Monday, May 30, 2011

Diy pasang Sticker Carbon Fibre kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Guest: nak tanye bro ok ke ke letak carbon fibre sticker ni kat bonet depan kete?
Guest:kalau nak install sticker bonet, senang pasang tak sticker nie.. hehehe.. cam nak buat la plak.. nak cover bonet yang dah calar ...
Guest:And then tu nak psang pd aksesori,Cermin sisi, bingkai radio, meter kete,suis turun naik cermin. Bleh bg recommen install sdiri x.
_______________________________
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada sapa tah ni (dia tak tulis nama pulak).. ok bro. kalau nak pasang sticker Fibre carbon kena pasang yang ada kualiti punya la..kalo tak silap dalam market ade 2 jenis carbon sticker..

1) Fiber carbon sticker jenis print sahaja
sticker fiber carbon jenis ni hanya di print aje... jenis ni tak berapa tahan dan cepat pudar warnanya....tapi murah..biasa price from RM200++( untuk satu bonet)

2) sticker jenis sulam dan timbul
Sticker ni jenis yang ada tekstur dan boleh rasa kat atas permukaan.Sticker carbon sulam ni dipasang bagi mereka yang inginkan keunikan pada kenderaan masing-masing,( bentuk macam sisik ular) ianya lebih tahan dan bentuknya timbul pada permukaan sticker tersebut. structure macam fabric sket.. mahal lah harga nya...so nampak mcm bonet carbon ori..tp harga from RM400++ to RM 600++ tgok pada gred.( untuk satu bonet)



Terdapat banyak pengeluar sticker fiber carbon , tetapi antara yg popular ialah 3M. 3M ni dikenali kerana ketahanan dan kualiti produk nye.. Sekarang pun teknologi dah canggih. Sticker yg dikeluarkan pun dah menarik dan yg terkini bentuk 3D pada sticker tu sendiri. Dah hampir nak sama macam ori fiber carbon tu.

Kalau nak pasang cari brand 3M. tahan panas sebab sticker tu kalau 3M ori dia takkan lekang walaupun panas.. jangan risau tak akan tertanggal.. Korang boleh balut apa saja kira bumper ke hood ke bumbung ke.. jangan risau bila cabut..kalau nak cabut sebab nak jual keta bagi standard balik Insya Allah cat tak tanggal pun..

_______________________________

DIY Pasang Sticker Fibre Carbon
_______________________________
Secara ringkasnya saya cuba terangkan macam kat bawah ni...
1) Cover Suis Power Window

Kena ada peralatan seperti skrewdriver, pisau lipat atau mata pisau cukur. First kena buka cover suis pover window tu. Tanggalkan penyambung soket suis power windor dan leraikan dari cover plastik tu..

Sticker 3M fibre carbon tu bentangkan terbalik yang kertas putih tu kat atas.. Tekap diatasnya.. Tanggalkan kertas sticker tu baru tampal kat permukaan cover..Potong lebihan stickert tu dan Tebuk lubang tengah pula guna pisau

Ratakan permukaan sticker dan kalau nak senang kerja boleh guna Heat gun atau kalau tak ade guna hair drayer...kalau ada gelembung air buble boleh cucuk nga hujung jarum... pastu picit-picit kat gelembung tu..kasi buang angin dia... siap dahhhh.... pastu boleh pasang balik kat tempat asalnya..
_______________________________
2) Cover Panel Meter

Korang kalau kreatif boleh buat ni.... kalau kat dalam meter panel first kena cabut keluar dulu ..Pastu cuba buka cover plastik jernih , tanggalkan bahagian depan tu. pastu tekap atas belakang sticker bentuk permukaan meter tersebut...kemudian potong ngan gunting atau pisau ikut bentuk lakaran tu..Pastu baru tampal sticker tu..

Urut-urut supaya rata permukaan sticker tu. pastikan tiada buble atau kedutan diatas permukaan.. bila dah siap pasang balik cover tu kat panel meter tu seperti sedia kala..
_______________________________
3) Housing Radio / dashbord

Kalau pada hausing radio.. tanggalkan dulu hausing radio dari dashborad kemudian dapatkan sticker 3M fibre carbon film tampal atas permukaan hausing tu.. potong ikut bentuk..Perkemaskan balutan sticker tersebut supaya rata.. Pastikan tiada kedutan.. siap boleh pasang balik hausiong radio tu..
_______________________________
4) Side Mirror

Mula-mula Tanggalkan kertas kat belakang sticker tu pastu lekap aje kat side mirror gunakan heat gun untuk membentuk dan melenturkan sticker.... ratakan sticker ngan edge squeegee plak...

Pastikan tiada air buble dan tiada kedutan .... dah tu barulah lebihan sekeliling sticker dipotong ngan pisau....
_______________________________
5) Hood depan kereta

Tampal Sticker pada bonet kereta ..Ratakan Sticker dgn Felt edge squeegee.. gunakan heat gun utk memudahkan melentur sticker pada bahagian hujung bonet.. ratakan sticker dan pastikan tiada air buble..

Gunakan heat gun utuk memudahkan sticker rata kat bahagian tepi hujung bonet.. Sekali lagi ratakan sticker supaya tak berkedut... dah siap semua potong lebihan stiker dengan pisau yang tajam.... dahhh siappp pasang sticker kat bonet tu pun...

Mudah-mudahan apa yang saya kongsi di sini berguna ,Jadi korang boleh lah pasang sendiri kalau nak jimat kos..

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

13 comments:

cikguden said...

kereta banyak calar. ok gak pakai sticker nie. tapi boleh tahan juga mahalnya. huhu

Yastro said...

Cun memang cun bila pasang sticker nih..tp seeloknya keta yg nak dipasang tu jgn le yg jenis suka berhujan dan berpanas..lama2 lekang gak woo..
yg jenis sticker tu rasanya ada tebal ada nipis...jd ada beza rega la kot..

#Keta jebat yg pasang sticker ni pon dh lekang sesikit sticker dia...huhuhu

Kene Potong akibat cubaan merogol

lalink7 said...

mahal ko? hmm....mnarik gak ek kalau tampal2 tp tmpat tertentu la..

Alan said...

sticker memang tak tahan lama..nak tahan kenalah beli original bonet karbon huhuhuhu

NOOR FATIN said...

rumit jugak tapi bila dah jadi, puas hati ;D

nabilah_2908 said...

oh,,,,tampal sticker rupanya....sy ingtkn dia tukar bonet kete...huhuhu...ketinggalan betul....

tertarik bab lekatkan sticker kt side mirror..

side mirro sy tu plastic..lama2 dia mula berkerak...sopak2 sikit..hmm...boleh try tampal sticker la yer...thnks..!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
1H 4W

MataHati @ MH said...

selalu tampal kat housing handphone jer..huhuhu

kerja menampak kat kereta ni memerlukan ketelitian dan kesabaran. kalau x, kesannya tak comel

ayie said...

smart sangat.. kereta dah macam pergi masuk belukar..calar besar ada calar kecik ado

iwan_dextrous said...

ak nk buat utk dashboard wira..brape bajet..hihi

Adib Danial said...

Sticker mahal sekarang ni. Lebih baik cat carbon fibre je. Murah lagi daripada sticker.

EcHaHrOcK said...

kalau x ada heat gun macam mana eh? xkn nk beli heat gun semata-mata nk pasang sendiri carbon sticker kat kete.. Agak mahal jgk kan heat gun ni?

instaforexrebet@gmail.com said...

guna la hair dryer o.k kot

aqil muhammad said...

dah try gna hair dryer. mmg bole.