Monday, November 15, 2010

Air Balang Kenduri Kahwin Air Katira

Salam pada pembaca Blog kami... agak lama kami tak berblogging... Maaf kerana sejak dua tiga minggu ni kami agak sibuk memenuhi permintaan dan tempahan menyediakan Perkhidmatan Membuat air minuman di beberapa lokasi majlis perkahwinan sekitar Daerah Pontian, Daerah Batu Pahat dan Daerah Kulai...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang lagi....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebenarnya kami mendapat tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat Pekan Lima Kedai, Gelang Patah.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 6 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta..


Majlis Perkahwinan bermula 11.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 6 jenis air minuman telah tersedia.. sila pilih sila rasa silalah menjamu dahaga....

Mari lihat lebih Jelas Air Balang tersebut ...Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...

Kebiasaannya Air Asam Boi dan Milo Ais memang mendapat sambutan pengemar kanak-kanak..Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memang laris dapat sambutan gak

Wahhhh makcik sabar ye... pilihlah yang mana satu air yang berkenan dalam hati... ambik aje...


AIR KATHIRA
Ramai yang pasti tertanya tanya Air katira ni air apa?

Untuk menjawab soalan ni Air katira ni ni Secret resepi yang berasal turun termurun dari keluarga kami . hah air katira yang kami buat ni mengandungi Kembang semangkuk, getah anggur (katira) gula batu dan banyak lagi bahan-bahan herba lain

Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini. Terdapat dua versi buah katira: satu versi yang dikenali sebagai gam karaya boleh didapati di kedai ubat India, manakala satu versi lagi yang dikenali sebagai getah anggur boleh didapati dari kedai ubat Cina. Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.


Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..

Kugiran anak muda menyerikan majlis perkahwinan tersebut....

Walaupun hujan agak lebat namun tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak....

Pengantin lelaki dah sampai dahhhhh..... Segak berbaju merah beb... muka berseri-seri nampaknyer... diarak ngan paluan kompang..

Sebelum sampai ke pelamin ada drama sikit. Cara orang Johor meraikan pengantin agaknya. Pengantin di kenakan tol sebelum sampai ke pelamin. Terdapat 3 tol hari itu. Tol yang pertama terletak di bawak pintu gerbang. Ada 4 orang sedara mara pengantin perempuan menunggu kat situ.
Tol Plus Kedua ohhhhh makcik-makcik ni mintak duit tol lahhhhh.... pokai lahhh kalau cam tu pengantin lelakinya lagi ramai yang tunggu depan tu...
Tol paling last perlu di bayar wooooo.... untuk mak andam plakkk.... mak andam tu pau pengantin lelaki lah lahhh...
Adegan ini hanyalah adat budaya sahaja untuk memeriahkan acara majlis perkahwinan....


Alhamdulillah murah rezeki kami kali ni,Rezeki kami Syukur ..... kami banyak mendapat perkhidmatan menyediakan perkhidmatan air minuman dan katering masakan kenduri amat menggalakkan... itu yang kami agak sibuk sejak kebelakangan ini...
Untuk Tempahan Hubungi Kami

(Buat Permulaan Tempahan hanya dapat kami buat sekitar Daerah Pontian, dan KulaiJaya hinggalah Sekitar Johor Bahru )
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air katira
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air katira antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air katira habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah ....Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...

Bahan-bahan:

  • 410 gm susu cair
  • 500 ml ais krim soda
  • Getah anggur (katira)
    Sagu 3 warna
    cendol
    cincau - potong
    Gajus, Badam atau kacang tanah goreng - buang kulit
    sedikit asam boi
    hirisan kurma cina dan buah semangkuk
  • Barli, buah kundur atau buah kabung
  • kismis
  • biji selasih
  • air secukupnya

Bahan sirap hijau:
Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)
sedikit pewarna hijau
daun pandan

Cara membuat:
Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

18 comments:

ayunda maajis said...

air oh air..terjawab sudah air katira..getah anggur? hmmm

Mat Kriss said...

Salam

-Maaf agak lama juga tak menyinggah di blog sifu kami ni..

Wah. tokey FSA dah maju mengorak langkah dalam bisnes minuman pulak ..hebat2. terus maju. ;)

Eazy Izzuddin said...

sdap air broo
insyallah berkembang bisnes hehe

farouq said...

air katira hu,hu tidak pernah minum..kena gi johor nih..bestnya kalau gi kenduri beraneka air he,he mana-mana kenduri kalau bukan silap, oren, sirap, oren, he,he semoga maju jaya:)

en_me said...

sonoknyerr kawen kan bang.. ekeke

NICK IRFAN said...

klu x salah aku ada tanya dulu psl air katira ni... hehe thnkz sbb ko jwb klu x mmg aku blur sampai skrg..

E.d.Y said...

ait murah..air murah...singgit satu..huhu

Lara D'yuni said...

wah.... mcm bes ja air katira tu... kena g johor la mcm n.. wawaaaaaa

Creshk Rockers said...

salam bro.. menitik air milo gua bancuh tadi bro..

sedap, lazat yang amat.. slurppp..
(walaupun gua sendiri tak penah rasa lagi..kwang...kwang..kwang..!!)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
rasa nak cuba berniaga raya ni

Faarihin said...

wah.. kali ini air macam2 kaler waktu majlis kahwin.. bestnya..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

terbaik la servis air balang kau..

nas said...

wahh..meriahnyer perkahwinan kat sana..
yelah...air dia beraneka jenis..
xmacam kat KL atau kampung2 kat negeri lain...cuma air sejenis je..hu3

Fit said...

wahh bro..ade bisnes baru..masyukkkk r bro =p dulu membe aku budak johor pon slalu suruh aku minum air katira ni..mmg sedap rr..tapi kat kl mmg susah nk dapat air katira ni bro..sori r lame tak singgah blog ni..insyaAllah lps ni aku akan singgah selalu kat sini =)

Mr.Z said...

salam..
rasa dahaga lak tengok air yang lazat tu.. macam2 bisnes skrg bro.. semoga berjaya.. hehe..

budak kampung said...

wah3...macam2 bisnes korang buat yer.......semoge jd usahawan yg berjaye :-)

Alan said...

pengapit perempuan tu macam cun je hehe

[S]itie [B]Um [B]Um said...

pergh!!! hebat la korang. slalu kat kenduri kawin maximum pon ada 3 jenis je. air sirap, teh, mineral. Korang ade sampai 6. Memang best!!!