Wednesday, November 18, 2009

Wira colour Mattalic...

Kereta Wira Mattalic.........Langgar Lembu....
Minggu lepas seorang pemilik wira telah datang untuk menghantar keretanya di cat semula... Wira tu melanggar lembu yang dudok sedap lepak tidor atas jalan raya... kemalangan tu berlaku pada waktu malam... warna lembu pun klu malam sama aje ngan jalan raya warna hitam gelap.......Bonet depan dan pintu kiri wira tersebut kemek... walau macam mana pun memang beliau dah lama nak repair bumbung dan body wira tu dan cat semula..Tapi tertangguh seketika..... Benda dah jadi terpaksa buat jugak lah...Papan tanda amaran di mana-mana kawasan tumpuan penternak yang sering membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran berhampiran dan di atas jalan raya. Jika kita ternampak papan tanda ni sila slowkan kenderaan anda...Cerita pasal lembu yang duduk tidor berani mati tu atas jalan raya.... katanya lembu tu mati... Tapi nasib baik lah pemandu wira tu tak ade ape-ape... klu di tanya sape punya lembu tu pada orang kampung pasal nak minta gantirugi.. tak ade sesapa yang mengaku lembu tu milik dia... tapi bila tanya sape punya lembu atas jalan raya klu nak jual sebab ade orang nak beli dengan harga tinggi... semua orang akan mengaku lembu tu milik dia orang.... pelikkan.... Ni bahagian pintu yang kemek tu... terlanggar lembu... itu pun kami dah tarik ketuk body nampak rataBahagian depan bonet tu pun sama... Kami tarik ketuk body....yang ni bahagian bumbung yang bocor .Teruk sangat berlubang ... Panjang sebaris kami tutup tampal ngan fiber glass dulu...Bahagian atas bumbung belakang pun sama gak teruk sangat... Kami tampal gak ngan fiber...
*perhatian :
Kenapa tak tukar bumbung.... kadang kala kita kena tengok gak bajet kewangan seseorang .... dengan menutup tampal ngan fiber glass ni lapisan demi lapisan.. ianya lebih baik kerana kepingan fiber glass lebih baik menghalang pengaliran air masuk... tanpa perlu kita potong bumbung dan welding balik.... ianya akan jadi karat semula pada bahagian welding.... kos tampal fiber adelah kurang dari tukar bumbung welding ni...Bonet belakang ade kemek siket dan karat...... buat lah ape yang patut....
Selepas kerja kerja body repair dan simen tu siap..... macam biasalah masuk undercode... Side Mirror kena tanggalkan lah...... pasal takut cat meleleh.....Tengok bahagian bumbung tu dah tak ade lubang lagikan...... Rata aje kan.....yang ni bahagian pintu yang kena tanduk dengan lembu tu......Bahagian bonet belakang tu....... ape pun kereta wira ni nak buat letih lah beb...Taukey Azlie sedang menyembur cat........ Skill beb ..... yang pasti setiap orang pasti dengan gayanya... Yang ni rupanya bila dah siap... opppssss jangan usik tak kering lagi.... Warna mattalic ..... biasalah kereta orang tuakan... Bahagian pintu dah balik asal...Bahagian bumbung bersinarkan....Bahagian belakang tu sebelum kering bersinar-sinar lah wow....

Thanks.....Pada owner wira tu Pakcik Joe..... Sorry lambat sikit dari jangkaan siap pasal sesejak ni hujan lah... cuaca tak menentu.... ape pun dah siap gak ....

Ape Komen dan tindakan anda mengenai kejadian Kemalangan melibatkan lembu di jalan raya?

