Soalan nabilah_2908:
sy nk tnya tntg motor Yamaha TZM..
sy nk tahu..harga sebenar motor ni..berapa yer..?
sy cuba cari di internt..kebynkknnya berikan harga yg 2nd hand...
boleh bantu tak tuk projek penulisan sy..?
Jawapan Kami:
Erra Motosikal 2 lejang...Zaman muda mudi ku dulu-dulu.. Di era 1990an, Itu pertama kalinya aku mengenal dunia permotoran.. Tapi pada zaman tu brand YAMAHA ni dikira YANG MAHAL. Harganya dekat RM 12-13 ribu . dan bukan semua budak muda mampu pakainya. Kalau mat kilang macam aku dulu-dulu lahh kena perah keringat siang malam ,pagi petang seharian suntuk kerja shif dan overtime gila-gila baru lahhh dapat memenuhi impian memiliki sebuah TZM, Kalau nak diikutkan hanya level Technician atau supervisor aje yang mampu pakai, (masa tu gaji keje kilang berapa sangat beb).... nak sara motor ni perit.. Menderita lah.. Semua memerlukan banyak duit yang dikeluarkan.. Banyak makan duit lah..Dari nak isi minyak, servis dan penjagaan.. belum lagi klu meragam rosak... P-valve dia klu rosak nasiblah korang nak betulkan.. Tukar tayar baru sebiji tayar mau ratus-ratus lah.. kalu pakai tzm mencanak2 le minyak..Sume tau kan 2 stroke engine menelan minyak bagaikan gajah minom air..Pastu apa lagi jual lerrrrr…dah rasa perit , sakit ikat perut nak sara motor ni..
Apa yang aku minat kat TZM ni ialah bentuk dan designnya..sangat sporty..ditambah dengan enjin 150 cc menjadikan penunggangnya berada dalam kelas yang tersendiri. Tambah pulak pakai jaket kulit dan helmet ARAI full face ...aduh...aku terbayang bawak TZM ronda-ronda up-town dan lepak-lepak amik angin sambil usya awek...pasti cool....ok lagi satu Yamaha TZM memang dianggap powerlah sebab 150 cc. Memang pada masa tu ada RXZ, Panther dan Kawasaki KIPS tapi pada aku semua itu tak jarang-jarang dapat 'pukul' TZM
tapi sekarang legasi 150cc oleh yamaha yang da pupus.. TZM pun dah tak dikeluarkan lagi..harga TZM memang dah jatuh menjunam. Sekarang, dengan RM 3500 sebuah TZM 2nd hand sudah boleh dimiliki....
Yamaha FZ150i
keputusan Yamaha menghentikan pengeluaran model TZM pada 2001, Selepas tujuh tahun kemudian, kompeni Yamaha telah menggantikan model TZM dengan model FZ150i. Senang cakap, kira FZ150i ganti model TZM lah ni…Model itu amat berbeza sekali dengan TZM. Ia merupakan jentera empat lejang dengan rekaan yang berkonsepkan naked bike..Secara umum, dari segi enjin FZ150i mempunyai kapasiti 149.8cc empat injap Single Over Head Cam (SOHC), sejukkan cecair. FZ150i merupakan motosikal 150cc, 4 injap sejukan,Ciri yang paling hebat pada motosikal ini iaitu menggunakan sistem suntikan bahan api sebagai nadi penggeraknya.Dengan meggunakan penghidup elektrik cuma sekali ‘tekan’ jer dah menderum bunyi enjin.Struktur enjin FZ150i menyamai enjin model kapcai iaitu Yamaha 135LC
Tetapi FZ150i mempunyai persamaan kerangkanya dengan Yamaha TZM 150 iaitu jenis delta box, penggunaan penyerap hentak jenis monocross (monoshock) memastikannya lebih stabil dan mempunyai kelebihan ketika mengambil selekoh dan membawa pembonceng. lebih ringan sekali gus menjimatkan minyak. Satu tangki penuh petrol berkapasiti 12 liter mampu ditunggang sejauh 280 kilometer (km) hanya dengan sekali isian. FZ150i dijual pada harga RM7,998 tidak termasuk cukai jalan..
