Monday, November 2, 2009

Kancil Modifikasi L502 dan L200s




Soalan yang diajukan?
Citer die gini. kete ni 1995 punye. tak tau sgt ttg kete. beli cash 4000 coz nk gune tuk blaja. p2, kawan gune, langgar moto, tu yg ganti bumper putih n ijo tu. skg ni, ade member cadangkan tukar je body kete pade L5, p2 cat. err. sbnrnye tk tau sgt selok belok ni. skg ni, nk tanya bajet brape kalau tuka body, cat biase brape(cat merah), p2 ganti sport rim... owh, ye, kete saya ni macam minyak itam bocor sbb setiap minggu saya kena isi hampir stgh litre..org kata kene tuka enjin terus, yeke? lgi... hmmm.. sori la ye, tanya awak dgn model kete cikai je.. kalau mhl sgt nk jadikan kete ni macam "kete kancil baru", saya mungkin baiki sket2,
Ape pun kami cuba dengan jawapan seperti dibawah
Terima kasih kerana sudi singgah blog kami ... Pada cadangan untuk tukar body pada versi L5 tu... kami cuma dapat berikan anggaran membuat salinan model L5 tersebut lebih kurang RM 700 hingga RM 1200 termasuk upah pasang tapi.. kami beri tahu awal-awal... sila rujuk dulu pada JPJ (kemungkinan tak lepas) kerana salinan versi model L5 tu fender tepi kena tukar dan modifide skit untuk menyambungkannya...berbeza dengan salinan model L2 hanya tukar kulit luar je... harga sport rem Mira L5 dalam lingkungan RM 800..
Tentang cat kami berikan anggaran cat biasa, solid 2k, metalik, pearl harga diantara RM 1500-RM 2500.. tetapi selalunya owner kena hantar kat bengkel cat untuk rujuk semula.. kerana harga cat bergantung keadaan body sesebuah kereta tersebut...
Pasal enjin minyak hitam bocor.. saya tak boleh berikan ape sebab kerana maklumat yang ade kurang jelas..banyak kemungkinan menyebabkan minyah hitam selalu kurang..
1) Jika setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta mungkin ade kebocoran berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku di penyambung drive shaft, di penyambung gear box atau di oil sum gasket
2) Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran telah haus.Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama - kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan
3) Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermaksud terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk dan memerlukan enjin 'top overhaul' tukar gasket
4) Kadang-kadang minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak melibatkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo).
ape pun kami tidak arif pada bahagian kerosakan ini... sila rujuk pada mekanik yang berpengalaman... harap maaf..
Perbezaan antara kancil convert L2 dan L5
Dari segi luaran memang nampak Perbezaan antara L2 dan L5 walaupun ader slight diffferent, tu semuer cosmetic jer... camne nak tahu skali buka bonet kita akan tahu tu enjin L5 atau L2....
Pada bahagian enjin
model L200, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V
model L200s, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V, enjin lebih komponen elektrik, model lepas l200
model L500, sohc 3cylinder, 64 hp, 12V, 1st generasi l5
model L502, dohc 4cylinder, 64 hp 16VL512, dohc 4cylinder, 64 hp, 16V, 4 wheel drive

kalo korang skodeng dari air scoop pandangan kasar cuma lihat 2 benda.
1. intercooler L2 ada cover steel/alloy manakala L5 cover plastik dan rupanya lebih kemas
2. cam cover l2 macam 660 std L200RS (Kancil stender) cam cover L5 warna silver/gray...
" Korang mesti tak pcaya JPJ selalu skodeng tengok dari lubang tu"

Tapi zaman sekarang ... boleh modifide bodykit tu je

Anggaran Bajet Harga bodypart untuk modifide kancil:

