Friday, November 13, 2009

Proton Waja Full Body kit Versi Mitsubishi EVO 7, EVO 8, EVO 9 & EVO 10

Soalan Oleh Bro.Mohd Zaidi Md Zin.....
Ni nak tnye byk sikit....tentang fullbodykit untuk waja........ evo 10 punye ada?jpj lepas x?costing untuk bodykit + kemek calar + paint black metallic full body = ? RM ....kemek dekat skirting je.... + bodykit x nampak kot... calar kne gores syiling sebelah kiri full body dalam...sekian terima kasih diatas masa anda menjawab persoalan diatas....
Jawapan dari Kami.....
Terima kasih atars soalan tersebut dan Sorry agak lambat kami jawab pertanyaan tersebut... berkenaan tentang Full body kit untuk waja EVO 10...
Proton Waja converted to Mitsubishi Evolution 10
front bumper RM300
front bonnet RM380
front fender RM280 (a pair left & right)
side skirt RM180
rear bumper RM300
rear spoiler RM180
Harap maaf kami sendiri tak dapat mentafsirkan kos keseluruhan modifikasi luaran bodykit waja evo 10 tersebut..... Tetapi Kami telah cuba merujuk harga ubah suai pada salah sebuah bengkel bodykit yang lebih berpengalaman dari kami berkenaan Kos untuk sebuah Waja diubah menjadi Evo X adalah dalam lingkungan RM7000 dari harga part body kit hinggalah upah proses mencantumkan pada waja tersebut termasuk lah cat kereta warna metallic /2K.... ini menurut kata bengkel tersebut.... eeeemmm kami rasa harga yang dia buka agak mahal lah...tapi kami rasa kurang dari harga tersabut...

Sama ade JPJ lepas atau tidak ia bergantung kepada ubah suai bodykit yang dilakukan....Modifikasi hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988...tp leh apply untuk autoshow... Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.

Costing untuk bodykit + kemek calar + paint black metallic full body = ? RM ....kemek dekat skirting je.... + bodykit x nampak kot... calar kne gores syiling sebelah kiri full body dalam.... jika kemek tersebut tak begitu teruk boleh ditampal dengan simen sahaja dan kesan calar tersebut hanya perlu di touch up sahaja... kami tak dapat lihat bagai mana kesan calar tersebut... jadi kami tak boleh letakkan tafsiran yang jelas tapi kos untuk touch up balik lebih kurang RM 150 atau RM250 tengok keadaan besar mana kesan calar tersebut...

Evo Generasi Ke 7
Kereta Mitsubishi Evolution VII (EVO 7)
Evolution VII dibina berasaskan platform Lancer Cedia yang lebih besar, menyebabkan pertambahan berat berbanding Evolution VI, tetapi Mitsubishi melakukannya dengan beberapa pelarasan penting pada kerangka. Perubahan terbesar ialah tambahan gear pembeza tengah aktif dan gear pembeza gelinciran terhad yang lebih berkesan, sementara gear pembeza gelinciran terhad hadapan jenis helikal ditambah. Kilasan sekali lagi meningkat kepada 385 N·m dengan penalaan enjin yang memberikan aliran udara yang lebih baik, manakala kuasa kuda kekal pada 280 PS (276 hp/206 kW).
Pengenalan model Evolution VII juga menandakan penggunaan transmisi automatik buat pertama kalinya pada model-model Evo melalui varian GT-A. Mitsubishi mendakwa kotak gear automatik 5 kelajuan. Kelajuan juga boleh dipilih secara manual melalui butang + dan - pada stereng (sepasang pada kedua-dua belah) atau melalui mod tiptronic pada tombol gear. Kuasa kuda merosot sedikit daripada versi manual iaitu 272 bhp. Kotak gear GT-A tidak digunakan pada Evolution VIII tetapi dipasang pada versi estet bagi Evolution IX Wagon.
Kereta ProtonWaja Convert Bodykit EVO 7
mengupgradekan kereta sudah mejadi kegilaan dan trend kepada pemilik kereta dan kebanyakannya menjadikan mitsubishi evo sebagai matlamat. kali ini Waja menjadi sasaran proses penukaran body kit...


Evo Generasi Ke 8Mitsubishi Evolution VIII (EVO 8)
Evolution diubah lagi pada tahun 2003, kali ini menampilkan Super Active Yaw Control untuk mengawal cengkaman serta kotak gear manual sama ada 5 atau 6 kelajuan bergantung kepada model. Ia boleh didapati dengan kuasa enjin 280 PS (276 hp/206 kW) dalam empat varian: model GSR piawai di Jepun, model RS dengan bumbung keluli, kotak gear 5 kelajuan, serta roda-roda piawai (tanpa komponen tambahan, seperti lampu peta dalaman, tetingkap kuasa dan radio), model SSL (dengan bumbung suria, subwoofer yang dipasang pada bahagian but, dan kerusi kemasan kulit), serta model MR, yang didatangkan dengan gear pembeza gelinciran terhad hadapan yang diubah semula, tombol gear aluminium MR, brek tangan dengan dendal jenis gentian karbon, rim 17 inci BBS, bumbung aluminium, serta transmisi manual 6 kelajuan. Evolution baru ini juga turut menggunakan lampu Altezza.
Lancer Evolution VIII adalah unik berbanding pendahulu dan penggantinya, memandangkan ia adalah satu-satunya model Evo yang menggunakan teras separa segitiga tengah yang sama seperti pada model Lancer, Adventure, Strada, Grandis, Montero dan Outlander.
Lancer Evolution VIII MR menggunakan penyera hentak Bilstein untuk pengendalian yang lebih mantap. Panel bumbung aluminium serta pengurangan lain pada berat badan telah merendahkan pusat graviti bagi menghasilkan perwatakan olengan yang lebih semulajadi. Pembaharuan yang lebih lanjut juga dilakukan pada pacuan empat roda elektronik, kepada sistem cengkaman ACD 5 + Super AYC 6, dan kepada sistem Sports ABS.

