Wednesday, November 24, 2010

DIY Tip Pasang Sticker Fiber Carbon pada kereta

Soalan MR. VIVA
Salam Bro :D slalu tgk org advertise pasal carbon fiber sticker nih. anyway kalo pasang ni ape gunanye? just lawa2 or ade function utk tahan panas ke? ada tak tip camner nak pasang carbon fibre ni bro pasal nak jimat kos install kat kete? pasang kedai mhal sgt lah.

Jawapan kami..
Function dia untuk tujuan decorate jer pun....tapi kebaikkan dia elok lak kalau pasang dekat hood depan....tak ader la ada hadapi masalah hood dpn terluka akibat stone chip... batu terbang kena hood depan kan calar burok plak kereta korang kan...kalau tahan panas tu mungkin tidak kut. Ok kat sini aku citerkan siket tentang sticker Carbon fiber ni macam kat bawah ni ye...

Sticker Carbon Fibre.
Carbon fibre merupakan satu bahan komposit yg dihasilkan yg mana ianya ringan, tahan dan kuat. Kebanyakan kereta drag ke, drift ke, track ke, sume mengidamkan carbon fibre pada kereta masing2 terutama kat hud depan (nampak sket gagah dia. Hehe..) Carbon fibre atau bahasa ringkas dia 'CF' ni senang je nak cam. Rupabentuk dia petak-petak antara hitam dan kelabu.

Terdapat dua jenis sticker Fiber carbon ni

1) Fiber carbon sticker jenis print sahaja
sticker fiber carbon jenis ni hanya di print aje... jenis ni tak berapa tahan dan cepat pudar warnanya....tapi murah

2) sticker jenis sulam dan timbul
Sticker ni jenis yang ada tekstur dan boleh rasa kat atas permukaan.Sticker carbon sulam ni dipasang bagi mereka yang inginkan keunikan pada kenderaan masing-masing, ianya lebih tahan dan bentuknya timbul pada permukaan sticker tersebut. structure macam fabric sket.. mahal lah harga nya...Terdapat banyak pengeluar sticker fiber carbon , tetapi antara yg popular ialah 3M. 3M ni dikenali kerana ketahanan dan kualiti produk nye.. Sekarang pun teknologi dah canggih. Sticker yg dikeluarkan pun dah menarik dan yg terkini bentuk 3D pada sticker tu sendiri. Dah hampir nak sama macam ori fiber carbon tu.

3M CARBON FIBER (USA)
Kalau nak pasang cari brand 3M. tahan panas sebab sticker tu kalau 3M ori dia takkan lekang walaupun panas.. 3D CARBON FIBER (KOREA)


Tip Pemasang Sticker Carbon Fibre kat hood/bonet kereta

Kos untuk 1 hud carbon fibre mencecah ribuan ringgit (Mahal tu!!). Akan tetapi ramai yg suka pada corak dan bentuk sticker itu. Jadi tidak hairanlah apabila banyak pengeluar sticker mula menjual sticker yg mempunyai corak seperti carbon fibre (nk beli ori x mampu, sticker pn jadi la..Jadi korang boleh lah pasang sendiri kalau nak jimat kos..
Tampal Sticker pada bonet kereta ..Ratakan Sticker dgn Felt edge squeegee.. gunakan heat gun utk memudahkan melentur sticker pada bahagian hujung bonet.. ratakan sticker dan pastikan tiada air buble..
Gunakan heat gun utuk memudahkan sticker rata kat bahagian tepi hujung bonet.. Sekali lagi ratakan sticker supaya tak berkedut... dah siap semua potong lebihan stiker dengan pisau yang tajam.... dahhh siappp pasang sticker kat bonet tu pun...
Tip Pasang Sticker Carbon fibre kat Side mirror kereta

Selalu ada nampak side mirror carbon fibre kat kereta... tapi kalau kita kreatif kita boleh buat sendiri dengan tampal aje sticker carbon fibre kat side mirror kereta korang lagi jimat tau...

