Guest: syarikat insuran ade x tetap kn berapa jumalh maksimum yang boleh kita klim dari diorang..contoh nya kemalangan jlnraya
Guest:diorng ade tetapkn berapa percent yg kita blh claim dr diorng?
Thanks Guest ( entah tak tau apa nama dlm Shoutbox) kerana bertanya...Saya bukan agen insuran tapi saya cuba apa yang saya faham sahaja...
_______________________________
Jumlah Claim Insuran Kereta kemalangan
_______________________________
First untuk mudah faham sila semak Cover note insuran korang.. Apakah nilai coverage insurans kereta anda.. Seperti gambar kat bawah.
(klik untuk perbesarkan gambar)
_______________________________
Tuntutan insurans akan dibayar mengikut peratusan tertentu
a) Kalau harga kereta RM100,000, kita cover RM100,000 maka sum insurance cover 100%.
Bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 70% atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja. ( kalau salah mintak korang perbetulkan balik yerr)
_______________________________
Contoh Perkiraan Untuk Lebih Jelas Lagi..
*Harga kereta / full settlement loan = RM 100,000
*Coverage insurans kereta RM 70,000 sahaja
*Total kos baik-pulih kereta accident = RM 10,000
Jumlah tuntutan yang akan dibenarkan
(Sum insured / market value kereta) x kos repair
(RM 70,000 / RM 100,000) x RM 10,000 = RM 7000.00 sahaja.
* Baki RM 3000.00 owner kereta perlu settlekan sendiri dengan bengkel
Untuk pengetahuan bersama, apabila membeli / renew insurans kereta, pastikan anda letak jumlah coverage insurans (sum assured) yang sama dengan nilai pasaran kereta tersebut (market value) atau nilai settlement loan kereta. Ini kerana, sekiranya kereta anda under-insured (coverage insurans lebih rendah dari market value), tuntutan insurans akan dibayar mengikut peratusan tertentu (tak cover penuh). Bila tak cover penuh, kerana anda tak kisah coverage rendah maka apabila tuntutan tak dapat penuh, janganlah anda mengamuk atau marah-marah tak tentu hala. Prosedur tuntutan insurans sudah dinyatakan dengan jelas di dalam polisi / sijil insurans.
_______________________________
dan butiran insuran pihak ketiga (perlu dibuktikan oleh JPJ)
c) Siasatan pihak polis
d) Lakaran kemalangan dari pihak polis (jika ada)
Moralnya di sini, Di masa akan datang, apabila beli insurans apa pun, biarlah berurusan dengan wakil insurans yang boleh bantu terangkan dengan jelas cover insuran kereta kita, janganlah kita berkira sangat kerana insurans ini bertujuan untuk menutup kerugian kewangan yang berlaku ke atas harta-benda / kehidupan anda.
Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"
21 comments:
bagusnye info nih...balik nnti nk cek la..
perghh tak paham pasal insurans ni semua..pening kepala nak pikir..salu biar bengkel je yang settle.
nak sangat kalau firestarting ni complite semua entri dalam bentuk PDF.
huhuh.
blog lengkap boleh wat rujukan.
Yg penting jgn nak sgt insuran murah...pas tu bila eksiden x boleh nak cover...last2 diri sendiri gak yg rugi....
baru ni aku tahu No-Fault Own Damage Claim ni, pemegang polisi tidak akan kehilangan kadar NCD
berbanyak terima kasih, bro
blog ni sentiasa menyampaikan info yg berguna utk pemilik kenderaan.. nice info
selama ni x amik tahu sgt pasal claim insurans ni. cuma tahu byr insurans jer tiap2 tahun..
serius..info no sngt penting.. tq..
pernah mintak insurans sbb motor hilang..huhu leceh la
info yg bagus dan penting utk semua pengguna kereta. thanks!!
Assalamualaikum.
kadang-kadang pihak insuran sengaja letak nilai lebih rendah dari nilai semasa, jika kereta dah settle semua hutang.
Sama-sama mendapat manfaat dari info ini.
TQ
thanks bro. sangat berguna ni :)
dulu pakai insuran AM insuran pastu excident org langgar, so repair le kereta pakai insurans sendiri dulu pastu cover insuran diorg, alih2 bila check NCD naik plak, hangin kami dibuatnye,last2 check AM insuran yg silap, pastu tak citer byk lg tukar insuran lain ,penipu sungguh diorg ni,
skng pkai takaful ikhlas, minta2 le betul2 ikhlas..
Cuma 1st party insurans sahaja yg layak menuntut insurans atas kesalahan sendiri. Kalau 3rd party hanya boleh tuntut pihak yg salah itupun jika dia yang salah. kalau sendiri yang salah, kenderaan dia insuran kita tanggung tapi kereta kita sendiri tanggung. Jadi belilah 1st party walaupun mahal sikit tapi value tinggi k.
Salam nak tny. Klu kereta lebih pada 5 tahun dan berlaku kemalangan involved 3rd party(kena langgar dari belakang). Insurance tak cover original barang dan tak boleh claim 100%
Salam nak tny. Klu kereta lebih pada 5 tahun dan berlaku kemalangan involved 3rd party(kena langgar dari belakang). Insurance tak cover original barang dan tak boleh claim 100%
Situasi sama dgn ak momocha, kereta da lebih 5 tahun insuran ckp xcover 100% untuk barang original baru, tp kalau nak yg ori baru jgk kena tambah 25% of the price. Contoh barang rm1000, so ak kena tambah rm250. Dah la org lain langgar ak plk kena keluar duit baiki kereta sendiri. Betul ke procedure dia mcm ni? Atau ada ke cara lain untuk tak keluar duit tp still dapat barang yg ori? Mohon sape2 boleh bagi pandangan.
Hi..mcm ne da citer psl keta? Klu part sy dia kata 7 tHun plak
Hai nk tanya..aritu sy kene langgar..sy x k adjuster..sy buat sendiri..sementara tggu kereta siap,sy ckp nak kereta pakai semenyara..memandangkan jln jauh n dah ptg,keta sewa x dpt cari diorg offer bg kereta kompeni tuk sy pakai..dan lama sy pakai sampai keta siap 2bln lbh juga la lamanya..soalan sy dsini bole x sy claim lost of use ngan diorg..tp sy x seea kereta..kompeni diorg sediakan tuk sy pakai..
Hai nk tanya..aritu sy kene langgar..sy x k adjuster..sy buat sendiri..sementara tggu kereta siap,sy ckp nak kereta pakai semenyara..memandangkan jln jauh n dah ptg,keta sewa x dpt cari diorg offer bg kereta kompeni tuk sy pakai..dan lama sy pakai sampai keta siap 2bln lbh juga la lamanya..soalan sy dsini bole x sy claim lost of use ngan diorg..tp sy x seea kereta..kompeni diorg sediakan tuk sy pakai..
This is excellent and great work. This is too good for me. This really made me happy. Please provide additional information of this kind. We greatly appreciate you sharing this blog with us. thermal insulation sheet
Thank you so much for sharing all this wonderful information. It is so appreciated.
Electric Motorcycle Street Legal
Post a Comment