KancilL2s = RM 1000 (set bodypart depan), RM 550 (set bodypart blkang)
Kancil L502 =RM 700 - 900 (set bodypart depan)
Kancil L512 =RM 1200 (bumper depan saja)
Kancil L5 classic opti = RM 4000 - 5000 (set bodypart depan dan belakang)
Modifikasi Model Kancil L5
Modifikasi yang perlu dilakukan untuk menukar kancil kepada versi L5
Sesekali pandang ia tak ubah seperti sebuah Daihatsu Mira L502 sebenar. Apetah lagi ia kini hadir dengan keadaan 2 pintu sepenuhnya. tapi kebanyakkannya masih dalam bentuk 4 pintu.. Salinan kepada 2 pintu amat jarang sekali dapat dilihat , rata-rata yang melakukannya bertujuan untuk pertandingan autoshow sahaja. Kalau rasa nak pakai hari-hari, pandai-pandailah bawa diri....Adekah ianya sebuah L502 yang asli? Sebenarnya tidak, ia masih memegang nama kancil seperti di dalam surat beranaknya. Ape yang dilakukan ialah proses modifikasi yang cukup ekstrim untuk tampil menjadi sebuah L502 tulen... emmmm hampir tulin...
Nombor 1: kena ade serkop (air scoop) ..kat bahagian bonet
Nombor 2 : Amaran Modifikasi kancil kepada salinan L5 berkemungkinan JPJ tak lepas jika ade penyambungan welding pada body cuba lihat.. tetapi salinan L2s JPJ lepas.. ni kami bagi tau awal-awal
Nombor 3: Bumper depan tukar
Nombor 4: Lampu juga kasi tukar
Nombor 1 : Kiri kanan Side skirting pada pintu
Nombor 2 : Bonet siap ade skop udara (air scoop..)
Nombor 3 : Bumper belakang pun tukar

Complete body part L502 ambik kat halfcut harganya lebih kurang RM 700

Hah yang ni smua part hadapan bodykit L5 yang kamu kena tukarSide skirting tepi harga dalam anggaran RM 200Tak sah klu tak dapatkan set dashboard dengan anggaran harga RM 400Part-part lain yang kamu kena cari... seperti dalam pic ni tukar Seat asal dengan seat macam kat bawah Seat cam ni pun kira ok ape...Stearing biar nampak cam original.... Daihatsu L5 Klu ade duit terlebih boleh tukar enjin .... gempak woiii


Kancil biru ni lampu sahaja yang tak di tukar

Bahagian tepi side skerting tepi kancil biru

Sepenuhnya L5 yang ditukar bahagian depan siap lampu Bahagian belakang kancil oren tersebut juga telah di tukar
Modifikasi Versi L2S plak ape citernya?

Kerana terlalu ramai yang mahu menjadikan kancil mereka jelmaan kepada siri Mira L500.. membuatkan kita terlupa akan model-model terdahulu yang cukup populor seperti Mira L200s...sewaktu zaman dahulu L200s dianggap garang kerana rupanya yang jauh berbeza dari model asal sebenar (kancil Standart)..Tak kisah lah L200s pun nampak cantik gak kan seperti yang aku cakap tadi modifikasi salinan L200s lepas dari sebarang sekatan JPJ.. ini pilihan jika tak mau berlaku sebarang masalah... Masih boleh tersenyum ketika melalui sekatan jalan raya. Kalu kena tahan pun rasanya JPJ tak akan sita tapi bagi surat suruh pergi buat inspection .. namun ia tidak menjadi masalah kerana kesemua perkakasan yang digunakan boleh disalin semula tanpa sebarang pengubahsuaian.. Mesti lepas punya...

Enjin Dahaitsu L2s .... Klu nak tukar enjin L2S ni kenalah pergi uruskan pendaftaran kat JPJ

cam ne nak kenal pasti enjin L2 dan L5
tengok injection dia.. bulat dan panjang sikit dari l2.. l2 petak sikit... kalau L2 ada EFI.. kalau L2S takder EFI.. tapi still petak sama gak...lepas tuh tengok fuel filter besi warna mas dalam engien bay tuh.. belah kiri(belah airfilter) L2 la tuh.. kalau belah kanan( belah bateri) L5 la tu... cover intercooler L5 semuanya plastickBarang Half cut L2 seketul bahagian depan anggaran RM 680Antara part yang harus mendapatkannya.... Part -part wajib klu nak tukar kancil L2s kamu tu...Kat bawah ni aku bagi contoh rupa bentuk L2s plakTreand Campur-campur Convert L2s dan L5
Tapi sekarang ni dia orang dah campur-campur klu depan L5 kat belakang L2s eeemmm tah lah
kang kadang depan plak L2s kat belakang modeno... tak kira lah.. janji kereta nampak cun...