Para penternak hendaklah bertanggungjawab terhadap kemalangan jalan raya akibat daripada kecuaian mereka mengawasi dan menjaga haiwan ternakan masing-masing..........Kebiasaannya pemilik haiwan ternakan ini akan lepas tangan dan tidak akan mengakui haiwan ternakan tersebut adalah milik mereka. Ade orang memberitahu saya, dia sentiasa membawa sebilah parang yang tajam di dalam keretanya. Sekiranya terbabit dalam kemalangan dengan haiwan ternakan ini, dia akan menyembelih dan menjualnya sebagai kos untuk membaiki kenderaannya. Ini kerana sudah banyakkali kemalangan berlaku melibatkan haiwan ternakan tapi tiada siapapun akan mengakui siapa pemiliknya.
Terdapat kes-kes di mana pihak penguatkuasa menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya tetapi tidak dapat membuktikan siapa pemilik sebenar haiwan-haiwan ini.
Saya ingin menyarankan agar pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab dengan ternakan haiwan ini membuat peraturan semua haiwan ternakan mereka mesti mempunyai identiti pemiliknya. identiti pengenalan tuan punya lembu tu boleh dirujuk melalui tag bernombor yang di-pin-kan di telinga haiwan ternakan tersebut.....

13 comments:

Tunjuk Bintang said...

wah hebat orang tu, siap bawak parang lagik. kui..kui... setakat ni x pernah lagi langgar lembu, kalau langgar kucing pernah la. huhuhuhu...

~0~ said...

btol la bro...penternak lembu kena la jaga lembut elok2...kang lembu mati dia kata driver celaka..kalo driver mari dia plak lari...ape la punye perangai..

AzRi said...

den pon x tau la apo tah dio joget cm 2 ha..cm boruk yo..wakaka...pndi speakin n9 bro? bgus2

jejaka anggun said...

bole ke bawak parang dlm keta? x kene saman ker ngan polis nnt?

jalak lenteng said...

gua rasa memang betul la kene bawak parang tajam..kang kalu langgar tak sembelih jadi bangkai..

ehh..bro..warna metallic tu brape kali spray tu?nampak cam 2 3x ..brape lame siap ehh..

sori bro..lame betul tak singgah ..

pakcik kordi said...

pakcik kordi pun selalu stenby parang wak.skill taukeh azlie tu mmg best la wak..cyalah korg!hehe....

E.d.Y said...

stylo giler bawak parang...huhu

AzRi said...

den lupo poit ekau gheti speaking nogori..huahuahua so cmne bisnes ekau?? ok yo?

Faarihin said...

salam.. ape jadi ek pada lembu tu? hidup agi tak..

||| PöJìé PööH ||| said...

Sekiranya terbabit dalam kemalangan dengan haiwan ternakan ini, dia akan menyembelih dan menjualnya sebagai kos untuk membaiki kenderaannya.

Wow good idea nih..
Teringat zaman² study kat Trg, org sana mmg suker biarkan lembu² mereka melapak atas jalan..
Tuan pun macam lembu jugak xreti nak tambat lembu..
Akibatnya member Pojie jatuh motor masuk spital sbb langgar lembu punyer pasal di malam hari..
Kakak sedara pun sama jugak..
Pojie almst, nasib baik.

Tp paling salut ur work la bro, mmg hebat!!
Nampak cool macam xde apa² yang berlaku pada kereta tuh bila dah kne sentuh ngn kamu!
Great job!!

P/S: Thanks selalu lawat blog Pojie dan meberikan pujian² yang melambung tinggi.. Ikhlas x tuh? Heehehe..

Lasykar Langit dan Bumi said...

great transformation!!!btol tu, why so many lembu kat jln raya tu... tension jer aku tgk.. nak dilanggar keta sdiri yg remuk... aduss nak ke saman jer owner lembu2 tu.. xde yg nk ngaku, kita jual saja lembu tu...

Abg Din said...

sempat ambik gambo lembu yg kena langgar tu ye.... abgdin pun ada kisah tu nti abgdin buat entry ye...

reen said...

uitt..akak pon pobia ngn lombu2 ni..

pernah xcidnt moto blanggar ngn haiwan2 ni..huhuhu..

ni klu langgar kete a.wawan ni..mauny dia angkut smua lmbu2 ni masuk lori jual..raya aji dh nk dekat ni..hik3