Modifide FZ150i ke R15
Ramai dah orang covert FZ150i ke R15.Nampak lahh macam real motorbike. Pasang fairing R15 perlu customise bracket.. tapi tank kene tukar kalo nak jadi sebijik YFZ-R15... antara FZ dengan R15 ni spec sumer sama ngan FZ bezanyer cuma R15 comes with 6 speed gebox FZ cuma ade 5
Namun sedikit kekecewaan bagi kaki-kaki motor sport sebabnya model tidak mempunyai fairing seperti model dulu Yamaha TZM150. Kalau model berfairaing ada kemungkinan macam goreng pisang panas.Namun dari segi kuasa maksimum memang tak boleh dibandingkan antara TZM 2 lejang dan FZ150i 4 lejang powerr lagi 2 lejang kann....Perkara yang lebih penting Motor ni dicipta untuk penjimatan minyak....
35 comments:
owh. . .
baru faham ttg TZM ni ngan FZ
thx 4 da info =D
eh Nabilah nak beli TZM?? hehehehe...best la info di sini..quite completee...
=))
dahsyat juga nabilah nak TZM..:)
lama betul tak nampak motor ni,ingat dlu pn nk beli tp tak mampu..huhu
aku suka moto ni! pergh! sempoi! tp nak beli jgn harap la.. mak aku x kasi.. sob2...
bukan sy nk beli la..huhuhu..hnya ingin tahu... ;)
pape pun terima kasih utuk info yg sngt padat ni...mampu tersenyum lebar... (^_^)
jom ke APA KATA HATI pulak,
SAKIT GIGI
lawalah fz ke r15...baik tu...boleh amek2 idea sikit...
ok...thanz share...
tapi kalau org yg betul2 gilakn motor...setakat 13ribu...dia senyum je..hehee
aku tak boleh bawa TZMla...senak tang anu...
tzm dgn rempit mmg xdpt dipisahkan..huhu
moto besar manepown kalo ujan leh lenjun tembakau.. awwwww
TERBAIK lah bro
berinformasi!
=_=
ya amponnnnnn...adegan tak mau lihat tuuuuu...ahaha
dulu masa bawak motor ni, pernah jatuh dalam tali air sbb nak elak dari kereta..hahaha
design dia lebih kurang je tzm ngan fz nie....tapi memang bergaya la kalo ada org bawak motor jenis nie
Oho.. Bro ni tanya bab2 keta moto semua tau..he3.
hampeh tul....rimau perut berlipat...heh!
gue pun berminat dengan motor2 besar ni..
heheeee
tak pernah naik motor besar ni
biasa dengan kapcai je
hehe
tempat aku xda yang pki fz ni..bebudak sekarang lebih suka lc je huhuhu
FZ150i staii doeeee
xyah amek lsen laen dahh
besar sangat la motor2 cm2..
hahhaa.. xsangka plak si nabilah ni tanya soklan pasal moto2..
hehehe
betul tu.. jgn merempit :)
latest entri:
1 hari 5 peristiwa; terakhir aku melakonkan watak 'mak' dan aku accident!
ade mmbr bli TZM nk plesing dpn awek..
last2 kena tarik takleh bayo..
adeiiii...huhu
gambo last tu memang xleh balh kah2
gempak la pompuan tnya pasal mtor nie,,,sy pun peminat mtor brkuasa tggi mcn fzx150i ni
teringat moto tzm membe dulu,buat design marlboro merah menyala.perghhh....sempoi....
tupang tanyer..kat maner nak wat modified FZ150i ker R15??tlg gtau..brape kos??plzzz..
nak tanya kalo fz convert ke r15 berapa kosnye agak2?
cuba skli msti nk lg bro.. lpas dh try tzm,rsa x nk bw rxz lg..
tzm ni moto 2-stroke 150cc yg last kluaran yamaha sbb tu jd pilihan mat rempit (enjin 2stroke ada klainan yg beri kpuasan tsendiri) yg inginkn kuasa pecutan dan bnyi ekzos yg tjam+ bingit..
design tzm ori mmg dh sporty, xpyh mods pun xpe. body n frame delta box tzm mmg direka utk cornering mantap di selekoh tjam..
bebudak skrg minat moto 4-stroke sbb jimat mnyak.. kos pjagaan moto pun kurg. revolusi citarasa kot..
btul2.. fairing n sticker snang je cri kn. tbaekk..
Antara TZM dan FZ150 man laju lagi
Antara TZM dan FZ150 man laju lagi
Sudah tentu tzm lg laju sbb 2stroke.
Are you know This content is very unique? This is very nice content and very informative. Thank you for sharing this information. I liked this too much. I hope you like my compliment. sound deadening
Post a Comment