Bercerita pasal warna .... kancil modifikasi sekarang pun dah macam-macam colour dah pilih aje colour yang agak menarik.... klu setakat kancil ape-ape colour pun sesuai...
Yang ni colour terbaru sesuai kat kancil yang di modifikasi...
zaman sekarang ni muda mudi amat menggemari colour-colour fun lah...
warna-warna cerah dan ceria... Colour paling popular sekarang...
Tak kurang ade yang memilih colour jenis Sparkling cristal effect cam kat bawah ni..
klu tengah hari warnanya amat menyerlah berkilau... Nampak serba mewah...Dan ade juga yang memilih colour diamond effect cam ni...
eee berkelip -kelip di panah cahaya... Colour ni pun cantik woooo....
Rata rata sentuhan L5 dan L200s ni masih lagi menjadi tonggak utama dalam proses modifikasi K-Car di negara kita. Keratan "Wheel House" yang dulu tidak pernah dibawa masuk, kini boleh diperolehi dikedai potong.Kaedahnya pemotongan juga sudah berubah bagi membolehkan kesemua komponennya boleh digunakan kembali.. Gilalah semuanya boleh buat duit... Alang-alang main Mira.. Lagi tak jadi serupa Mira lagi tulah kira tak siap...

15 comments:

Naz said...

lengkap keterangan tu bro.. harap2 ramai la yg dtg bengkel... :)

fik-autoz^^ said...

salam,nk tnya ni..klu charade aura nk convert deto 1.6 agak2 lepas x jpj?huhu

deto 1.6 ngn gtti turbo mna ok?dgr cter gtti turbo 1.0 pun power gak..betui ke?

amirulyus said...

btl ke harga complate body part rm700..?
complate set dashboard L5 rm 400 tu skali dgn stering ke..?

ilyana hafizz said...

salam ramadhan bro.

tq atas penerangna utk newbie cam aku...

cum aku bukak post nih dah bulan 8 2010..

harga tuh dah tak relevan lagi.. hiks!

rasa sebak tengok harga hafkat dulu dan sekarang...

Muhamad Zamir said...

Bro..
Masih kurang jelas skit laa..
Kalo macm aku..
Kancil lampu petak nak masuk bumper depan ngn belakng L2s...
Tapi xnak kaco bahagian lampu..
Kalo wat halfcut memng banyk masalh
nk tukar bonet jer..
Agak2 macth ke x yer bonet L2s ngn lampu petak stendet??

rizal said...

keterngan ok bro tp byk yg salah mcm kancil biru tu bknya L5 yg tu L2s yg hijau tu bkn L2s tp L2 telor dan juga kusyen yg atas tu L5 avanzator dh betul tp yg bawah dia L2 trXX punya kusyen harap pdibetukan bro....

Afzainizam said...

Thanks pada En Rizal...

tentang komen di berikan... Saya akui kancil biru tu banyak L5, yang hijau L2s tu juga adalah dari part-part L2...

ianya sebagai contoh saja untuk mudah faham secara sekali imbas.... nak cari gambar yang tepat-tepat agak payah nak cari... kebanyakan modifide sebuah kancil yang benar-benar tepat sukar sangat... kancil modifide sekarang diambil cedok dengan pelbagai versi bukan 100% tiru sebenar dari L2, L5 original sebenar...dah bercampur aduk.. untuk pengetahuan bro rizal gambar-gambar tersebut juga bukan datang dari part original.. tetapi hasil acuan fiberglass dan PU... bentuk pun dah beza

So pandai pandai lah kita bezakan part-part mana yang betul mana yang kurang tepat...
harap bro rizal memahami

mohamad said...

As salam... nak tanye... enjin turbo nie kuat makan minyak x kalu nak banding dengan enjin 850 biasa.

Saiful Hafendi said...

ASkum..Bos Nop Tnya,Krete sya kancil 850.seeelok2nya tkar enjin apew ek..nak tnya pendapat bos.enjin l2s,L6 1000cc na or kelisa.rmai org kata lau jatuh cc susah nop register betul ker lau nek ke 1000cc lulus....2 keliru 2...cam ner er...lgi bez tkar enjin apew ek...

man said...

Salam....bro nak tanya skit... Sya dah beli halfcut L6 auto..Masalah skang nak masuk stereng...dan pedal brek... Tapak tak sama.. Nak kene tukar l5 atau...kene cari pedal l2@kancil auto. Besi lintang bawah dashboard tu mmg tak bleh pasang?....please.... Mohon nasihat bro.

man said...

Kancil manual..bro...

Azeem Nadher said...

assalamualaikum... clucth lining n gear box L2 dan L5 same tak?

Asri Saffuan said...

salam, kalau kancil standart pasang dashboard l5. kene ubah pape x

Asri Saffuan said...

salam, kalau kancil standart pasang dashboard l5. kene ubah pape x

budi iskandar said...

Salam bro moderator,kete bini saya engine 850 lampu bulat dh kong,cadang nk tukar L5 or L2 or engine standard.Di mana nk dpt kalau Area kt JB?Berapa market price engine2 ni skang?Harap blh reply pantas...Tq