Mula-mula Tanggalkan kertas kat belakang sticker tu pastu lekap aje kat side mirror gunakan heat gun untuk membentuk dan melenturkan sticker.... ratakan sticker ngan edge squeegee plak... Pastikan tiada air buble dan tiada kedutan .... dah tu barulah lebihan sekeliling sticker dipotong ngan pisau.... siap dahhh kat bahagian side mirror tu....
Tip Pasang Sticker Carbon Fibre kat Lampu acsesoriKat lampu acsesori pun boleh gak tampal sticker carbon fibre ni.... cuba korang tengok kat bawah ni... boleh buat sendiri lahh....
Korang kalau kreatif boleh buat ni.... kalau ada lampu acsesori cabut keluar dulu pastu tekap pakai kertas lukis bentuk permukaan lampu tersebut...
Pastu lukis plak atas sticker tu..... potong ngan gunting ikut bentuk lukisan lampu tu.... bersihkan atas permukaan lampu ..Pastu mulakan kerja kerja menampal plak sticker tuKalu ada sambungan lain.. Pastikan jalur carbon fibre tu selari ngan garisan sebelah dia... kalau ada gelembung air buble cucuh ngan api lighter skit... Jangan lama tau mau terbakar plak sticker tu... pastu picit-picit kat gelembung tu..kasi buang angin dia... siap dahhhh....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

17 comments:

en_me said...

bubuh kat skuter me boleh takk.. ahaks

Alan said...

ingat nak bubuh gak tapi rasa cam x kena je sebab hood iswara petak..rasa x lawa lak..

ParkAir said...

terbaik la info ni. aku baru pasang sebulan lepas kat area nombor plet depan. tapi kedai tu wat x cun la.. potong tak rata herot2...

Faarihin said...

wah.. menarik sungguh ni..

nas said...

owhh..x tahu plak ader stiker karbon nie...
lagi2 leh tampal kat belakang cermin kereta....pengetahuan baru nie :P

http://nash121.blogspot.com/

NICK IRFAN said...

wah! samrt jgk sticker karbon ni...

Darkbatman said...

bgs info ne bro.. mahal x agak2 klau ltk bro/ tgk keluaasan bonet keta ke cmne?

E.d.Y said...

aku suka carbon fiber..nampak smart giler


PESANAN PENAJA :

Undi blog "THE BEAUTY IN UGLY" untuk Blog Personal Lelaki Pilihan (nombor 9 dari atas) kat sini
-------> http://bpm-undi.blogspot.com/

(guna semua browser yg ada..hehe)

budak kampung said...

salam bro....
wahhhhhhh...ini mcm mau letak kat motor r keh4.....
anyway

epy bufday to uuuuuuuuu semoge pnjang umor murah rejeki

Mr.Z said...

salam..
fuh memang smart la kalau kenakan kereta dengan decorate sticker carbon fibre.. menarik perhatian tuhh.. hehe

DrSam said...

carbon fibre dipasang pada kereta warna putih memang cantik. Naik contrast...

Nazz@Purple said...

ooo..itu ke sticker fiber bro..huhuhu..baru nazz tau..selame arini..pikir..cat apekah yg digunakan oleh kereta ini..huhuhu..

s h e e said...

wahh...beshnyew...suke kete kontrol jgk...wee...

masuri said...

Kalau nak bubuh seluruh kereta boleh tak?Saya guna nissan sunny extra,body ok lagi tapi cat dah luntur,,,kalau hantar spray mahal!!!!Any suggestion?

Blog ni memang banyak membantumkalau boleh treangkan sikit cara nak campurkan putty/simen dengan hardner dan cara nakmbuat mold carbon fiber.

Terimakasih

CikGU AiDiL said...

macam mana nak tanggalkan sticker karbon?rosak tak cat??ada bnyak bubble mcm x puas hati jerk...

shark said...

Sticker cf kat jalan pasar. Range harga bermula Dr rm18.00 ke atas saiz 5x5 kaki.

Ady Esza Grafika said...

Mantapppp gan..