ni brkenaan bidang automotif . sy amat sgt mgharap ptolongan terima kasih.
Jawapan Kami.
Terima kasih pada guest ( entah tak tau namanya pulak) atas pertanyaan tersebut.. Cuma agak lewat sedikit saya jawab balas .. Rasanya saya tidak berapa sesuai untuk dirujuk tentang pertanyaan tersebut.. Kerana ianya begitu umum dan amat meluas.. Saya cuba berikan sedikit maklumat secara ringkas diharap ianya dapat membantu kamu..
Buat permulaan saya cuba mulakan dengan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) dahulu…
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Generasi Kereta Proton
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON ( Secara ringkas) adalah seperti berikut:


Proton Saga (1985)
Generasi Pertama
Mitsubishi Lancer Fiore menjadi asas kepada penghasilan first model Sedan
kompak Proton Saga berenjinkan 4G13 (1.3 L) dan 4G15 (1.5 L) Proton Cuma tukar depan dan belakang sikit. Kemudian pada tahun 1987 keluar model hatch back Proton Knight kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Iswara (1992-2008)
Pada tahun 1992, model Sedan kompak Proton Saga di tukar sebagai Proton Iswara enjin 1.3L dan pada tahun 2003 facelift di ubahsuai sedikit menjadi Proton Saga LMST.


Generasi Kedua
Proton Saga BLM ( 2008 - sekarang)
Pada 2008 model Saga lama digantikan dengan pengganti yang direka semula sepenuhnya, dikodkan sebagai Proton BLM (Base Line Model) enjin Campro 1.3 liter dan pada 2009-2010, keluar model Proton Saga SE .. Kemudian pada Disember 2010 telah keluar model Sedan kompak BLM FL 1.3 liter kemudian pada bulan April 2011 keluar pulak model BLM FLX 1.6 liter dilengkapi ABS ( Anti Lock Braking System) , EBD ( Electronic Brake Force Distribution) dan CVT ( Continous Variable Trasmission)
_______________________________


Proton Wira (1993 - 2000)
Proton Wira merupakan kereta Sedan kompak diperkenalkan pada tahun 1993 berasaskan kereta Mitsubishi Lancer/Colt. Proton dan Mitsubishi kongsi modal Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
-Dengan pilihan enjin petrol
4G13 (1.3 L), 4G15 (1.5 L), 4G92 (1.6 L), 4G93 (1.8 L) dan 4D68 (2.0 L) diesel ..
-Pada tahun 1993 keluar Wira 1.3 dan 1.5, 1994-2003, Proton Wira Aeroback
dan 1996, Proton Wira 1.8 Sedan
-
Sebenarnya ramai pemilik kereta ini telah modifide dengan menggantikan enjin asalnya kepada enjin 4G92 Mivec, 4G93T GSR dan 4G63 Mitsubishi Lancer Evolution.
-Proton Wira dilancarkan dengan pilihan 2
displacement iaitu model 1.6 XLi dan gak 1.5 GL. Model 1.6 XLi ialah model full-spec dengan enjin SOHC 16 injap 1.6L (4G93) yang pakai fuel injection dan hanya terdapat dalam transmisi automatik 4 kelajuan. Model 1.5 GL lak time tu still pakai enjin Magma Megavalve lagi dan still pakai karburetor. Model 1.5 GL auto lak setakat pakai gearbox 3-speed auto, tak macam 1.6 XLi yang pakai 4-speed auto.
-Pada tahun 2004-2007, sedikit pengubahsuaian di lakukan menjadi Proton Wira SE.
_______________________________

Proton Arena (2002)
Proton Arena merupakan sebuah trak utiliti mini ( pikap) enjin 1.5L yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia.Sebenarnya ia ialah Proton Wira yang diubahsuai.
_______________________________

Proton Satria Generasi pertama (1995-2006)
Proton Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006.
-Boleh didapati dalam pilihan enjin
1.3 L (4G13) 1.5 L (4G15) menggunakan enjin Mistubishi Orion yang turut digunakan dalam Proton Saga, manakala 1.6 L (4G92) turut digunakan pada Proton Wira1.6L dan 1.8 L (4G93) untuk Proton Satria GTI . Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transmisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).

-Proton Satria GTi telah di lancarkan pada tahun 1999-2002,.. Ianya merupakan Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.

-Satria R3 merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.
_______________________________


Proton Satria Generasi kedua (Satria Neo: 2006-sekarang)
Proton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L.
-Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara,ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual & transamisi automatik . -Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasangan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya. Enjin Proton Neo adalah kejuruteraan hasil usaha sama Proton dan Lotus . Mengguna pakai enjin Campro.
-Campro adalah singkatan nama Cam profile. Antaranya memberi hasil output yang lebih baik dan menepati ciri-ciri terkini. Pada ketika ini, Cam Pro adalah nadi penggerak kereta keluaran proton tempatan yang dimuatkan di dalam keluaran model Waja, Gen2, Pesona dan Satria Neo . CPS (Cam Profile Switching system) adalah teknologi yang dibangunkan untuk meningkatkan prestasi enjin Cam Pro. Kebanyakan keluaran model terbaru proton dilengkapi teknologi CPS.
_______________________________