Kereta Proton Waja Convert Bodykit EVO 8
Proton dan Mitsubishi bergabung kembali.Kepada peminat - peminat modifikasi / make-up kereta anda boleh masuk Body kit evo 8 kepada kereta Waja anda...

Evo Generasi Ke 9Mitsubisi Evolution IX (EVO9)

Mitsubishi memperkenalkan Lancer Evolution IX di Jepun pada 3 mac 2005 Enjin 4G63 2.0 liter itu kini menggunakan teknologi Pemasaan injap boleh laras MIVEC, meningkatkan keluaran kuasa kuda rasmi pada aci engkol pada 286 hp (213 kW) sementara kilasan pula ialah 392 N·m. Mitsubishi Lancer Evolution IX adalah model terakhir dalam keluarga Lancer Evolution yang menggunakan enjin 4G63 sebelum digantikan dengan enjin 4B11 pada Evolution X.
Mitsubishi juga membangunkan Evolution MIEV, berasaskan kerangka Evolutions IX tetapi dengan empat motor elektrik yang disambungkan pada roda sebagai ujian bagi barisan kereta elektrik akan datang MIEV (Kenderaan Elektrik Dalam Roda Mitsubishi). Motor-motor di dalam roda menggunakan pembinaan berongga seakan donat untuk menempatkan rotor di luar stator, tidak seperti motor elektrik lain di mana rotor berpusing di dalam stator. Hasilnya ialah motor yang lebih ringan tidak berspring yang lebih rendah berbanding sistem yang menggunakan motor elektrik yang dipasang pada roda. Setiap motor dalam roda menghasilkan keluaran kuasa kuda sebanyak 68 hp (51 kW), menghasilkan kuasa kuda gabungan 272 hp (203 kW), setara dengan model Lancer Evolution biasa yang menggunakan enjin petrol.

Kereta Proton Waja Convert Bodykit EVO 9

Modifikasi kereta berhubung kait dengan kreativiti dan imaginasi yang tinggi... anda akan sedar kenapa waja lebih cantik kalau di pakaikan bodykit evo 9... hapir serupa...


Evo Generasi Ke 10Mitsubishi Evolution X (EVO 10)
Pada tahun 2005, .Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4b11T 2.0 L turbo dengan kuasa 235 kuasa kudaMivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat. , 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm. Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX. kotak gear Klac Berkembar-SST, ada 4WD, ACD dan LSD depan dan belakang.

gambar evoX yang sebenarnya....
Harga Semasa kereta baru Mitsubishi Evolution X
Selling Price: RM314,457.10
On The Road Price With Insurance: RM323,888.00
Harga kereta tersebut boleh buat rumah banglolah...Menyedari hakikat bahawa kalau buat kereta hebat sampai tak ingat dunia pun orang tak mampu beli apa gunanya? Mari lihat modifikasi Body kit kereta-kereta waja yg dah di convert ni...kilang xder bikin macam ni

Kereta Proton Waja Convert Bodykit Evo X

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

14 comments:

Lya Colours said...

waja putih tuh mmg smart gila
kalo aku nk buat kete aku jd cmtuh, aku akan teros miskin lepas bikin nye

miahahhaaha

Nine said...

suka Evo 8 MR..wat drift best..bentuk dia pun garang...

Waja kalo tukar enjin evo pun ok..masuk ...evo 4 ke atas..kalo wira setakat evo 3 jer...betul bro ?

Naz said...

marveless... aku suka body kit tu... eh, boleh match dng iswara x bro? hehehehe

Tunjuk Bintang said...

kalau keter waja leh jadi camtu.. keter saga BLM leh jadi camner ngek. leh bertukar cari transformers x?

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

wajaVo...kompom jpj suka kita..

pok said...

bro nak tanye nie aku ada tukar enjin waja (1.8) aku kepada evo 7 cam ne ek lepas x klu aku nak g JPJ...bimbang gak aku

idin said...

kalau tukar wira nak jadi 4wd berapa nak tahu ko anggaran kos keseluruhan

fazlie_ayie said...

askum bang sya nk tnya mana nk cri bumper varis untuk kereta mitsubhi lencer evo x susah la .abg bleh tlg x

alisya maisarah said...

abg..sy nak tnya cikit nie..kete sy kancil..sy nak buat jadi waja evo abg...bleh ker abg...huhuhuhu

fen dy said...

Kereta waja nk buat bodykit dkt mna? Area selangor ad kaki x...n krna oder dulu ke bodykit tu

edy hardy said...

Salam
Full info untuk convert waja ke evo9 ade x bos?
Bonet depan, bumper depan belakang,side skirt n fender
Kos untuk cat sekali?
Lokasi di mana dan camne nak dapatkan kelulusan daripada jpj?

peaceyAw said...

bro..tolong sms..012-3846915
nak tanya pasal evo 10 kepada waja tq

Uchi Haclan said...

Susah jugak eak klu nk berurusan ngn jpj nie...sy mmg nk huat cam tu kat keta waja tp tu lah.hmm jpj sy pena guna tayar besar pon kne sman rm300..n pasang numper aduiii..ade cre lain tak klu ubah2 nie n blh bawa ke atas jln raye n jpj tak kacau...

skyline said...

bro pm pls harga dan dimana sy blh dptkan bodykit evo 10 untuk convert ke waja..0189033226 -lan waja
Tq