Proton Putra (1995)
Proton Putra ialah sebuah automobil coupé 2 pintu pada tahun 1995 untuk model pertama dan berakhir pada tahun 2000, tetapi dikeluarkan semula dalam bilangan terhad pada tahun 2004-2005 di luar Malaysia. Menggunakan enjin Mitsubishi 1.8L 4G93P DOHC engine 4 cylinders, 4 valves dan MPi fuel system.
_______________________________

Proton Perdana (1995–2010)
Proton Perdana merupakan kereta Sedan kompak berasaskan Mitsubishi Galant Eterna. Proton Perdana Sei 1995-1996 dengan menggunakan enjin 4G63 SOHC 2.0 L manakala Proton Perdana V6 menggunakan enjin V6 2.0 L Mitsubishi 6A12 dan sedikit pengubahsuaian kit front grill seakan Alfa Romeo-esque .
_______________________________

Proton Juara (2001 - 2003 )
Proton Juara merupakan sebuah microvan yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box dan berenjin 1.1 Liter dengan Enjin Depan Pacuan Belakang
_______________________________

Proton Tiara (1996 - 2000)
Proton Tiara merupakan sebuah kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka di bawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.Pasal dulu-dulu lahh Proton tiara 1.1 GL nie diorang ada kerjasama dengan citroen.kalau nak kirakan enjin citroen berkongsi platform yg sama kira teknologi Perancis..cume rekabentuk body,chasis dan dalaman saje yg berbeza....Asalnya model Tiara merupakan keluaran DRB...Pastu Proton ambik model tu dan tukar cop je proton ....
_______________________________

Proton Savvy (2005 - Sekarang).
Proton Savvy adalah sebuah kereta supermini yang menggunakan enjin 1.2L DOHC 16-injap yang dihasilkan Renault, sama seperti enjin yang digunakan oleh Renault Twingo dan Clio.Kereta Malaysia paling jimat minyak, mampu bergerak sejauh 24km dengan hanya seliter atau ada yang kata 5.7 liter untuk100km..
_______________________________

Proton Waja (2000 – 2006 )
Model Sedan kompak Proton Waja berpandukan casis Mitsubishi Carisma. First Proton Waja tahun 2000 menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 (1.6L) . Pada tahun 2005 Proton Waja Chancellor menggunakan enjin 6A12 (2.0L V6 ) sama dengan enjin Proton Perdana..Tapi tahun 2002 Proton Waja ada menggunakan enjin 1.8L digerakkan oleh enjin Renault F4P.. Dan pada tahun 2006 barulah enjin 1.6 L Proton Campro S4PH digunakan..
_______________________________

Proton Gen-2 (2004 - Sekarang)
Model Sedan kompak Proton Gen-2 dilancarkan pada tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Enjin Campro S4PE 1.3 L dan1.6 L
_______________________________

Proton Persona (2007 - Sekarang)
Model Sedan kompak Kereta sedan Proton Persona berenjin Campro CPS 1.6 bagi menggantikan model Proton Wira
_______________________________

Proton Inspira (2010 - Sekarang)
Pada tahun 2010,Proton telah melancarkan Model Sedan kompak Proton Inspira pada asalnya dibangunkan dari model Mitsubishi Lancer yang dijual di negara ini. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjual dua varian model itu iaitu Lancer EX dan Lancer GT. kodnya P390A, adalah model baru untuk menggantikan Proton Waja yang dikeluarkan oleh Proton berasaskan Mitsubishi Lancer GT . Ia adalah sebahagian daripada perjanjian pemindahan teknologi antara Proton dan Mitsubishi Motors
-Proton Inspira menggunakan enjin siri 4B 16 DOHC MIVEC dari Mitsubishi seperti mana yang boleh dilihat pada model Mitsubishi Lancer EX dan GT. Varian 1.8 menggunakan enjin 4B10 dan 4B11 untuk varian 2.0. Kepada penggemar-penggemar kereta sedan berprestasi tinggi, enjin tersebut yang dilengkapi sistem MIVEC sudah tentu antara jenis enjin yang diidam-idamkan, tambahan pula reputasi dan populariti sistem MIVEC hampir sama dengan sistem VTEC dari Honda.Tiga varian dikeluarkan di kilang Proton iaitu 2.0 liter CVT dengan kawalan paddle shift yang mengawal enam kelajuan maya, 1.8 liter CVT dan 1.8 liter manual. bagi model 2.0 liter CVT. Model pertengahan juga adalah model 1.8 CVT.
_______________________________

Proton Exora( 2009 - Sekarang)
Pada tahun 2009 , Proton Exora merupakan model MPV digerakkan oleh unit enjin berkapasiti 1.6 liter yang dihasilkan sendiri oleh pihak Proton. Enjin Campro CPS (Cam Profile Switching) yang dilengkapi dengan sistem VIM (Variable Intake Manifold) itu juga digunakan pada model sedan Proton seperti Gen2 CPS serta Waja CPS.
-Biarpun tidak menggunakan pintu jenis gelongsor, penumpang masih boleh keluar masuk dengan mudah kerana bukaan pintunya yang luas.Ruang dalaman untuk 7 penumpang yg amat selesa memang agak luas.. Kalau ambik yang H-line.. Ada LCD, DVD player, built in hands-free, 2nd and 3rd row a/c blower, leather seat, GPS dan lain-lain..
___________________________________________________________
Bersambung Bahagian Kereta Buatan Produa
Generasi Kereta Perodua (Klik ajer )
___________________________________________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks